Kalau cuti-cuti panjang begini, aku kena bahagikan diriku untuk masa semua orang. Jangan sampai ada yang merajuk sebab kau jual mahal mahu keluar. Tapi aku lebih bagi priority dengan family. Family first. Tangga kedua, gengkuatjalan, selepas tu mana yang aku free, aku consider tiada mainan perasaan di situ, aku jenis okay kan saja permintaan-permintaan untuk keluar dengan aku. amboi, macam artis kau jahh~~hahaha.
Sebab semalam aku telampau penat mengemas rumah, kemas pinggan mangkuk kembali ke tempat asal lepas kenduri, aku lewat bangun. Bangun jak nampak ada 12misscalled. Dari aunty aku, dari cousin. ngeee~~
Woii, tuan puteri, baru bangunkah, santoloyo betul tidak angkat telefon.
Puahahaha, baru bangun bha ni, kenapakah?
Kami ambil kau tengah hari ni. Kita lunch.
Billones ni family sebelah arwah mamy aku. Apapun, kami masih rapat lagi. Asal dorang detect aku balik LD, memangnya terus ada get-together. AUnty aku pun terus turun ke LD dari Felda Sahabat. Ini yang aku sayang banget dengan aunty aku sorang ni. Rocknya jangan cakap. Dia lagi di-ushar-ushar oleh boy-boy bak kata cousin aku. dia lagi yang laku dari kami-kami ni. Hahaha. Budak muda pun mengorat aunty aku yang disangka masih remaja, padahal, sudah kawin anak 4 lagi kau jahh.
Kalau sudah berjimba sama Billones, memang topiknya tak lagi pasal jodoh. haha. Mula la aunty aku recommend-kan kawan-kawan dia, anak-anak buah sebelah husband dia, di bagi tips-tips supaya sentiasa bebeh, supaya laku macam dia jugak..puhahaha. Hei, mandi bunga la kalau begini ni tau.~~haha.
By ada sudah calon?Teda, aunty carikanlah.Kau tu lain, sudah dicarikan, memilih betul lagi.semua calon aunty kau tolak-tolak. Aik, kali ini x sudah, carikanlah aunty. yang menepati citarasa ya..haha. Jen: Aunty! aku jugak~~Naa, kamu dua la, nanti aunty edit letak wanted besar-besar. Kasi promo la kamu dua ni. tu la kamu ni, xlaku-laku. laku lagi aunty kamu ni.
>_<
Kami lunch bersama di Viella Vista, kejap jak cerita-cerita di sana, sebab cousin aku masuk kerja balik pukul 2pm.
Lepas tu, aunty cakap, sebelah malam ladies night lagi. Memanglah kan kalau berladies night. Topik lagi hangat la dengan dorang-dorang ni. Ampun aku.
Dorang ambil aku di rumah belah malam, singgah hotel jap, dorang bersiap-siap.
Aku memang tidak boleh part menunggu ni. Tapi aku kalau di tunggu berjam-jam. =_=''. Teruk betul perangai. Aku memang respect dengan orang yang boleh suruh aku pelan-pelan jak bersiap, take time.Tabik aku sebab sanggup tunggu aku yang err~~berlambat-lambat. Jadi untuk mengelak aku terseksa jiwa raga, puas-puas aku berselfie. Habis aku kena kombo oleh aunty sebab berselfie terusss~~lol.
Kami dinner di Bistro Temptation
"Ta, halal ka ni. Ko arr, aku sudah la pakai tudung ni,,macam club gilak!"
"haha, halal ni by, no worry, ramai jugak muslim selalu makan sini.Itu lampu luar jak la, di dalam restoran biasa jak pun"
"omgee, aku order minuman jak ar"
"tidak bha tu, jangan kau ragu-ragu"
Cousin aku belah Billones memang non semuanya. So, kengkadang aku memang risau-risau jugak, ngeee, tapi kalau ada ragu-ragu tu, aku ta order apa-apa. Yang penting lepak jak dengan dorang.
Kerja gila aunty aku, apa lagi, upload gambar kami di wechat, lepas tu kira sapa paling ramai dapat peminat. Wakakaka. memanglah kan. Orang pertama komen post aunty aku tu kirim salam dengan cousin aku c Maica. Tapi sebab Maica sudah bertunang. AUnty aku suruh pilih yang lain. MEmandai kan. LOL.
So, dengan tidak bangganya, aku menang undian-undian peminat. lol. gilak betul dorang-dorang ni.
nghahaa. gila-gila pun, tetap jugak aku sayang.
4 comments:
darah billones bah tu!. kirim salam sama c neng. nda kamu membawa kami di sini.bgt la kmu!! hahahhaa
bestnya kamu... meriah btl ne.. dpt anty pun yg sporting arr... hahaha
@Anonymous aunty? caz? jgn bha kasi anon~waakaka,,tapi dpt hidu ni siapa,,berenang la pergi sabah yaaaa,,baru di bawa,,>_< p/s: jgn jeles.
@Miss Boo mmg terlebih meriah tu kalau sudah berkumpul,,hehe >_<
Post a Comment