Sunday, December 21, 2014

S&S'S D-DAY ♥

Salam manisالسلام عليكم و رحمة الله و بركاته

[Throwback entry : 30.November.2014]
Cuti kali ini event paling besar kami, tentunya majlis ketua geng kami. 
Antara kami semua dia yang selalu leading. Paling awal habiskan degree, dapat kerja bagus-bagus, rumah, kereta, syarikat dan paling best paling awal kahwin. Malam dia bagitau dia kawin tu sebak jugak aku rasa, mula ingat aku ta dapat pergi sebab aku belum cuti, sempat lagi berdrama air mata. At last, malam sebelum nikah dapat jugak aku pulang. Kau bayangkanlah kalau kawan baik sendiri pun kau tidak dapat datang, sudah sebak begitu. apatah lagi kalau bff kau kawin ta bagitau kau. sedihnya sampai air mata ni aku ta dapat na kawal-kawal. Btw, Selamat Pengantin Baru buat kawan aku bergaduh dari zaman sekolah, kawan yang selalu minta puji, kawan yang selalu kasih sakit hati, kawan yang paling bertrip manja. hahaha. En. Saipullah. Moga kekal bahagia sampai ke Jannah. Amin. :) 

Sebab dia ta ramai adik beradik yang sudah bujang, so kami geng keras ni lah semangat . Bak kata kawan aku, wedding planner express. kekeke. 
Paling lucu, malam sebelum dia nikah. kami geng keras datang rumah dia. Tapi sebab kami telampau banyak ketawa, kami kena marah oleh makciknya. wakakaka. habis seri pengantin sebab lawak-lawak gilak. so, kami tinggalkan dia, pergi lepak di gerai kelapa susu blended. Paling ta boleh blah ayat dia tu..
"jangan bha kasi tinggal aku, sampainya hati kamu kasi tinggal aku~~". 
"uii, kau tu mau kawin sudah esok. mana boleh jalan-jalan lagi malam begini".
 haha. nduk bha. akhirnya sebab kesian, kami bawakan juga kelapa susu blended yang jadi minuman rasmi kami tu. Sampai maknya suruh kami satu-satu suapkan lagi sebab dia berinai .
Mak pulla : "bha kawin sudah kawan kamu ni, satu-satu la kamu kasi suap dia" wakakaka. Kami lepak sampai 3pagi. bagi dia peluang terakhir merasa zaman bujangnya.

Pagi tu, kami datang awal. sebab gengkeras juga yang angkut dia iring ke masjid. Aku sempat lagi bagi final touch untuk hantarannya. keke..Si husain awal pagi lagi keluar carikan frame untuk duit mas kawin..>_< . 

Masa nikah memang moment paling sebak. kawan aku kawin aku sudah sebak cenggitu. Kalau aku kawin lagilah. Ta berhenti aku menangis kali..Terpaksa make up yang memang caw-caw-caw punya waterproof. inilah aku, touching ta habis-habis.. keke. 


Petang tu kami singgah di dewan, tolong tengokkan persiapan sandingnya. :)
 semangat kami,,betul-betul macam wedding planner. dari cathering, pelamin semua kami soal dengan soalan-saoalan seolah-olah anak kami yang mahu kawin. risau tau. hahaha. 

Sebelah malam, sebelum ke dewan, kami singgah di rumah barunya. Sebab kami jugaklah yang gila-gila ni mengiring dia ke dewan. Banyak gilo benda lucu masa bersiap-siap malam tu. wakakak. paling aku akan jadikan lawak sampai tua nanti, pastinya moment dia di make up. hahaha. bukan menghina, tapi kawan aku sorang ni kulitnya hitam manis, so, bila kena make up begitu, macam kena dera pun ada aku rasa. hahha. sorry Pul. part ni, aku memang mahu gelak sampai pecah urat leher. hahaha. cian bha. Nasib baik cik ana pantas bertindak, membanteras make up tebalnya. hihik >_<
Sorry..sorry pul. bukan aku mahu malukan ko ya. wakaka. tapi macam biasa, asal kita ada event besar ada jak moment lucu yang kau buat sampai kami semua mahu mati ketawa. wakaka. selain kes di mabul tu. aku rasa ini lagiiii lucu pul! hahaha.  Gambo ni ko mesti ingat sampai kau beranak pinak nanti ya! sengaja aku ta upload di fb, sini private sikit. link entry ni pun aku ta post mana-mana,,promise!..xda jugak orang baca..muaahhhhahaa. >_<

Di dewan pula, sebagai wedding planner berjaya, kami banyak di belakang tabir. aku dengan ana siap sediakan kek lagi. Masa tu kami pet-pot-pet-pot lagi sebab takut kalau masa kami sedia kek tu, kek tu jatuh. "kelly, macam manalah kalau kek-kek ni jatuh. Kita buat hal majlis si pullah ni.plemainnya roboh kah"..wakaka. aku dapat bayangkan sudah kalau kami buat hal masa kawinnya. habis majlis orang. hihik. 
Tapi syukurlah semuanya berjalan lancar. Macam ta percaya dia ni naik pelamin. Kami ketawa jak dari bawah tengok dia kaku, tidak senyum dok atas pelamin. wakaka. Walaupun ta semua dapat berkumpul. Meriah jugak. Harap-harap aku kawin nanti semua kawan sekolah & colleagues dapat datang. ;).
 Dan gambar group pertama geng keras setelah satu sudah tumpas~~hahha

Selamat menjalani kehidupan rumah tangga pullah & qila. Moga masjid yang di bina sentiasa utuh, disirami bunga-bunga kebahagian dan paling penting sentiasa di redha Allah. Jaga isterimu baik-baik Pul. Kami cubit kau kalau kau jahat-jahat. muahaha. Jangan kau bertrip bujang lagi. paling penting kau mesti kurangkan sudah masamu dengan kami. Jangan balik-balik panggil kami main ps3 di rumahmu tu. muahahaha. nanti kebiasaan kami datang. macam rumah kami sendiri sudah tu. Dan akhir sekali moga kau sentiasa jadi suami yang boleh bimbing isterimu sampai ke Jannah. 

Kalau pun kau minta puji, tetap jugak kami sayang kau. 
Kbye!. ^^



Friday, December 19, 2014

CLICHE ♥

Salam manisالسلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Lama aku tenung-tenung kotak oren new entry. Sebelum cuti, semangat bertekad waja mahu tulis entry yang berkurun lepas buat kenang-kenangan di sini. Tapi asal mula satu patah kata, tiba-tiba malas. sangat malas. tiba-tiba jadi blank. Terus terpesong layan superman retuns. tengok baby-baby comel. ;) paling teruk, bila aku sudah mula menaip, terus tiba-tiba mengantuk. =_=

So, bila sudah aku menaip tengah-tengah pagi buta begini, entry rojak la jadinya. selalu benda-benda random yang datang. cliche kan? asal malam-malam, dengar lagu-lagu melayu yang bikin mengimbau kenangan, terus idea tu mencurah-curah. dari otak blank sampailah jadi penat mahu teruskan lagi. sangat cliche.
"selamanya adalah cintaku kepada dirimu. mencintaimu seumur hidupku hanyalah padamu. Waktu dengarkanlah selalu dekatkan ku dengannya. hingga ku menutup mata satukanlah hati. Jadikan malamku lebih indah, jadikan siangku lebih terang. biarkan bungaku mewangi selamanya"
Lagu ni aku memang pasang banyak-banyak kali sejak cuti baru-baru ni. Terus aku rasa menyesal tidak selfie dengan akim masa aku tinggal kl dulu. setiap minggu teserempak akim jalan sorang-sorang dekat sungei wang atau pavi. yang aku nampak cuma baju. so, masa tu aku tidak terfikir pun mahu bergambar. sekali sekarang, baru menyesal. haha.. Owh akim, i cukeee lagu baru u~~haha.

sudah dua minggu cuti, tinggal dua minggu lagi untuk kembali ke kehidupan yang macam tiada life. Bukan bermaksud aku benci, ta suka ka apa, cuma memang kehidupan di sana macam tiada life la kiranya. kau tahu juga kan. aku ni paling suka berjimba sana sini, makan sedap-sedap, shopping sakan. Tapi di sana, masa tu tidak mengizinkan. Kiranya aku bagi komitmen tinggi (kononnya), masa lebihnya aku guna sebaiknya untuk tidur. ya tidur. =_=''. Kadang jak la aku keluar, tu pun selalunya ambil masa lepas kelas. dengan baju-baju uniform lagi turun kk. itupun kelam kabut balik sebelum 8pm. semuanya kelam kabut. sebenarnya, satu jak motif aku cakap begini. aku cuma butuh cuti yang lebih panjang sikittt. hihi. aish, syukurlah nak, ada juga cuti, daripada tiada langsung kan..

Musim cuti sekolah ni, macam biasalah, bak kata kawan aku, musim mengawan. mana-mana jak ada majlis kawin. Ta terkecuali kawan-kawan baik aku. Selamat Pengantin Baru :). Seronok kawin muda. Nantilah aku buat special entry supaya aku boleh reminisce moment-moment lucu yang aku harap dapat ingat sampai bila-bila. hehe.  

Tapi macam tiba-tiba jadi tren pula kan kawin-kawin muda ni. Terus aku pun ta sabar jadinya naik pelamin..Al sobru-minal-iman. Ada jodoh ta ke mana juga tu. hihi. Memandangkan aku ada kontrak setahun lebih lagi dengan kkm, terpaksa niat kawin tu tolak dulu ke tepi. Datang seru nanti, kawinlah aku. Jangan risau, semua dijemput datang. Doakan aku cepat-cepat sampai jodoh ye. hihi. Setiap tahun pun aku doa benda yang sama. Mudah-mudahan setahun dua lagi termakbullah. Amin. Amin. Cepat-cepat kasi Amin jugak. hihihik ;) 

Kau pernah tedengar ini? 
"Genggamlah sekuat mana pun bunga tu, tetap ta sekuat genggaman cintaku padamu".
Dan yang paling cliche
"Kau bawa diri pergi dunia lain pun, kalau sudah jodoh. Tak ke mana juga". 
sangattt cliche kan? 

Tapi bila benda ni jadi dengan kau. Kau pun tidak mampu mahu cakap apa lagi. Kau cuma mampu tersenyum. Praised Allah & believe it was written by his will. Qada dan Qadar yang wajib kau percaya. Dan selebihnya, Doa agar semuanya baik-baik dan kekal ke penghujung. Mungkin ada sebab semua benda lepas jadi begitu. So, bila kau sudah matang banyak, pandai fikir secara rasional, berfikir sebelum bertindak, lebihkan guna otak dari guna hati, ambil masa perbaiki diri, berubah untuk jadi lebih baik. Baru kau dipertemukan dengan certain orang yang dahulunya pernah hilang dari kau. Tapi walau apa-pun yang jadi, kau mesti sentiasa percaya ini..

"Perasaan cinta yang hadir bukanlah tanda kita memilikinya, namun kadang ia muncul sebagai ujian dari-Nya. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sekeras mana kita bersabar, sejujur apa kita menerima dirinya, jika bukan ditulis sebagai jodohnya. kau harus terima. Sebab Jodoh itu rahsia Allah."

Dan kerna tulang rusuk itu tidak pernah bertukar empunyanya. Cuma doa dan dengan izinNya kau patut serahkan segalanya. 
"Sesuatu yang sudah ditakdirkan buat kita, Allah tidak akan biarkan menjadi milik orang lain ":) 
Jadi kau kena doa banyak-banyak agar semuanya baik-baik saja. Dan bagi aku, kena tambah sedikit sebanyak usaha. usaha kan tangga kejayaan . hihi. Ok tutup cerita serius. 

ayat punchline : 
Kalau na tau itu jodoh kita, cuba tanya "Nak ke mana tu?". Kalau dia bagi jawapan "tak kemana". Haaa. kowt-kowt dia jodoh kita. puahhaa. kbye! merepek sungguh! 
Luahan di atas sebenarnya tiada kena mengena. aku cuma teruja sebab ramai orang kawin. kekeke. 

Just like seasons. People change. Ada banyak situasi yang buat orang berubah. Berubah perwatakan. Berubah penampilan. Berubah percakapan. Berubah ke arah kebaikan. Dan paling aku gerunkan, berubah hati. 

"It's hard to watch people change, but it's even harder remembering how they used to be". 
Nauzubillah minzalik. Minta-minta dijauhkan. Sakit . Itu yang mampu aku zahirkan. Bergenang air mata pun belum tentu dapat kembalikan dia yang berubah. Cuma memori yang dapat kau simpan. Memori semalam sebelum segalanya berubah tanpa sebab yang ta tercapai akalmu.  Kau mahu pujuk supaya kembali, bukan sebab tinggi egomu. Tapi kau tahu, kelak nanti tahulah dia tingginya langit dengan bumi.
"They never change. They just become more of who they really are"
Biarkan saja. 
"Buat apa kau buang waktu pada orang yang hanya pandang kau , cuma dari tepi? "-BSA. 
Dan ada satu lagi yang bingit-bingit aku mahu luah. Aku minta maaf kalau ada yang terasa.
Tapi ini cuma yang bergeledak untuk aku zahir dengan kata-kata. 

Kau jangan pernah mengata tanpa usul periksa, tanpa kau pernah rasa macam mana berada di situasinya. Jangan kau pernah angkuh dengan kata-kata untuk kau tundukkan orang yang hakikatnya, kau tidak tahu apa yang menunggu kau di masa depan. Jangan kau biar apa yang kau ungkap untuk sakiti orang lain akhirnya terjadi sendiri dengan kau. Tuhan tu maha adil. Mungkin satu hari nanti Dia simpan kau dalam situasi yang sama. Akhirnya, kata-kata yang kau angungkan termakan dirimu sendiri. Masa tu, baru kau tahu kan tingginya katamu tidak setanding perbuatanmu. Masa tu, butang undur masa pun tidak dapat tolong kau delete semua kata-kata sinis yang kau ucap. 

Itulah hidup. kadang orang cakap kau bukan-bukan. cakap kau itu ini. Sebab orang judge kita dari mata, bukan dari hati. sabarlah. satu masa nanti, semuanya akan terjawab tanpa kau perlu terangkan. bukan kau minta orang sebegitu dibalas dengan pembalasan. Tapi, "what goes around, comes around".
 "It's kinda funny that the people who talk about how much people who has changed, are the person who changed the most". 
Oklah cukup dengan luahan hati yang terdalam. 
Sebelum subuh menjelma bak sini aku petik sikit 1 kolum ayat dari buku kegemaran geng-geng keras aku: 

Senyum,
Walau orang tepi kau sedang bisik yang kau ini seorang yang tidak membina. Bisik dalam hati; aku manusia biasa. 

Senyum,
Bila orang memperkecilkan diri kau sambil dialogkan dalam hati; hidup adalah dunia aku. bukan kau!

Senyum, 
Bila dikatakan gagal sambil bisil dalam hati; sekurangnya aku mencuba dari orang di luar sana yang tidak berhenti mengata.

Senyum, 
Dengan setiap kejadian yang kadang-kadang datang dengan kejutan gila. Sebesar mana ujian datang, Tuhan sayang. Kata dalam hati; aku tersenarai dalam senarai Tuhan uji.

Senyum,
Dengan kehilangan orang yang kita pernah disiram kasih, sandarkan harapan, cinta sepenuh hati sambil bisik dalam hati; aku tidak pernah rugi. kasih aku tinggi. Orang yang ikhlas dalam hubungan di luar sana boleh kira.

Senyum, 
Sambil lepaskan seluruh gundah yang bermain di setiap fikiran dengan jerit; biar kita kalah di mata mereka, janji kita menang di hati sendiri. 
Senyumlah hanya kerana kita sendiri kenal hati kita. bukan mereka. :) 
-Patah-

Till then. Senyum! kerna senyumanmu begitu berharga~~^^ 

19.12.14
Save. Publish. 

Tuesday, December 09, 2014

END OF THEORETICAL SEMESTER + PENGALAMAN PENEMPATAN DI KLINIK KESIHATAN ♥

Salam manis, السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 
It's holiday ! Fyi, aku cuti sebulan untuk cuti akhir semester sampai awal tahun depan. Sudah seminggu di bumi Lahad Datu. Banyak event sepanjang seminggu ni yang buat aku ta terbuat entry yang aku bersungguh-sungguh mahu post sebaik saja cuti. Busy bebenor. >_<

Untuk entry ini banyak yang aku mahu coretkan pasal sepanjang klinikal yang tersangat-sangat awesome. Fyi, semester ni semester yang sangat-sangat susah bagi aku. seriously, aku memang bagi apa yang aku termampu. kira struggle la juga. begitulah cerita Propanya. Hakikatnya, aku terlalu banyak tidur-makan-tidur-makan. haha. Semester 3 ni semester terakhir sesi teori. means, naik semester 4, kami sudah tiada sesi teori. Tiada masuk kelas untuk belajar lagi. kami akan fully praktikal di klinik dan hospital sampai habis semster 6. So, semester 3 ni jugak yang pegang kredit hour yang sangat-sangat tinggi. banyak subjek maut. banyak benda mahu hafal. Dicampur lagi dengan penat seharian. Bangun bersiap pukul 4 pagi. Cepat2 subuh, kejar bas pukul 5pagi. Balik lewat kadang sampai pukul 7malam. Penatnya Tuhan jak tahu. bila sudah terlalu penat, bila tertidur kena lagi bangun untuk roll call setiap 9malam. Sangat-sangat macam tiada life.

Tapi setiap titik peluh yang aku korbankan dengan melawan nafsu untuk berjimba, bershopping , bersengkang mata beberapa jam yang aku mampu sampai 2-3 pagi untuk study tu rasa sangat-sangat berbaloi. Walaupun ta sehebat kawan kami yang top 3. 3.81. 3.84 dan 3.92 tu. aku bersyukur jugaklah sebab aku bukannnya bagi 100%. layaklah kiranya sebab aku banyak mengalah dengan nafsu tidur. T.T. Setiap kali pun berkobar-kobar mahu dapat 4 rata. tapi punyalah pemalas kemain. nampak katil.terus lupa semua motto dan semangat mahu berjaya. haha. ish3! Allah tu maha adil. Dia akan beri ikut usaha kau. Kau usaha sikit, sikit lah yang kau dapat kaan. Tolonglah khutbah supaya aku kurang tidur sikit..heee. 

Subjek kali ni banyak yang susah kemain. Banyak benda mahu hafal. Aku ingat aku failed sudah subjek Orthopedik. Sebab aku lemah sikit hafal tulang-tulang ni semuanya. banyak kowt aku buat solat hajat supaya lepas paper ni. hehe. Syukurlah lepas dgn jayanya jugak. Tapi macam sem lepas aku masih lemah subjek farmakologi. Tersangat lemah aku hafal bab-bab ubat ni. Dos ubat tulah yang  paling . :(. 

Btw, congratulation untuk semua kawan-kawan aku batch PPPP Julai 2013 & terutama geng-geng keras ^^


Congrats sebab semua lulus dengan jayanya. Sebak rasanya bila kena umum result semua orang lulus. ye la. sudah last semester teori kan. Kalau ada sangkut, sedih ta dapat naik semester sama. Apa pun, 


Terima kasih tidak terhinga buat semua pengajar KSKB KK terutama KSKB Cawangan KK. yang banyak tolong, yang banyak sedarkan diri untuk jadi manusia. Aku akan paling akan rindui kelas Medical Emergency. Rindu dengan semua cerita-cerita,pengalaman miss, video-video emergency yang miss papar. yang semuanya bagi kita bersemangat berkobar-kobar selamatkan nyawa orang. Akan merindui kelas Medical yang penuh dengan lawak humor sir. sungguh aku akan rindu. Omgeee, sebak rasanya. Masa di kelas, cepat-cepat mahu keluar kelas, mahu cepat-cepat klinikal. Bila sudah habis teori, rindunya mahu ke kelas. takut pergi klinikal sebab macam tidak cukup ilmu didada. 
Apa pun aku akan ingat sentiasa pesanan semua pengajar
"Sekarang kamu boleh ketawa main-main. Tapi bila kamu sendiri yang berhadapan dengan situasi kecemasan untuk rawat ahli keluarga kamu, tapi kamu tidak tahu mahu buat apa sebab cuma bermain masa sesi pembelajaran dan Bila kawan kamu yang cuma tahu bermain di kelas yang rawat ahli keluarga kamu. Rawat pun salah. Apa perasaan kamu?".
Masa tu baru kau akan fikir. Kau mahu jadi yang terbaik supaya dapat beri yang terbaik untuk ahli keluarga kau untuk ahli keluarga kawan-kawan kau dan untuk masyarakat. 
semangat kan? aku memang emosi sikit kalau part libatkan nyawa orang ni. Aku bukan belagak mahu jadi yang terbaik. Tapi aku sentiasa takut bila aku dengar rawatan salah. diagnosis pun salah. sebabkan kematian. kes medico legal lagi. macam mana aku mahu teruskan hidup lagi lepas tu? huhu.  Macam mana kau mahu jawab dengan ahli keluarga orang? macam mana kau mahu jawab di akhirat nanti? kau tidak takut itu? 

Okaylah. cukup cerita pasal itu. 
Fyi, semester 1 aku klinikal di wad mata Queen 1. Semester 2, aku ditempatkan di Emergency unit Queen 1. Semester 3 kali ni dihantar ke Klinik Kesihatan Luyang, KK. Sepatutnya, awal penempatan aku kena di Klinik Kesihatan Papar, tapi sebab ada masalah tempat tinggal. Last2 minute, kena pindah. 
Aku redhakan saja. Yang penting boleh dapat banyak pengalaman kan :) .

Hari pertama lagi aku dapat kerja di bilik scanning. Antaranya, di sini kami buat ujian saringan HIV untuk pasangan yang mahu kahwin, saringan Thalassemia, klinik berhenti merokok, kesihatan remaja dan kesihatan warga emas. Sangat seronok di sini. Macam-macam gelagat orang yang mahu kahwin kau dapat jumpa. hehe. geli hati pun ada. Terus aku pun ta sabar mahu kahwin. Sila doakan aku cepat-cepat dapat jodoh ye. hahaha. 

Seterusnya, aku berkesempatan juga kerja di unit medical check up. Kebanyakannya memang student yang datang. Untuk pengetahuan. Kalau datang medical check up. Paling penting jangan lupa bawa salinan surat tawaran. Kalau tak bawa benda ni, nanti penat-penat balik pergi ambil. Dan paling penting juga, bagi yang pakai cermin mata. Bawa cermin mata sekali untuk ujian pemeriksaan mata. Tak pe kalau pakai cermin mata. Kalau tak bawa, lepas tu tak lepas ujian. memang tak lepas la kan ujian lulus medical check up. So, jangan tinggalkan di rumah tau. Sebab masa kerja di situ, memang ramai yang kena balik sebab tak bawa . bila periksa mata, langsung ta dapat nampak. :). Untuk student KKM dan pekerja kerajaan, basic medical check up mmg free. :) Dan masa di situ, baru tahu ada limit untuk pemeriksaan. Setiap hari cuma 30 orang. So, kalau mahu dtg, datang awal-awal pagi ya. hehe. 


Selain tu aku paling banyak kerja di bahagian prosedur, di jabatan OPD. Di sini memang banyak belajar skill. Alhamdullilah banyak prosedur yang aku berpeluang dapat buat. Daripada dressing yang simple sampailah dressing yang ada maggots. Sebak mula-mula kalau tengok luka-luka besar, bila kes belaku dengan baby atau orang tua lagi. mahu meleleh air mata ni sebab ta tahan dengar tangisan kesakitan tu. Aku masih tidak dapat control emosi kesian tu. Mungkin sebab belum cukup pengalaman. Darah melimpah-limpah. Luka besar, luka kecil, bermacam-macam kes pelik yang aku jumpa setiap hari. Macam-macam ragam pesakit dan kerenah ahli keluarga yang kau kena layan. Mesti kena kuat semangat. Tahan penat. Paling best aku dapat buat STO solo-solo. kira aku paling bertuah sebab antara group, cuma aku yang berpeluang buat sebab asal aku di situ, mesti ada kes STO. hehe. STO ni Suture To Open. Kena buka luka jahitan. Ada tiga kes yang aku buat sendiri. Dari luka yang kecil sehalus bulu mata halus benang, sampailah luka besar yang masih berdarah. seram sejuk, takut patient rasa sakit. :) Selain tu,  prosedur nebulizer, oral toilet, pemasangan CBD, and TNS. Seronok! 



Seterusnya di Unit MACH. di sini ialah klinik ibu dan anak. 3 hari jugaklah aku di situ. haha. Di sini, ada banyak student jururawat masyarakat. So, tidak banyak yang aku buat. Mostly kerja student JMP. So, aku lebih banyak cuddling, angkat baby, buat pemeriksaan baby dan ibu. Tapi lebih banyak kepada mengangkat baby. haha. Setiap hari cium bau baby baru lahir. wangi. suka aku. hehe. Yang paling istimewa di unit MACH ni, kerajaan Malaysia bagi service yang paling tip-top. Seriously part ni aku memang tabik spring. Dari awal ibu mengandung (antenatal) sampailah selepas ibu mengandung (postnatal). semuanya dijaga rapi. Kau tidak datang klinik, kau dilawat sampai ke rumah, semata mahu periksa status kesihatan. Diberi pendidikan kesihatan dari cara penjagaan sampailah persediaan ibu menyusukan anak. Kau diberi perancangan keluarga. Segalanya-galanya ada. Kau cuma bayar Rm1-2 untuk semua tu. :). 

Aku memang suka ikut buat LR (Lawatan Rumah). Boleh jalan-jalan pusing semua perumahan. Dari yang pedalaman sampai lah kawasan orang2 yang educated. Banyak benda yang kau dapat explore di luar. Sampai kena kejar anjing pun ada. hahaha. Masa lawatan rumah..Yang aku dapat simpulkan. Baguslah ILKKM ambil student MA perempuan. sebab masa aku ikut hari tu, aku dan dua kawan lelaki MA. Semua patient tidak bagi kebenaran lelaki untuk masuk dan periksa. So, semuanya aku yang berpeluang buat. Masa nilah kewujudan MA perempuan sangat-sangat penting. Sekarang, patient ada hak untuk tidak mahu diperiksa oleh lelaki. So, kira kau jadi wonderwoman la di situ kan. hehe. Tengok betapa pentingnya ada MA perempuan jugak. ngehehe. 


Untuk lawatan rumah, kami periksa status kesihatan bayi, buat pemeriksaan Blounching Test untuk tengok tahap jaundice baby. Periksa vital sign ibu dan macam-macam lagi. Memang kelas perkhidmatan klinik kesihatan di Malaysia ni. ^^



Dengan  itu aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat semua staff Klinik Kesihatan Luyang yang menjadi contoh terbaik untuk kami yang masih student ni. Terima kasih sebab jadi staff yang bagi 100% dalam perkhidmatan. Terus diri ini mahu jadi staff yang begitu juga di masa depan. Terima Kasih atas segala tunjuk ajar yang banyak dan tidak putus-putus, terima kasih atas setiap peluang yang diberi untuk kami belajar, Terima Kasih atas setiap layanan yang mesra. Terima Kasih buat semua chief MA, sir MA, staff nurse dan PPK. Klinik Luyang terbaik! ^^ . Terima Kasih jugak buat GengLuyang aku. Terima Kasih sebab sama-sama jaga nama baik kita sepanjang klinikal, terima kasih sebab bagi yang terbaik. Rindu kamu!! 


Seriously ini pengalaman paling tidak ternilai bagi aku. Sangat-sangat banyak benda yang aku dapat mampatkan di dada untuk persediaan penempatan klinikal penuh. Walaupun pengalaman yang bagi orang sekumit je kan. Tapi bagi aku, sudah cukup banyak. 

Tapi yang paling penting semester baru nanti aku sudah jadi senior-senior. Name tag pun sudah tukar warna. wehehehe. Hijau bebeh!


Panggil saya Liyana okay. hahaha. 
Sengaja aku guna name tag liyana lagi supaya orang ta salah-salah sebut dan supaya aku ta perlu terangkan berkali -kali sebutan nama aku  yang susah orang mahu sebut tu,sampai kadang aku mahu marah pun ada, sebab sedih betul orang panggil nama aku pelik2.. jadi untuk kesenangan ku dan staff di klinikal nanti. aku guna nama belakang aku yang ringkas ini. yang ala-ala adik beradik liyana jasmay. Tapi aku Liyana M la. hahaha. 

Dan selamat datang untuk aku ke dunia klinikal yang sebenar. Actually aku tak pasti lagi penempatan semester depan di mana. Ntah bila akan diumumkan.Tapi aku dengar aku kena di KK juga. Aku bermati-mati mahu di LD supaya dekat di mata, dekat di hati :) Tapi apa boleh buat.kenalah berpegang dengan moto " Kami sedia membantu ". Amboi! masa interview, kena di pulau pedalaman hutan mana pun ta kisah kononnya kan. hahahaha. padan muka kena jauh2. hehek.

Till then, banyak lagi entry throwback yang aku akan post sampai muak mahu dibaca. keke. 


Thursday, December 04, 2014

12 YEARS | ADA APA DENGAN CINTA 2014 ♥


Adalah cinta yang mengubah jalannya waktu
kerana cinta
waktu terbagi dua
denganmu dan rindu
untuk membalik ke masa..
 Detik tidak pernah melangkah mundur
tapi kertas putih itu selalu ada
Waktu tidak pernah berjalan mundur
dan hari tidak pernah berulang
tetapi pagi selalu menawarkan cerita yang baru
untuk semua pertanyaan yang belum sempat terjawab
Love| Life | Lie 

kerana semua orang bisa mulai dari awal
:) 




Tuesday, December 02, 2014

LAST SEEN♥

30/11/14 ; 
It's been years since we last met.
That eyes..
That smiles..
That crazy little feeling inside..
The feeling that i can't hide.
The truth that confusing me.
imy. :) 


Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon