Kadang-kadang hati kau meronta-ronta mahu singkap kebenaran,
Apa yang tersurat tersirat,
Padahal otak kau tahu,
kebenaran itu menyakitkan,
Kau pilih untuk berdiam,
Kau pilih untuk jadi kebal,
Kau tinggikan ego mencecah bintang,
Kau bisik,
Biarkan saja semuanya mati ditelan masa,
Mungkin lebih baik begitu,
mungkin,
Tapi
Selalu ada satu saat kau butuh penjelasan
"kenapa begitu begini?"
Ahh suara hati
Nyah kau dari sini.
Jangan kau datang lagi.
Pergi.
15.06.2014 7.29pm.
Exactly.
No comments:
Post a Comment