Tuesday, February 22, 2011

BILA KAU PEGANG PERANAN 'CERITA SI PEREMPUAN' DAN BILA KAU PEGANG TITTLE EX♥

Sudah lama tidak wujud entry touching dan terlalu personal dalam cik belog pink ini kan. Kalau boleh sedaya upaya diri ini mengelak dari menulis cerita-cerita yang menyakitkan jiwa raga. cukuplah yang dulu-dulu. Biarlah memoirs ini yang indah-indah semuanya. Sekurang-kurannya satu hari nanti, diary ini mengigatkan semua hari-hari indah hidupku. Tapi sudah memang hukum alam, ta semua benda yang berlaku dalam hidup kita hanya yang indah-indah belaka, tipu kalau kamu cakap," hidup ku sempurna, ta pernah la ada benda buruk tau perkara sedih berlaku", dusta!.

Btw, seriously penat dengan semuanya, penat dengan manusia yang anggap diri dya hebat, anggap diri dya manusia terbaik, anggap hanya dya yang dapat bagi kebahagiaan dengan orang lain, anggap diri orang lain loser, anggap diri orang lain kejam dan rendah-rendahkan orang lain. kalau sekali dua ta apa, tapi kalau sudah banyak-banyak kali. memang penat, sedangkan robot pun boleh penat , apatah lagi hati manusia.Kalau ikutkan hati, kalau wujud peluang itu, kalau ada satu waktu untuk kau dan aku berbicara, fine! waktu itu waktu paling hebat yang berlaku dalam hidup. aku tunggu hari tu wujud. aku tunggu peluang itu.
"Pernahkah kau bicara, tapi tak didengar.Tidak di anggap sama sekali. Pernahkah kau tak salah, tapi disalahkan, tidak di beri kesempatan"

Kau boleh menilai orang lain sesuka hati, kau ada mata. tapi mata itu takkan dapat tembus untuk membaca hati dan fikiran orang. kau boleh cakap sesuka hati, tapi kau lupa orang yang kau cakap-cakap kan juga manusia seperti kau yang ada hati dan perasaan seorang 'manusia' . Kau boleh buat cerita, cipta cerita terunggul bak cerpen, bak novel dan senangkan hati semua orang dengan cerita ciptaan kau, kau senang dengan pujian yang pembaca-pembaca setia kau puji-pujikan, tapi kau lupa di situ, kata-kata sinis itu sudah cukup untuk buat seorang individu yang tahu cerita di sebalik cerita ciptaan kau terasa hati. Kau boleh bangga-banggakan apa yang kau miliki hari ini dengan semua orang, itu hak kau, tapi perlukah kau ungkit cerita lama dan hina orang yang sebelum ini memiliki apa yang kau ada sebelum ini. Kau boleh ketawa sekejam-kejamnya, tapi perlukah kau libatkan lagi orang yang sudah tiada kena mengena dengan hidup kamu berdua lagi.

Kau ta pernah ada dalam keadaan itu, kau ta pernah wujud masa itu, kau ta pernah ada di tempat ku, dan kau ta pernah jadi aku. Kau hanya dengar dari dya, kau hanya dengar dari kawan-kawan dya, kau hanya wujud bila cerita itu sudah berakhir, kau cuma wujud di cerita yang baru. Bukan kau yang merasa perasaan tuh, bukan kau yang rasa gembira, sakit dan bahagia waktu itu. 
Kau boleh cipta cerita fantasi kau sendiri yang perempuan tuh kejam, hina dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang dya ada. Di mana hak kau? kau tidak berhak langsung, kau hanya berhak untuk menilai dari segi luaran, tapi kau takkan pernah berhak untuk menilai hati dan perasaan orang. 
kalau hanya kau terbaik untukknya, fine. aku sentiasa doakan kau. aku ta pernah nak cemburu dengan kisah kau hari neyh, aku ta pernah rasa tergugat dengan paras rupa dan hati budi kau. aku ta pernah rasa terdesak sampai nak jadi 'anon' atau sesiapa pun tanpa identiti di blog kau. apa yang aku dapat kalau buat begitu. aku bukannya budak-budak lagi. aku bukannya perempuan yang pegang tittle 'ex' yang perlu attack perempuan yang pegang tittle 'gf'. Dunia neyh berputar wahai kamu, kita berhak untuk dapatkan hidup yang baru tanpa hiraukan perkara lalu.

"Tidak pernah bersyukur dengan apa yang dya ada" 
Layak kah kau untuk cakap sebegitu. Jangan sampai satu hati nanti kau juga merasa semuanya. Seriously benda neyh lame gila, sudah berkurun tapi masih lagi diungkit-ungkit. Lainlah kalau aku neyh ganggu hidup kamu. datang kacau dya, datang attack kau, jealous dengan kau, itu lain cerita lah. Masalah aku ta pernah pun kenal kau sebelum neyh, dan aku masih baik dengan dya. kau mahu kah aku buat cerita-cerita yang menyakitkan hati kau juga, aku ta pernah pun ungkit-ungkit pasal dya, sebab aku tanak orang fikir lain, aku tanak kau sakit-sakit hati, aku tanak masuk campur dengan hal kau. Kau sudah cukup bahagia kan sekarang, kau sudah cukup gembira kan sebab dapat jadi milik dya. Tapi, kenapa kau selalu menyindir. kau boleh nafikan sekarang dengan semua orang yang kau hanya reka-reka cerita dan tiada kaitan dengan siapa-siapa, tapi aku, kau dan dya?  aku yang alami, dya yang alami, dan kau mengetahui. kalau boleh aku tanak cakap, tapi kalau aku tidak lepaskan, kau dapat kah apa yang kau miliki hari ini. tidak kan? jadi bersyukurlah dengan semua kejadian tuh sebab kau yang rasakan kebahagiaanya.

Yang sudah tu sudah. yang berlalu biar berlalu,yang dulu tu takkan pernah berulang lagi, kenangan itu tetap kenangan, dan kau takkan pernah merasa kenangan itu. Kau boleh ketawa lagi bila entry ini wujud, kau boleh kata aku perasan macam dulu, kau boleh kata aku sendiri yang masuk dalam perangkap cerita kau macam dulu, kau dan kawan-kawan kau boleh panggil aku innocent macam dulu, kau dan kawan-kawan kau boleh attack aku sorang-sorang di facebook tanpa aku lawan macam dulu, kau boleh sesuka hati beri aku gelaran bawang putih yang berlagak baik dan suci macam dulu, kau boleh buat banyak entry sindiran macam selalu, dan aku?aku juga akan ketawa macam dulu, selalu dan akan datang. tapi aku bersumpah saat kau sindir aku dalam cerita ciptaan kau, Tuhan itu maha adil. kau juga akan rasakannya satu hari nanti. mungkin bukan hari ini, mungkin juga bukan esok, tapi satu hari nanti. aku bersumpah atas namaku, saat kau hina aku, adalah saat pembalasan di hari esokmu.

 Merujuk kepada perkara lain, bukan perkara di atas.
Bila kau pegang tittle ex, memang kau eyh yang kena attack?. pelik betul manusia sekarang. Kalau kau rasa kau sudah bahagia tahap dewa dewi, ta perlulah kau jadi stalker terhebat, add sampai berapa kali di facebook, dekat kolej asyik nak buat benda yang tarik perhatian orang, berusaha buat orang cemburu, tapi malangnya, semua perbuatan kau tuh buat aku rasa nak menangis-nangis sebab tergelak guling-guling. It so like lameeeeeeeee. macam budak-budak. hey kamu, saya bukan budak-budak lagi okay sampai kamu nak buat begitu. perlukah? ke kau rasa tergugat lagi walaupun kau sudah dengan dya? Astagfirullah, ta perlu lah kau jadi stalker aku eyh. kesian kawan-kawan kau, ta payah kau suruh akak-akak senior bilik kau add aku semata-mata nak tahu pasal aku., ta perlu. aku ta ganngu kau dan dya, jadi jangan lagi buang masa ganggu aku. Ta perlu la kau ulang alik depan dorm aku, semata-mata nak bagi aku dengar kau cerita pasal dya. jauh kowt dorm kau dari dorm aku, ta sakit kahi kah nak jalan jauh2, lepak depan dorm aku. Ta perlu la kau tunggu aku dekat tengah jalan, supaya kita tertembung. kau nak bagi aku tengok apa? bagi tengok muka kau yang berjaya tuh? no need. kau sendiri yang penat nanti.

Enough is enough. cukuplah sekali entry kurang ajar neyh wujud di sini.
Hak itu hanya wujud untuk diri sendiri, bukan atas orang lain.
Hati itu untuk kau pelihara dan lindungi sendiri, dan hati orang lain bukan untuk kau sakiti sesuka hati.
Kata-kata itu lebih sinis dan sakit dari perbuatan, kata-kata itu juga boleh membunuh jiwa, hati dan perasaaan.Ingatlah, kamu takkan pernah ada dalam kenangan orang lain, dan kamu takkan pernah merasa di tempat itu.Last but not least, saya minta maaf dengan semua yang membaca. Luahan ini datang dari hati, dan luahan ini sekurang-kurangnya dapat pertahankan diri saya.
Sorry =_=

7 comments:

sab said...

sabar ye kelly :)

zun said...

kelly,ko buat aku nk nanges malam ni..^^

dLa Suri said...

saba dear. biar kan die aje. jgn dilyn t lame2 die penat la tu.
saba okay kelly.

dLa Suri said...

saba dear. biar kan die aje. jgn dilyn t lame2 die penat la tu.
saba okay kelly.

Farzana Naim said...

biar ja diorang kelly.. org buat gtu,, msti kena balek nnt.. dua2 pun mcm teda keja len. sabar dear... :)

complicated said...

sabar jak la dlu kel... ko doa kan jak untuk dorg....
:)

Syafenaz said...

Fuyo.. kelly betul marah ni. Kenape jadi macam tu? sabar2.. Aku taw kau marah sape tapi malaslah nak sebut. Banyak2 berdoa ya. Ikhlas ni. :)

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon