Friday, December 19, 2014

CLICHE ♥

Salam manisالسلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Lama aku tenung-tenung kotak oren new entry. Sebelum cuti, semangat bertekad waja mahu tulis entry yang berkurun lepas buat kenang-kenangan di sini. Tapi asal mula satu patah kata, tiba-tiba malas. sangat malas. tiba-tiba jadi blank. Terus terpesong layan superman retuns. tengok baby-baby comel. ;) paling teruk, bila aku sudah mula menaip, terus tiba-tiba mengantuk. =_=

So, bila sudah aku menaip tengah-tengah pagi buta begini, entry rojak la jadinya. selalu benda-benda random yang datang. cliche kan? asal malam-malam, dengar lagu-lagu melayu yang bikin mengimbau kenangan, terus idea tu mencurah-curah. dari otak blank sampailah jadi penat mahu teruskan lagi. sangat cliche.
"selamanya adalah cintaku kepada dirimu. mencintaimu seumur hidupku hanyalah padamu. Waktu dengarkanlah selalu dekatkan ku dengannya. hingga ku menutup mata satukanlah hati. Jadikan malamku lebih indah, jadikan siangku lebih terang. biarkan bungaku mewangi selamanya"
Lagu ni aku memang pasang banyak-banyak kali sejak cuti baru-baru ni. Terus aku rasa menyesal tidak selfie dengan akim masa aku tinggal kl dulu. setiap minggu teserempak akim jalan sorang-sorang dekat sungei wang atau pavi. yang aku nampak cuma baju. so, masa tu aku tidak terfikir pun mahu bergambar. sekali sekarang, baru menyesal. haha.. Owh akim, i cukeee lagu baru u~~haha.

sudah dua minggu cuti, tinggal dua minggu lagi untuk kembali ke kehidupan yang macam tiada life. Bukan bermaksud aku benci, ta suka ka apa, cuma memang kehidupan di sana macam tiada life la kiranya. kau tahu juga kan. aku ni paling suka berjimba sana sini, makan sedap-sedap, shopping sakan. Tapi di sana, masa tu tidak mengizinkan. Kiranya aku bagi komitmen tinggi (kononnya), masa lebihnya aku guna sebaiknya untuk tidur. ya tidur. =_=''. Kadang jak la aku keluar, tu pun selalunya ambil masa lepas kelas. dengan baju-baju uniform lagi turun kk. itupun kelam kabut balik sebelum 8pm. semuanya kelam kabut. sebenarnya, satu jak motif aku cakap begini. aku cuma butuh cuti yang lebih panjang sikittt. hihi. aish, syukurlah nak, ada juga cuti, daripada tiada langsung kan..

Musim cuti sekolah ni, macam biasalah, bak kata kawan aku, musim mengawan. mana-mana jak ada majlis kawin. Ta terkecuali kawan-kawan baik aku. Selamat Pengantin Baru :). Seronok kawin muda. Nantilah aku buat special entry supaya aku boleh reminisce moment-moment lucu yang aku harap dapat ingat sampai bila-bila. hehe.  

Tapi macam tiba-tiba jadi tren pula kan kawin-kawin muda ni. Terus aku pun ta sabar jadinya naik pelamin..Al sobru-minal-iman. Ada jodoh ta ke mana juga tu. hihi. Memandangkan aku ada kontrak setahun lebih lagi dengan kkm, terpaksa niat kawin tu tolak dulu ke tepi. Datang seru nanti, kawinlah aku. Jangan risau, semua dijemput datang. Doakan aku cepat-cepat sampai jodoh ye. hihi. Setiap tahun pun aku doa benda yang sama. Mudah-mudahan setahun dua lagi termakbullah. Amin. Amin. Cepat-cepat kasi Amin jugak. hihihik ;) 

Kau pernah tedengar ini? 
"Genggamlah sekuat mana pun bunga tu, tetap ta sekuat genggaman cintaku padamu".
Dan yang paling cliche
"Kau bawa diri pergi dunia lain pun, kalau sudah jodoh. Tak ke mana juga". 
sangattt cliche kan? 

Tapi bila benda ni jadi dengan kau. Kau pun tidak mampu mahu cakap apa lagi. Kau cuma mampu tersenyum. Praised Allah & believe it was written by his will. Qada dan Qadar yang wajib kau percaya. Dan selebihnya, Doa agar semuanya baik-baik dan kekal ke penghujung. Mungkin ada sebab semua benda lepas jadi begitu. So, bila kau sudah matang banyak, pandai fikir secara rasional, berfikir sebelum bertindak, lebihkan guna otak dari guna hati, ambil masa perbaiki diri, berubah untuk jadi lebih baik. Baru kau dipertemukan dengan certain orang yang dahulunya pernah hilang dari kau. Tapi walau apa-pun yang jadi, kau mesti sentiasa percaya ini..

"Perasaan cinta yang hadir bukanlah tanda kita memilikinya, namun kadang ia muncul sebagai ujian dari-Nya. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sekeras mana kita bersabar, sejujur apa kita menerima dirinya, jika bukan ditulis sebagai jodohnya. kau harus terima. Sebab Jodoh itu rahsia Allah."

Dan kerna tulang rusuk itu tidak pernah bertukar empunyanya. Cuma doa dan dengan izinNya kau patut serahkan segalanya. 
"Sesuatu yang sudah ditakdirkan buat kita, Allah tidak akan biarkan menjadi milik orang lain ":) 
Jadi kau kena doa banyak-banyak agar semuanya baik-baik saja. Dan bagi aku, kena tambah sedikit sebanyak usaha. usaha kan tangga kejayaan . hihi. Ok tutup cerita serius. 

ayat punchline : 
Kalau na tau itu jodoh kita, cuba tanya "Nak ke mana tu?". Kalau dia bagi jawapan "tak kemana". Haaa. kowt-kowt dia jodoh kita. puahhaa. kbye! merepek sungguh! 
Luahan di atas sebenarnya tiada kena mengena. aku cuma teruja sebab ramai orang kawin. kekeke. 

Just like seasons. People change. Ada banyak situasi yang buat orang berubah. Berubah perwatakan. Berubah penampilan. Berubah percakapan. Berubah ke arah kebaikan. Dan paling aku gerunkan, berubah hati. 

"It's hard to watch people change, but it's even harder remembering how they used to be". 
Nauzubillah minzalik. Minta-minta dijauhkan. Sakit . Itu yang mampu aku zahirkan. Bergenang air mata pun belum tentu dapat kembalikan dia yang berubah. Cuma memori yang dapat kau simpan. Memori semalam sebelum segalanya berubah tanpa sebab yang ta tercapai akalmu.  Kau mahu pujuk supaya kembali, bukan sebab tinggi egomu. Tapi kau tahu, kelak nanti tahulah dia tingginya langit dengan bumi.
"They never change. They just become more of who they really are"
Biarkan saja. 
"Buat apa kau buang waktu pada orang yang hanya pandang kau , cuma dari tepi? "-BSA. 
Dan ada satu lagi yang bingit-bingit aku mahu luah. Aku minta maaf kalau ada yang terasa.
Tapi ini cuma yang bergeledak untuk aku zahir dengan kata-kata. 

Kau jangan pernah mengata tanpa usul periksa, tanpa kau pernah rasa macam mana berada di situasinya. Jangan kau pernah angkuh dengan kata-kata untuk kau tundukkan orang yang hakikatnya, kau tidak tahu apa yang menunggu kau di masa depan. Jangan kau biar apa yang kau ungkap untuk sakiti orang lain akhirnya terjadi sendiri dengan kau. Tuhan tu maha adil. Mungkin satu hari nanti Dia simpan kau dalam situasi yang sama. Akhirnya, kata-kata yang kau angungkan termakan dirimu sendiri. Masa tu, baru kau tahu kan tingginya katamu tidak setanding perbuatanmu. Masa tu, butang undur masa pun tidak dapat tolong kau delete semua kata-kata sinis yang kau ucap. 

Itulah hidup. kadang orang cakap kau bukan-bukan. cakap kau itu ini. Sebab orang judge kita dari mata, bukan dari hati. sabarlah. satu masa nanti, semuanya akan terjawab tanpa kau perlu terangkan. bukan kau minta orang sebegitu dibalas dengan pembalasan. Tapi, "what goes around, comes around".
 "It's kinda funny that the people who talk about how much people who has changed, are the person who changed the most". 
Oklah cukup dengan luahan hati yang terdalam. 
Sebelum subuh menjelma bak sini aku petik sikit 1 kolum ayat dari buku kegemaran geng-geng keras aku: 

Senyum,
Walau orang tepi kau sedang bisik yang kau ini seorang yang tidak membina. Bisik dalam hati; aku manusia biasa. 

Senyum,
Bila orang memperkecilkan diri kau sambil dialogkan dalam hati; hidup adalah dunia aku. bukan kau!

Senyum, 
Bila dikatakan gagal sambil bisil dalam hati; sekurangnya aku mencuba dari orang di luar sana yang tidak berhenti mengata.

Senyum, 
Dengan setiap kejadian yang kadang-kadang datang dengan kejutan gila. Sebesar mana ujian datang, Tuhan sayang. Kata dalam hati; aku tersenarai dalam senarai Tuhan uji.

Senyum,
Dengan kehilangan orang yang kita pernah disiram kasih, sandarkan harapan, cinta sepenuh hati sambil bisik dalam hati; aku tidak pernah rugi. kasih aku tinggi. Orang yang ikhlas dalam hubungan di luar sana boleh kira.

Senyum, 
Sambil lepaskan seluruh gundah yang bermain di setiap fikiran dengan jerit; biar kita kalah di mata mereka, janji kita menang di hati sendiri. 
Senyumlah hanya kerana kita sendiri kenal hati kita. bukan mereka. :) 
-Patah-

Till then. Senyum! kerna senyumanmu begitu berharga~~^^ 

19.12.14
Save. Publish. 

2 comments:

qyra said...

Kak by ~~ IloveYou 😘😘

Kelly Polaris said...

@qyra love yoouuuu too budak qyra! xoxo >_<

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon