Monday, October 11, 2010

AKU BERSUMPAH ♥

Demi nama cinta, sesungguhnya aku rela asalkan kau bahagia
Namun atas nama cinta juga, sesungguhnya tidak ada sedikit maaf buatmu saat kau hina aku kerana nya.
Demi nama kepercayaan, sesungguhnya aku percaya dengan takdir 
Dan atas nama kepercayaan jugalah, aku percaya dengan hukum alam, buat baik di balas baik, buat jahat kau tahu sendiri. 
Demi nama kasih sayang, sesungguhnya aku berusaha untuk menyayangi sebaiknya
Namun atas nama kasih sayang juga, perasaan sayang itu hilang bila ianya palsu dan sia-sia.

Demi nama kemaafan, aku tidak sesekali menyimpan dendam sekelumit pun, walaupun ianya menyakitkan hati dan perasaan, walaupun mata sesekali ditakungi air, dan walaupun ada luka dan parut yang tertinggal .
Namun demi nama kemaafan juga, aku tidak sesekali maafkanmu sehingga saat terakhirku sekiranya kau burukkan aku di depan perempuan lain, sekiranya namaku kau sebut di depannya, dan sekiranya kau cuba ceritakan hal yang tidak pernah wujud dan sekiranya kau cuba memutar belitkan cerita.

Dan atas namaku, aku tidak sesekali pandang dan cuba berusaha untuk membina sesuatu yang telah hancur kerana manusia lain, dan sesungguhnya tidak ada belas kasihan bagiku dengan benda yang lepas dan aku tidak sekali akan memandang masa lalu.
Dan atas nama masa depan, sesungguhnya aku terus pandang ke hadapan dan cuba untuk membuat memori baru, Dan sesungguhnya memori itu akan lebih baik berbanding ketika aku mengenalimu.
Pergilah. Berbahagia dengannya. Aku pasti baik-baik sahaja.
Cuma kau ingat sumpahku ini. :)


  Janganlah kau angkuh melaungkan si dia kepunyaan mu atau kau kepunyaan si dia,
Kerana hakikatnya kita tidak pernah memiliki sesiapa,Walau sekeping hati seorang insan.Tidakkah kau sedar? Hukum alam menyatakan "Mencintai tidak semestinya memiliki"Manusia pandai berpura, berlakon di pentas dunia dan bertopeng menutup rahsia.Tetapi hati tidak pernah berdusta pada empunya,tentang perasaan yang bergolak di dalamnya.Tidakkah kau sedar?mungkin si dia melafazkan ungkapan cinta pada mu,
Tetapi hati dan perasaannya tidak pernah berniat begitu,Dia hanya berselindung di sebalik sejuta alasan,Dan kau, begitu jujur dan setia mencintainya.
Sehingga terlupa, hukum alam menyatakan "Mencintai tidak bermaksud memiliki",

6 comments:

nuraitul said...

nape nie Kelly..??sedih smcm je luahan perasaan tue..

Unknown said...

sebab wujudnya 'lelaki'

ArifmoraleS said...

kelyy..dgr lagu kat blog arif..mesti kamu suker...ha3

Unknown said...

thnks arif,,, i will~~~~

NA'IMSYKR said...

u have to be strong kelly!chaiyok2 =)

Unknown said...

Thanks Naim!!semuanya sebab korang semua juga,,kalau Laa-Laa soma x da,,mgkn ta sekuat ini,,thanks

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon