Salam manis,
Lama aku tenung entri-entri dalam draft. Aku selalu begitu, tiba-tiba aku ada rasa mahu luah, semangat aku tekan butang oren new entry, taip panjang-panjang lepas tu aku save to draft saja.
Kadang-kadang sebab aku ta mau orang baca, sebab kadang aku rasa begitu begini kalau orang baca. So, aku simpan tatang bagai minyak yang penuh dalam draft. hehe. Baru aku sengih sendiri lain hari. haha. Senang betul aku terhibur. Bak kokping pula kan. apa juna buat semua boleh buat dia gelak. Macam aku jugaklah, benda lepas yang jadi, aku rasa lucu, aku gelakkan sendiri. bahagia. orang buat baik sikit dengan aku, bahagia. orang bagi sikit dengan aku, bahagia. Tengok cute-cute, bahagia. Kawan aku buat itu ini, bahagia, adik aku main dengan kucing, bahagia, tengok bintang bertaburan, bahagia, bayangkan awan-awan jadi bentuk itu ini, bahagia. tapi susah betul mahu buat orang rasa bahagia. sekelip mata bahagia itu hilang. mungkin aku cuma boleh bahagiakan diri sendiri, bukan orang lain. sedih.
Kalau aku sudah random begini, banyak la yang mahu keluar dari lubuk hati. jadi kalau kau ternampak entri ini, baik jangan baca. aku bagi warning awal-awal. lol. Mudahan tiada orang baca.kengkadang aku rasa macam aku ada phobia pun ada. Phobia pada judgement orang. Social phobia? Tidak jugak la, tapi aku takut kalau orang pandang serong kalau aku berbicara. Sebab semua yang aku bicara mestilah yang berkaitan hidup aku. Sebab tajamnya lidah tu sama macam kau tikam hati orang tu berkali-kali. Kau mungkin boleh minta maaf kalau kau salah dalam perbuatan, tapi kalau dalam perkataan, sampai mati orang akan ingat apa yang kau cakap, perasaan yang kau cakap sampai dia rasa begitu begini. Sakit. So, begitulah. Aku harap selama aku meluah-luah umum ni tidak la menyakitkan sesiapa. Ini semua datang dari hati. Aku bercakap secara random. Macam aku cakap juga, kau boleh pilih untuk stay atau pergi.
Sebut pasal stay atau pergi. Sinonim betul benda ni dalam hidup aku. hidup orang. People come and go. Itu normal. lumrah hidup. Tiada yang kekal di dunia ni. Kau mesti ingat itu. Macam mana aku handle benda begini?. Makin kau lama hidup di dunia ni, kau makin mengerti istilah datang dan pergi ni. Tipu kalau aku cakap aku sendiri tidak pernah pergi. Tipu kalau aku cakap, tidak pernah aku yang pilih untuk pergi. Tipu kalau aku cakap aku yang tidak pernah belot dan pergi. Tipu. Tipu. Aku juga manusia lemah yang digoda dengan macam-macam dugaan. Cuma sebab dan penyebabnya yang berbeda antara kita semua. Jadi kau jangan sesekali menghakimi kenapa begitu begini, kalau kau sendiri tidak pernah berdiri di kaki ini.
Ada kawan paling rapat pernah dan selalu cakap begini dengan aku. Aku macam sudah immune kalau dia cakap begitu banyak-banyak kali.
"kau ni memang bodoh. sayang sejak kau cantik, tapi memang bodoh.".
"Kau ni sayang sejak cantik, tapi gila".
Mula tu aku memang terkedu, bergenang-genang air mata, mulut terkumat-kamit mahu memaki, tapi bila lama-lama sudah selalu aku dengar dia cakap ayat yang sama, aku lawakkan saja.
Kalau aku tanya "kenapa lagi ni kau cakap aku begini".
"kau tu yang bodoh. sudah banyak kali, begitu lagi, kau cakap kau belajar dari pengalamaan.Memang sia-sia kau cantik"
Perkataan "cantik" tu sedikit sebanyak buat aku sedap hati sikit. Okaylah. daripada dia cakap
"kau ni sudahlah hodoh, bodoh lagi"
wakakaka. kalau itu, memang aku gantung diri di pokok kacang peas terus. haha.
Kenapa aku pernah memilih untuk pergi?
Ada yang buat aku tidak rasa selamat, aku doa banyak-banyak kali pun, jawapannya hati aku yang tidak tenteram, aku tidak rasa boleh pergi jauh, tidak rasa aku boleh jaga hatinya, tidak rasa aku boleh bagi yang terbaik untuk dia, tidak rasa kami boleh seimbangkan apa yang lebih dan kurang, tidak boleh bagi yang seikhlas yang aku boleh, kalau aku sudah rasa awal-awal begitu, aku memang pilih untuk pergi. Biarlah aku dilabel kejam, biarlah dalam hatinya akulah manusia paling kejam. Biarlah dia marah sampai menyumpah. Aku redhakan saja. Biarlah orang cakap aku bukan-bukan. daripada aku seksa dia dengan ketidak-ikhlasan, daripada aku seksa dia lagi lama. Biarlah awal-awal aku pergi, supaya dia boleh berdiri balik semula, supaya dia boleh sembuhkan hatinya lebih cepat. supaya ada orang yang lebih layak untuk jaga hatinya daripada aku. Kau jangan sesekali gantung orang lama-lama, di mulut kau cakap sayang, padahal di hati kau sudah tidak.Kau jangan biar dia sulam hatinya, kunci hatinya dengan namamu, tapi awal-awal kau memang sudah fikir untuk pergi, cuma kau cari masa lama, atau kau cari masa sesuai. Jangan sesekali kau buat begitu.
Macam pengalaman aku sendiri. Aku rasa tidak salah kalau aku cerita. Sebab ini sudah jadi sejarah. Boleh jadi ingatan dan peringatan bersama.
Aku pilih untuk pergi masa aku jauh dari dia. Sebab masa jauh tu baru aku dapat ukur rasa ku dengan dia. Masa jauh tu kami diduga dengan macam-macam dugaan. Aku-orang lain-dia-orang lain. Masa tu aku mungkin memang tidak matang. Hati tu macam ada sempadan macam aku, dia, dan laut cina selatan. Begitu sempadannya. besar. Kami sepakat untuk bawa haluan masing-masing dengan cara baik. dengan cara yang paling baik. Dalam tempoh suai diri untuk pergi, kami masih berhubung dengan cara baik, cuma orang luar fikir kami berbunuh. Dia masih boleh datang rumah aku untuk kenduri, makan-makan, sebab kami masih kawan macam sebelum ni. Tapi macam-macam orang cakap. Macam-macam orang tuduh aku bukan-bukan. dia bukan-bukan. Kami diamkan saja. Bila dia sudah ada orang yang isi kekosongannya, dia ada tanya aku macamana, aku cakap, aku doakan yang terbaik untuk dia. Tapi sekali lagi, macam-macam orang cakap, aku ucap tahniah, tapi orang cakap aku sibuk, terhegeh baru mahu muncul balik. Aku diamkan saja. Aku ingat lagi gelaran si bawang putih yang berlagak suci. Tengok, apa orang cakap, sampai mati kau tidak boleh lupa kan? :) Aku bahagia tengok dia bahagia. Kadang kalau kami terserempak, kami masih boleh bertegur macam dulu. Aku senang begitu. Pengajarannya, biarlah kau pergi supaya hatinya terjaga untuk yang lebih istimewa, yang lebih boleh jaga dia. Jangan kau pernah fikir untuk simpan hatinya lama-lama sebab kau takut tengok dia berbahagia. Itu tamak, pentingkan diri, pembunuh namanya. Dan jangan kau ragu pasal cakap orang sekeliling yang cuma tahu menghakimi tapi hakitkatnya tidak tahu apa-apa. pedulikan mereka, kau cuma perlu jaga hati kau dan consider hati dia, bukan orang lain yang jadi pembatu api segala. nokhtah.
Dan macam mana pula kalau orang yang pergi?
Dalam hidup ni jujur aku pernah kenal dua lelaki. Yang sampai aku cakap
"Ya Tuhan, cukuplah apa yang Kau beri, cukuplah yang ini, tak perlu diketemu dengan yang lain lagi".
Orang yang aku hargai, dan aku simpan dalam carta tertinggi dalam hati. Tapi sayang seribu kali sayang. Yang kau tatang di hati itulah yang pergi. Apa yang aku buat? Aku cuma cakap terima kasih. iya, cukup terima kasih. Kelu lidah untuk kau pertikaikan saat dia pergi. Tidak juga ku maki, sebab tidak sampainya hati. Aku cuma nangis sekuat hati. Aku keluarkan semua peritnya hati yang aku tidak dapat tanggung. Semuanya. Biarlah sampai aku takipnea, sampai takikardia. Biar sampai bengkak-bengkak mata aku macam katak. Biarlah. Lepas tu aku duduk diam, fikir dalam-dalam, kenapa begitu, begini. Aku fikir apa salah silapnya aku, apa kurangnya aku, apa hinanya aku sampai ditinggal begitu. Bila aku sudah fikir masak-masak baru aku dapat terima semuanya.
Mungkin dia rasa apa yang aku rasa bila aku pilih untuk pergi dari hidup orang lain. Mungkin apa ada aku, tidak cukup untuk lengkapi apa adanya dia. Mungkin aku jenis terlampau cling bila sudah sayang. Orang pun rimas. Mungkin aku terlampau begitu begini, dia pun bosan. Begitulah. Jadi mungkin salah aku juga sebahagiannya. Bila aku sudah dapat pujuk diri sendiri. Aku mula balik dari angka satu. Aku terus moving on. step by step. Aku fikir yang positif-positif saja.
"pandailah dia datang mencari, tapi masa tu aku sudaah pergi".
Nasihatku, terutama yang masih ada sifat keanakan kalau soal stay/pergi,,jangan sesekali kau maki-maki. Jangan. Jangan sesekali kau pertikaian kenapa dia pergi, soal siasat dia itu ini. Biarlah kau diam seribu bahasa, saat nanti dia sendiri yang tahu di mana salah silapnya. Jangan sesekali kau merayu kembali, jangan. Biarlah tinggi egomu,to the moon and back, kau relakan saja dia pergi. Dengan iringi doa kebahagiannya sekali. Sebab kau mesti selalu percaya ini,
'setiap yang kau sayang itu ujian'.
Kalau kau redhakan, kau pun pasti bahagia satu hari nanti. Jangan kau terus membenci lelaki. atau perempuan. Kau doakan saja, pemilik hati mu nanti, yang akan sayang kau sampai mati. Biarlah yang jadi,jadi, sekurangnya mereka ini pernah bagi kau rasa bahagia. Walau mereka juga yang ajar derita. Tidak mengapa, take your time, moving on pelan-pelan walaupun susah. Kadang kau rindu, kadang kau marah, kadang kau benci, kadang kau mahu luah-luah, normallah, kau bukannya alien yang tidak ada perasaan, tapi kau kuatkan saja hati.
'Don't start another hello to risk another goodbye :)' .
Bila lama-lama kau okeylah tu nanti, terjumpa tengah jalan pun kau boleh bagi senyuman paling manis lepas tu cakap
"yo~whatsapp!".
lol.
Cheh, macam aku. Lepas beberapa tahun kejadian, aku relaxkan saja pertemuan semula yang dia pinta. Kami boleh lepak makan semeja bersama. Boleh jalan-jalan dengan kengkawan bersama. Masa tu kau boleh lupa sudah perasaan yang dulu-dulu. Secebis pun kau tidak akan ada mahu ingat-ingat lagi. Kau boleh jadi geng-geng sudah. gitu, relax la, kit kat kan ada. haha.
Dan paling penting sekali. Kau mesti tahu,
"sakitnya bila orang yang kau sayangi pergi dari hati kau, tidak sesakit bila orang yang lahirkan kau didunia ni pergi selamanya tinggalkan kau".
Jadi jangan pernah kau kata sakit hati sebab cinta itu sakit hati yang paling sakit. Aku sudah rasa itu, sakitnya tidak sama. tidak setanding. Jadi, kau buat relax saja dengan orang-orang begini. Mereka pergi, ada pengganti. Mungkin lebih baik lagi. Tapi, bila ahli keluarga kau yang pergi, masa itu kau tidak dapat ratapi untuk dorang kembali. Jadi yang mana kau perlu hargai? Kau sudah besar, fikir-fikirlah sendiri. hehe.
Panjangnya, bila aku luah-luah begini, rasa ringan sikit beban di hati. Aku pun bukannya kuat. Sangat tidak kuat. Aku cuma berlagak kuat supaya aku boleh jadi kuat. Lemahnya aku selemah-lemah iman. Mungkin sama macam orang lain. Cuma cara kita handle situasi tu yang lain-lain. Kalau aku beginilah. Aku akan train diri supaya aku jadi kuat. Aku paksa diri supaya jadi kuat. Walau pun dalam hati luka benanah berparut segala, aku tahankan saja, biarlah di Atas saja yang tahu. Itu yang kawan aku selalu cakap, "sayang, bodoh betul, tidak pandai jerak. kau juga yang rasa sakit kan". Hahaha. Kawan yang kejam. Tapi kalau bukan kawan, tidak la dia sakit hati untuk kau kan.
Relax, relax, kalau jodoh tidak ke mana jugak tu. aiseh..
Okaylah, lega sudah hati bila aku luah segalanya,,haha, cerita lain.
Aku ada terima nota kecil dari seseorang yang hampir begini bunyinya
"akak, padamlah gambar akak yang tak bertudung ya, sayang akak".
Masih ada gambar aku yang ta bertudung. banyak. bila diingatkan begitu. baru aku teringat. Baru aku baca balik entri-entri dari mula. Hari tu aku ada baca balik, tapi bukan semua. Aku sudah usahakan buangkan semua. Kalau ada yang terlepas nanti aku recheck balik. Cukup bahagia bila ada yang ingatkan aku begitu. Terima kasih sayang.
Dan bila baca balik semula, banyaklah entri-entri yang klasik. Yang masa zaman aku mentah-mentah. cakap ikut sesedap mulut. Aku gelakkan saja. Begitu rupanya aku dulu. ahaks! rasa mahu simpan muka dalam kotak besi baca kisah lalu. Rindunya jangan cakap. rindu sesangat. dengan semua. Thank you for the memories. Tidak sia-sia aku coret simpan di sini. benda dan kenangan yang aku lupa, aku ingat balik. epic, klasik.
Ego, ego, ego, Aku rasa mulut aku sendiri pernah sebut
"ego tu janganlah keras macam batu, batu pun boleh lembut kena air".
tapi aku sendiri yang ego tinggi cecah bulan bintang. Tapi aku rasa oklah. itu aku rasa. orang lain rasa? bikin gerigitan kali. hehek. Sebab aku rasa aku ego bertempat. yang aku rasa. Aku ni jenis cling betul dengan orang. Cepat betul aku rasa berbunga-bunga, cepat betul. Tapi bila aku dapat signal yang aku tafsirkan sendiri bunyinya begini "get lost!". terus aku pergi. hilang dan takkan kau dapat kejar balik. Macam satu situasi aku, ada satu orang yang aku anggap macam adik aku sendiri, apa adanya aku tolong, aku bagi yang aku mampu. tidak pernah berkira. sekali ni, dia buat aku macam hampeh. sampai mati aku ingat. Dia mahu berbaik dengan aku,,tingginya ego tu buat aku mahu bertegur balik. ego.ego. ego ni jugak yang buat jarak kita semakin jauh dengan seseorang.
Ego ni kengkadang aku mahu turunkan serendah tanah.
"Ego is the only requirement to kill any relationship".
Macam hubungan aku dengan
dia yang semakin hari semakin jauh. entahlah ego. bila masa mahu jatuh aku pun ta tahu. Bodohnya aku telalu meninggi ego. Kau mahu cakap sepatah pun tidak terzahir oleh lidah. Mahu bersapa, pandang pun susah.setiap hari bertentang empat mata, tapi haram jadah sepatah kata pun tiada. Sampai bila mahu begini. entah. :( Sayang, sayang sayang. yang aku tahu yang penting tidak bercakaran. tapi serinya hilang. sayang. ego, keduanya ego. yang aku tahu, takkan putus air yang dicincang. aku harap begitu.
cukuplah. Telampau random, sampai mahu letak tajuk 'random' pun telampau cliche. aku harap ini tidak masuk dalam draft. :)
Save. Publish.
16.june.2014.
Exactly.