Friday, April 13, 2012

KUNDASANG PART 1 (HOMESTAY & DESA DAIRY FARM MESILAU) [DAY 5] : AWESOME SABAH

Salam manis, 
Lepas percutian ke Pulau Mabul Semporna, petang tu juga saya tempah tiket ke Kota Kinabalu, maka berakhirlah percutian kami di daerah saya selama tiga hari. Perjalanan dari Lahad Datu ke KK ambil masa 7jam melalui jalan darat, mahu juga naik kapal terbang, tapi kenalah save budjet. Hari ke empat cuma dihabiskan di dalam bas dan sebelah malamnya kami habiskan melepak di Pantai Tanjung Aru, makan jagung dan borak-borak kosong. Di KK, saya guna kereta abang sepupu, so di sana pun cik Zaty dan Zun yang bawa kereta, dan pastinya saya adalah GPS mereka. keke. Actually kami overnight dalam kereta, pukul 1 pagi baru check inn hotel budjet, RM60 satu malam, sebabnya esok paginya kami akan travel nke Kundasang.

Dan yeah pagi hari kelima menjelang, awal-awal pagi lagi kami gerak ke Kundasang. Salute dengan cik Zaty yang smooth bawa kereta di jalan Kundasang yang mencabar iman. ^^. Kami plan tinggal di Kundasang 2 hari 1 malam. Di sana kami menginap di Homestay kepunyaan kawan abang sepupu saya. Nama hmestay tu Ceaser Place.
Memandangkan kenalan, kami dapat harga murah. assa! ^^  Tips untuk yang mahu datang, tempah hotel atau homestay awal-awal, sebabnya kalau cuti sekolah kebanayakan hotel di sana full house.
RM250 untuk 2 hari 1 malam. Bilik besar dengan beranda, dilengkapi empat katil. (satu katil queen, satu katil double-dacker, dan dua katil single), berlatar belakangkan gunung kinabalu, kemudahan heater, astro, dapur yang luas dan peralatan memasak. Homestay ni terletak di tepi jalan saja. So kalau lalu memang akan nampak homestay ni. Kawasan yang strategik, dekat dengan Mesilau, Kundsang War Memorial, Kinabalu Park dan kedai cenderamata dan pasar sayur yang famous di kundsang.  Kalau berminat boleh hubungi Abang Alwi, harga boleh runding. no worry. Nanti bagitahu la dapat info dari blog ni. kekeke.
*updated 19/may/2014: Boleh contact terus office number homestay tu ya: CEASER PLACE :  088-888343
Walaupun tidak mewah bagi sesetengah orang, ini sudah cukup mewah bagi kami yang student ni. keke.
Yang penting kemudahan asas lengkap. Memadailah. Pergi bercuti bukannya mahu berehat kan. Lorh!

 Lepas simpan beg dan barang-barang dan rehat, tengah hari tu kami pergi ke Mesilau di mana terletaknya Desa Dairy Farm. Ya iyalah, yang lembu hitam putih tu ha. kekeke. Cuma beberapa minit dari homestay, Mesailau di terletak di atas bukit, curam juga jalan ke sana. hati-hati kalau bawa kereta rendah.
Desa Dairy Farm, Mesilau 
Mesilau ni ala-ala new zeland, pastinya kawasan tanah tinggi yang sejuk, ditumbuhi dengan rumput hijau dan paling penting kawasan bagi lembu-lebu hitam putih yang sihat. kekeke.

Masuk: RM2 untuk dewasa 
Lepas puas bergambar di sekitar kawasan farm, kami masuk ke kilang desa dairy farm. Di sana, kita boleh tengok cara-cara pemprosesan lembu dan juga berpeluang perah susu lembu. Tapi kami cuma beli souvenir dan beli susu segar untuk miunum-minum di homestay nanti. :)



 We having fun there. Puas bergambar. Rugi kalau datang Kundasang, tapi tidak singgah sini.
Till we meet in the next entry :)

3 comments:

fizanie said...

Nak tanya..apa nama homestay tu ye?ada address dia tak?

nisda universal online said...

Thanks sharing pengalaman pi ranau..Nk plan bln 7 ni maw bt family trip pi ranau...nanti cuba call number tu..

Unknown said...

@nisda universal online HI, Baik terus call number homestay tu, Ceaser Place: 088-888343 :) happy holiday~~

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon