Sunday, December 21, 2014

S&S'S D-DAY ♥

Salam manisالسلام عليكم و رحمة الله و بركاته

[Throwback entry : 30.November.2014]
Cuti kali ini event paling besar kami, tentunya majlis ketua geng kami. 
Antara kami semua dia yang selalu leading. Paling awal habiskan degree, dapat kerja bagus-bagus, rumah, kereta, syarikat dan paling best paling awal kahwin. Malam dia bagitau dia kawin tu sebak jugak aku rasa, mula ingat aku ta dapat pergi sebab aku belum cuti, sempat lagi berdrama air mata. At last, malam sebelum nikah dapat jugak aku pulang. Kau bayangkanlah kalau kawan baik sendiri pun kau tidak dapat datang, sudah sebak begitu. apatah lagi kalau bff kau kawin ta bagitau kau. sedihnya sampai air mata ni aku ta dapat na kawal-kawal. Btw, Selamat Pengantin Baru buat kawan aku bergaduh dari zaman sekolah, kawan yang selalu minta puji, kawan yang selalu kasih sakit hati, kawan yang paling bertrip manja. hahaha. En. Saipullah. Moga kekal bahagia sampai ke Jannah. Amin. :) 

Sebab dia ta ramai adik beradik yang sudah bujang, so kami geng keras ni lah semangat . Bak kata kawan aku, wedding planner express. kekeke. 
Paling lucu, malam sebelum dia nikah. kami geng keras datang rumah dia. Tapi sebab kami telampau banyak ketawa, kami kena marah oleh makciknya. wakakaka. habis seri pengantin sebab lawak-lawak gilak. so, kami tinggalkan dia, pergi lepak di gerai kelapa susu blended. Paling ta boleh blah ayat dia tu..
"jangan bha kasi tinggal aku, sampainya hati kamu kasi tinggal aku~~". 
"uii, kau tu mau kawin sudah esok. mana boleh jalan-jalan lagi malam begini".
 haha. nduk bha. akhirnya sebab kesian, kami bawakan juga kelapa susu blended yang jadi minuman rasmi kami tu. Sampai maknya suruh kami satu-satu suapkan lagi sebab dia berinai .
Mak pulla : "bha kawin sudah kawan kamu ni, satu-satu la kamu kasi suap dia" wakakaka. Kami lepak sampai 3pagi. bagi dia peluang terakhir merasa zaman bujangnya.

Pagi tu, kami datang awal. sebab gengkeras juga yang angkut dia iring ke masjid. Aku sempat lagi bagi final touch untuk hantarannya. keke..Si husain awal pagi lagi keluar carikan frame untuk duit mas kawin..>_< . 

Masa nikah memang moment paling sebak. kawan aku kawin aku sudah sebak cenggitu. Kalau aku kawin lagilah. Ta berhenti aku menangis kali..Terpaksa make up yang memang caw-caw-caw punya waterproof. inilah aku, touching ta habis-habis.. keke. 


Petang tu kami singgah di dewan, tolong tengokkan persiapan sandingnya. :)
 semangat kami,,betul-betul macam wedding planner. dari cathering, pelamin semua kami soal dengan soalan-saoalan seolah-olah anak kami yang mahu kawin. risau tau. hahaha. 

Sebelah malam, sebelum ke dewan, kami singgah di rumah barunya. Sebab kami jugaklah yang gila-gila ni mengiring dia ke dewan. Banyak gilo benda lucu masa bersiap-siap malam tu. wakakak. paling aku akan jadikan lawak sampai tua nanti, pastinya moment dia di make up. hahaha. bukan menghina, tapi kawan aku sorang ni kulitnya hitam manis, so, bila kena make up begitu, macam kena dera pun ada aku rasa. hahha. sorry Pul. part ni, aku memang mahu gelak sampai pecah urat leher. hahaha. cian bha. Nasib baik cik ana pantas bertindak, membanteras make up tebalnya. hihik >_<
Sorry..sorry pul. bukan aku mahu malukan ko ya. wakaka. tapi macam biasa, asal kita ada event besar ada jak moment lucu yang kau buat sampai kami semua mahu mati ketawa. wakaka. selain kes di mabul tu. aku rasa ini lagiiii lucu pul! hahaha.  Gambo ni ko mesti ingat sampai kau beranak pinak nanti ya! sengaja aku ta upload di fb, sini private sikit. link entry ni pun aku ta post mana-mana,,promise!..xda jugak orang baca..muaahhhhahaa. >_<

Di dewan pula, sebagai wedding planner berjaya, kami banyak di belakang tabir. aku dengan ana siap sediakan kek lagi. Masa tu kami pet-pot-pet-pot lagi sebab takut kalau masa kami sedia kek tu, kek tu jatuh. "kelly, macam manalah kalau kek-kek ni jatuh. Kita buat hal majlis si pullah ni.plemainnya roboh kah"..wakaka. aku dapat bayangkan sudah kalau kami buat hal masa kawinnya. habis majlis orang. hihik. 
Tapi syukurlah semuanya berjalan lancar. Macam ta percaya dia ni naik pelamin. Kami ketawa jak dari bawah tengok dia kaku, tidak senyum dok atas pelamin. wakaka. Walaupun ta semua dapat berkumpul. Meriah jugak. Harap-harap aku kawin nanti semua kawan sekolah & colleagues dapat datang. ;).
 Dan gambar group pertama geng keras setelah satu sudah tumpas~~hahha

Selamat menjalani kehidupan rumah tangga pullah & qila. Moga masjid yang di bina sentiasa utuh, disirami bunga-bunga kebahagian dan paling penting sentiasa di redha Allah. Jaga isterimu baik-baik Pul. Kami cubit kau kalau kau jahat-jahat. muahaha. Jangan kau bertrip bujang lagi. paling penting kau mesti kurangkan sudah masamu dengan kami. Jangan balik-balik panggil kami main ps3 di rumahmu tu. muahahaha. nanti kebiasaan kami datang. macam rumah kami sendiri sudah tu. Dan akhir sekali moga kau sentiasa jadi suami yang boleh bimbing isterimu sampai ke Jannah. 

Kalau pun kau minta puji, tetap jugak kami sayang kau. 
Kbye!. ^^



No comments:

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon