Wednesday, February 13, 2013

TALIWAS LAHAD DATU (KAWASAN HUTAN DAN REKREASI TALIWAS) : AWESOME SABAH♥

Salam manis,

Bertemu lagi dalam segmen awesome sabah. kekeke. 
Seperti biasa, kalau sudah kawan-kawan lama berjumpa, ada sahaja idea gila yang mahu di buat.

So, cerita bermula bila saya diculik oleh kawan-kawan di rumah makcik saudara  malam-malam. Pergh, dorang ni, xkira tempat kalau menculik. Nasib kenduri sudah habis. Diri ini pun rela sahaja, seperti biasa melepak di The Cafe. Dengan diriku yang berbaju-baju kurung lagi, geram aku. Nasib baik dapat limau mandarin free. keke. >_<

Sibuk-sibuk ku menjamah limau dalam kegeraman sebab diculik tiba-tiba,
Wan: (dengan muka innocent) Kel, pergi mana kita esok?
Me: Pi mana? xda pun kamu bagitau aq.
Pullah: Itulah kau diambil ni, esok jalan kita. Pi Mabul.
Me:Apa?? Mabul? baru ja kita pergi hari tu, pergi lagi? Belum pun kulitku ni baik.
(terus la si pakcik satu orang ni buat muka masam mencuka) kamu pergi la, aq x ikut.
Pullah: Kalau ko x pergi terus ramai x pergi nanti.
Me:Lorh, pergi ja la, sudahlah musim hujan lebat ni, mau juga pergi mabul bha.Tempat lain la lagi. Xpayah la pergi pulau. Sia-sia ja kalau kita pergi hujan lebat. sedangkan semalam, kemarin hujan lebat x berhenti. (terus check goweather). Tengok esok pagi pun hujan juga!
Na cuba ko check di iphone mu. kalau hujan juga, naa, mau juga kamu pergi?
Ana: iya saipullah, hujan juga.
Saipullah: Jadi pi mana la kita?
Me: Ko ni kan jam 10malam baru ko merancang. Suka betul begini kan.
Saipullah: Pergi Poring la kita?
Me: What? Poring, bagus kita pergi KK kalau begitu. Poring tu jauhnya! 4 jam kita duk dalam kereta, xkan mahu bermalam di sana. Penat sejak kau driving, pergi poring cuma mandi kolam air panas. Lorh.
Saipullah: semuanyalah xboleh. (muka masam mencuka, macam mahu kena pelempang 180km/h.
Me: Pergi yang dekat-dekat sejak la, ko mahu mandi-mandi kan. Cari la yang dekat-dekat, lain kali la kita pergi tempat jauh-jauh lagi. Xsempat kita merancang, tengok jam 11 sudah. eee.
Wan: pergi mandi sungai la kita? ok?
Me: Ok la tu, hari tu kamu ada pergi kan, pergi situ ja la.
Saipullah: Ok2, tapi kita pergi yang di dalam lagi, tempat hari tu kami pergi ta telampau cantik, ramai orang.
Ana: Kalau hujan macamna?
Saipullah: kalau esok pagi pukul 6 hujan, xpayah la kita jalan. kalau pagi tu x hujan. jadi.
Ok set. 
Terus sms geng-geng. Yang sporting terus say ok. keke. Siapa yang x ikut tu, kena marah sebab jalan tanpa perancangan. keke. akhirnya cuma kami berenam yang pergi.

Memandangkan pagi-pagi tidak hujan, cuaca baik. Semua orang bersiap sedia di rumah masing-masing, ku sediakan nasi dan utensils. Dorang yang lain sediakan ayam, sosej, air etc.
 Destinasi kami : Kawasan Hutan dan Reakreasi Taliwas, Lahad Datu
Di Taliwas ni ada sungai yang airnya jernih lagi sejuk, bersih dan tidak tercemar, dilengkapi dengan kemudahan berkelah dan perkhemahan serta dikelilingi hutan simpan yang menghijau. Taliwas ni memang famous untuk perkhemahan budak-budak sekolah. Selain kumpulan budak sekolah, tidak ramai orang yang masuk di sini, mungkin sebab ramai yang malas mahu urus permit masuk. hehe. Sebelum lalu keselamatan, ada juga sungai dan air terjun, di situ terlalu ramai orang sampai susah mahu cari port. So, kalau mahu privasi dan buat sungai tu macam kamu punya, silalah urus permit masuk. hehe. :)

Taliwas ni 15-20 minit dari tempat saya (Kawasan Sri Perdana), Jalan untuk ke kawasan ni adalah jalan yang sama untuk ke Menara Kayangan. Bila sudah nampak pintu gerbang Menara Kayangan tu, masuk kanan, jalan raya yang kecil tu haa. Itulah tu. Jalan masuk berliku-liku, kalau kamu bawa kereta kecil lagi comel, menangis darah dya. Entah kurun ke berapa baru pihak bertanggungjawab mahu bagi peruntukan jalan. Majoriti jalan ke kawasan pelancongan di Lahad Datu ni semuanya berliku, tulah pasal semua orang di LD sini majoriti bawa kereta 4 will drive.

Ini kali pertama saya pergi, terasa sangat jauh. Saipullah bawa kereta dya, bukan main lagi. main reda ja. Kalau keretanya tu boleh menangis meraung-raung, sudah dya meraung minta tolong. kesian. Diri ini pun mahu termuntah. Nasib kereta besar. Kalau kancil tadi. Orang mengandung pun boleh terus terberanak. keke.

Sebelum masuk Taliwas ni, kena ada permit tau. Kalau tidak silap RM15-20 untuk satu kereta. Bukan sesuka hati boleh pergi. So, urus permit masuk dulu, ok. Kalau pergi tanpa perancangan macam kami ni, haiz, sediakan duit kopi la gamaknya. hing~~terbang RM70 (dua kereta 4will) untuk lepas dua pegawal keselamatan. Kawasan ni kawasan terpelihara dan kawasan hutan simpan, tu perlukan permit, dorang takut kalau ada yang masuk dan pergi memburu.
Sampai di sana, kami terus cari port, hari tu ada kumpulan pelajar dari gereja buat aktiviti perkhemahan dan ceramah, so kami pilih port di hujung sungai. Jangan risau pasal tempat berteduh, di sani banyak pondok-pondok besar dilengkapi dengan tempat pemanggang, kamu cuma perlu bawa arang dan dawai tempat pemanggang. Takut-takut kalau ada yang guna dawai besi untuk masak makanan x halal kan. :)
Sepanjang susur ke kawasan sungai, tidak jenguh kaki walau jalan masuk jauh sebab pemandangan pokok-pokok yang menghijau.
Kami yang wanita-wanita ni sediakan semuanya sementara dorang yang pakcik-pakcik hidupkan api. Bila sudah mahu memanggang, terlupa pula bawa serai, memandangkan kawasan ni kawasan hutan, kami pun cari keliling, kowt-kowt ada serai kan. kekeke. tetiba ada serai muncul berdekatan pemanggang. Terus rasa macam dalam rancangan survivor. keke.



Lepas siap memanggang, kami pun duduklah berkelah makan-makan atas batu besar di tengah sungai. Punyalah bermacam dugaan angkat makanan ke tengah sungai. Hampir tergolek semua ayam-ayam masuk sungai. kekeke.
Lepas siap makan baru bermandi-manda. pelik betul. selalunya orang mandi dulu baru makan kan? . Ini kasih penuh perut sampai berenang pun tidak timbul.
Air sungai pula sejuk teramat, mengigil o mandi.
Mula-mula kami mandi di kawasan jambatan sebab di situ tidak banyak batu,
 tapi kawan kata, risau pula kowt-kowt jambatan runtuh ka apa, hahaha, terus pergi di kawasan yang ramai orang. masa budak-budak sekolah tengah bertaklimat, kami guna pelampung besar dorang. keke. sekali dorang sudah habis taklimat habis dorang kerumun kami, terpaksa bagi balik pelampung dorang..lorh >_<

Tiba-tiba 15 minit kemudian hujan renyai-renyai, kami yang wanita-wanita ayu ni terus tukar pakaian, ada banyak toilet dan tempat tukar pakaian berasingan yang disediakan, so, tidak ada masalah mahu beratur panjang lagi. :)  Yang pakcik-pakcik bujang masih lagi bersuka ria. siap memanggang lagi lebihan sosej dalam hujan. keke. sot.
Gambar achen saja yang lepas untuk di publish, gambar dorang yang lain, hing~~faham2lah. nampak semua perut boroi nanti. puhaha. 
Dalam perjalanan dari tempat tukar pakaian, kami bertiga menikmati keindahan alam sambil bergambar sekeping-keping dalam hujan renyai beralaskan payung camel syazwan. hing~~

Padang yang turut disediakan 






Walaupun mandi-manda tidak sampai 15minit, lorh!, tapi berbaloi juga la datang di sini, yang penting kamu tidak datang tiba-tiba so xadalah kena bayaran yang tidak sepatutnya.
Sekali-sekala apa kata pergi sungai kan, di sungai tidak panas macam di pantai/laut atau pulau. keke.



Kadang-kadang kan terfikir, bila semua sudah berumah tangga , masih boleh ka lepak malam-malam di cafe kegemaran, cerita-cerita di luar rumah sampai ta sedar jam 12malam, culik kawan-kawan dari rumah tanpa khabar, melencong walau bajet x cukup, bergambar sana sini. Mesti susah, walaupun kami semua ni tinggal di perumahan berdekatan, nanti mesti ada yang bermaustautin ikut suami isteri.
Jadi sebelum zaman bujung-bujang ni masih mampu bersuka ria, bersuka rilah. bukannya bersuka ria pergi clubbing, merokok, minum segala, tapi aktiviti sihat antara kawan-kawan. Batas-batas tu tetap dijaga, yang perempuan pandai=pandai jaga diri, yang kawan lelaki lindungi dan jaga kawan-kawan perempuan. kalau pergi mana, pergi beramai-ramai, dan paling penting, parents kena tahu. Macam kami ni haa, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah duk kelas yang sama, tinggal pun dekat-dekat, asal ada masa terluang buat aktiviti berfaedah. hehe.

have a nice day. ^^ 
Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon