Friday, December 31, 2010

KUNDASANG SABAH ♥

Assalamualaikum dan Salam manis dunia. 
 ♪You're are love-Ft Island

Hyep si comels. rindu saya tidak?hihikk. lama saya menghilang kan?sebenarnya ta menghilang pun, cuma ta ada publish entry. saya cuma ada masa baca entry-entry kamu dan jadi silent readers. biasalah saya kan sibuk bercuti-cuti. ngehehe. owh iya! pukul 2 tadi pagi saya baru sampai di bumi semenanjung ini. flight pukul 10 malam, semalam.Sekarang dekat Paramount Garden,PJ di rumah aunty, lambat lagi baru balik kolej..huhu.malas mahu balik.

Aigooo,,sangat penat tau. dari Lahad Datu Sabah (rumah saya) travel ke Kota Kinabalu. Dari Kota Kinabalu ke Kuching Sarawak.Dari Kuching balik lagi ke KK. Then dari KK ke KL. ngaaa~~bosan sudah naik flight, penat dan rasanya gegendang telinga saya dah nak pecah, sakit sangat sebab pressure kat atas. omo,,nampaknya semakin pekak la diriku ini..hahaa >_<

Walaupun lewat sikit saya nak juga kongsi sesuatu untuk kamu semua. Mesti ramai lagi kawan-kawan di bumi semenanjung ini yang belum menjejakkan bayang-bayang di Sabah atau Sarawak kan? So, lepas neyh kalau datang boleh la singgah di tempat yang saya recommenkan kayh. wink2 ^_^
Btw, untuk entry neyh saya hanya cerita pasal satu tempat di Sabah. Kenapa? sebabnya tempat neyh tempat paling romantik dan antara tempat yang bersuhu rendah di sabah. Dirimu akan terasa seperti berada di bumi Korea tahu tidak??hehehe,dan semestinya suhunya lebih sejuk berbanding Genting Highlands dan Cameron Highlands.(kena pergi tiga-tiga tempat dulu baru boleh bandingkan kesejukannya,,hehe)

LOCATION : KUNDASANG WAR MEMORIAL SABAH
-10 MINUTE DRIVE FROM KINABALU PARK-
so....let's enjoy the beautiful journey dears! ^-^ (aww,macam tajuk album Ft Island jak!ngeee)

owh iya,sebelum terlupa. kalau kamu bernasib baik dan kalau kabus kurang. kamu dapat nampak gunung kinabalu dengan jelas. tapi kalau ta bernasib baik, kabus tebal, hanya dapat tengok kaki gunung saja tuh..ngehehehe.rugi tahuuuuu
tapiiiiii,,jangan risau, baru-baru neyh masa saya singgah kabus ta berapa tebal.so dapat snap pic terang-terang,muahahaha.
kabus owh kabus~~
puncak gunung kinabalu *around 3pm*

Haaa,,inilah pintu gerbang dya. "Kundasang War Memorial". Tiket bagi orang dewasa RM2 dan kanak-kanak RM1..murah saja bhaa,,^0^

people trough syiling and make a wish.kyaaa~~~
romantica el amor
Sudah penat posing posing,kita pergi luar tengok pemandangan gunung ganang eyh,,hehee
owh iya,,seriously sangat sejuk tahu,,tapi buat cool jak. kalau kamu datang sini, mesti pelik,sebab orang-orang kat sini badan kebal, sejuk macam mana pun dorang pakai short pants jak. weeeheee~~
amek kau,peluk la tiang tuh,,kakaka
 Jom ke australian garden pula,selalunya banyak bunga tau, tapi mungkin sebab bulan 12, so bunga pun berguguran layu~~~T.T
Tidak boleh pijak rumput tau,,alalala,,kesian dya kan?

kalau kamu rajin mau baca sejarah-sejarahnya segala ada disediakan juga.tu pun kalau kamu rajin la kan~~~T.T
btw,,banyak lagi pics tapi penat sudah tunggu upload,,hehee.kalau datang Sabah jangan lupa singgah sini tau.
*wink2* lepas neyh nak cerita pasal holiday kat Sarawak pula,,^-^

Monday, December 06, 2010

BAK SINI AWARD!!!! ^O^

Assalamualaikum,,salam manis dan salam 1 Malaysia,,^-^
  ♪Kiss the rain - by Ft Island Song Seung Hyun

Hye si comel yang sedang membaca,,terima kasih sebab sudi singgah sini,,
tahu tidak?I feel like I'm dying,,can't stop sneezing,,cough louder again and agaaaaainnnn T.T (suara batuk lebih kuat dari suara tukul jiran sebelah yang tengah renovate rumah dya,,huh! maka berlakulah episode lawan bunyi sapa paling kuat,,hohohoho )
Nampaknya cuaca betul-betul mempengaruhi tubuh badan ku ini,,aigooo,,padahal hanya terperap dalam rumah bak sang pepatung di dalam kepompongnya.cehhh~~ayat mahu sastera jugak!huhu,,pelik bin ajaib,,
Tapi! Tapi! disebabkan hari neyh agak gumbira sampai nostrils kembang (macam seo hyun snsd bila tengah focus),,maka saya dengan tegahnya buka 'new post' and start to write something,,hehehe

Diucapkan tahniah kepada follower ke 300 saya iaitu~~~~
jeng jeng jeng,,,(tepuk tangan sambil lompat-lompat)
TAHNIAH DAN SEKALUNG BUDIUCAPAN TERIMA KASIH BUAT TUAN PUNYA BADAN BERTUAH IAITU 
erm,,,nak bagi hadiah apa eyh??haaa~~fikir punya fikir,dan dah lepas baca entri-entri adik rashiqah tadi baru tahu hadiah apa nak bagi kat dya,,weheee,,suka tak?suka tak dapat hadiah?hehe,,alalaa tomei tomei,,adik-adik mesti suka punya kan dapat hadiah,,huish,,kalau saya masih kecik dulu bila dengar hadiah terus semangat berkobar-kobar jadi budak baik,,takut hadiah ta jadi di bagi,,hihikk
So,,dear adik nur rashiqah,,akak dah baca entry-entry kamu,,kamu nak cantikkan blog kan?nak hias-hias blog kan?tapi malas eyh?tade idea eyh?aigooo,,,so akak dengan murah hati nak bagi kamu hadiah neyh,,u know what i mean kan? so cepat-cepat contact akak tau,,huhu^-^
special present for you,,renovate your blog + transparent header,,akak teda la pandai sangat dalam bab neyh,,tapi boleh la tolong kamu,,ok tak? hee,,boleh laa kan?kalau ta suka hadiah neyh kita boleh bincang hadiah lain,,(ewah,,ewah,,macam nak buat bussness pulak ngko cik Kelly oii,,hehe)

Dan disebabkan kamu-kamu buat saya terharu,,saya nak bagi hadiah untuk kamu-kamu,,
Sebenarnya ta ada idea mahu buat follower award sebab sebelum neyh dah pernah buat,,boleh tak saya bagi award yang sedia ada tuh untuk kawan-kawan baru saya?boleh kan?wahsehhhh,,kamu semua memang cool! orang korea kata,,kamu semua jjang! daebak!,,hehehe
So buat kawan-kawan baru saya,,(lebih senang gelarkan follower sebagai kawan,,lebih sedap bunyinya kan?mesra alam gitu,,ewah,ewah) saya hadiahkan kamu award follower yang saya dah buat masa saya dapat follwer yang ke 100th hari tuh,,ta apa kan?
neyh awardnya,,boleh preview di SINI untuk keterangan lanjut,,kekeke 

Dan ini award yang baru saya lahirkan hari ini,,special award untuk penghujung tahun 2010
dan award pembukaan sempena tahun baru dalam kalender islam,,Salam Maal Hijrah muslimin dan muslimat,,semoga tahun baru neyh lebih bermakna buat kita semua.
I present to youuuuu
LOYAL BLOGGER AWARD
p/s : Jangan lupa pass dan bagi award neyh untuk 3 kawan kamu yang lain ok?^-^
 Moga-moga award neyh bagi kamu semangat untuk terus berblogging ya (walaupun award neyh ta secantik award yang wujud di dunia blog ini,,ini je yang mampu dihasilkan dalam keadaan terbaring sambil bersin-bersin,,hehehekk)
Aza-aza fighting semuanya,,Jia you jia you!
Majulah blogspot untuk negara,,hahahaha
Award neyh juga saya hadiahkan untuk followers saya,,see???anda sangat bertuah sebab dapat dua award sekali gus,,hehe,,cool tidak??hihihikk
Enjoy your award dears,,you deserved it.Owh iya!lupa pula,,saya tahu kamu malu-malu nak ambil kan?aigooo,,comelnya dyer,,,jangan risau,,nanti saya akan shout di shoubox,,jerit box dan cbox kamu kayh!
Owh tidak lupa kepada silent readers,,kawan-kawan yang setia membaca blog ini,,walaupun kamu ta follow,,saya tetap hargai setiap kali kamu datang dan menghabiskan masa baca blog picisan ini,,
terima kasih sangat-sangat,,muahhhxxx,,sayang semuanya!!
(ku rasakan seperti membuat ucapan kemenangan kat Music Bank pula,,haha)
 ^___________________^  
Happy Teusday dan Salam Maal Hijrah kawan-kawan,,

Sunday, December 05, 2010

RAIN RAIN ♥

Salam manis^-^
So today-Ft Island
It's raining heavily outside,,
Hujung tahun musim tengkujuh kan,,boleh di katakan setiap petang hujan di tempat saya neyh,,huhu,,maka terbantutlah aktiviti luar saya lagi,, 
So,,here I am,,sitting in front of my lappy,,watching korean drama,,enjoying hot green tea and biskut kacang hitam,,,huhuhuhu
 Happy Sunday kawan-kawan,,Have a nice day,,^-^
Owh iya,,mamy saya baru balik dari JB and brought me JB t-shirt,,hohoho,,and I also got Hello Kitty camera case,,muahaha,,,I loike~~~

Saturday, December 04, 2010

DOWNLOAD NOVEL LAGENDA BUDAK SETAN♥

*updated* December 2012 
Salam, walaupun setahun berlalu, berpandukan stats blog, ramai pengunjung yang datang view post ni. So sebab dasar keprihatinan, cehehe~~post ini perlu di update  Dan, maaf sangat-sangat, link megaupload sudah ta dapat buka. Bila dah jumpa link baru saya update k. Sorry! :) 

Salam manis,,
 Nampak tidak tajuk di atas? suka tidak? hehehe,,seperti yang kamu tahu saya kan peminat setia Lagenda Budak Setan.So, saya ada sesuatu untuk dikongsi bersama hari ni.
Dan sekali lagi,,buat masih tidak tahu,,Lagenda budak setan yang kamu tengok dalam filem tuh diadaptasi dari novel termasyur karya Ahadiat Akashah,,see? nama Kashah tuh,,hampir sama dengan nama penulis asalnya,huhu,,adakah itu cerita hidup sebenar penulisnya? kalau betul laa, saya kagum dengan dya sebab boleh hidup dengan dugaan sekuat itu.

 Novel Lagenda Budak Setan terbahagi kepada tiga bahagian macam yang saya pernah cerita sebelum neyh laa kan, saja cerita balik untuk orang yang baru jejak tangan ke cik belog pink ini,,huhuhu.
Novel 1 (saga 1) Lagenda Budak Setan (telah diadaptasi sebagai filem & drama), Novel 2: Katerina (juga sudah diadaptasi sebagai filem) dan Novel akhir : Berakhirnya Lagenda Budak Setan



Click untuk review
Part 3 : Berakhirnya Lagenda Budak Setan

Saya sudah habis baca novel part 2, Katerina. Saya baca sehari jak tau dalam kapal terbang masa balik Sabah hari tu. semangat kan! keke. Novel part dua ni lagi meruntun jiwa, sampai menangis ssesak dada. Kita yang baca ni, macam ta sanggup dan ta terpikul bebannya kalau kita yang di tempat Kashah.  Perjalanan hidup Kashah terlalu sedih,,mencabar dan tersangat menderita berbanding novel part 1. Kalau bandingkan dugaan yang Kashah hadapi dalam novel 1, itu semua intro-intro. Bagi yang sudah baca novel 1 @ tengok filem, ingat tak dalam Lagenda Budak Setan, Kashah dapat anak? haaa,,dalam Katerina,,anak tuh meninggal,,abang Kashah pun meninggal,,dia dan Katerina?mereka berpisah sebelum tarikh perkahwinan disebabkan Kashah difitnah berzina oleh bapa Katerina sendiri,dan akhirnya??watak Katerina mati begitu sahaja di penghujung novel, sebab Kashah ta dapat terima dya lagi,,sungguh sedih kan?opps! sorry spoiler. cepat baca! keke. 



*updated* Buat teman yang bertanya, novel ketiga yang saya cari setahun lalu tu, hehe, saya beli di MPH. Harga RM19.90. cetakan terbaru. Kalau cari novel asli memang sudah ta ada la gamaknya. ngeee~~Novel 1 (RM25) dan 2 (RM20) saya beli di pasar malam, haha. Tapi boleh cari di Popular, Kinokuniya @ MPH. Banyak keluaran baru. :) 
Alhamdulillah, novel terakhir (saga 3) "Berakhirnya Lagenda Budak Setan" berakhir dengan kebahagian. Sungguh tak sia-sia baca 3 novel. Ta sia-sia tunggu setahun dapatkan novel terakhir. haha. Semua pembaca pun mahukan happy ending kan?. Selama 20 tahun menderita atas nama 'cinta', akhirnya dapat juga Kashah rasa apa itu 'kebahagiaan'. So, cepat-cepat cari ketiga-tiga novel k! Ta lama lagi filem adaptasi Katerina akan keluar kan? tapi saya pelik kenapa Maya karin? padahal, dalam filem Lagenda Budak Setan, Katerina tu Fazura. Suppose Fazura yang sambung watak dalam filem Katerina. Owh sungguh pusing kepala gue. haha. Whatever la. yang penting hope filem Katerina tak mengecewakan. :) 



Saya nak sampaikan berita baik untuk kawan-kawan semua,,terutama cik fawa,,fawa,,entri neyh khas untuk kamu! Bila ta dapat beli CD kita buat apa kawan-kawan?ya betul,,download lagu!
jadi kalau ta dapat beli novel,,kita buatlah benda yang sama,,ya betul! download jugak!,,hehehe
so,,saya tinggalkan link untuk kamu baca novel tuh,,walaupun susunan nya agak berlainan seperti yang dalam novel,,tapi sekurang-kuranya boleh baca kan??hehe,,so rajin-rajin la click link di bawah ya,,^-^

sejuta ucapan terima kasih buat kawan saya,encik Harry yang bagi saya link kat facebook,sebab dya tahu saya peminat novel neyh,,huhu,,thanks ayeng,,^-^

so,,enjoy reading peoples,,muahhhhxx

TIPS JOM RELAX ♥

Salam manis ^-^
Fly me to the moon-Jang Geun Suk

 How's your day peoples? hope you doing great :) 
Btw,,semoga hari-hari anda yang sedang membaca cik blog ini sentiasa ceria dan dijauhi masalah,,ceria-ceria selalu dan disayangi selalu,,amin,,*wink2*tapi buat kamu yang sedang sakit kronik(sakit cinta),,sakit jiwa,,kecewa,,stress,,tension,,marah,,sedih,,penat,,sengal-sengal badan,,sengal-sengal otak,, dan sewaktu dengannya,,apa kata kamu lupakan sekejap masalah,,kosongkan minda,,tarik nafas dalam-dalam (jangan lupa hembus balik tahu,,hehe) dan tenangkan fikiran untuk seketika,,kalau difikirkan sangat masalah tuh,,nanti lebih teruk lagi tau,,,ta baik untuk kesihatan badan,,hati kita juga boleh sebabkan badan kita merana,,ingat tu,,

Minggu neyh nampaknya cuaca di tempat saya hujan setiap petang,,malam pun sejuk,,tempat kamu?hujan juga eyh?kawan-kawan jangan main hujan tau!,,sedih macammana pun tapayalah nangis dalam hujan tuh,,alala,,jangan sedih-sedih iya,,

So,,apa kata kita relax bersama-sama,,ta mau la gundah gulagulagulana kan??bila resah-resah,,penat-penat begini saya suka layan lagu-lagu piano,,lebih suka dengar melodi ja,,huhu,,(omo!!macam mana mahu bezakan,,music,melodi dan lagu,,ngeee~~)btw,,music piano sangat-sangat menenangkan,,ada orang kalau nak relaxed dengar lagu heavy-heavy,,(lain orang lain cita rasanya,,lain orang lain hatinya,,lain orang lain perangainya,,aww,,ke situ pula.dush!dush!)
sambil-sambil dengar lagu kesukaan,,apa kata kita menikmati cadbury hot chocholate atau hot milo,,awww,,sungguh nikmat!jangan minum kopi pula,,caffien tuh naikkan tahap kecergasan anda di malam-malam diingin ini
Sambil-sambil minum,,dengar lagu-lagu romantik segala,,apa kata intai bintang-bintang indah di langit,,cuba cari bintang polaris saya,,jumpa tidak?bintang tiga selari tuh?jumpa?bintang yang wujud 365 hari sepanjang tahun,,bintang utara yang tunjukkan kamu jalan bila sesat dalam mimpi dan angan,,ahhaa,,(aww,,ayat apakah ini wahai cik kelly,,ngeee~~gelimannnn)

Tengok bintang juga salah satu cara hilangkan stress,,marah,,sedih dan kecewa saya,,bukankah bintang itu indah?seindah kenangan-kenangan manis kita,,(uuuu,,dah mula,,dah mula jiwang segala,,adesss~~~)Percayalah keindahan ciptaan Allah buatkan kita teruja seketika,,buatkan kita tergamam seketika dan pastinya wujud rasa ketenangan bila kita menikmati keindahan alam,,kalau di tempat saya,,bila malam,,cuaca baik,,pasti nampak bintang bertaburan macam cahaya lampu kelip-kelip,,banyak sangat,,,ta terkira.buat saya menganga dan ta berkelip mata tengok bintang.
Tapi sesetengah tempat sangat susah nak tengok bintang kan?kalau kat kolej saya lagi laaa,,bintang malu mahu keluar,,asyik bersembunyi di sebalik awan tebal,,huhu,,bila sedih mahu tengok bintang lagi laa saya berganda-ganda sedih,,(arrr!!sudahlah sudah! jangan kau tangisi aku lagi!),,haaha.jadi memandangkan ta ada bintang di tempat kamu,,apa kata kamu lukis bintang sendiri,,hehe,,boleh la tuh,,yang penting nampak macam bintang kan?heee~~
Bila dah kenyang minum,,dah puas tengok bintang,,sudah cukup menghirup udara segar,,apakata kita landing ke katil??arr??apa??ta dapat nak tidur?alalala,,,neyh mesti terlalu sedih sampai susah nak tidur kan?alolo,,ciannya dya,,meyh sini di dodoikan,,ahahaha,,bagi kamu yang susah tidur,,ada masalah tidur,,saya cadangkan tukar bantal dan cadar kamu kepada warna yang lebih cantik dan menenangkan,,contohnya pink,,baby blue atau purple. katil dan susana tempat tidur tuh boleh mempengaruhi tidur seseorang tau,,ini fakta!huuhu,,kalau saya,,saya simpan bantal-bantal yang colorful segala,,patung-patung cute lagi miut untuk menemani,,aww,,rasa selamat sikit,,sedap tidur,,,^_^

Aroma terapi pun boleh buat tenangkan hati kita yang resah gelisa tuh,,banyak kan jual lilin yang wangi-wangi,ta mahal pun,.dan untuk kesan yang lebih berjaya,,guna lilin bau lavender,,wahhh,,bila wangi-wangi rasa macam di taman-taman bunga pula kan,,tenang sangat~~seriously sedap tidur,,,wuuuu~~~
dan akhir sekali manjakan wajahmu dengan mask,,wahseh,,,rasa diri ini begitu berharga,,saya syorkan mask dari The Face Shop rose&pine mask untuk kesan yang menenagkan,,,bau bunga rose tuh sangat-sangat lembut tau,,kalau ta jumpa The Face Shop,,,guna la apa-apa mask dari Guardian atau Watson tuh,,banyak kan??huhu,,

dan akhir sekali,,closed your eyes and enjoy yourjourney to dreamland dear!
relax dan tenagkan jiwamu
^-^
tips masyarakat dari cik kelly,,,hehe,,selamat beramal,,Good Night peoples,,semoga hari esokmu ceria-ceria saja,,*wink2,,*


Monday, November 29, 2010

HAPPY SWEET 19 CIK SARAH ♥

Dear Sarah,,
mesti sekarang tengah marah dengan saya kan,,sebab lambat wish,,bukan lupa sayang!
seriously,,sorry sebab ta wish pukul 12am semalam,,^-^
btw,,still tak lewat lagi kan?kan?alala,,,jangan la merajuk,,
neyh nak bagi hadiah untuk kamu,,hadiah yang sangat murah,,ta dapat nak bagi kan,,sebab cuti sem,,haa,,tu la,,sapa suruh lahir lewat-lewat?ta dapat nak dapat sambut b'day dengan kengkawan,,hehehe,,

Btw,,,wish you Happy Sweet 19 my dear fren, Siti Sarah Ismail,,Sihat selalu,,bahagia selalu,,berjaya dalam hidup and may love always surround you,,dan moga birthday tahun neyh lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya,,selamat memasuki alam 19,,wahh,,lambat sungguh,,heheh,,btw,semoga persahabatan kita kekal selamanya okayh,,sayang kamu!
Instead of counting candles,
Or tallying the years,
Contemplate your blessings now,
As your birthday nears.
Consider special people
Who love you, and who care,
And others who’ve enriched your life
Just by being there.
Think about the memories
Passing years can never mar,
Experiences great and small
That have made you who you are.
Another year is a happy gift,
So cut your cake, and say,
"Instead of counting birthdays,
I count blessings every day!"
just a small present for you,,enjoy ur b'day!,,have a blast one!
HAPPY BIRTHDAY
nota kaki : Sorry ta letak pic taekie kamu,,huhu,saja letak gambar seung hyunnie besar2,,haha,,kek tuh eunhyuk oppa buat sendiri tuk kamu,,ahhaha

MINIHOMPY♫ ♪ ♥

Salam manis ^-^
hyep si comel yang sedang membesarkan bebola mata di depan skrin,,hehe,,
 hope you doing great dearS!
it's been a while I didn't post anything right?huhu,,nampaknya penyakit tidak meng-update-kan cik belog semakin teruk,,aigooo,,btw,,you know what! I want a minihompy! ya minihompy kepunyaan saya!
seriously mahu minihompy!
 Tapi malangnya agak sukar untuk memilikinya,,huhu,,bcoz saya foreigner,,LOL!
tahukah anda apakah itu minihompy?
K-pop fans!!,,pretty sure you know bout it right?*wink2*^-*,
 minihompy atau nama sebenarnya 'mini homepage' tuh sama maksud dengan blog,,Cyworld adalah social network service yang berfungsi sama dengan blogspot atau tumblr yang kita guna neyh la,,huhu,,tapi kenapa tade dengar pun kengkawan ada akaun cyworld kan?
dan cyworld neyh kebanyakan di miliki oleh rakyat jelata korea sahaja?mengapakah?
sebabnya,,cyworld hanya available dalam bahasa korea yakni dalam tulisan Hangul dan chinese character sahaja!
sebab kedua,,untuk foreigner iaitu manusia seperti saya,,proses nak buat akaun/sign up sangat la menjengkelkan lagi annoying,,kena faks ID a.k.a mycard atau salinan lesen kereta,,haaa,,amek kau,,sungguh complicated(ingatkan nak daftar jadi oficial ahli dalam fanclub BOICE Cn Blue jak perlu salinan ID),,,,nampaknya kemahuan hati untuk memiliki minihompy yang comel terhapus begitu sahaja,,
 adik-adik ini adalah bilik kawalan cyworld,,hurm,,macammana agaknya rupa bilik kawalan blogspot kan?
Proses buka Cyworld tuh pun dah satu hal,,,kena tukar setting internet,,nasib baik ada tutorial bergambar,,,terlalu banyak pop-up windows lagi,,pandai je la baca tulisan korea tuh kan,,huhu,,sebiji pun tade romanization,,awww~~nak copy paste ke google translator?haha,,hanya mimpi,,,sebabnya,,right click?left click?ctrl+c?ctrl+v?,,,soma ta boleh,,,wahseh,,sungguh hebat,,kalau blogspot begitu kan bagus,,ta payah susah-susah cari kod untuk disable kan click,,soma dah auto,,tadelah pencuri gambar dan copy cats,,
 Jadi setelah seharian membuka kamus korea,,dapatlah tukar setting internet,,dapatlah jadi stalker artis-artis korea,,haha,,dapat la buka cyworld manusia-manusia comel terutama FT Island  dan membaca luahan hati mereka dengan lebih panjang(berbanding twitter kan?),,muahahaha,,tapi,,sungguh menyeksa jiwa bila ta dapat nak copy gambar,,terpaksa print screen dan crop,,sungguh menyedihkan,,
btw,,never see how minihompy look like?
jha-jhaannnnnn~~~~
cute isn't? actually boleh decorate macam blogspot jugak,,tapi memandangkan ini minihompy artis,,mana ada masa dorang nak decorate kan?,,hehe,,

nota kaki busuk : Terus terfikir mahu tukar skin blog macam minihompy,,tapi sayang sangat pula dengan background dan layout cik belog ini,,grrrrr~~

Sunday, November 21, 2010

COSMO WORLD ♥

Sebelum pulang cuti sem,,saya sempat habiskan masa dengan housemates,,weee,,seperti biasa tanpa rancangan ada je kerja gila nak buat kan?,,huhu,,sepatutnya keluar sebab nak beli barang jak,,tapi sebab kebosanan tahap dewa dewi dan banyak sangat masa terluang sebab tunggu tiket Cuti-cuti cinta punya pasal
 (maklumlah,,kami ketinggalan zaman sikit,,sebab cuti-cuti cinta keluar masa final exam,,ta dapat nak keluar,,huhu),,,tetiba terfikir nak buat sesuatu yang best!,,dan kebetulan dekat time square,,tefikir habiskan masa kat Cosmo world,,,kamiorang pun terus nak main benda-benda dalam tuh,,,dari dulu teringin nak main tapi ta kesampaian,,sebab asyik-asyik cakap nak main kat genting jak kan?,,huhu,,so,,tanpa was-was,,terus beli tiket,,,awwww,,i tell you,,best gilaaaa,,,5 bintang!tapi kalau ada penyakit sakit jantung,,gayat dan sewaktu dengannya,,baik fikir 1000 kali baru main okayh!,,lagipun ada kejadian ngeri pernah berlaku,,
btw,,kami semua selamat tau,,hehe,,malang kan tidak berbau,,mana-mana pun boleh berlaku kemalangan,,so,,kita,,kena utamakan keselamatan dan tawakal supaya selamat,,ok?
untuk pengetahuan kamu,,masuk sana tade la mahal sangat,,hari tuh kami masuk cuma RM32 seorang,,itu jak kena bayar,,lepas tuh boleh laa main sepuas hati,,,berbaloi kan?,,dan buat yang betul-betul ta tahu,,Cosmo World tuh terletak dalam Berjaya Time Square,,kalau ta tahu lagi,,berjaya time square tuh species shopping mall,,jadi cool tidak?hahaa,,theme park dalam shopping mall,,macam kat korea pula kan?ingat tak cerita Stairway to heaven?haaaa,,,sama la macam tuh adik-adik,,haaa,,cuti-cuti neyh ajak mak ayah pergi sana kayh?lagipun kalau takut naik benda-benda yang menyakitkan jantung,,boleh main game yang ta seram sangat,,lagipun,,cosmo world neyh ada dua bahagian,,untuk game yang mencabar dekat galaxy station,,dan satu bahagian lagi fantasy garden,,dekat fantasy garden suasananya macam dalam fairy tale,,game pun tadelah seram,,,,bagitahu mak ayah tau!hehehe
 Oleh sebab nak simpan kenangan-kenangan tuh,,saya pun bawa cik camera pink saya main game sekali,,,huhu,,,kat atas roller coster pun snap gambar banyak-banyak,,jangan tiru tau,,kalau gayat,,jangan sesekali pegang camera,,nanti ta pasal-pasal camera korang pecah berkecai,,,
so,,layan pics yuk ahh,,,^-^
biar akak-akak yang uruskan pembayaran di kaunter ya,adik-adik tunggu je,,hehe

benda pertama kami main ialah,,ni~~sy pun ta ingat apa nama bendalah ni,,haha
habis rambut serabai,,tapi cool gila,,yang neyh memang seram ooo,,huhuhu
lepas tuh terus naik benda lain,,yeng neyh pun saya ta tau nama,,haha,,ta ada masa nak check nama benda-benda tuh sebab excited sangat,,mihihi,,
dan ini hasilnya akibat dipusing 180darjah,,weee~~round go round~~
Btw,,banyak lagi game yang korang boleh main,,kalau nak rehat-rehat,,makan-makan dulu,,boleh,,don't worry,,mana la tahu kowt-kowt hilang suara sebab menjerit kuat sangat,,boleh minum-minum dulu,,,hehe
^-^
 tapi kalau dah datang,,rugi kalau ta main roller coaster,,huhu,,daebak!,,cool gila,,rasa nak main banyak-banyak kali,,sebab kejap jak kat atas tuh,,dalam 2 minit begitu,,walaupun di pusing 360 darjah,,serius daebak!anda akan tersenyum riang menaikinya,,ngee~~
cari saya!sapa jumpa dya comel!,,hehehe
owh iya,,buat yang ada sakit jantung,,ta dapat nak main game yang mencabar jiwa,,korang boleh masuk kat Fantasy World,,^-^
Btw,,it's really2 cool and daebak!thanks to akak-akak senior (kak ika dan kak alia) serta satu-satunya adik senior di rumah kamiorang,,syikin,,
 thanks 4 sharing such a great memory,,lain kali kita main kat Genting dengan budak bilik yang lain kayh!
dan buat kamu-kamu,,,kalau ada masa datang la g main,,ta rugi^-^
Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon