Salam manis, السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
It's holiday ! Fyi, aku cuti sebulan untuk cuti akhir semester sampai awal tahun depan. Sudah seminggu di bumi Lahad Datu. Banyak event sepanjang seminggu ni yang buat aku ta terbuat entry yang aku bersungguh-sungguh mahu post sebaik saja cuti. Busy bebenor. >_<
Untuk entry ini banyak yang aku mahu coretkan pasal sepanjang klinikal yang tersangat-sangat awesome. Fyi, semester ni semester yang sangat-sangat susah bagi aku. seriously, aku memang bagi apa yang aku termampu. kira struggle la juga. begitulah cerita Propanya. Hakikatnya, aku terlalu banyak tidur-makan-tidur-makan. haha. Semester 3 ni semester terakhir sesi teori. means, naik semester 4, kami sudah tiada sesi teori. Tiada masuk kelas untuk belajar lagi. kami akan fully praktikal di klinik dan hospital sampai habis semster 6. So, semester 3 ni jugak yang pegang kredit hour yang sangat-sangat tinggi. banyak subjek maut. banyak benda mahu hafal. Dicampur lagi dengan penat seharian. Bangun bersiap pukul 4 pagi. Cepat2 subuh, kejar bas pukul 5pagi. Balik lewat kadang sampai pukul 7malam. Penatnya Tuhan jak tahu. bila sudah terlalu penat, bila tertidur kena lagi bangun untuk roll call setiap 9malam. Sangat-sangat macam tiada life.
Tapi setiap titik peluh yang aku korbankan dengan melawan nafsu untuk berjimba, bershopping , bersengkang mata beberapa jam yang aku mampu sampai 2-3 pagi untuk study tu rasa sangat-sangat berbaloi. Walaupun ta sehebat kawan kami yang top 3. 3.81. 3.84 dan 3.92 tu. aku bersyukur jugaklah sebab aku bukannnya bagi 100%. layaklah kiranya sebab aku banyak mengalah dengan nafsu tidur. T.T. Setiap kali pun berkobar-kobar mahu dapat 4 rata. tapi punyalah pemalas kemain. nampak katil.terus lupa semua motto dan semangat mahu berjaya. haha. ish3! Allah tu maha adil. Dia akan beri ikut usaha kau. Kau usaha sikit, sikit lah yang kau dapat kaan. Tolonglah khutbah supaya aku kurang tidur sikit..heee.
Subjek kali ni banyak yang susah kemain. Banyak benda mahu hafal. Aku ingat aku failed sudah subjek Orthopedik. Sebab aku lemah sikit hafal tulang-tulang ni semuanya. banyak kowt aku buat solat hajat supaya lepas paper ni. hehe. Syukurlah lepas dgn jayanya jugak. Tapi macam sem lepas aku masih lemah subjek farmakologi. Tersangat lemah aku hafal bab-bab ubat ni. Dos ubat tulah yang paling . :(.
Btw, congratulation untuk semua kawan-kawan aku batch PPPP Julai 2013 & terutama geng-geng keras ^^
Congrats sebab semua lulus dengan jayanya. Sebak rasanya bila kena umum result semua orang lulus. ye la. sudah last semester teori kan. Kalau ada sangkut, sedih ta dapat naik semester sama. Apa pun,
Btw, congratulation untuk semua kawan-kawan aku batch PPPP Julai 2013 & terutama geng-geng keras ^^
Congrats sebab semua lulus dengan jayanya. Sebak rasanya bila kena umum result semua orang lulus. ye la. sudah last semester teori kan. Kalau ada sangkut, sedih ta dapat naik semester sama. Apa pun,
Terima kasih tidak terhinga buat semua pengajar KSKB KK terutama KSKB Cawangan KK. yang banyak tolong, yang banyak sedarkan diri untuk jadi manusia. Aku akan paling akan rindui kelas Medical Emergency. Rindu dengan semua cerita-cerita,pengalaman miss, video-video emergency yang miss papar. yang semuanya bagi kita bersemangat berkobar-kobar selamatkan nyawa orang. Akan merindui kelas Medical yang penuh dengan lawak humor sir. sungguh aku akan rindu. Omgeee, sebak rasanya. Masa di kelas, cepat-cepat mahu keluar kelas, mahu cepat-cepat klinikal. Bila sudah habis teori, rindunya mahu ke kelas. takut pergi klinikal sebab macam tidak cukup ilmu didada.
Apa pun aku akan ingat sentiasa pesanan semua pengajar
"Sekarang kamu boleh ketawa main-main. Tapi bila kamu sendiri yang berhadapan dengan situasi kecemasan untuk rawat ahli keluarga kamu, tapi kamu tidak tahu mahu buat apa sebab cuma bermain masa sesi pembelajaran dan Bila kawan kamu yang cuma tahu bermain di kelas yang rawat ahli keluarga kamu. Rawat pun salah. Apa perasaan kamu?".
Masa tu baru kau akan fikir. Kau mahu jadi yang terbaik supaya dapat beri yang terbaik untuk ahli keluarga kau untuk ahli keluarga kawan-kawan kau dan untuk masyarakat.
semangat kan? aku memang emosi sikit kalau part libatkan nyawa orang ni. Aku bukan belagak mahu jadi yang terbaik. Tapi aku sentiasa takut bila aku dengar rawatan salah. diagnosis pun salah. sebabkan kematian. kes medico legal lagi. macam mana aku mahu teruskan hidup lagi lepas tu? huhu. Macam mana kau mahu jawab dengan ahli keluarga orang? macam mana kau mahu jawab di akhirat nanti? kau tidak takut itu?
Okaylah. cukup cerita pasal itu.
Fyi, semester 1 aku klinikal di wad mata Queen 1. Semester 2, aku ditempatkan di Emergency unit Queen 1. Semester 3 kali ni dihantar ke Klinik Kesihatan Luyang, KK. Sepatutnya, awal penempatan aku kena di Klinik Kesihatan Papar, tapi sebab ada masalah tempat tinggal. Last2 minute, kena pindah.
Aku redhakan saja. Yang penting boleh dapat banyak pengalaman kan :) .
Hari pertama lagi aku dapat kerja di bilik scanning. Antaranya, di sini kami buat ujian saringan HIV untuk pasangan yang mahu kahwin, saringan Thalassemia, klinik berhenti merokok, kesihatan remaja dan kesihatan warga emas. Sangat seronok di sini. Macam-macam gelagat orang yang mahu kahwin kau dapat jumpa. hehe. geli hati pun ada. Terus aku pun ta sabar mahu kahwin. Sila doakan aku cepat-cepat dapat jodoh ye. hahaha.
Seterusnya, aku berkesempatan juga kerja di unit medical check up. Kebanyakannya memang student yang datang. Untuk pengetahuan. Kalau datang medical check up. Paling penting jangan lupa bawa salinan surat tawaran. Kalau tak bawa benda ni, nanti penat-penat balik pergi ambil. Dan paling penting juga, bagi yang pakai cermin mata. Bawa cermin mata sekali untuk ujian pemeriksaan mata. Tak pe kalau pakai cermin mata. Kalau tak bawa, lepas tu tak lepas ujian. memang tak lepas la kan ujian lulus medical check up. So, jangan tinggalkan di rumah tau. Sebab masa kerja di situ, memang ramai yang kena balik sebab tak bawa . bila periksa mata, langsung ta dapat nampak. :). Untuk student KKM dan pekerja kerajaan, basic medical check up mmg free. :) Dan masa di situ, baru tahu ada limit untuk pemeriksaan. Setiap hari cuma 30 orang. So, kalau mahu dtg, datang awal-awal pagi ya. hehe.
Selain tu aku paling banyak kerja di bahagian prosedur, di jabatan OPD. Di sini memang banyak belajar skill. Alhamdullilah banyak prosedur yang aku berpeluang dapat buat. Daripada dressing yang simple sampailah dressing yang ada maggots. Sebak mula-mula kalau tengok luka-luka besar, bila kes belaku dengan baby atau orang tua lagi. mahu meleleh air mata ni sebab ta tahan dengar tangisan kesakitan tu. Aku masih tidak dapat control emosi kesian tu. Mungkin sebab belum cukup pengalaman. Darah melimpah-limpah. Luka besar, luka kecil, bermacam-macam kes pelik yang aku jumpa setiap hari. Macam-macam ragam pesakit dan kerenah ahli keluarga yang kau kena layan. Mesti kena kuat semangat. Tahan penat. Paling best aku dapat buat STO solo-solo. kira aku paling bertuah sebab antara group, cuma aku yang berpeluang buat sebab asal aku di situ, mesti ada kes STO. hehe. STO ni Suture To Open. Kena buka luka jahitan. Ada tiga kes yang aku buat sendiri. Dari luka yang kecil sehalus bulu mata halus benang, sampailah luka besar yang masih berdarah. seram sejuk, takut patient rasa sakit. :) Selain tu, prosedur nebulizer, oral toilet, pemasangan CBD, and TNS. Seronok!
Seterusnya di Unit MACH. di sini ialah klinik ibu dan anak. 3 hari jugaklah aku di situ. haha. Di sini, ada banyak student jururawat masyarakat. So, tidak banyak yang aku buat. Mostly kerja student JMP. So, aku lebih banyak cuddling, angkat baby, buat pemeriksaan baby dan ibu. Tapi lebih banyak kepada mengangkat baby. haha. Setiap hari cium bau baby baru lahir. wangi. suka aku. hehe. Yang paling istimewa di unit MACH ni, kerajaan Malaysia bagi service yang paling tip-top. Seriously part ni aku memang tabik spring. Dari awal ibu mengandung (antenatal) sampailah selepas ibu mengandung (postnatal). semuanya dijaga rapi. Kau tidak datang klinik, kau dilawat sampai ke rumah, semata mahu periksa status kesihatan. Diberi pendidikan kesihatan dari cara penjagaan sampailah persediaan ibu menyusukan anak. Kau diberi perancangan keluarga. Segalanya-galanya ada. Kau cuma bayar Rm1-2 untuk semua tu. :).
Aku memang suka ikut buat LR (Lawatan Rumah). Boleh jalan-jalan pusing semua perumahan. Dari yang pedalaman sampai lah kawasan orang2 yang educated. Banyak benda yang kau dapat explore di luar. Sampai kena kejar anjing pun ada. hahaha. Masa lawatan rumah..Yang aku dapat simpulkan. Baguslah ILKKM ambil student MA perempuan. sebab masa aku ikut hari tu, aku dan dua kawan lelaki MA. Semua patient tidak bagi kebenaran lelaki untuk masuk dan periksa. So, semuanya aku yang berpeluang buat. Masa nilah kewujudan MA perempuan sangat-sangat penting. Sekarang, patient ada hak untuk tidak mahu diperiksa oleh lelaki. So, kira kau jadi wonderwoman la di situ kan. hehe. Tengok betapa pentingnya ada MA perempuan jugak. ngehehe.
Untuk lawatan rumah, kami periksa status kesihatan bayi, buat pemeriksaan Blounching Test untuk tengok tahap jaundice baby. Periksa vital sign ibu dan macam-macam lagi. Memang kelas perkhidmatan klinik kesihatan di Malaysia ni. ^^
Dengan itu aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat semua staff Klinik Kesihatan Luyang yang menjadi contoh terbaik untuk kami yang masih student ni. Terima kasih sebab jadi staff yang bagi 100% dalam perkhidmatan. Terus diri ini mahu jadi staff yang begitu juga di masa depan. Terima Kasih atas segala tunjuk ajar yang banyak dan tidak putus-putus, terima kasih atas setiap peluang yang diberi untuk kami belajar, Terima Kasih atas setiap layanan yang mesra. Terima Kasih buat semua chief MA, sir MA, staff nurse dan PPK. Klinik Luyang terbaik! ^^ . Terima Kasih jugak buat GengLuyang aku. Terima Kasih sebab sama-sama jaga nama baik kita sepanjang klinikal, terima kasih sebab bagi yang terbaik. Rindu kamu!!
Seriously ini pengalaman paling tidak ternilai bagi aku. Sangat-sangat banyak benda yang aku dapat mampatkan di dada untuk persediaan penempatan klinikal penuh. Walaupun pengalaman yang bagi orang sekumit je kan. Tapi bagi aku, sudah cukup banyak.
Tapi yang paling penting semester baru nanti aku sudah jadi senior-senior. Name tag pun sudah tukar warna. wehehehe. Hijau bebeh!
Panggil saya Liyana okay. hahaha.
Sengaja aku guna name tag liyana lagi supaya orang ta salah-salah sebut dan supaya aku ta perlu terangkan berkali -kali sebutan nama aku yang susah orang mahu sebut tu,sampai kadang aku mahu marah pun ada, sebab sedih betul orang panggil nama aku pelik2.. jadi untuk kesenangan ku dan staff di klinikal nanti. aku guna nama belakang aku yang ringkas ini. yang ala-ala adik beradik liyana jasmay. Tapi aku Liyana M la. hahaha.
Dan selamat datang untuk aku ke dunia klinikal yang sebenar. Actually aku tak pasti lagi penempatan semester depan di mana. Ntah bila akan diumumkan.Tapi aku dengar aku kena di KK juga. Aku bermati-mati mahu di LD supaya dekat di mata, dekat di hati :) Tapi apa boleh buat.kenalah berpegang dengan moto " Kami sedia membantu ". Amboi! masa interview, kena di pulau pedalaman hutan mana pun ta kisah kononnya kan. hahahaha. padan muka kena jauh2. hehek.
Till then, banyak lagi entry throwback yang aku akan post sampai muak mahu dibaca. keke.
No comments:
Post a Comment