Wednesday, February 23, 2011

How's your day peoples?hope you doing great. Do take care of yourself, stay away from the rain! 
Moody? Look at the sky! see the beautiful stars? they smile at you! ^-^
Yupe at you! 
Today is your birthday? Happy Birthday to you.God Bless =)
Hurm,,,How about tomorrow?
May your tomorrow will be great and full of happiness. Have a blast!

Nothing to do, quite bored, aigooo, so I took out my pink mechanical pencil and start sketching something on the white paper ,,and I end up with 'something', came out cross my mind :)

Ini muka encik syame. kawan baik saya yang berada di seberang sana. haha. di tanjung malim.
Ok promote sikit,,orangnya tinggi lampai 185cm, muka anak cina, klon pelakon taiwan Mike He. Ada sesiapa berkenan? hahaha 

p/s : a note for 'you'

Tuesday, February 22, 2011

BILA KAU PEGANG PERANAN 'CERITA SI PEREMPUAN' DAN BILA KAU PEGANG TITTLE EX♥

Sudah lama tidak wujud entry touching dan terlalu personal dalam cik belog pink ini kan. Kalau boleh sedaya upaya diri ini mengelak dari menulis cerita-cerita yang menyakitkan jiwa raga. cukuplah yang dulu-dulu. Biarlah memoirs ini yang indah-indah semuanya. Sekurang-kurannya satu hari nanti, diary ini mengigatkan semua hari-hari indah hidupku. Tapi sudah memang hukum alam, ta semua benda yang berlaku dalam hidup kita hanya yang indah-indah belaka, tipu kalau kamu cakap," hidup ku sempurna, ta pernah la ada benda buruk tau perkara sedih berlaku", dusta!.

Btw, seriously penat dengan semuanya, penat dengan manusia yang anggap diri dya hebat, anggap diri dya manusia terbaik, anggap hanya dya yang dapat bagi kebahagiaan dengan orang lain, anggap diri orang lain loser, anggap diri orang lain kejam dan rendah-rendahkan orang lain. kalau sekali dua ta apa, tapi kalau sudah banyak-banyak kali. memang penat, sedangkan robot pun boleh penat , apatah lagi hati manusia.Kalau ikutkan hati, kalau wujud peluang itu, kalau ada satu waktu untuk kau dan aku berbicara, fine! waktu itu waktu paling hebat yang berlaku dalam hidup. aku tunggu hari tu wujud. aku tunggu peluang itu.
"Pernahkah kau bicara, tapi tak didengar.Tidak di anggap sama sekali. Pernahkah kau tak salah, tapi disalahkan, tidak di beri kesempatan"

Kau boleh menilai orang lain sesuka hati, kau ada mata. tapi mata itu takkan dapat tembus untuk membaca hati dan fikiran orang. kau boleh cakap sesuka hati, tapi kau lupa orang yang kau cakap-cakap kan juga manusia seperti kau yang ada hati dan perasaan seorang 'manusia' . Kau boleh buat cerita, cipta cerita terunggul bak cerpen, bak novel dan senangkan hati semua orang dengan cerita ciptaan kau, kau senang dengan pujian yang pembaca-pembaca setia kau puji-pujikan, tapi kau lupa di situ, kata-kata sinis itu sudah cukup untuk buat seorang individu yang tahu cerita di sebalik cerita ciptaan kau terasa hati. Kau boleh bangga-banggakan apa yang kau miliki hari ini dengan semua orang, itu hak kau, tapi perlukah kau ungkit cerita lama dan hina orang yang sebelum ini memiliki apa yang kau ada sebelum ini. Kau boleh ketawa sekejam-kejamnya, tapi perlukah kau libatkan lagi orang yang sudah tiada kena mengena dengan hidup kamu berdua lagi.

Kau ta pernah ada dalam keadaan itu, kau ta pernah wujud masa itu, kau ta pernah ada di tempat ku, dan kau ta pernah jadi aku. Kau hanya dengar dari dya, kau hanya dengar dari kawan-kawan dya, kau hanya wujud bila cerita itu sudah berakhir, kau cuma wujud di cerita yang baru. Bukan kau yang merasa perasaan tuh, bukan kau yang rasa gembira, sakit dan bahagia waktu itu. 
Kau boleh cipta cerita fantasi kau sendiri yang perempuan tuh kejam, hina dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang dya ada. Di mana hak kau? kau tidak berhak langsung, kau hanya berhak untuk menilai dari segi luaran, tapi kau takkan pernah berhak untuk menilai hati dan perasaan orang. 
kalau hanya kau terbaik untukknya, fine. aku sentiasa doakan kau. aku ta pernah nak cemburu dengan kisah kau hari neyh, aku ta pernah rasa tergugat dengan paras rupa dan hati budi kau. aku ta pernah rasa terdesak sampai nak jadi 'anon' atau sesiapa pun tanpa identiti di blog kau. apa yang aku dapat kalau buat begitu. aku bukannya budak-budak lagi. aku bukannya perempuan yang pegang tittle 'ex' yang perlu attack perempuan yang pegang tittle 'gf'. Dunia neyh berputar wahai kamu, kita berhak untuk dapatkan hidup yang baru tanpa hiraukan perkara lalu.

"Tidak pernah bersyukur dengan apa yang dya ada" 
Layak kah kau untuk cakap sebegitu. Jangan sampai satu hati nanti kau juga merasa semuanya. Seriously benda neyh lame gila, sudah berkurun tapi masih lagi diungkit-ungkit. Lainlah kalau aku neyh ganggu hidup kamu. datang kacau dya, datang attack kau, jealous dengan kau, itu lain cerita lah. Masalah aku ta pernah pun kenal kau sebelum neyh, dan aku masih baik dengan dya. kau mahu kah aku buat cerita-cerita yang menyakitkan hati kau juga, aku ta pernah pun ungkit-ungkit pasal dya, sebab aku tanak orang fikir lain, aku tanak kau sakit-sakit hati, aku tanak masuk campur dengan hal kau. Kau sudah cukup bahagia kan sekarang, kau sudah cukup gembira kan sebab dapat jadi milik dya. Tapi, kenapa kau selalu menyindir. kau boleh nafikan sekarang dengan semua orang yang kau hanya reka-reka cerita dan tiada kaitan dengan siapa-siapa, tapi aku, kau dan dya?  aku yang alami, dya yang alami, dan kau mengetahui. kalau boleh aku tanak cakap, tapi kalau aku tidak lepaskan, kau dapat kah apa yang kau miliki hari ini. tidak kan? jadi bersyukurlah dengan semua kejadian tuh sebab kau yang rasakan kebahagiaanya.

Yang sudah tu sudah. yang berlalu biar berlalu,yang dulu tu takkan pernah berulang lagi, kenangan itu tetap kenangan, dan kau takkan pernah merasa kenangan itu. Kau boleh ketawa lagi bila entry ini wujud, kau boleh kata aku perasan macam dulu, kau boleh kata aku sendiri yang masuk dalam perangkap cerita kau macam dulu, kau dan kawan-kawan kau boleh panggil aku innocent macam dulu, kau dan kawan-kawan kau boleh attack aku sorang-sorang di facebook tanpa aku lawan macam dulu, kau boleh sesuka hati beri aku gelaran bawang putih yang berlagak baik dan suci macam dulu, kau boleh buat banyak entry sindiran macam selalu, dan aku?aku juga akan ketawa macam dulu, selalu dan akan datang. tapi aku bersumpah saat kau sindir aku dalam cerita ciptaan kau, Tuhan itu maha adil. kau juga akan rasakannya satu hari nanti. mungkin bukan hari ini, mungkin juga bukan esok, tapi satu hari nanti. aku bersumpah atas namaku, saat kau hina aku, adalah saat pembalasan di hari esokmu.

 Merujuk kepada perkara lain, bukan perkara di atas.
Bila kau pegang tittle ex, memang kau eyh yang kena attack?. pelik betul manusia sekarang. Kalau kau rasa kau sudah bahagia tahap dewa dewi, ta perlulah kau jadi stalker terhebat, add sampai berapa kali di facebook, dekat kolej asyik nak buat benda yang tarik perhatian orang, berusaha buat orang cemburu, tapi malangnya, semua perbuatan kau tuh buat aku rasa nak menangis-nangis sebab tergelak guling-guling. It so like lameeeeeeeee. macam budak-budak. hey kamu, saya bukan budak-budak lagi okay sampai kamu nak buat begitu. perlukah? ke kau rasa tergugat lagi walaupun kau sudah dengan dya? Astagfirullah, ta perlu lah kau jadi stalker aku eyh. kesian kawan-kawan kau, ta payah kau suruh akak-akak senior bilik kau add aku semata-mata nak tahu pasal aku., ta perlu. aku ta ganngu kau dan dya, jadi jangan lagi buang masa ganggu aku. Ta perlu la kau ulang alik depan dorm aku, semata-mata nak bagi aku dengar kau cerita pasal dya. jauh kowt dorm kau dari dorm aku, ta sakit kahi kah nak jalan jauh2, lepak depan dorm aku. Ta perlu la kau tunggu aku dekat tengah jalan, supaya kita tertembung. kau nak bagi aku tengok apa? bagi tengok muka kau yang berjaya tuh? no need. kau sendiri yang penat nanti.

Enough is enough. cukuplah sekali entry kurang ajar neyh wujud di sini.
Hak itu hanya wujud untuk diri sendiri, bukan atas orang lain.
Hati itu untuk kau pelihara dan lindungi sendiri, dan hati orang lain bukan untuk kau sakiti sesuka hati.
Kata-kata itu lebih sinis dan sakit dari perbuatan, kata-kata itu juga boleh membunuh jiwa, hati dan perasaaan.Ingatlah, kamu takkan pernah ada dalam kenangan orang lain, dan kamu takkan pernah merasa di tempat itu.Last but not least, saya minta maaf dengan semua yang membaca. Luahan ini datang dari hati, dan luahan ini sekurang-kurangnya dapat pertahankan diri saya.
Sorry =_=

Sunday, February 20, 2011

PROGRAM LDK UITM SEM 4 TERBAIK.!HANTU MAK LIMAH JADI GLOMOUR LAGI. KITO BAKOOO AJE~~~~. APA YANG PENTING?----> HAPPENING♥

Assalamualaikum & Salam manis dunia ! ^-^

Owh yeah~~owh yeah~~~baru dapat update cik belog.
Minggu neyh minggu paling sadis budak-budak AS 120. seminggu full dengan kuiz,test dan minggu neyh juga minggu latihan dalam kumpulan untuk sem 4. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu muka masuk belog neyh kan.(saya terdengar ada orang cakap tadi dya nak muka dya masuk blog) hahahaha. ok deyh, jangan risau muka anda semua masuk. kekekeke. Dan seperti biasa bersedia untuk entry yang panjang lebar berserta pic terbaik dari cik camera pink ya!Owh ya, kalau line internet anda lembap tahap dewa dewi, sila ketuk lappy anda sekuat hati sebab mesti ta dapat loading semua pics nanti.

Seperti biasa hari Sabtu kena dengar ceramah. Ceramah terbaik laaa kali neyh, sebab banyak adegan-adegan comel terjadi. kekeke. saat-saat Ayeng mempertahankan burung jinjang gergasi hak milik kumpulannya daripada sir penceramah memang terbaik oooo.

Dan hari ini, semua orang semangat membara-bara sebab ada aktiviti 'Treasure Hunt'. Pukul 8 sudah berkumpul. Tuhan jak tahu macam mana susahnya na bangun pagi tadi sebab penat tahap dewa dewi.
Lagipun, semalam kami di bahagi-bahagikan kumpulan oleh lecturer. Tapi kerana rasa sayang dan perasaan yang ta mahu berpisah sedetik pun, mula la buat kumpulan sendirian berhad. yezaaaaa, lepas buat kumpulan sendirian berhad baru semangat!
Let the hot story begins~~~~

Diperkenalkan wajah-wajah comel Kumpulan 4, LDK ke-4. student semester 4 ^-^ bersama facilitator kami, Sir Helmy yang sporting lagi baik hati. weee~~
Sebab dorang-dorang semua neyh admire sangat dengan hantu Kak Limah, kami pun guna la trademark "Kita bako aje~~~~" . kekeke. famous kowt cerita hantu Kak Limah..ahai kak Limah gembira kamu yaaaa. hahahaa

Ada 8 checkpoint untuk aktiviti neyh. Dan setiap check point memang mencabar o. i tell uuu~~huhuh.
saat-saat merancang strategi. weeee~~~
 Check point 1
kena nyanyi lagu Negaraku, lagu UITM dan lagu UNIKOP.
tahniah~~~semuanya berjaya dengan jayanya dan kelentong orang yang jaga checkpoint. padahal baru nyanyi dua lagu terus cakap dah nyanyi tiga lagu. kekekke.
lihatlah wajah-wajah yang sudah lama tidak berdiri tegak nyanyi "Negaraku". errr~~
cuba nengok yang baju oren tuh? paling semangatttt~~~~
 Lepas melepaskan vokal dapat clue kedua. yahoooo! heap2 horray~~~~
diperkenalkan ketua kumpulan kami. encik J'a Laa. hehe
Dapat clue kedua terus lari macam masuk Amazing Race Asia. Lari sekuat hati macam dah nak pergi check point terakhir. Lihat buktinya~~~hahaha
aigooo~~aigoo,,jatuh kang~~~ kekeke.

Check point 2
senaraikan Rukun Negara dan Rukun Islam 
Tadi kelam kabut lari gi check point kan, sekali di suruh senaraikan rukun-rukun tuh, semua kecilkan badan konon-konon nak menyorok sebab hilang ingatan. ahhaaha. kelakar kalau ingat balik.

Steffy dan Batrice sebagai mangsa pertama jawab rukun negara. hehe.
Check point 3

Check point yang ambil masa. kena perah otak dan ta terfikir dek akal fikiran. bak kata sir penceramah semalam, nafsu lebih dari akal. sebabnya, nafsu nak cepat habiskan semua checkpoint membuak-buak. Tapi fikir nak selesaikan ke laut. hehehe
Kat sini, 13 batang paku di bagi dan tanah liat. Rule dya, kena letakkan 1 paku yang diletak atas tanah liat sebagai base, dan 12 batang paku lagi di atas paku tadi. pelik kan? susahnya nak fikir.
cubaan pertama kami~~~
cubaan pertama failed~~~
terus berfikir dan berfikir sehinggalah mama bagi clue "atap rumah"
 dan ahli-ahli fizik kami pun memulakan kerja-kerja binaan. huhu. group kami ramai ahli fizik kowt. kamu ada?tiada kan? muahahaha
Berjayaaaa~~~~~yahoooooo~~~
kami berlari dan terus berlari ke checkpoint seterusnya. Hostel perempua, block C. Semangat bebudak lelaki dapat masuk pagar hostel perempuan. kekeke. kanjiiii~~~
kelakar gila gambar neyh, steff dengan ayeng siap tunjuk dengan perasaan berkobar-kobar, apek macam orang yang salah jalan tapi tade brek. kekekeke
Check point 4
Rule : Kena buat 2 kumpulan perempuan dan 1 kumpulan lelaki. setiap kumpulan kena angkat sorang kawan yang kononya sakit. kena bawa dya ke checkpoint 5 yang jaraknya memang la,berribu-ribu langkah wooo. huhuhuhu.
kumpulan saya decide tuk angkat si cipot can yang kecil lagi comel. weee~~berat jugak cipot ya. hahaaha.
Thanks tuk akak faci yang sudi tolong snap kan gambar. ^-^
Kat sini memang kenangan terindah laa. Penat lelah, tawa riang, kerjasama semuanya ada.

 Mak aii, berpeluh-peluh, nasib baik la Unikop neyh kecil kalau tidak, last-last semua orang kena nagkut ambulans. hahahaha.
Sweet je bila semua orang bekerjasama macam dalam gambar2 neyh. kekeke.
Sampai checkpoint ke-enam baru boleh letak kawan yang kononya pengsan dan sakit tuh.

Check point 5
Rule : Teka silang kata. tema 1 Malaysia.
Orang 'pengsan' yang kami angkat tadi yang jawab teka silang kata tau. hehehe.
tekun cipot jawab teka teki. hehehe
Amazing race diteruskan lagi di taman-taman permainan. aigoooo~~~serius penat ooo. semalam cakap tanak lari, sekali tadi terlebih lari pula. hilang lemak-lemak. ta payah joging lagi.

Check point 6
rule : cari kertas bertulis no 6 di sekitar taman permainan yang banyak sampah.
Paling kelakar, bila semua clue sudah dibagi tapi kami 29 orang neyh, ta jumpa jugak kertas tuh. bila sudah tinggal 3 minit, abang penjaga check point tuh kata ada orang yang dah terpijak kertas tuh. dan kali kedua dya cakap lagi. "aiii, dya pijak la pula". Masa tuh semua orang freeze dan jadi batu di tempat masing-masing. semua orang tengok tapak kaki masing2, hahaha. lepas tu, cik zedty yang beria suruh semua orang jangan bergerak, rupanya kertas tuh bawah kaki dya. ahahahaha. kelakar gila.
Check point 7
clue dekat kertas "Einstein". Ahli-ahli fizik kami terus bawa lari pergi makmal physic. hahaha.
Sampai sana bising-bising sebab akak yang jaga check point layan group lain yang ta siap lagi. kekeke.
semua orang cakap "kita bakoooo"..hahahaa.kesian akak tuh.
Rule : 10 helai kertas mahjong dan 5 biji manik diberi, buat laluan macam terowong. guna kertas dan masukkan manik dalam 'terowong' dan sambut dekat hujung 'terowong' tuh.
Mari kita lihat proses membuat terowong kertas terpanjang ya adek-adek. kekeke~~~
sesi potong memotong, tampal menampal
sesi gulung menggulung~~~

Dan check point terakhir, kami kena berlakon la pula, aigoooo,,ta prepare apa-apa terus belakon spontan. apa tuh? cerita orang kampung, orang bandar dan orang KL ar?
hehehe. hentam sajalah~~~
yang baju merah tuh director eyh~~~Dean ^-^
neyh berlakon ka menari neyh haaa? kekekeke.
Btw, kami group pertama yang siap aktiviti di setiap check point.
Malangnya, hari neyh ta ada rezeki, kami dapat no 3 . at least top kan. ahahahaha.
 Happy dapat kenal kawan baru, happy sebab LDK dengan kamu semua, kamu semua memang jjang! daebak! terbaik tahap dewa dewi. Dan, ini last sem LDK kan, mesti rindu nanti nak buat aktivi2 berkumpulan kan. heee~~
KITA BAKOOOOOOOOO AJE~~~~
 Take care semua .kalau ada terkasar tau ada yang menyakitkan hati, sorry tau.

^-^

Wednesday, February 16, 2011

SEMANGAT BERJOGGING SUBUH-SUBUH BILA DAH DEMOK ♥

Salam manis,
It's already 2.25 am. Can't sleep. Ops! bukan ta dapat tidur, tapi baru terjaga dari tidur. ^-^
Mahu menconteng sesuatu di dinding cik belog pink kesayangan intan payung emas berlian kesayangan ku ini. kekeke. Tadi ternampak post teman terbaikku di facebook yang dia tengah lapar pagi-pagi buta ini. aigoooo, saya pun sama. lapar~~padahal baru telan nasi goreng pattaya pukul 9 lebih tadi. 
ta tau kenapa sejak habis sekolah dan sambung study, kerja saya makan, makan, makan, makan dan makan. satu hari ta tau berapa kali nak makan. lepas dah dinner, kengkadang call Mc delivery lagi. Setiap hari saya boleh habiskan satu kotak besar coco crunch. yupe hanya sehari tanpa berkongsi dengan siapa-siapa. psstt~~saya dah banyak koleksi komik free dari kotak coco crunch tau. Komik action hero tuh dah boleh jual dengan jayanya. kekekeke.ntah la nak buat apa dengan komik-komik action hero tuh semua. 

Tapi satu yang sangat amazing, berat saya tidak pernah naik. dengan kependekan 154cm, beratku masih lagi 38.5 kg. kalau naik pun tidak lebih 42kg.^-^. keadaan itu menambahkan lagi nafsu dan selera makan tanpa henti. kekekee. Memang best bila tidak perlu fikir tentang berat badan. Kengkadang rasa kesian dengan kawan-kawan yang sentiasa control makan sebab ta mahu badan naik mendadak. mesti penat dan sedih kan bila kena tahan selera makan. Tapi yang sedihnya bagi saya, impian untuk menderma darah tidak pernah kesampaian, sebab tidak cukup berat. Seumur hidup neyh, biarlah merasa menderma darah. ^-^

Dan sejak sambung belajar juga, tidak pernah sekali pun exercise. dah dekat 2 tahun setengah sejak habis form 5. bayangkanlah, teruk betul. badan ta sihat betul. kalau zaman sekolah dulu selalu turun training, petang-petang jongging dengan couch. sabtu ahad pun sanggup turun sebab rasa best bila turun padang. rindu zaman muda-muda dulu. Sekarang dah tua. dah 20. eiyttt, belum 20 lagi, baru 19 setengahhhh setengahh,,kekekee.

Tapi, sejak akhir-akhir neyh kengkawan asyik ajak berjongging, setiap hari cerita pasal jogging. Tapi, seperti biasa lah kan, ehem ehem, mula-mula semua beria nak pergi. Sekali tengok saya yang kononya cuma ingin meneman dorag pula,yang pergi berjongging. kekekekee. semua orang tido nyenyak, aigooo,,gigit la kamu semua neyh tau. geram neyh~~geram neyh~~~hehehehe. >_< Dan pagi tadi semangat mandi subuh-subuh tau. bak kata encik Ah Mong, "wey!gla pa subuh ni mandy.sjuk woo!".Ingatkan kawan-kawan semua bangun, sekali tengok saya dengan cik zaty je yang bangun. hahaha. kelakarlah kawan-kawan saya yang busuk neyh. banyak alasan betul. aigooo, so cute.

Pukul 6.30 dah bersiap. Woww.macam pergi sekolah pula. Owh ya, kalau di Sabah. pukul 6 sudah terang benderang tau. Jangan hairan, di sana, pukul 6 sudah ramai duduk dalam kelas. hehehe. kalau sini, masih gelap gelita kan? berbeda iya.hehehe, btw, Semangat neyh! nasib baik pakcik guard dah buka pagar hostel pukul 7. Kami bertiga, saya, cik zaty dan housematenya, cik ayu rancang jongging dekat kawasan perumahan kawasan kami neyh je. Ta ada la sampai nak ke Taman metropolitan pula..Owh ya, rindu pergi taman metropolitan pagi-pagi. cantik tau. dekat dengan kolej saya tapi kena naik teksi lagi la. huhuu.ta pernah tahu di mana taman metropolitan? refer sini tau.
Dan masa jumpa dorang di luar pagar hostel, saya keluarkan camera pink dan kata "tadaaaa, saya bawa camera, nak kasih jelous dorang kita gi jogging,hehehe" dan cik ayu kata, "masa tengah cantik neyh la sesuai ambil gambar" haaaaa, terus posing di tengah jalan tuh. kekeke.
Kami orang ikut rule tau, sebelum jogging kena la streching kan badan. Nanti ta pasal-pasal kaki sakit pergi kelas. aigooooo. eleh, mana tau, kamu malu mau warm dulu kan sebelum jogging! saya tau tu. kalau malu nanti badan sendiri yang menderita tau. kekeke, kamiorang warm up tepi jalan lagi tuh, depan pakcik guard Taman Billion Mewah tuh. hahahaa. psttt~~pakcik guard tuh kan, dya kan,,,tidur aja keja dya. kekeke. sweet dream pak cik guard.~~~lalalalalal~~
Lepas tuh jogging sampai di perkampungan mana entah nama dya, dan sempat lagi gelakkan orang yang buat macam-macam style jogging tengah jalan. ta baik tahu. hehehe.
 8.30 habis jogging sebab matahari dah naik. dan warming down di taman dekat kolej. dan pastinya tidak lupa untuk menyimpan gambar-gambar kenangan. Pics itu wajib dong. hehehe. 

p/s : Thanks to kawan saya, encik syame yg datang dari jauh semalam dari perak semata belanja saya makan ice cream black forest kegemaranku. punyalah jauh dtaang. tekezut saya. Thankkkk youuuuu. 

Sunday, February 13, 2011

TERBELAH DUA ♥

Salam manis ^-^
Saja meng-up-date-kan cik belog di kala diriku ini tersangatlah bosan. 
Tadi, housemate semua keluar shopping. weee~~~ saya? ta nak la keluar. malas. dan tade mood. sebabnya rancang na keluar tapi malangnya plan itu terpaksa di batalkan atas sebab-sebab tertentu. nevermind. esok-esok masih ada. So cuma minta tolong dekat junior beli kan sesuatu. huhuu. bila dah ada benda neyh terasa hidup ini lebih bermakna. huhu.

Minggu lalu headphone yang bagaikan nyawa ku itu patah terbelah dua. hahaha. tu la, suka sangat bawa tido headphone yang besar macam kuih pau tuh kan. akhirnya tamat jugak riwayatnya. sudah la itu satu-satunya headphone yang dibawa ke hostel. aigoooo~~sungguh sedih.lepas neyh boleh la tanam dya di mana-mana. memang sakit jiwa bila tiada headphone. sangat annoying bila dengar bunyi yang tidak boleh diterima oleh gegendang telinga ini. muahahaa.  Tapi rasanya di sebabkan headphone tu la pendengaran ini semakin lemah. ahahahah.
pekak sudah. =_=.kekeke ^-^

Dan hari neyh dah dapat pengganti. kecil molek. kali neyh bawa tidur pun takkan patah punya. jangan putus sudah. hahaha.Thanks to adik junior saya yang sangat baik hati carikan earphone neyh untuk saya. muahh muahh sayang syikin. lepas neyh syikin ta perlu gelak sembunyi-sembunyi bila akak tidur pakai headphone yang terbelah dua tu lagi tau. hahahaah.
design kesukaan saya, teringat pulak background blog saya yag lama. sama design degan earphone neyh. sementara neyh guna neyh dulu. kalau kaki ini rajin keluar, baru beli yang besar macam kuih pau. haahahaha.
tadi godek-godek folder cari gambar adik saya pakai headphone kuih pau tuh tapi ta jumpa, sebab gambar semua dalam external saya, lupa pula external kawan pinjam. so ambil pic dari fb saya.
tengok la cutie pumpkin saya saya jadi model kuih pau. kekeke
headphone kuih pau lagi besar dari kepala dya. kekeke.eyh! budak tembam yang comel ada sorang abang dah suka kat kamu, kakak jeles tahu. kekeke.
rindu kamu!

IBARAT PLOT NOVEL DI BUMI MELAKA ♥

Salam manis si comel ^-^
Wasseh~~~akhirnya dapat jugak log in blogspot ku ini. kui~~kui~~kui~~
Minggu neyh sangat busy dengan kuiz dan assignment. Bak kata kawan saya, cik cyma, dah naik migrain sebab asyik menghafal je.seminggu neyh pack dengan kuiz biology, tutorial kimia berlambak-lambak. huhuu. dapat online pun sekejap-sekejap. Sepatutya hari neyh pun ada kuiz subjek CSC tau, tapi cancel sebab budak sem 3 ada LDK. minggu depan mesti busy lagi. aigooooo~~
Hari neyh semangat membara-bara berapi-api mahu tulis sesuatu dan happy sebab hari neyh dapat seorang pembaca istimewa. kekeke. Jangan dya jadi gila baca cerita hidup saya yang merepek neyh sudah. 
Dear kamu, you are welcome here =) 

Ahad lalu saya pergi Melaka dengan kawan-kawan sekolah dulu. Sebabnya banyak kawan-kawan saya di Sabah dulu sudah study sini. Malangnya, plan tu dibuat last minute, jadi hanya kengkawan yang ada di area KL neyh jak dapat join. kalau plan awal-awal mesti yang dari Sabah pun boleh datang. weee~~
Dan! oleh sebab plan dibuat last minute, trip ke Melaka memang boleh buat cerita novel. penuh dengan debaran dan aksi. muahaha. 

Pukul 9 kamiorang kumpul di KL central dan menuju ke Bukit Jalil untuk naik bas ke Melaka. Ingatkan sudah boleh naik bas terus. rupanya tiket bas pukul 11 pagi. Aigooo~~tertipu sudah. Encik Planner kami iaitu encik Saifullah sengaja tipu kami, supaya semua orang awal sampai. kekeke. ambik kau, terpaksa berdiri sebab station bas sangat-sangat padat dengan manusia yang baru nak balik sebab sudah habis cuti Chinese New Year. Tunggu punya tunggu baru dapat tempat duduk. huhuhu. sampai hati ko kan Pullah..ish3, ta baik tipu kawan tau. hahahaa.

Bila sudah sampai Melaka Central terus cepat-cepat beli tiket untuk balik KL. haaaaa? ingatkan Encik Planner sudah beli tiket balik KL. Rupanya belom! dan semua tiket bas balik KL sudah habis! sold out!. Masa tu da gelabah sebab esok pagi tuh ada kuliah kan? lagipun mana rancang nak bermalam, gila apa. aigoooo~~last-last dapat beli tiket ke Seremban. so dari seremban boleh naik train ke KL central. huhuu. Masa beli tiket tu pun, pakcik tu kata tinggal empat tiket, padahal kami berenam. hohoho. lasyt-last dapat juga =)

Then we enjoy our day pusing-pusing Melaka. Tapi satu jak masalah saya. Hari tuh sangat panas tahap dewi dewi, panas yang mengigit kulit, panas yang teramat sampai gugur-gugur air mataku. Berapa kali macam orang yang putus cinta, tetiba gugur air mata.kekekek. aiseh~~serius, memang panas eyh? menyesal ta ikut cakap uncle dengan aunty, malam tuh dorang sudah pesan, supaya bawa payung. tapi lupa bawa. Panas dya lain sangat. Astagfirullahalazim. sungguh-sungguh panas. terbakar kulit.
dear kawan-kawan ku, nanti kalau ada masa baru saya upload gambar-gambar kamu di Fb ya, maklumlah, Fb saya tuh kalau upload gambar memang bermasalah tahap anak dewi punya. kekeke.

Pusing-pusing di tempat neyh, snap pics and buy nothing! kekeke.
abang beca~~abang beca di tengah jalan~~~huhuhuu
Husain yang sangat suka bergambar. husain banyak gila gambar ko dalam kamera aku neyh tau. nak buat apa neyh haa??..hahaha
Ini dya budak 4 flat. bakal doctor. student UPM, Mizi namaya. ada berkenan? kekeke.
 seterusnya ke tempat neyh ~~~pertahanan Melaka eyh nama tempat neyh, saya ta tau pun..=_=
 dan waterfront di depan pertahanan Melaka memang cantik =)suka2!
Itu dya encik planner merangkap tukang gambar, Encik Saifullah. fuhh~~pose dengan camera mahal dya tuh,,huhu. Dan cik Farzana di belakangnya buat gaya comel. auchak! hehee
Dan ini, ketua kelas kami masa form 4 dan form 5. ketua kelas yang sangat bertanggungjawab.hehe. Chester ^-^.
Dan trip kami diteruskan lagi di bawah terik mentari. huhuh.
gambar neyh yang cerita camna Melaka dapat nama kan? kan? ^-^
mendaki bukit st Paul. Mak aii,,penat ooo macam daki batu caves. kekeke
best je dengar pak cik neyh nyayi, suara dya sedap tau.
Dan ada sesuatu dalam neyh tarik perhatian saya. ingatkan keranda besar tau apa. semua orang sibuk tengok. saya pun menyibuk juga la kan, mana mahu rugi. kekeke

soalan kuiz untuk yang ta pernah datang sini lagi? teka dorang soma tengok apa! jawapannya dorang tengok mayat! hahahaa. kidding! dalam tuh orang baling duit la. kekeke.

 
 Then turun ke bawah, ke A famosa ^-^
Wahseh~~untung amoi tuh masuk blog saya. kekeke. Btw, sebab panas yang teramat kami singgah di Istana Kesultanan Melaka untuk sejukkan badan. duduk-duduk rehat-rehat dalam tuh macam rumah sendiri. teruk betul,,kekekeke
 jumpa sultan Melaka dulu-dulu beserta bendaharanya. kekeeke. macam real owh, seram~~
Ta habis buat macam rumah sendiri di dalam, kat bawah pun sama juga. lepak-lepak sejukkan diri ditiup angin, makan-makan biskut oat yang aunty saya sediakan, hehehe, dan bercerita pasal pisang goreng 
weeee~~syiokkkkk

Dan perjalanan diteruskan lagi beribu tapak ke menara Taming Sari. masa tuh dah pukul 4. Sepatutya bayar Rm20. tapi kamiorang dapat diskaun, masuk RM10 je tau. hohohohoho.Tapi memang best naik tuh. dapat nengok satu Melaka. weeee~~malangnya rasa macam sekejap tahap dewa, pusing2 dah turun balik. aigooooo~~~

Rindu pantai dan Pulau tetiba bila tengok ney~~~=_=
Dan destinasi lawatan terakhir iailah di kapal perang yag besar itu. eyh itu kapal perang ka haa?? aigoo,,saya ta tau langsung semua tuh. tahu datang dan snap pics saja. kekeke.
Rasa nak bawa balik rumah benda neyh,,huhuhu ^-^
  Lepas tuh baru rasa lapar tahap dewa-dewi, singgah dan makan di food court. Dan saya ternampak sesuatu yang sangat pelik, amazing! tahu tidak, kami terserempak dengan orang yang bawa anjing dya jalan-jalan. alaaa, biasa la tu kan, a'ah memang 'biasa' sebabbbbb anjing dya macam neyh~~~
saya sempat snap pic dya ngan anjing dya dari jarak yang amat jauh sebab takut dengan orang tu. hahahaa. snap curi-curi. kalau dya tau mesti dah kena pelempang 200km/h. kekeke
ta jelas sangat kan? neyh saya dah sediakan lukisan tuk kamu semua tengok. kowt2 ta dapat lihat gambar yang 'kabur' di atas dengan jelas kan. kekeke. Anjing dya color oren. oren tahu! sampai hati dya dye bulu anjing dya sebegitu rupa. sungguh kesian. kalau pink ok jugak la! hahahaa

hahaha, beginilah rupa anjing dya. =_= ta pasal-pasal telinga kau warna oren kan, badan kau macam zirafah tapi stripes caler oren. dari jauh aku dah nampak kau wahai anjing comel yang kesian. fashion disaster betul!. 
 Then, bermula lah episod kedua. Dah jalan balik ke tempat first tadi. tunggu punya tunggu bas ke Melaka Central ta muncul2. So, saya, Farzana ngan Chester jalan-jalan untuk beli sesuatu. Dan malangnya, kami tertinggal bas untuk ke Melaka Central. Bas ke Seremban pukul 7.30. Masa tuh dah pukul 6.30. mak aii seramnya. tunggu dan tunggu degan penuh debaran, pukul 7 baru ada bas. Bila dah dapat bas pula, bas tuh kan bas henti-henti, so dya bawa pusing entah ke mana dan dah 7.30,
 tapi tanda-tanda tuk sampai di Melaka Central ta nampak lagi pun. Tahu, pukul 7.45 baru sampai Melaka Central. Sampai jak, terus turun bas, berlari-lari macam ada explorace!. da ta ingat apa-apa, lari sekuat hati di Melaka Central tuh. serius ingat dah tertinggal!. Lari ke kaunter tanya samada bas dah jalan belum, fuihhhh!! rupanya semua jadual bas di delayed. kekkee, sia-sia belagak macam ikut Amazing Race Asia. muahahaha. Bas pukul 6.30 gerak pukul 9 jugak, aigooo~~jalan jam =_=

Bila nampak bas ke Seremban, kami naik sesuka hati sebab pakcik tu kata, naik je, habis betolak-tolak naik. dah la saya kecil, ambik kamu, kalau bukan si Saifullah tolak masuk, memang dah tertinggal di sana sebab dorang semua berjaya masuk dengan jayanya. kekeke. suka hati ambil tempat duduk orang, padahal bas kami yang lain lagi. kekeke. kalau tunggu bas kami, memang ta dapat balik la malam tuh.
Dalam bas pula, pemandu bas tuh pasang lagu india, mak aiii, kelakar betul. kalau hindustan tape lagi. mula-mula sejuk tahap dewa, tetiba dya off kan aircond. mak aii,, panas macam kena panggang!. hahahaha

Sampai Seremban, ta tau mana stesen KTM, dorang gi tanya orang. lepas tuh berlari-lari pergi stesen KTM sebab jauh dari terminal bas. Lariiii lagi macam amazing race!. Malangnya teringgal train last!. kalau ikutkan saya boleh ambil train dari seremban terus ke gombak. Nasib baik pukul 11 tuh ada train ke KL Central lagi. Farzana dengan Chester pun ta sempat balik UKM sebab da ta ada teksi masuk UKM, so encik doctor saja yang dapat turun di UPM. Dan kami berlima? sudah berjanji setia bersama-sama mengharungi episod duka. kekeke. Sampai KL Central pukul 12. dah tade monerel, da tade LRT. hoho. baik punya.
So, dari KL Central ke Bukit Bintang. sampai Bukit Bintang di jemput dengan letupan bunga api. weee~~lepak di Mr M (McD) dan tengok bola. Chealsea vs Liverpool. hohhoo

Menghabiskan masa bercerita pasal sekolah dulu-dulu. wuaaaa, rindu zaman sekolah. Btw, kami selamat mengharungi ekspedisi yang penuh debaran di Kota Melaka. Maka tertulislah sebuah lagi kisah sejarah bak cerita novel di bumi bersejarah, Melaka. kekeke. Awal pagi balik ke kolej dan pukul 11 pergi kelas kuliah. Ambik kau, mata kabur sampai nampak orang pun dah jadi dua. kekeke.

BtwmKawan-kawan, bulan depan-depan kita ke Perak kan? hohooohoh. nice!
Rindu kamu semua. Buat warga ex-SMK Sepagaya yang berada di bumi semenanjung neyh, jangan la lupa kawan-kawan kamu di sini. ada masa kita jumpa-jumpa la. kita-kita jak di sini kan. hehehe.
take care semua 

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon