Wednesday, December 21, 2016

Monday, November 07, 2016

BTOB PRAY I'LL BE YOUR MAN LYRIC ENGLISH TRANSLATION & ROMANIZATION 기도 ( NEW MAN ALBUM ) ♥ 비투비





Please give lots of love to BTOB! This is their 9th mini album release on 7.112016. They deserve more recognition . Thank you Melody. Let's work hard. Yejiapsa! 
기도 (I`ll Be Your Man) - 비투비

(Peniel) Girl I don't know where you are
But.. if you can hear my prayer
give me one last shot

(Changsub) 늘 속으로만 했던 마음으로 말했던
neul sogeuroman haessdeon maeumeuro malhaessdeon
I always saying to myself, saying it to my heart
나의 간절했던 기도를
naui ganjeolhaessdeon gidoreul
My desperate prayer

(Eunkwang) 저 깜깜한 하늘에 난 나도 모르게
jeo kkamkkamhan haneure nan nado moreuge
 To the dark sky, without me knowing,
입 밖으로 너를 기도했어
ip bakkeuro neoreul gidohaesseo 
I prayed for you outloud

(Sung Jae) 제발 한번만 기회를 달라고
jebal hanbeonman gihoereul dallago
Please just give me one more chance

(Minhyuk/Ilhoon) Please don't leave me alone
I can't breathe no more

(Sung Jae) 제발 내게 다시 돌아오라고
jebal naege dasi doraorago
Please come back to me

(Minhyuk/ilhoon) I'm gonna hold you tight
and I'm praying to the sky

(Il Hoon)꿈에서 현실로 날 막는다면 불길도
kkumeseo hyeonsillo nal makneundamyeon bulgildo
From dreams to reality, if i'm being blocked,
기꺼이 걸어 들어가 네가 서 있는 곳
gikkeoi georeo deureoga nega seo issneun got
then i will even walk through fire to get where you're standing

My hello

하늘 위에도 널 데려가
haneul wiedo neol deryeoga
Taking you even up to the sky
내 기도 끝에 맺힌 간절함이
nae gido kkeute maejhin ganjeolhami
The desperation at the end of my prayers
들린다면 바로 와줘 내 꿈에서
deullindamyeon baro wajwo nae kkumeseo
If you're able to hear it, please come to me right away in my dream

 Chorus : (Hyun Sik ) 
I'll be your man
다신 너를 놓지 않을게
dasin neoreul nohji anheulge 
I won't let you go again
두 번 다신 널 그렇게 둘 순 없어
du beon dasin neol geureohge dul sun eopseo 
I can't ever leave you like that once more

(Eun Kwang) 제발 내 이름을 불러줘
jebal nae ireumeul bulleojwo
Please call my name
너 없이 살 수 없는 걸
neo eopsi sal su eopsneun geol 
I can't live without you
다시 내 품에 안겨줘
dasi nae pume angyeojwo
Please come back into my embrace
더는 널 혼자 둘 순 없어
deoneun neol honja dul sun eopseo 
I can't leave you anymore

Baby I just pray

(Peniel) Always on my mind always
always on mind
that girl is on my mind 24/7 365
Dear god do you hear my cry
I pray for her back every night
Promise you that
I'm a better man won't ever
let her go no not again

(Hyun Sik) 제발 한번만 기회를 달라고
jebal hanbeonman gihoereul dallago
Please just give me one more chance

(Minhyuk/Ilhoon) Please don't leave me alone
I can't breathe no more

(Hyun Sik) 제발 내게 다시 돌아오라고
jebal naege dasi doraorago
Please come back to me

(Minhyuk/ilhoon) I'm gonna hold you tight
and I'm praying to the sky

(Min Hyuk) 주님 내 기도를 들어줘
junim nae gidoreul deureojwo 
Lord listen to my prayer
나의 그녀를 내게 되돌려줘
naui geunyeoreul naege doedollyeojwo
Please give my girl back to me
나약해빠진 어린 양의 한심한 말까지 들어준다면서
nayakhaeppajin eorin yangui hansimhan malkkaji deureojundamyeonseo
I heard that you listen even the pathetic weak lambs
신이시여 제발 당신이 존재한다면
sinisiyeo jebal dangsini jonjaehandamyeon
Lord please if you exist
전부 고칠게 죽을 듯 아파요
jeonbu gochilge jugeul deut apayo

I'll fix everything, it hurts to death
그대를 부정했던 모습도
geudaereul bujeonghaessdeon moseupdo
Myself denying you and
이럴 때만 신을 찾는 버릇도
ireol ttaeman sineul chajneun beoreusdo 
my habits of looking for God only at time like these

( Changsub)
I'll be your man
 다신 너를 놓지 않을게
dasin neoreul nohji anheulge
I won't let you go again
두 번 다신 널 그렇게 둘 순 없어
du beon dasin neol geureohge dul sun eopseo
 I can't ever leave you like that once more
제발 내 이름을 불러줘
jebal nae ireumeul bulleojwo
Please call my name

(Sung Jae) 너 없이 살 수 없는 걸
neo eopsi sal su eopsneun geol
I can't live without you
다시 내 품에 안겨줘
dasi nae pume angyeojwo 
Please come back into my embrace
더는 널 혼자 둘 순 없어
deoneun neol honja dul sun eopseo 
I can't leave you alone any more

Baby I just pray


(Hyun Sik) 늘 속으로만 했던 마음으로 말했던
neul sogeuroman haessdeon maeumeuro malhaessdeon
I always saying to myself, saying it to my heart
나의 간절했던 기도를
naui ganjeolhaessdeon gidoreul
My desperate prayer

(Sung Jae) 저 깜깜한 하늘에 난 나도 모르게
jeo kkamkkamhan haneure nan nado moreuge
 To the dark sky, without me knowing,

입 밖으로 너를 기도했어
ip bakkeuro neoreul gidohaesseo 
I prayed for you outloud

(Eun Kwang) Baby I pray yeah

(Il Hoon)기대하진 않아 네가 돌아올 거라
gidaehajin anha nega doraol geora
I don't anticipate it, the fact that you'll comeback
하지만 여전히 버리진 못해 이 뻔뻔함
hajiman yeojeonhi beorijin moshae i ppeonppeonham
However i still can't throw it away, this bluntness
이건 내게 남은 단 하나의 본능이야
igeon naege nameun dan hanaui bonneungiya
this is the last instinct i have left of me being blinded
눈이 먼 채로 너를 끝없이 따라가 난
nuni meon chaero neoreul kkeuteopsi ttaraga nan
 I endlessly follow you

(Eun Kwang) Baby I pray yeah

(Min Hyuk) 더 발악 발악해봤자
deo barak barakhaebwassja 
The more I struggle, struggle
나만 애태우다 또 한참 바라만 봐
naman aetaeuda tto hancham baraman bwa 
Only I make a fuss and stare for a long time
둘이 걷던 밤바다
duri geotdeon bambada
The nights we walked by the waters
제발 내 이름을 불러줘
jebal nae ireumeul bulleojwo
 Please call my name
이젠 칼날이 돼버린 차디찬 바닷바람
ijen kalnari dwaebeorin chadichan badasbaram
The cold ocean breeze that has become a blade now

(Eun Kwang)너 없이 살 수 없는 걸
neo eopsi sal su eopsneun geol
 I can't live without you
다시 내 품에 안겨줘
dasi nae pume angyeojwo
Please come back into my embrace
더는 널 혼자 둘 순 없어
deoneun neol honja dul sun eopseo
I can't leave you alone any more

Baby I just pray

Full credits goes to :
Korean, romanizatio lyric : Melon
Translation : MELLOSTOP/TWITTER
timing : kellypolaris

Thursday, September 22, 2016

EVERYTHING HAPPEN FOR A REASON, SELAMAT TINGGAL KSKB KK ♥

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته, salam manis,
seperti biasa lama sungguh aku biar blog ni berkhazanah..Maaf sebab tidak dapat reply berpuluh-puluh komen tanya tentang spa8 dan hal-hal yang berkaitan.
Ada yang PM aku di messenger, tapi aku tidak pernah buka. sebenarnya aku tidak tahu pun ada message masuk dan kena approve mssg yang bukan dari friend list. Maaf. Ada yang aku sudah reply. Sorry lambat. :)

I almost give up in blogging..There's so much things happen in just a few months. I lost my dad in March, yes, he passed away when I was in Sandakan..It was so sudden and I have to sorted my life from 0. It was really hard for me, and for my siblings. But Alhamdullilah, we managed to overcome our biggest fear.. Life is hard, idk, how should i express my current life. Tapi, sesusah-susah aku, aku tahu ada lagi yang lebih susah. Apa pun yang terjadi, life must go on. Aku redha dengan takdir dan ketentuan Allah..Allah lebih sayangkan papa aku..now, i lost both of my parents. Aku cuma ada adik-adik aku untuk teruskan hidup ni . :)
Aidilfitri, 2016. Bertiga :)
Aku ulang alik dari hospital sandakan ke hospital lahad datu..Waktu papa aku masuk hospital, luckily masa kami tengah cuti mid-sem..Tapi itu pun sudah hari terakhir cuti. Masa aku terima call, memang aku sdh dapat rasakan ada sesuatu yg tidak bagus,,it was the same feeling when i was receiving call about my late mom. I rush to emergency department. Masa aku sampai, luar emergency penuh dengan cikgu-cikgu. Aku kuatkan semangat,,walau kaki aku longlai. Dari jauh aku nampak chief MA di kaunter triage, he called me
 "Liyana? bapa kau ka?"
 "ya chief"..
He took me inside..Syukur, masa aku praktikal di LD dulu ramai yang kenal. Aku terus masuk red zone.

Everything in a rush. Aku sudah biasa dengan keadaan red zone yang kelam kabut But, i'm not strong enough sebab itu papa aku. Aku tahan nangis, doctor dan sir MA usaha selamatkan my dad. It was really heartbreaking. Dengan kes lain sebelah katil. It was chaotic. Chief cakap dengan aku. "Liyana kau mesti kuat?". Aku nampak depan mata aku sendiri papa aku kena intubate. Masa tu aku tau, he was critical. Chief cakap, kalau kau kuat, you should help.
Masa tu memang kurang staff sebab banyak kes red zone. I grab my gloves, do ECG and help as much as I can.

Aku sendiri hantar papa aku pergi CT Scan. Tapi, we can't do anything. doctor panggil aku dan discuss dengan aku dari A-Z,
"Liyana, tahu baca CT kan?, nampak kan pendarahan besar"
. he explained more and I lost in my own world. Aku mengucap banyak-banyak. Aku cukup faham yang kami tidak dapat buat apa-apa. Doctor suruh aku terangkan dengan ahli keluarga. and I call them untuk jumpa papa aku buat kali terakhir.. It was so hard for me to tell them, aku tahan nangis masa bagitahu semua ahli keluarga.

Aku decide untuk tidak buat resust if anything happen to my dad. Aku tidak mau dia rasa terseksa,.Ahad tu sepatutnya aku balik Sandakan. tapi aku merayu minta cuti..My dad masih kuat bertahan dengan bantuan machine semua, aku masih harapkan miracle berlaku..Aku selalu cakap kan mcm mana susahnya kau mahu cuti walau kau sakit mcm mana pun, apatah lagi kalau keluarga yang sakit. Kau kena prepare awal-awal sebelum apply SPA8. Aku kena call suruh balik asrama. Serius aku mcm mahu berhenti masa tu juga. Aku x sanggup tinggalkan papa aku. Akhirnya, aku fikir baik-baik, kalau aku buat keputusan bodoh gara-gara ikutkan perasaan, mcm mana aku mahu jaga adik-adik aku lepas ni. Aku mengalah, aku ajar adik aku buat semua, cara bagi mandi, aku tidak mau nurse yang buat. bukan sebab apa, tapi itu tanggungjawab ahli keluarga, bila lagi kau mau berbakti pada orang tua mu kan,.aku ajar adik aku feeding dari ryles tube, baca bacaan machine semua dan report dengan aku sentiasa, positioning dan semualah, aku mahu adik aku sendiri yang buat.

Makcik pakcik paksa aku pulang Sandakan, mcm mana aku merayu, aku tetap tidak dapat extend cuti lagi. Selasa tu, aku balik Sandakan, Aku bagitahu masalah aku dengan chief di sana, dorang bagi aku kebenaran pulang bila-bila masa kalau ada apa-apa berlaku. It was so hard, aku tidak dapat fokus, lagi-lagi itu penempatan ketiga. penempatan baru di emergency department. Aku rasa mahu nangis setiap kali handle kes di kecemasan. remuk hati aku tengok kes-kes, aku terbayang papa aku.
Esoknya, aku dapat call dari adik aku masa kami handle kes di yellow zone, papa aku tenat, BP drop, spo2 drop. Aku minta pelepasan untuk pulang, aku merayu dengan kolej, tapi tidak dapat. Atas budi bicara hospital baru aku dapat pulang. Kau bayangkan perasaan aku masa tu.

Dengan baju uniform aku bergegas balik, bukan dekat Sandakan-LD, aku takut kalau tidak sempat jumpa papa aku sebelum nafas terakhirnya, aku dpt mesej dari adik, dalam perjalanan "doktor pakar sudah sahkan brain death"..Tapi aku sudah minta, jgn cabut apa-apa machine yang support. Aku x mau seolah-olah kami yang putuskan. aku mau papa aku pergi dengan tenang. Subuh pagi tu semua bacaan drop sampai 0 and we lost our dad forever. Dengan keadaan mcm tu, kolej telefon suruh aku balik juga lepas pengebumian, kau bayangkan perasaan aku masa tu? Aku merayu dengan hospital tolong aku. Siapa mau urus semuanya kalau bukan aku? kesian adik-adik aku. aku dapat pelepasan hari papa aku dikebumikan. tapi esok pagi aku kena pulang..aku rasa dunia ni kejam..memang aku rasa mau give up..sakit nya hati Tuhan yang tahu..

Esok pagi aku balik Sandakan, kolej suruh aku kerja sabtu ahad..ganti cuti yang aku guna dalam minggu tu. Aku nangis dalam hati, besarnya dugaan kali ni. Tapi bila aku lapor diri, chief dapat arahan pengarah hospital sendiri yang tidak suruh aku ganti kerja hari tu..dia sampaikan salam takziah. Dia suruh aku rehat.  Aku terus balik LD, kawan-kawan aku bawa. Sebelum pukul 8.00 pm kami balik asrama. Begitu juga esoknya. terima kasih pihak hospital Sandakan yang layan aku macam manusia..Aku takkan lupa sampai mati.

Next weeknya, aku datang macam biasa. Aku tertinggal banyak benda. Aku catch up balik. Aku ganti semua cuti dalam 3 minggu tu sebelum penempatan baru.  Aku kerja sabtu ahad berturut. Kawan-kawan cuti, aku kerja sorang-sorang dan ada juga aku kerja double shift..Kerja pagi pukul 7am-2pm. Malam tu aku sambung 9pm-7am esoknya. Syukur aku dapat lalui hari-hari yang memenatkan sepanjang 3 minggu. aku teruskan juga walau susah macam mana pun, walau sedih mcm mana pun, banyak nyawa lagi yang perlu diselamatkan setiap saat di emergency. Penatnya Tuhan yang tahu, tapi aku cukup bersyukur sebab aku ada di sisi papa aku. Itu sudah cukup.

Dan akhirnya, aku habiskan program pembantu perubatan aku dengan jaya. Terima kasih buat semua yang bagi aku sokongan at the lowest point in my life. Terima kasih yang bantu aku dalam masa kesedihan. Terima kasih kawan-kawan yang tolong aku ulang alik sandakan-lahad datu. Terima kasih buat MA, chief dan pengarah hospital sandakan yang banyak tolong aku. Terima kasih buat semua yang mendoakan yang baik-baik.

Alhamdulillah atas rezeki 4 flat di akhir semester. Aku tiada perasaan happy masa tahu aku dapat. Sebab masa tu aku ingat lagi, kami kursus PTM. Aku duduk termenung di kerusi paling atas auditorium masa rehat. Sir datang jumpa aku.
 "kenapa kau diam?""owh, tiada la sir" "kau mau tengok sesuatu ka?, sir ada ambil gambar orang tidur masa ceramah tadi" "tengok bha sir, jahatnya sir ambil gambar curi-curi! ada muka saya ka sir?" "ada, berliur-liur lagi kau tidur masa ceramah, mengaga lagi, bikin malu eyh!"
sekali lain yang dalam gambar. Aku tediam. sebab aku tidak tahu macam mana mau ungkap, Keputusan tu, aku tidak tahu mau bagitau dengan siapa. Selalu aku mesti cepat-cepat call papa aku..
"aik, kenapa tidak menangis? kau tidak terharu ka? tahniah!!""thank you sir".

Dapat juga aku capai impian dapat 4rata macam aku selalu cakap sebelum ni, tapi bila aku sudah dapat, idk whom i'm gonna tell. Congratulations juga buat kawan-kawan yang lain. 22 orang daripada 138 dapat 4 flat. Tahniah kawan-kawan!

*terima kasih yang tolong snap gambar papan kenyataan ni di kolej, rindu pula dengan kolej :)*

Apapun, semuanya sudah selesai, tahniah buat diri sendiri sebab berjaya harungi onak dan duri selama 3 tahun. terima kasih KSKB KK buat ilmu dan pengalaman. Terima kasih pengajar-pengajar, minta ikhlaskan semua ilmu. Terima kasih batch Julai 2013 sebab jadikan pengalaman tiga tahun berharga. Dad, I did it! :)
hari terakhir, keluarga Julai 2013

selamat tinggal asrama, selamat tinggal kolej

Bulan 10 ni konvokesyen, nanti aku share.

Walau apa pun jadi, sentiasa ingat Allah tidak akan uji umatnya di luar kemampuan kita. Aku redha dan doakan yang baik-baik ya. Moga aku terus kuat hadapi apa jua rintangan lepas ni. Aku percaya, semua ada hikmah.

Buat yang kenali papa aku, maafkan semua salah silapnya, halalkan makan minumnya.

Terima kasih yang masih sudi mendegar luahan, yang masih singgah datang jenguk blog. Nanti aku update lebih banyak lagi. Macam mana pun jadi, life must go on! sending my positive vibes to anyone who read this. Tolongnya jgn pula ada blog yang ambil kesempatan jaja cerita aku ni pula. Aku tidak halal dan benarkan. Cukup la cerita ni cuma di blog aku. Thanks.

p/s: Happy Birthday dear self. Moga kau terus kuat hadapi rintangan hidup. Moga kau tabah macam mana pun dugaan menimpa. Moga kau sentiasa dikelilingi oleh orang yang ikhlas dan baik-baik. Moga kau jumpa kebahagiaan. Fighting! ♥


:)

Thursday, January 07, 2016

ONE STEP CLOSER ♥

Salam manis, السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Polaris Memoirs melaporkan dari bumi kota kinabalu. Hari terakhir di sini sebenarnya. Esok akan travel ke Sandakan dan lapor diri untuk klinikal di sana. Btw, selamat datang ke kolej sains kesihatan bersekutu kota kinabalu buat adik-adik junior. Macam-macam ragam tengok dorang, ada yang masih malu-malu, ada yang skema dan ada juga jalan dalam group bak girl group kpop, ingatkan senior, haha :D. BTW, selamat mengharungi suka-duka dan paling penting, simpan niat yang baik-baik. Good luck!

BTW, Syukur Alhamdulillah, sudah hampir sampai ke penghujung. Tahun akhir, semester akhir. Tidak terasa hampir 3 tahun. 1 tahun setengah di kolej, 1 tahun setengah praktikal. Tinggal 1 semester. 4 bulan praktikal dan sebulan di kolej. Lepas tu habis. Arghh tidak sabar jadi staff. Seriously mahu bina hidup. Heee, aku bukannya muda lagi macam batchmates yang masuk2 proram ni fresh graduates spm. Umur tahun ni pun masuk 25 sudah. So, syukurlah habis dan boleh bina kerjaya dalam tahun yang sama. Wish me luck!

Tidak seperti semester sebelumnya, first time aku datang kolej tidak tahu result. Memang tidak tidur dibuatnya. Selalunya walaupun lambat tahu result macam semester sebelum-sebelum ni, mesti orang sampaikan berita. Tapi semester ni, langsung tiada khabar angin. 4HB Jan tu kelas pertama kami. Memang cuak gila. Aku datang pun duduk jak diam-diam. Bila batchmates tanya. Aku diamkan saja. Cuak gilak! Kalau dorang bercerita-cerita pun aku buat-buat tidak dengar. Cehh, walaupun sebenarnya aku ada terdengar carta top ten semester ni nombor 10, pointer 3.51. terus aku rasa mahu nangis. Kau bayangkanlah, di kelas tu ramai gilak yang pandai-pandai. Kalau no 10, 3.51, bayangkanlah macam mana mahu mencelah-celah dalam 5-9. Sebab yang pastinya 4flat ada 4 orang semester ni. Dan memang bukan aku antaranya. Lol! Kecewa lagi. Haha. Berharap betul tu bha. Padahal belajar nyaaa, malam sebelum exam baru buat revision. Ini please jangan ikut ya adik-adik. Aku macam biasalah, bila klinikal, langsung tiada belajar. Bila sampai kolej mahu exam, malam exam baru membaca. Sudahlah exam week pun tiada. Balik dari klinikal, esoknya sudah exam. Punyalah sandi. t-t

Bila turn aku kena panggil ambil result. Aku sudah tidak keruan. Bila dorang bagi, aku cakap “wuaaa takuttt!”. Dorang siap cakap “ok bha, jangan la kau risau, sir salah print tu”. Aku pun tidak faham apa yang salah. (sebenarnya hari kelas 4hb tu, sudah ada result kena pampang di kolej. tapi errr, hari tu aku datang cuma beberapa minit sebelum jam 8. memang berlari-lari la masuk kelas, takut kena tangkap pengarah. hee. jangan ikut macam hakak senior ni ya adik2! silalah datang awal pergi kelas! ). Btw, sebab tidak tahu menahu, bila terima, mahu juga aku nangis. Serius, aku terharu. Balik tu, aku terus sujud syukur. Sebab dikabulkan doa. Walaupun usaha aku tidak setimpal, tapi usaha last minute tu aku full blast-kan. Aku puasa & solat sunat sunat dan doa banyak-banyak.  (tips exam) Alhamdulillah Ya Allah atas rezeki-Mu. Walaupun tidak 4flat kan, heee, naik sikit juga pointer. Dan dapat juga aku capai PNGK 3.5. Itu memang sangat-sangat cukup. Dapat archieve target. BTW, Congrats juga buat semua batchmates Julai 2013 sebab lulus 100%. Result gempak-gempak. 140 orang yang meneruskan legasi dari semester tiga dapat 3 pointer ke atas. Congrats! We’ve made it! Sem depan kita usaha lagi! Mana tahu dapat 4flat 140 orang kan! Aaminn. Fighting! Fighting! Terharu juga dapat masuk carta top ten lagi berturut-turut. Disebakan ramai yang dapat result gempak. Tidak dapat mahu susun kalau ikut PNGS.So, Sir masukkan ikut pointer PNGK. Tapi sayangnya, di carta tu kena tulis PNGS. Heee, xapalah.


Subjek MAGS tu soalan esei dia pasal Appendicitis dan pre&post operation. Tapi benda yang common tu, yang aku sudah praktikal di OT tu la yang aku jawab ntah apa. :(.
CONGRATULATIONS BATCHMATES! ^^
Btw, esok aku gerak ke Sandakan. Di kabulkan juga mahu merasa klinikal di HDOK. Tidak sabar ni! Excited dan dalam masa yang sama sangat takut sebab macam tidak cukup ilmu di dada. Bak kata pengajar. Jangan bangga dengan tag merah! Sebab tag merah tu bawa tanggungjawab yang besar!. Tag merah yang tunjukkan seniority kau. Yang sepatutnya kau tunjukkan dengan ilmu dan skill kau. 6 bulan lagi ke alam pekerjaaan. Tiada lagi alasan kau tidak tahu. Wuaaaa, seram. Aku harap kami semua dapat hadapi 4 bulan ni dengan jayanya, tanpa ada sebarang masalah. Fighting team Sandakan!! Let’s do our best! Bawa nama kolej, bawa nama profession dan paling penting, harumkan nama batch kita.

Say Haiii to name tag merah!!!
Program MA sem 1 :Tag hitam, sem 2& sem 3: Tag putih. Sem 4 : Tag hijau Sem 5 : Tag biru 
Aku sudah request minta tukar name tag aku. tapi bila dapat masih juga Liyana. LOL. Aku selalu tidak kena kenal staff. haha. sebab kawan aku panggil nama kalyisah. Bila staff tnya pasal Liyana. LOL tiada kawan kenal. puhaha. last-last selalu kena lupa-lupa ingat. haha.  Hai nama saya Liyana~~kekeke
4hb sampai 8hb di kolej, dapat juga lepas rindu dengan kawan-kawan yang lama tidak diketemu. LOL. Padahal, baru jak jumpa masa exam lepas cuti 1 bulan. Rindu bha, berabis bergambar guna hp oppo si el. Terus plowlesss berabis. padahal jerawat sana sini tumbuh.puhaha.. 4 hari jak sama-sama lepas tu tepisah lagi seluruh pelusuk sabah. Jumpa nanti budak-budak busuk semua! Good luck klinikal. Jangan kamu nakal-nakal sana. Jangan menggemuk macam belon! Kawal makan! Puhahaa! LOL padahal si el jak yang ke tawau. kami semua ke sandakan. bye2 el~~:D


Semoga lagi banyak kenangan yang baik-baik, dijauhkan segala yang tidak baik. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Till then, jumpa lagi di lain cerita :D


Buat pembaca setia blog ni. Terima kasih sebab sudi singgah dan baca coretan aku. Umur blog ni pun sudah masuk 5tahun. Cepat betul masa berlalu. Macam baru semalam aku buat blog di di kolej lama dulu. Hing! Selamat ulang tahun blog kesayangan ku. Buat pembaca yang singgah. Semoga tahun ini lebih baik ari tahun sebelum ni. Semoga sihat selalu ! Let’s do our best in everything we do. Doa dan tawakal. Take care ! 


Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon