Friday, June 27, 2014

KENDURI KENDARA DI SEMPORNA ♥

Salam manis,
Dua minggu lepas nenek aku bawa ke semporna untuk buat kenduri. ya, dua minggu lepas. aku kan suka buat entri-entri basi. ngehehe. btw, Niatnya cuma buat kecil-kecilan yang penting ada sebab kami sudah buat kenduri arwah di lahad datu. Lagipun nenek kata, lama sudah tidak datang semporna.

Kami naik 1 kereta jak, kali ni cik yaya yang bawa naik kereta baru. woot-woot. tinggal aku seorang jak la yang belum-belum pandai bawa kereta. hahaha. ok anak dato' sila muncul sekarang. jadi aku tidak perlu drive seumur hidup nanti. ada driver yang ambil hantar ke sana ke mari. wakakaka.

Sampai semporna, nenek tanya mana tempat best. aku apa lagi, bawa tempat aku dengan kengkawan selalu lepak kalau kami ke mabul. huhu. owh rindunya pulau mabul tu. Bila lagilah boleh datang sana. niat tu ada. tapi takut kalau ada mundu. 
Lepas makan baru kami ke rumah nenek. Malam tu dorang karok. Aku memang gelak na mampus sebab telampau terhibur dengar budak-budak ni menyanyi. Boleh sudah kasi kalah tu Tegar. Tegar pun menangis kalau dengar adik sepupu jauh aku ni menyanyi. haha. 

Pukul 11 tu kenduri. Sebelum kenduri puas-puas berselca, bergambar tidak hingat dunia. bukan selalu datang rumah nenek di semporna ni. 
with nenek :) 
Bila bergambar begini, terasa cepatnya masa berlalu, besar sudah adik sepupu ku dua orang ni. tengok, sudah sama tinggi dengan aku dan cik yaya. terasa diri ini semakin tua. cepat betul dorang membesar. perawan sudah. hehek,

huhu, intipati entri ini :  zaman sekarang sikit-sikit mahu bergambar. tampar 180/km nak? haha.
apa mahu jadilah zaman ni, sikit-sikit berselca..kahkak..di mana ada pengcahayaan baik, di situlah tu jadi port selca. omg, i'm dying~~tengok gelagat sendiri pun aku rasa na bagi penampar laju-laju. haha. 

Lepas kenduri habis dalam pukul 2 tu kami terus pulang LD sebab cik yaya kerja shift malam. lain kali la baru singgah bermalam lama-lama lagi, huhuk, rindunya laut-laut, pulau-pulau di sana. :( 

No comments:

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon