Sunday, February 13, 2011

IBARAT PLOT NOVEL DI BUMI MELAKA ♥

Salam manis si comel ^-^
Wasseh~~~akhirnya dapat jugak log in blogspot ku ini. kui~~kui~~kui~~
Minggu neyh sangat busy dengan kuiz dan assignment. Bak kata kawan saya, cik cyma, dah naik migrain sebab asyik menghafal je.seminggu neyh pack dengan kuiz biology, tutorial kimia berlambak-lambak. huhuu. dapat online pun sekejap-sekejap. Sepatutya hari neyh pun ada kuiz subjek CSC tau, tapi cancel sebab budak sem 3 ada LDK. minggu depan mesti busy lagi. aigooooo~~
Hari neyh semangat membara-bara berapi-api mahu tulis sesuatu dan happy sebab hari neyh dapat seorang pembaca istimewa. kekeke. Jangan dya jadi gila baca cerita hidup saya yang merepek neyh sudah. 
Dear kamu, you are welcome here =) 

Ahad lalu saya pergi Melaka dengan kawan-kawan sekolah dulu. Sebabnya banyak kawan-kawan saya di Sabah dulu sudah study sini. Malangnya, plan tu dibuat last minute, jadi hanya kengkawan yang ada di area KL neyh jak dapat join. kalau plan awal-awal mesti yang dari Sabah pun boleh datang. weee~~
Dan! oleh sebab plan dibuat last minute, trip ke Melaka memang boleh buat cerita novel. penuh dengan debaran dan aksi. muahaha. 

Pukul 9 kamiorang kumpul di KL central dan menuju ke Bukit Jalil untuk naik bas ke Melaka. Ingatkan sudah boleh naik bas terus. rupanya tiket bas pukul 11 pagi. Aigooo~~tertipu sudah. Encik Planner kami iaitu encik Saifullah sengaja tipu kami, supaya semua orang awal sampai. kekeke. ambik kau, terpaksa berdiri sebab station bas sangat-sangat padat dengan manusia yang baru nak balik sebab sudah habis cuti Chinese New Year. Tunggu punya tunggu baru dapat tempat duduk. huhuhu. sampai hati ko kan Pullah..ish3, ta baik tipu kawan tau. hahahaa.

Bila sudah sampai Melaka Central terus cepat-cepat beli tiket untuk balik KL. haaaaa? ingatkan Encik Planner sudah beli tiket balik KL. Rupanya belom! dan semua tiket bas balik KL sudah habis! sold out!. Masa tu da gelabah sebab esok pagi tuh ada kuliah kan? lagipun mana rancang nak bermalam, gila apa. aigoooo~~last-last dapat beli tiket ke Seremban. so dari seremban boleh naik train ke KL central. huhuu. Masa beli tiket tu pun, pakcik tu kata tinggal empat tiket, padahal kami berenam. hohoho. lasyt-last dapat juga =)

Then we enjoy our day pusing-pusing Melaka. Tapi satu jak masalah saya. Hari tuh sangat panas tahap dewi dewi, panas yang mengigit kulit, panas yang teramat sampai gugur-gugur air mataku. Berapa kali macam orang yang putus cinta, tetiba gugur air mata.kekekek. aiseh~~serius, memang panas eyh? menyesal ta ikut cakap uncle dengan aunty, malam tuh dorang sudah pesan, supaya bawa payung. tapi lupa bawa. Panas dya lain sangat. Astagfirullahalazim. sungguh-sungguh panas. terbakar kulit.
dear kawan-kawan ku, nanti kalau ada masa baru saya upload gambar-gambar kamu di Fb ya, maklumlah, Fb saya tuh kalau upload gambar memang bermasalah tahap anak dewi punya. kekeke.

Pusing-pusing di tempat neyh, snap pics and buy nothing! kekeke.
abang beca~~abang beca di tengah jalan~~~huhuhuu
Husain yang sangat suka bergambar. husain banyak gila gambar ko dalam kamera aku neyh tau. nak buat apa neyh haa??..hahaha
Ini dya budak 4 flat. bakal doctor. student UPM, Mizi namaya. ada berkenan? kekeke.
 seterusnya ke tempat neyh ~~~pertahanan Melaka eyh nama tempat neyh, saya ta tau pun..=_=
 dan waterfront di depan pertahanan Melaka memang cantik =)suka2!
Itu dya encik planner merangkap tukang gambar, Encik Saifullah. fuhh~~pose dengan camera mahal dya tuh,,huhu. Dan cik Farzana di belakangnya buat gaya comel. auchak! hehee
Dan ini, ketua kelas kami masa form 4 dan form 5. ketua kelas yang sangat bertanggungjawab.hehe. Chester ^-^.
Dan trip kami diteruskan lagi di bawah terik mentari. huhuh.
gambar neyh yang cerita camna Melaka dapat nama kan? kan? ^-^
mendaki bukit st Paul. Mak aii,,penat ooo macam daki batu caves. kekeke
best je dengar pak cik neyh nyayi, suara dya sedap tau.
Dan ada sesuatu dalam neyh tarik perhatian saya. ingatkan keranda besar tau apa. semua orang sibuk tengok. saya pun menyibuk juga la kan, mana mahu rugi. kekeke

soalan kuiz untuk yang ta pernah datang sini lagi? teka dorang soma tengok apa! jawapannya dorang tengok mayat! hahahaa. kidding! dalam tuh orang baling duit la. kekeke.

 
 Then turun ke bawah, ke A famosa ^-^
Wahseh~~untung amoi tuh masuk blog saya. kekeke. Btw, sebab panas yang teramat kami singgah di Istana Kesultanan Melaka untuk sejukkan badan. duduk-duduk rehat-rehat dalam tuh macam rumah sendiri. teruk betul,,kekekeke
 jumpa sultan Melaka dulu-dulu beserta bendaharanya. kekeeke. macam real owh, seram~~
Ta habis buat macam rumah sendiri di dalam, kat bawah pun sama juga. lepak-lepak sejukkan diri ditiup angin, makan-makan biskut oat yang aunty saya sediakan, hehehe, dan bercerita pasal pisang goreng 
weeee~~syiokkkkk

Dan perjalanan diteruskan lagi beribu tapak ke menara Taming Sari. masa tuh dah pukul 4. Sepatutya bayar Rm20. tapi kamiorang dapat diskaun, masuk RM10 je tau. hohohohoho.Tapi memang best naik tuh. dapat nengok satu Melaka. weeee~~malangnya rasa macam sekejap tahap dewa, pusing2 dah turun balik. aigooooo~~~

Rindu pantai dan Pulau tetiba bila tengok ney~~~=_=
Dan destinasi lawatan terakhir iailah di kapal perang yag besar itu. eyh itu kapal perang ka haa?? aigoo,,saya ta tau langsung semua tuh. tahu datang dan snap pics saja. kekeke.
Rasa nak bawa balik rumah benda neyh,,huhuhu ^-^
  Lepas tuh baru rasa lapar tahap dewa-dewi, singgah dan makan di food court. Dan saya ternampak sesuatu yang sangat pelik, amazing! tahu tidak, kami terserempak dengan orang yang bawa anjing dya jalan-jalan. alaaa, biasa la tu kan, a'ah memang 'biasa' sebabbbbb anjing dya macam neyh~~~
saya sempat snap pic dya ngan anjing dya dari jarak yang amat jauh sebab takut dengan orang tu. hahahaa. snap curi-curi. kalau dya tau mesti dah kena pelempang 200km/h. kekeke
ta jelas sangat kan? neyh saya dah sediakan lukisan tuk kamu semua tengok. kowt2 ta dapat lihat gambar yang 'kabur' di atas dengan jelas kan. kekeke. Anjing dya color oren. oren tahu! sampai hati dya dye bulu anjing dya sebegitu rupa. sungguh kesian. kalau pink ok jugak la! hahahaa

hahaha, beginilah rupa anjing dya. =_= ta pasal-pasal telinga kau warna oren kan, badan kau macam zirafah tapi stripes caler oren. dari jauh aku dah nampak kau wahai anjing comel yang kesian. fashion disaster betul!. 
 Then, bermula lah episod kedua. Dah jalan balik ke tempat first tadi. tunggu punya tunggu bas ke Melaka Central ta muncul2. So, saya, Farzana ngan Chester jalan-jalan untuk beli sesuatu. Dan malangnya, kami tertinggal bas untuk ke Melaka Central. Bas ke Seremban pukul 7.30. Masa tuh dah pukul 6.30. mak aii seramnya. tunggu dan tunggu degan penuh debaran, pukul 7 baru ada bas. Bila dah dapat bas pula, bas tuh kan bas henti-henti, so dya bawa pusing entah ke mana dan dah 7.30,
 tapi tanda-tanda tuk sampai di Melaka Central ta nampak lagi pun. Tahu, pukul 7.45 baru sampai Melaka Central. Sampai jak, terus turun bas, berlari-lari macam ada explorace!. da ta ingat apa-apa, lari sekuat hati di Melaka Central tuh. serius ingat dah tertinggal!. Lari ke kaunter tanya samada bas dah jalan belum, fuihhhh!! rupanya semua jadual bas di delayed. kekkee, sia-sia belagak macam ikut Amazing Race Asia. muahahaha. Bas pukul 6.30 gerak pukul 9 jugak, aigooo~~jalan jam =_=

Bila nampak bas ke Seremban, kami naik sesuka hati sebab pakcik tu kata, naik je, habis betolak-tolak naik. dah la saya kecil, ambik kamu, kalau bukan si Saifullah tolak masuk, memang dah tertinggal di sana sebab dorang semua berjaya masuk dengan jayanya. kekeke. suka hati ambil tempat duduk orang, padahal bas kami yang lain lagi. kekeke. kalau tunggu bas kami, memang ta dapat balik la malam tuh.
Dalam bas pula, pemandu bas tuh pasang lagu india, mak aiii, kelakar betul. kalau hindustan tape lagi. mula-mula sejuk tahap dewa, tetiba dya off kan aircond. mak aii,, panas macam kena panggang!. hahahaha

Sampai Seremban, ta tau mana stesen KTM, dorang gi tanya orang. lepas tuh berlari-lari pergi stesen KTM sebab jauh dari terminal bas. Lariiii lagi macam amazing race!. Malangnya teringgal train last!. kalau ikutkan saya boleh ambil train dari seremban terus ke gombak. Nasib baik pukul 11 tuh ada train ke KL Central lagi. Farzana dengan Chester pun ta sempat balik UKM sebab da ta ada teksi masuk UKM, so encik doctor saja yang dapat turun di UPM. Dan kami berlima? sudah berjanji setia bersama-sama mengharungi episod duka. kekeke. Sampai KL Central pukul 12. dah tade monerel, da tade LRT. hoho. baik punya.
So, dari KL Central ke Bukit Bintang. sampai Bukit Bintang di jemput dengan letupan bunga api. weee~~lepak di Mr M (McD) dan tengok bola. Chealsea vs Liverpool. hohhoo

Menghabiskan masa bercerita pasal sekolah dulu-dulu. wuaaaa, rindu zaman sekolah. Btw, kami selamat mengharungi ekspedisi yang penuh debaran di Kota Melaka. Maka tertulislah sebuah lagi kisah sejarah bak cerita novel di bumi bersejarah, Melaka. kekeke. Awal pagi balik ke kolej dan pukul 11 pergi kelas kuliah. Ambik kau, mata kabur sampai nampak orang pun dah jadi dua. kekeke.

BtwmKawan-kawan, bulan depan-depan kita ke Perak kan? hohooohoh. nice!
Rindu kamu semua. Buat warga ex-SMK Sepagaya yang berada di bumi semenanjung neyh, jangan la lupa kawan-kawan kamu di sini. ada masa kita jumpa-jumpa la. kita-kita jak di sini kan. hehehe.
take care semua 

5 comments:

Syafiq_Elf said...

X ajak adk ?? Hihi ..

Unknown said...

hehehe, jom~~~~~ len kali ikut akak tau. kekeke

Unknown said...

guna camera sony cybershot saja syg, ta mampu guna dslr. heee~~~

complicated said...

hahhaha... lucu la kjadian kmu tu... best best best..... :) hope cud join y'all nxt time... ekekekeke

Unknown said...

kekekeke, tu baru cerita belum lagi bg orang yg mengalami benda tuh. hahahaa. ok2, ta sabar pergi ramai2 lain kali weee~~~~^^,

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon