It's 2.30 am. dan saya masih berguling-guling di atas katil bujang ini. sedar2 dengan sendirinya jari-jemari ini perlahan-lahan membuka zip beg pink. keinginan untuk menzahirkan kata2 membuak-buak di pagi-pagi buta. Tengok adik junior selesa tidurnya. mungkin esok dya ada kelas pukul 9 pagi nanti.
Sedap dia tidur, dia ta rasa apa2 eyh? dia ta rasa takut?. detik hati ini, ingin saja aku kejutkan dya yang tengah tidur dibuai mimpi. mimpi indah agaknya.
Arghh, kelly terlalu puitis kata2mu.Ya, saja aku cipta yang puitis2bak orang bercinta, supaya tenang jari-jemari ku mengeluarkan kata2. supaya tenang hati ku membuka bicara. Jauh di sudut kecil minda dan fikiranku, ikutkan hati yang selemah-lemah iman ini, ingin saja aku mencarut. menjerit sekuat hati. dan paling idol terus bunuh orang. Nasib baik, ada lagi iman di hati ini.
Tidur ta tenang, tidur ta lena, hati gelisah, hati gundah gulana, hati bagai dirobek-robek sang pendusta cinta. haha. Itu yang aku rasakan sekarang. Setiap kali aku cuba lelapkan mata, imbasan bayang2mu rancak bermain di fikiran, terdengar suara kehadiranmu, terdengar suara jeritan itu.
Dan ya ini bukan kali pertama. tapi kali kedua. Kali kedua. aku ulang kali kedua. Inikah yang dinamakan trauma? Physical minor trauma? Ahhhhhh, ini memang trauma. Kalau bukan trauma, kenapa hati kecil ini meronta2 ketakutan?
"Itu bukan trauma sebenarnya kelly, itu hanya kecederaan minda"
Kadang2 aku rasakan luahan melalui hujung jari jemari ini bagi kepuasan berganda. bagi ketenangan berganda. mungkin itu sebabnya diari jadi peneman setia ku sejak kecil. zaman berganti, wujudlah cik blog jadi pendengar setia. walaupun agak terbuka, aku selesa sebab ada feedback. seolah2 diari ini mendengar apa yang aku sampaikan. owh sungguh gembira hati ini.
Bukan senang untuk mencari pendengar yang setia, bukan senang untuk mencari orang yang rela mendegar luahan hati kita untuk sama-sama rasakan apa yang kita rasa. susah. tidak sempat kau luahkan apa yang tersirat, dya pula yang menyirat, menyiang-yiang jiwa kau. ta ke lain jadinya. :).
Banyak sungguh aku berpuitis pagi2 neyh. puitis yang ta berseni langsung.
Aku cuba sebaik mungkin untuk tidak melepaskan kata2 hina di blog ini.
Maaf bagi yang membaca. agak kasar penggunaan 'aku'.
Dipendekkan cerita,
ya aku pendekkan, agar hilang kata2 puitis ta bersini ini.
Ini kali kedua hostel di pecah masuk. Ini kali kedua unit 37 satu2nya unit di blok asrama perempuan di masuk pencuri yang tidak bertauliah.
Arghh sudah cukup buat hati ini gundah gulana.
Nasib baik sebelum masuk hostel dah jumpa adik junior dekat pagar luar.
"Kak kelly, jangan terkejut kalau masuk bilik tau. Bilik kita ada pencuri masuk".
Hanya terlopong mulut tengok bilik tunggang langgang bagai lepas Tsunami, loker bagai memuntahkan lava, katil bak kena taufan Katrina. serius macam lepas bencana alam. Kaki rasa nak rebah ke bumi.
Serius benda pertama aku fikirkan pasal kotak muzik dalam loker. aku tinggalkan. kalau balik Sabah baru bawa balik. cuti pendek memag dalam loker la jawabnya. dalam tuh banyak benda berharga. mungkin memang ta berharga langsung bagi orang lain. tapi aku. sebab itu kepunyaanku kan mestilah berharga. ahahaha. orang lain hanya boleh tunjukkan simpati 1%. terima kasih. aku hargai :). Tapi, memang sesiapa pun akan cakap cenggini
"alah, dah tahu barang berharga, simpan lagi dalam tuh buat apa. kan dah susah, ta yah nak mengadu. dah salah sendiri, terima je la.". "dah tahu cuti, ta bawa balik semua barang".
"padan muka!".
aku redha. memang salah aku pun letak dalam loker. tu aku ta nangis meraung-raung. tapi, memang aku sengaja nak bagi barang-barang di curi kan. memang aku sengaja tunggu sang pencuri bertauliah pecah masuk bilik. seriously, aku macam dah tade perasaan tengok harta benda berselerak atas lantai. bak lava dah jadi batu. aku nak kemas pun ta sanggup. aku tanak kemas sebab aku akan sedar berapa banyak benda yang hilang. sampai zun dah cakap banyak kali.
"kelly kemas la dulu. kemas kotak-kotak tu dulu k"
satu kotak penuh kenangan dya dah angkut. benda-benda pemberian orang yang ta ternilai. pemberian-pemberian terakhir yang mustahil aku akan dapat dari orang yang sama lagi. pemberian terakhir yang satu-satunya aku simpan. yang bagi aku hanya ada satu di dunia. Maaf, aku ta dapat simpan dengan baik. Maaf sebab semuanya lupus. Maaf sebab biarkan kenangan tu hilang. Maaf.
ah sebak bila aku fikirkan.
Benda-benda berharga lain memang banyak lagi yang hilang. biarlah aku dan yang terdekat saja yang tahu. Pa pun dah cakap, ta pa la. yang penting diri sendiri selamat. esok pagi nampaknya kena la aku berurusan di balai polis. ahhh sungguh. ini dah kali ketiga aku masuk balai polis tuh sebab kes kena curi harta benda. ops! bukan ta serik. aku dah cukup semaksimumnya elakkan kecurian. malangnya, tangan yang panjang itu memang diluar kemampuan untuk dihalang. sungguh~~aku benci perasaan buat keterangan.aku blank. terus hilang ingatan. aku dah ta ingat apa yang hilang. apa yang terjadi. owh sungguh. perasaan itu! seram. aku cakap kau catat. kau catat aku cakap. bercanggah kau kena.
owh sungguh aku blank.
Aku ta kisah juga pasal benda-benda hilang. benda hilang boleh ganti. Tapi, aku benci perasaan 'tidak selamat'. rasa ada mata-mata yang buat pandangan 'hina'. Aku benci wujud perasaan takut dalam rumah. Bukankah rumah tu kira tempat yang paling selamat selain di luar. Aku benci bila aku mula meliar-liar pastikan tade orang asing dalam bilik sendiri. Aku benci bila aku terperangkap dengan rasa takut disebabkan benda-benda begini.
Kenapa aku cakap ini kali kedua, masa semester satu dulu. benda yang sama terjadi. lebih dasyat. Masa tuh bulan puasa seingat aku. Masa sem satu dulu, masa super duper junior kena la tido atas sebab bilik kami guna double decker bed. arghh kedengaran sungguh lame kan? cool apa double decker? kalau nak turun terjun je gaya bebas. :). Ok sambung, masa tuh aku dengan akak senior, kak Bie berdua. kak Bie kat katil bawah. aku sorang kat atas. Mula-mula aku dengar kawan sebelah asyik siku dinding. dalam hati."mesti ngigau neyh".
Sambung tido. ta sampai seminit lepas tuh, bunyi macam almari jatuh. bunyi macam gajah jatuh pun ada. serius, bunyi begitu buat aku trauma. dengar benda tuh, aku terus berdiri tengok apa jadi di bilik sebelah. owh ya, kamiorang boleh tengok bilik sebelah. cuba dinding ta cukup sifat tu je yang pisahkan. memang kalau kes lupa bawa kunci bilik, paling idol la panjat katil orang sebelah masuk bilik.
sambung cite, masa aq berdiri masih gelap lagi. ta nampak apa-apa kat sebelah sebab kalau tido kamu semua off lampu. ta sampai 5 saat, lampu bilik sebelah dah nyala. masa tuh jugak semua orang menjerit.aku masa tuh memang blank. aku sempat kira lagi manusia dalam bilik tuh.
1~~2~~3~~4~~~~~~eyh 1,2,3,4....limaaaaa!!!!!!
limaaaa????
limaaa??
masa tuh jugak sesi pukul memukul berlaku. sesi smack down bak wwe. masa tuh jugak aku dengan blank-nya cuba tengok apa yang berlaku. serius kaku. ta tahu nak buat apa. yang aku nampak lelaki tuh tendang akak senior. akak senior tetiba terbang terhentak dinding loker. dalam sekali imbas, lelaki tuh lari keluar dan aku hanya tengok sampai bayang-bayang lelaki tuh hilang.
BLANK. THE END.
apa yang berlaku sebenarnya masa kejadian "gajah jatuh tuh" sebenarnya saat-saat indah pencuri bertauliah itu rebah ke bumi. yupe, kawan saya didie tolak dya dengan seluruh kudrat yang ada.
didie cakap.
"kelly, aku nampak orang tuh tengah panjat katil mu. tapi aku tersedar. ingatkan kamu lupa bawa kunci mahu panjat masuk bilik sebelah, tapi tiba-tiba orang tuh tutup mulutku. aku buat-buat pengsan. lepas tuh dya lepaskan tangan. masa tuh aku tolak dya sekuat hati".
Didie. I owe you. bayangkanlah kalau ko tidak sedar. aku neyh. dengan saiz begini, serius ta cukup kudrat untuk lawan. Alhamdullilah hari tu kita semua selamat. Kalau didie ta tolak dya, pisau yang dia bawa ta tercicir. Kalau didie ta tolak dya. entah apa yang jadi.
ta dapat bayangkan dengan kata-kata. sampai sekarang masih ingat muka lelaki tu.ahh cukup trauma.
dan sekarang, tanpa segan silu, pencuri bertauliah pecah masuk. dan kali ni. ya! dya berjaya masuk ke bilik 1. dan ya dya berjaya pecah masuk bilik yang sejak kejadian dulu aku rasakan sudah selamat. malang memang ta pernah berbau. dan apa yang aku risaukan sekarang, dya nampak muka. ada gambar di bilik. dan kotak yang dya angkut sekali gus tu ada gambar juga. gambar family lagi tu.
Aku tahu pencuri tidak bertauliah tuh memang tinggal area sini. Mungkin juga tiap-tiap hari aku terjumpa. Bayangkanlah kita ta kenal orang tuh. tapi dya tahu kita neyh siapa. ahhh, fikir pun seram.
serius seram. (masa jari jemari aku ligat menaip, mata aku asyik sibuk meliar tengok dinding atas. sebab kali neyh pun dya masuk dengan cara sama. panjat katil.) sejak sem satu sampai sekarang aku ta pernah tidur lena.setiap kali tidur rasa ada orang perhatikan. orang gerak sikit aku dah terjaga.
lepas neyh ta tahu macam mana.
nak gi toilet pun aku dah cuak tahap gaban. rasa macam orang tuh tengah main sorok-sorok dalam ni.
Paling ta boleh blah. aku rasa geli tahap 'jijik' sebab dya dah geledah semua baju-baju. dya dah sentuh semua harta benda aku. aku dah jenis manusia yang paling tidak tahan jiwa dan raga bila harta benda aku disentuh orang "asing"(selain aku). ntahlah, aku asyik terbayang orang tuh mungkin orang yang hisap dadah, benda-benda najis begitu. dan dya dah sentuh semua harta benda. serius aku katakan. itu sangat jijik.
nasib baik aku dah cuci tuala mandi yang besar. boleh aku guna buat selimut. tiga-tiga selimut aku dya dah sentuh. ahh jijik. nasib baik bed sheet yang aku dah cuci dya ta buka dari bungkusan. kalau tidak aku ta tau nak tidur dengan apa malam neyh.
esok aku akan mulakan misi cuci semua baju dalam 3 luggage. fighting kelly. esok juga aku nak mulakan misi menggosok harta benda bak Aladdin. aku akan gosok sampai cik jinnie keluar. ngee~~.
serius 1001 pertanyaan aku nak tnya pihak yang berkaitan. apa sebenarnya kegunaan cctv di setiap penjuru, celah hostel neyh ya. dengar-dengar beribu raban keluarkan bajet untuk cctv kat are hostel. cctv yang betul-betul fokus di setiap ceruk tiang hostel neyh ya? ke semua palsu belaka?. mana perginya guard dan security ya?kalau lepas neyh pihak berkaitan salahkan kami jugak sebab ta jaga keselamatan rumah aku ta tahu la. ini dah kali kedua. kalau kali neyh pihak berkaitan tu buat macam rumah kami masuk kucing comel sahaja, aku ta tahu la. ke nak tunggu ada darah berlumuran baru nak cakap kes kami neyh serius?
aku bukan cakap sebab barang-barang hilang. barang boleh diganti. tapi nyawa?
kira selamat, kali kedua dya masuk masa tade orang.
aku ta sabar nak tunggu pagi esok. nak dengar apa yang pihak berkaitan akan cakap?
ta perlu kata apa-apa kelly. senyum. :).
kalau ikutkan hati kejam. sumpah seranah.
Tapi, tanak la. macam biasa, aku selalu percaya dengan karma. Esok2 kau pun rasa juga. mungkin bukan kau. tapi generasi darah daging kau. mungkin lebih teruk. mungkin juga lebih sadis. siapa tahu kan.
;)
owh panjang sungguh puitis ta berseni malam neyh. lupakan semuanya. mulakan yang baru. benda yang hilang, mungkin hilang secara fizikalnya. tapi sentiasa kekal dalam kenangan kan.
p/s: Hati2 dengan pencuri tidak bertauliah. take care everyone.
6 comments:
take care kelly ! gunakan taekwando ka tu, yang kau join tu? hehe haa..guna tu, kena kuat, okay ;)
wooo..... take care dear.... be strong ya :) tza, btul tu , mau pkai taekwando..... hhhihihihi
thank you teeza. tapi taekwando baru tali pinggang putih~~~kekeke. ta cukup ilmu lagi.btw, thanks~~
Cheng~~~wuaaaa. aku masih trauma lagi. mau keluar pun takut lagi. jngn kata keluar. mau tido pun takut lagi. btw. thanks juga. i'll be strong~~wuaaa. syg kamu semua~~~
omg! hey dear, take care,...
klu aq pndai ilmu sihir ni,akan ku sihir dia tbakar tngn.. omg..~ bcareful.... palis2~ ntah2 perogol bsiri.. ergggh!! gbu dear...
palis2~~~tu yg bahya smpai naik ke katil bha cyn..pa2pun thanks juga. ada juga balasannya tu~~~
Post a Comment