Thursday, June 07, 2012

HANA ♥

Salam manis, salam rindu-rinduan :)

Seperti biasa, setiap entri mesti cakap benda yang sama di pembukaan perenggan :D. Sebabnya, malas update blog. Btw, semoga anda semua sihat bin walafiat. Walaupun tidak update blog berminggu-minggu, tetap juga ada yang sudi jenguk-jenguk. Thanks for coming dearies.

Ada sesuatu yang mahu ku luahkan. Ada sesuatu yang buat hati ini terjerit-jerit untuk melepaskan segala yang terpendam, jauh di benak ini. Jujur ku katakan, ini bukan baru. sudah lama terpendam. Tapi belum sampai masanya untuk digembar-gemburkan. 

Tapi saat ini, hati ini punya kekuatan yang cukup untuk sekurangnya memberitahu kepada yang terdekat. Sudah lama ini yang ku inginkan, memenuhi fitrah sebagai wanita. sebagai perempuan yang sudah akil baligh. Tapi disebabkan faktor duniawi, nyata ku hanyut selama 20 tahun. Tapi, belum terlambat kalau ku berubah kan?. Sejak beberapa bulan ni, ada suara hati yang kuat meyakinkan yang semuanya akan baik-baik saja jika ku teruskan niat baik ini. setiap kali tidur hati rasa berdebar. asyik terikirkan suara hati itu. Tidak juga ku termimpi yang bukan-bukan. cuma suara hati itu memujuk agar ku realisaikan niat. 

Jujur ku kata, selama ini, setiap kali ku keluar tanpa berhijab. Setiap kali juga ada perasaan takut dan bersalah & aq tahu itu dosa. Kalau difikirkan, ku sekolah agama dari sekolah rendah. Ku juga wakil tahfiz setiap kali pertandingan tilawah dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Tapi, semua orang tahu hakikatnya lepas habis sesi sekolah, ku tidak berhijab. Bila wakil untuk olahraga ku kenakan short tight. A really short tight. Malu rasanya bila dingat balik. Bila sambung study di perantauan, 90% daripada teman baikku semuanya berhijab. Sejak itu ada niat untuk jadi seperti mereka..
Jujurnya adik senior jadi inspirasi. Dalam unit asrama, cuma kami berdua tidak berhijab. before this, most of her friends are chinese. Bila dah naik sem 2-3 . She started changed her dressing. lebih sopan dan lebih ayu. Dan sedikit-sedikit dia cuba untuk berhijab. Dan sampai sekarang dya masih kekal. I really proud of her & really inspired by her. Even bila sidai pakaian depan pintu bilik, she wears something to cover her hair :). 

Lepas habis SPM dulu, ku pernah cuba berhijab dalam masa seminggu. Tapi tidak kekal. Sebab ku betul-betul belum bersedia. Sungguh ku tidak mahu sekejap pakai sekejap tidak. Pergi majlis neyh berhijab, bila pergi majlis lain tidak pula. Dan aq tanak ku cuma pakai bila ada bad hair day. Ku tidak mahu hanya pakai disebabkan desakan orang lain. Ku tidak mahu hanya pakai sebab tengok orang pakai hijab cantik. Ku tidak mahu hanya pakai bila tengok pelbagai gaya yang owesome dengan berhijab. Ku tidak mahu, ku hanya berhijab tapi tuntutan islam yang lain tidak di laksanakan. Behijab dengan niat yang salah. Aq mahu elakkan itu. Agar ku kekal berhijab & laksanakan semua tuntutan agama. 

Faktor duniawi memang banyak sebabkan ku free hair. Jujur ku memang tidak lawa bila berhijab. Diri ini down sangat-sangat bila berhijab. Mungkin juga disebabkan bentuk mukaku yang tidak symmetry dan juga disebabkan mata sepet. Sebelah double eyelid, sebelah monolid. Bila free hair, dari dulu punya style yang sama, side fridge tu la yang tolong cover kan dahi yang luas, mata sepet dan jerawat yang suka menapak di dahi. Bila cuba berhijab, ramai yang akan panggil "mualaf". Setiap kali saya berhijab, setiap kali tu juga dorang akan panggil saya dengan panggilan mualaf. memang terasa, tapi ku sentiasa anggap itu gurauan :) . Ada juga yang cakap "kelly, pesal kepala ko nampak besar sangat bila pakai tudung, eyh baik tapayah pakai". "kelly, dahi ko luas sangat, tapayah la pakai tudung, buruk" see? itu yang selalu buat saya down bila berhijab. 
Dan lagi, cuma sebelah family bapa saya yang muslim. Mungkin itu juga satu faktor. Waktu tempoh percubaan berhijab dulu, alasanku, banyak baju yang tidak sesuai. Pakai tudung tapi baju kecil, fit dan lengan pendek. 
Sungguh ku tidak mahu berhijab cuma dengan menutup kepala & rambut. 

Tapi sekarang itu bukan satu alasan, bermacam-macam jenis kardigan boleh kenakan dengan baju sedia ada. Lagipun, rasanya sudah cukuplah berjimba. Sudah 20 tahun free hair. Sudah cukup sudah. cukup sampai di sini saja :D. Berubah ke arah kebaikkan bukan satu kesalahan.
Kali ini, biarlah mulut jahat orang mengejek, kali ini biarlah rasa diri ini tersangat tidak lawa, kali ini biarlah orang cakap kepala besar sangat ka, mata sangat sepet ka. pedulikan mereka. Sebab yang di Atas yang akan menilai. bukan manusia yang juga lahir sepertiku. 

Mungkin agak susah di permulaan ini. banyak dugaanya. Banyak hasutan syaitan akan berbisik-bisik di telinga ini nanti supaya free hair balik. Itu yang ku sentiasa alert. Itu cabaran terbesar. Tapi ku akan cuba sedikit demi sedikit agar sempurna di akhirnya. Mengenakan hijab bukan untuk setahun dua. Tapi biarlah sampai ke hujung hayat. 

Sebelum tidur dan setiap kali duduk sorang dalam bilik aq cuba berhijab. hehe.  Supaya terbiasa. Tengok kawan-kawan yang sudah berubah juga satu inspirasi. Kagum dengan mereka. Kalau mereka boleh, kenapa saya tidak kan? kalau dulu di sekolah boleh pakai tudung, kenapa di luar sekolah ta boleh pula kan. 

Satu ku pinta, ku nyata bukan manusia hebat dan sempurna seperti kamu. jadi bila ku cuba untuk menjadi yang lebih baik dan mencuba untuk berubah ke arah yang lebih baik, bukan hasutan, sindiran dan hinaan yang ku perlukan. tapi doa kalian agar ku capai niat baikku. 

Permulaan baru untuk diri yang baru :)
Fighting!
Doakan agar perubahan ini kekal. 
^_^v 

Btw, merujuk kepada tajuk entry di atas HANA ♥. Itu nama kesayangan terbaru saya. Ku namakan HANA yang bermaksud SATU/PERTAMA. Ini juga disebabkan faktor Love Rain. ekeke. Mahu saja kunamakan Seo Joon. Tapi tanak la. Hana lebih comel. Akhirnya impian dan kemahuan tercapai dengan bantuan big boss, bapa tersayang. ahaks. Thank You Pa. 

Btw, kiraan sebelum ini, saya hanya boleh dapatkan kemahuan terbesar ini dalam bulan 9 dengan hasil titik peluh saya berbisnes. Tapi, bila urus aliran masuk wang di maybank beberapa hari lalu, kekeke, saya pun lalu satu kedai gambar. tetiba ternampak promotion besar-besaran. balik rumah, teruskan bagitahu hasrat ini kepada big boss. Bapa pun bagi bantuan duit tambahan. Nasib baik sudah lama mengumpul. 

Walaupun cuma yang cikai, sekurang-kurangnya ada dan yang penting ku dapatkan hasil titik peluh sendiri. Ini sudah cukup. 
Welcome Hana :) 


Akan belajar lebih banyak skill supaya jadi pro. wehehe. Sudah buat shooting yang pertama as 1st trial. just nice & good feedback from others. kekeke. Upload di fb, guna model cilik, adik sepupu saya. :) 

Sebut pasal pro, I'm so into DOTA these days. haha. Ah Mong! I'll be a pro someday. keke. Simpan kata-kata ini. ekeke. Jangan putih mata pula kalau saya sudah pro DOTA. :p 


Hari ini bersamaan 7th June 2012. Happy bermakna bagi Primadonna sedunia :)
Happy 5th Anniversary FTISLAND. Being a Primadonna for 4 years are awesome. Thank You for exist. More years to come and let's us stay forever as FT&PRI :) 
I talk so much in twitter. so let's stop here. keke. 

Happy Birthday to pretty Jiyeonnie & Hyunah. 

Goodnyte awesome World 

p/s: cuba sedaya upaya delete semua gambar free hair dari blog ini & juga mana-mana laman sosial yang lain. kalau ada gambar single saya yang free hair di album-album kamu. silalah delete. terima kasih kawan. :) 
p/s: dear Ami, your courage inspired me. You are pretty just the way you are. Let's fighting! :) 

5 comments:

Lafame Nikita said...

A good move dear.... hope kekal berhijab sampai bila-bila.... BTW, you look nice berhijab.. just ignore people that doesn't support... sbb ramai lagi yg akan support you berhijab....

Ami Pungut said...

Waaa sama2 la nnt ya kelly :D

FARAHLAU98 said...

Alhamdulillah,Unnie look more prettier in hijab...Kuatkan iman tau unnie...Be strong always..

moadeep said...

Good on ya, sweetie. I happen to think you look very nice in your hijab, so don't listen to the haters if they harass you!

Atoo said...

takpe. toksah dgar ckap2 ngatif tu. dah lme nak tgok awak btudung.. finally, alhmdulilah...

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon