15.Jun.2014
Selamat hari bapa buat bapa tersayang
Mingggu lepas sudah buat sambutan hari bapa bersama family besar.Advance. So, hari ni kami tiada buat apa-apa yang istimewa. Lagipun pa penat, sebab habiskan masa seharian di kebun kelapa sawitnya, al-makumlah hari ini sudah last day cuti sekolah,,tiada lagi masanya menatang anak pokoknya, hehe.
Kalau ikutkan hati, aku mahu juga prepare macam biasa, makan-makan, tapi kebiasaannya aku cuma prepare hadiah dengan adik-adik, yang beli itu ini mami. cuma kali ini, talian telepati tidak menjadi.
Kami cuma makan ice-cream cornetto satu keluarga. haha. Pa aku sudah tukar kegemaran baru. disebabkan dia sudah trauma dengan coklat kegemaran cadburynya yang tiba-tiba ber-dna-kan babi. Terus trauma dia mahu makan lagi. Sejak akhir-akhir ni, cita rasanya sudah bertukar ke ais-krim. Aku ingat lagi perbualan kami masa aku baru balik cuti, di dapur masa aku sibuk-sibuk memasak.
By ada coklat di peti. Makanlah nanti
Cadbury? Haha
Bukanlah. Hershey
Hahaha. Nda la sudah bapa makan tu cadbury?
Ish. jangan cakap lagi. bikin sakit hati. Kurang asam betul tu.
Hahaha. Ngam-ngam bapa punya kegemaran lagi tu. Hazel and Nut. Haha. Apa boleh buat la pa.
Kalau iya pun, kenapalah bha yang bapa selalu makan.
Kesian bha gia. Kalau aku pun trauma kali ya. Bayangkanlah coklat kegemaran kau bertahun-tahun. setiap hari kau makan, tetiba dilapor begitu. Sekejap ada, sekejap tiada lagi tu. Apa boleh buat la. Benda sudah jadi. Dalam islam pun, kalau kau tidak sengaja, tidak juga berdosa. Tapi, hati yang sudah luka, kau ingat boleh sembuh semula.? Tidak. haha. Kau mahu terima balik pun, kau pandang sebelah mata saja. Begitulah tu. :)
Btw, tengah hari tadi, adik bongsuku yang temankan pergi mencari hadiah. Si adek bujang tidak dapat ikut sebab ada orang datang baiki lori di rumah. So, aku pergi berdua. Aku dengan adik ketiga? Kami dua ni macam spongebob dengan Squidward. Ada saja yang tidak kena kalau sudah kami berdua. Sampai Adek (adik pertamaku) yang selalu jadi orang tengah kalau sudah kami mahu berperang. Tapi itu dulu, entah sejak dia sudah naik tingkatan satu ni. Matang pula aku tengok. Semua dia buat aku tengok sweet jak. haha. APatah lagi part dia bermesra dengan kucingnya. Mak aii, gigit mau? hahaha. Aku suka kalau part adik lelaki aku jadi sweet. Lain kalau kau ada adik lelaki, kadang-kadang kau sendiri tidak faham dorang ni macam mana. Kadang kau susah mahu handle, kadang kau rasa kau macam puteri, dituruti saja apa yang kau minta, apa yang kau cakap. Jadi, part bershopping hadiah dengan adik aku tadi, macam aku rasa berbunga-bunga, first time aku rasa begitu, sumpah. Ntah sejak bila adik aku yang ini semakin matang,, mungkin sebab sudah naik tingkatan. So, hormonnya pun berubah. Perubahan yang bagus. Aku peluk-peluk pun dia senyumkan saya macam abang bujangnya. kalau dulu. kau peluk sikit, bermanja sikit, terus kena sergah. Kalau sudah dua-dua adik bujangnya ku jadi sweet-sweet begini, gentleman begini, matang begini, terus aku rasa dunia ni lengkap. Cukuplah begini. Bahagia.
Oh Tuhan , Terima Kasih ! :)
Kami jalan kaki berpanas, berpayung berdua ke servay depan rumah. Aku beli itu ini, aku ta cakap apa, semua dia angkut. Omg!,,ok cukuplah, kenapa aku rasa teruja begini. Rasa mahu menangis okay. Emosi. hahaha.
Kali ni, kami belikan hadiah normal. Bukan macam tahun lepas. haha.
Aku cari tee, warna kegemaran pa aku, tee biru.
Coklat macam biasa wajib ada sebab kegemarannya. Tapi aku tukar pergi vochelle. hehe.
Surat cinta haruswajib ada.
Malam tadi sebelum pa aku tidur, kami panggil masuk bilik aku, kami bagi hadiah. Salam cium tangan. :)
lepas tu paksa pa aku bergambar dengan kami bertiga. Mula-mula dia tidak mahu.
Pa jom bergambar.
Alaaaa, sudahlah bapa nda pakai baju ni. Nda mau la.
Alaaaa, jomlah, 1 kali click jak. haha.
Alaaaa, sudah la muka terbakar ni, hitamlah tu nanti. Esoklah, esok~~
Alaaa, sekaranglah pa,, ada flash juga bha. hahaha.
Kesian bha di paksa bergambar malam-malam. hehe. Kami pun apa kurangnya. semua muka busuk. aku ambil saja apa yang ada dalam almari. pakai tudung dalam 1 saat. haha. lawak. Sekali sekala bergambar dengan muka busyuk. :D
apa yang aku mahu luahkan :
Kau cukup beruntung kalau kau punya bapa yang boleh jadi mak+ayah sekali gus. kami sudah tidak punya ibu macam kalian. Tapi kami masih punya bapa yang tatang kami supaya kami tidak pernah rasa kehilangan sebahagian dari hidup kami. Mungkin kadang-kadang ada yang kurang, ada yang tidak dapat diberi. Dia pun manusia biasa jugak. Cukuplah dia sudah beri kau apa yang terbaik dalam hidup. Bila kau jatuh, dia ada untuk bangunkan kau semula. Bila kau gembira, dia ada dibelakang tersenyum riang untuk kau. even kau putus cinta, dia masih cakap, " tidak semua lelaki tu sama, insyallah nanti jumpa yang lebih baik." . even kau punya result tidak capai 4flat. dia masih bangga sebab kau sudah berusaha buat yang terbaik. Even kau masih ada duit, dia masih risau kalau kau tidak cukup belanja makan minum. Kau mahu ke sana ke sini, dia tidak pernah larang, janji kau pandai jaga diri, Kau mahu itu ini dia bagi, apa saja untuk kau. cukuplah kau ada itu. Hargailah, sayangilah selagi kau ada dia. Jangan sesekali kau lupa apa yang dia korbankan. :)
Btw, Selamat Hari Bapa buat semua papa, bapa, ayah, baba, daddy, dada, papang dan serumpun dengannya. Thank You for being the best dad ever.
God bless.
Owh sebelum terlupa, terkejut tengok stats di dashboard. Ramai pula datang membaca entri father's day ku yang dulu-dulu. Aku baca semula pun malu. Classic betul kalau baca entri dulu-dulu ni. Terima kasih yang sudi datang baca entri tu. Selamat Hari Bapa buat your dad! wink ^-^
No comments:
Post a Comment