Thursday, January 20, 2011

BATU CAVES DAN THAIPUSAM♥

It's public holiday! Happy one-day-holiday hohoho buat kawan-kawan yang berada di kawasan Selangor terutamnya.Dan selamat menyambut Thaipusam buat yang sambut perayaan neyh. Mesti ramai orang di Batu Caves hari neyh, jalan pun jem, Baik jangan keluar! huhuuu. Btw, teringin juga mahu tengok orang yang cucuk muka, cucuk hidung segala. grrrr~~serammmmmm. Semalam masa lepak di taman permainan dekat perumahan koperasi neyh, nampak ramai kaum yang sambut Deepavali keluar rumah jalan kaki ke Batu Caves. Lagipun tahu tidak? semalam bulan penuh tau. pukul 10 malam macam suasana maghrib jak. Terang banget!

Tahukah anda apa beza Deepavali dengan Thaipusam?
Nampak macam sama jak kan? Sebenarnya berbeza tau. Kenapa saya nak cakap pasal benda neyh? Tak salah kan kita tahu pasal perayaan kaum lai. Bukankah kita neyh hidup dalam kelompok masayarakat berbilang kaum. (aigooo~~dah mula dah,,dah mula dah syarahan skema dya,,kekkee). 
 Lagipun, masa lepak-lepak semalam, kamiorang cerita-cerita pasal perayaan neyh, sebab masa lepak-lepak tuh nampak helikopter tengok tinjau-tinjau Batu Caves. Apa lagi, teruja la macam ta pernah tahu apa itu helikopter,,,hahahaha. 

So, menurut pakcik wiki, Deepavali dan Thaipusam disambut oleh penganut Hindu. Tapi, Thaipusam disambut masa bulan penuh yang selalunya jatuh pada bulan januari/ februari. Lepas tuh, masa tuh, penganut nya tunaikan nazar dan kebanyakan cukur rambut. Semalam nampak ramai perempuan yang cukur semua rambut tau. Nampak dorang bawa belanga aluminium. Bila goggle tadi, rupanya dalam belanga tuh susu yang dorang anggap suci la. Dan highlight tuk perayaan Thaipusam neyh masa dorang buat perarakan.
Korang nampak kan di TV dorang junjung patung tau benda yang besar-besar lepas tuh tindik hidung atau cucuk mulut, pipi dengan besi-besi tuh! nampak kan? Benda yang dorang junjung tuh nama dya "Kavadi".Dorang bawa "Kavadi" tuh sebab percaya dosa dorang akan diampunkan. Huhuhu~~seram owh. Mesti sakit tahap dewa-dewi cucuk benda-benda tajam tuh? 
Nak tengok pics? goggle sendiri laa,,hehee,ta sanggup tempek dalam cik belog pink neyh, sebab serammmmmmm sangatttt~~~ㅋㅋㅋㅋㅋ
sikit-sikit boleh la, yang ta berapa nak seram kan,,hehe

Dan perayaan Deepavali pula sebaliknya. Deepavali penuh dengan warna-warni. Sebab Deepavali sendiri bermaksud cahaya tau. Wahseh, hebat la Kelly, asal ko tau semua neyh haaa???kekekeke.So banyakla pelita dipasang sempana Deepavali. Suka-suka! macam raya jak kan, banyak pelita..^-^
Minggu lalu, sebab kelas habis awal dan sangat borink tahap dewi, kamiorang pergi batu caves kononya mahu kuruskan badan, daki tangga Batu Caves tuh dan akhirnya setelah kali kedua pergi baru sampai atas. Sem lepas-lepas masa pergi ta sampai atas pun, sekali bila sampai hari tuh terasa na pacak bendera Malaysia dekat puncak tangga tuh..hahahahaa.
Ta pernah pergi Batu Caves? memang anda bukan pelajar sejati Unikop.hahahaha. Enjoy the pics dears ^-^
kekeke. Sebelum graduate pergi laa daki tangga tuh. Boleh jumpa pelancong Korea,,hahaa.
  Masuk dalam yuk~~actually first time masuk dalam gua. cool babeh~~ngeee~~
Bila bongkar folder lappy. Jumpa pic masa pergi sem lepas-lepas. Cukuplah dua kali kita pergi Batu Caves kan kawan-kawan. hehehe. 
>_<

Wednesday, January 19, 2011

SPECIAL ENTRY 4 MY DEAR FAMILY [KUCHING, SARAWAK-PART 1]

Entry bergambar khas untuk family tercinta, sorry sebab lama sangat upload gambar. Bukan sengaja, bukan malas,bukan juga ta ada masa, tapi masalah FB, ta dapat upload langsung. Dah cuba banyak-banyak-banyak kali sampai mau hentak kepala sekuat hati atas lappy sebab terlalu lama menunggu, lama bersabar tapi tetap ta dapat upload. Sorry sebab lamaaaaa sangat. Sorry tau my dear causins. Enjoy your pic. By dah enable right click. Just right click and save kayh.muahhhhxxx.

Owh tidak dilupa pada kawan-kawan, loyal readers and lovely followers, it's been a long time! rinduuuu cik belog pink ini dan rindu blog-walking. huhu. Awal-awal sem kan busy, busy dengan marathon cerita korea lagi,,hahaha,,ta ada masa log in blogspot,kekeke. Btw, walaupun dah dekat 3 minggu berlalu, ta da salah kongsi percutian saya ke Sarawak hari tuh kan? actually bukan bercuti pun, sebab PakCik bongsu saya kahwin, baru la dapat pijak kaki di Sarawak tuh,,hehehe. Enjoy the journey dears!
[p/s : entry ini terlalu panjang sebab nak bagi family saya ambil pic dowang,,heee~~kalau menyampah dan sakit mata baca entry ini, sila tekan kotak merah [X]di sebelah atas,kanan anda,anda tidak dialu-alukan,terima kasih ^0^].

Day 1
Rombongan pengantin dari Sabah seramai 32 orang (ayat karangan berformat,,hehekk).Amek ko,haaaa satu kampung datang tau.Tempah hampir setengah tempat duduk di pesawat AK6035 ke Kuching Sarawak. Flight pukul 8 pagi, Oleh sebab ramai askar-askar, semua orang kena bangun pukul 5 pagi na tunggu giliran mandi. Dan berlakulah peristiwa-peristiwa kelakar dan menggelikan hati bila budak-budak bujang mandi berjemaah sambil tutup lampu,,kekeke. kenapa kelakar? sebab masa dowang mandi ramai-ramai dowang tutup lampu tau,lepas tuh menjerit satu sama lain "Weh jangan tengok tau!", "Oii, pandang sebalah kanan laa!",ngeee~~cuba teka dowang buat apa dalam tuh??hahaha.Terasa mahu buka suis lampu, mesti dorang semua menjerit dalam bilik mandi sebab nampak apa yang ta patut! muahahahahaa,ketawa guling-guling,,ngahahhaa!owh tidak!!!!!jangan marah adik-adikku,,hehehe
Snap pics early in the morning at KKIA terminal 2.

My cutie lil causin and my cutie chubby pie, my lil sista.
Lil bro ft lil sis
Dan sekali lagi~~~~=_=
 

Tuesday, January 04, 2011

A ONE DAY VISIT TO KOREA ^-^

Salam,
Yezza,,,a one day visit to Korea! pengalaman yang sangatlah mempersonakan. wehehee..
seperti dalam mimpi lena, menjejakkan kaki ke bumi indah itu. 
Tersangatlah teruja, impian menjadi realiti, siapa kata saya takkan sampai ke negara cantik itu haa?
Believe it or not? ohoooo~~don't believe it dear! itu hanya dalam mimpi. miahahahha.

Btw, hari neyh saya ta dapat mendaftar lagi sebab masalah yang tidak dapat diatasi, so we plan to go out and visit Korea Plaza. Dari semester lepas sudah rancang na pergi tapi ta kesampaian hajat tuh. jauh sangat la kan,,huhu. So, oleh sebab petang tadi free, lepas lunch di Times Square,kami naik monerel dan jalan kaki beribu meter mencari korea plaza. penatnya Tuhan jak yang tahu, mahu tercabut kepala lutut. ngeee~~

Tapi penat tuh berbalas sebab berbaloi-baloi lawatan kami. cewahhhh~~
Check it out dears! 
Kalau sebut pasal korea, kena tahu tradisi dorang kan, so kami di bagi peluang cuba pakaian tradisi korea, "Hanbok". Aigooo,,sudah lama mengidam pakai baju tuh. dan saya bertuah sebab dapat pakai baju yang special sikit, kira pangkat dya tinggi sikit la,muahahaha, glamour sikit gitu,,hehhee >_<
Sebelum tayang baju dekat kamuorang kan, jom kita pusing-pusing korea plaza. Mari kita lihat apa yang adaaaaa ^-^
Lihat la siapa itu. yeah SuJu babeh..and the soshi wears Hanbok.
kasut tradisional yang sungguh comel >_<
the dolly doll wearing korean tradisional hanbok
Drama "Seruan Pulau Nami" yang ditayangkan di astro ditaja oleh Korean Tourism. Sebab lokasi penggambaran drama tuh di Pulau Nami. pernah tengok drama korea Winter Sonata kan? haaaa, tempat romantik tu laa. huhuhu.
Dan sangatlah excited bila tengok sample-sample food dya. Tapi tuh hanya tayangan semata-mata, ta dapat nak cuba pun. huhuhu. teringin sekali makan kimchi..huuuu.yummy~~
Nampak sangat real kan? kami sudah rancang cari restoran korea lepas tuh, tapi agak memusyilkan sebab ta ada tanda halal. Jadi niat tidak kesampaian. huhuh. 
Owh iya, saya sudah daftar jadi ahli dan akan masuk kelas korea untuk improve bahasa korea saya. yolah, belajar sendiri ta tau lagi betul tau salah kan, kali neyh ada lecturer. so harap-harap, lepas neyh sudah boleh translate tanpa melihat kamus lagi. weeee~~. 
Walaupun ta jejak kaki lagi ke bumi korea, lawat korea plaza pun jadi lah kan, bolehlah,asalkan dapat merasa. *wink2*my dear fren, kak Zun, Sarah baby, cik Zaty,,best dapat keluar dengan kamu. Thanks for the day.
muaahhhhh.'
Lepas penat pusing di tempat yang 'besar' itu,hehehe, we enjoy our dinner at Pavillion! Spagetti babeh!ngeee~~esok gi kelassss kawan-kawannnn..hohohoho
Eyh ada pic pakai baju hanbok lagi,excited bha,,biasaah tuh, mau bagitau satu kampong dah cuba pakai hanbok,,hehehekk~~.


Monday, January 03, 2011

PRIMADONNA

Salam manis,
It's already 3.25am, tapi saya ta dapat tidur lagi. Esok hari pertama kelas untuk semester 4, kelas Biology untuk masa pertama pukul 11am,wahseh awal-awal lagi kelas Bio,,huhuu. dengar-dengar Miss Irma yang ajar kami sem satu dulu yang ajar Bio sem neyh. weee~~jumpa lagi miss ^-^

Kenapa ta dapat tidur lagi? sebab dah lama ta tidur di katil bilik neyh. agak panas sebab kipas yang wujud hanyalah sebiji kipas kecil
eyh, kipas tuh bukan la kipas begini, habislah kalau warden atau Datok baca belogneyh, ta pasal-pasal saya kena sebab jatuhkan nama kolej.ini hanyalah bayangan semata-mata, gambar nak ciut miut jak kan,biasalah tuh,,hehee
  Lepas tuh rindu sangat dengan kengkawan, sebulan lebih teda jumpa kan, maka esok berlakulah episod jejak kasih mengasihi. Dan sebab fikirkan pasal hari esok, baru sibuk nak mendaftar, bayar yuran segala, aigoooo,mesti kena denda oleh bahagian kewangan sebab mendaftar lewat.huhhh,,ingat saya tinggal dekat ka haa mahu denda denda? neyh nak merentas laut cina selatan, mendayung sampan, naik kapal selam tiga hari tiga malam baru sampai tau.hoohooo~~(ok tipu, dari Sabah ke KL 2 jam jak,pheww~~~)

Oleh sebab ta dapat tidur, sibuk buka folder di lappy, seperti biasa kalau buka folder di lappy, mana ada benda lain, Hanguk,Hallyu, K-pop, korea. (ahaha,ok tipu lagi, Hanguk,Hallyu,K-pop,Korea tuh benda yang sama la,ngeee~~). And owh iya!, alang-alang menyeluk perkasam biarlah seluk sedalam-dalamnya, ngeee~~
 Pembaca setia belog ini sudah pasti tahu manusia ini, terlalu obses dengan segala benda berkaitan korea, kalau tidak post pasal personal life, sibuk post pasal k-pop, korea segala kan. Kalau bukan Super junior, Ft Island, We got married ntah pa-pa jak la. Tapi, kadang-kadang, jealous dengan kawan-kawan yang totally post about  K-pop, saya teringin jugak, tapi ta mahu pula nanti bercampur aduk kerana sejak azalinya blog ini diwujudkan dengan niat pengganti buku diaryku,,cewahhh~~lain kali la buka blog khas untuk K-pop, tunggu bila saya dah mahir, dah pegang master dalam bahasa korea, dah faham maksud, ta perlu sibuk-sibuk buka kamus, google translate segala,,haaaaa,,baru blog itu ku wujudkan tanpa meng-copy-cat berita dari website, wordpress,forum atau hanya mencreditkan kepada hasil kerja orang, muahaha.

Cerita berbunga-bunga sebenarnya nak khabaq satu kampong, I just bought FT Island DVD concert and FT MBC Ultimate Stories concert. muahahahaha. Dean! jangan jealous tahu, kalau aku baik hati aku bagi ko pinjam-pinjam eyh, ngahahahaha. best gilaaaa owh Dean!hehehe. Walaupun DVD ini sudah berkurun di release, tapi korang ingat senang nak dapat ka haaa, perlu shipping dari korea lagi tahu,i tell youuuu~~hehehekk. Ok, tipu lagi, saya ta beli guna shipping pun, beli kat kedai jak.tapi semestinya, agak sukar untuk ku temui. Sanggup ku menggadai wang ringgit, merentasi negeri-negeri di Malaysia, baru DVD ini di jumpai,,muahaha.(ayat minta dilempang dengan kelajuan 180km/h pagi-pagi buta lagi~~). Padahal, isi DVD neyh kebanyakan dah download,tapi kerana mahu yang original, grrr~~ta apa bha!.beli la yang original, jangan yang cetak rompak tahu! >_<

Preview DVD sikit,aigooo~~bangganya budak neyh dah dapat DVD dya,,aigooo,aigooooo~~'
ROCK PRINCE CONCERT DVD
The cover >_<
Got DVD and CD for all song they sing in the concert
Pic,pic and more pics inside~~kyaaa~~
 I BELIEVE MYSELF 2009
Kyaaa~~worth it! look at the song list,,haha ^0^
THE ULTIMATE STORIES OF FIVE TREASURES
Btw, bagi yang tertanya-tanya benda apakah FT Island itu, pulau apakah Ft Island itu? tempat melancong ka apa tuh? grrr~~aigooo,,nevermind, mungkin anda bukan pencinta K-pop sejati lagi,,ataupun anda baru mula berjinak-jinak dalam dunia K-pop. Selalunya kalau mula berjinak-jinak mesti tergoda dengan boy band yang menari macam dancing machine macam SuJu,Shinee and 2PM kan.
Btw, bukan boy band yang pandai menari je yang wujud, instrument boy band pun wujud jugak deyh!merujuk kepada entry-entry saya yang lepas, selain minat gilewww dekat Suju sampai hilang suara menjerit dekat konsert hari tuh, beli baju segala untuk konsert 2011, saya juga peminat no satu instrument boy band, eyh! eyh! bukan Cn Blue laa, tapi FT ISLAND.
 Maybe banyak yang ta kenal FT Island lagi, huuhuhu, orang sekarang cuma suka tengok yang pandai menari jak. Btw, selera saya lain sikit. I started to be their Primadonna since their first debut on 2007. Wahseh, dah tiga tahun i'm being a primadonna. Owh iya, Primadonna is their fan club's name. But, I'm not a good primadonna. Kiranya episod jiwang, marah,kecewa,merajuk macam ditinggal sang kekasih berlaku pada tahun 2009. Disebabkan satu member dya keluar, mula lah daku berpaling teguh kepada SuJu tanpa menoleh lagi muahahaha!. Btw, merajuk lama-lama pun teda gua kan, daku menerima member baru dengan hati yang terbuka, malahan terlebih suka lagi..hahaha.maybe, the new member is much better, but I still love the former member. 

monolog : aku ta faham la kenapa aku nak buat entry jiwang-jiwang pasal Ft Island, pasal K-pop pagi-pagi buta neyh,,grrr~~~alaa,,suka ati la, kalau orang menyampah pun, aku ta pernah paksa orang baca. kalau dowang menyampah pun, maknanya dowang buta K-pop.hehehee. ok baik pergi tidur~~~~
eyh~~sebelum tidur tengok muka Leader Ft Island dulu kayh! credit as tagged and pic yang lain hak milik Jong Hoon sendiri, culik dari twitter dya,,hahaha
kyaa~~Jong hoon Oppa nyte~~TC. marilah bersama-sama berus-berus, cuci mata dengan keindahan ciptaan Tuhan, jangan jatuh hati sudehhh~~hehee.
 
 owh really love each time he tweet his picss,,Jong Hoon oppa macam mana omma dengan appa kamu buat kamu?ngehehehe~~


Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon