Tuesday, August 30, 2011

FLIGHT INCIDENT ♥


Salam manis,

Saya, yakni tuan tanah Polaris Memoirs dengan bangganya membuat lintas langsung dari bumi Sabah.
Saya sampai hari jumaat lagi. Wahseh alangkah bahagia dapat balik rumah lepas tuh berbuka dengan family kan? Bahagia tauuu. Huhuhu. Btw, nak jadikan cerita, setiap kali balik mesti ada story morry, mesti ada di sebalik kejadian, mesti ada episode mendebarkan. Keke.

 Selalunya, kalau cuti2 neyh, saya orang terakhir dalam bilik yang balik lewat. Kali neyh advanced.Amboi~~balik 2 hari awal lagi tuh bha. Naa, sebab advanced sampai 2 hari assignment, kuiz, test pun advanced juga kena buat dan hantar. Memang kelam kabut tahap mak dewa. Flight pukul 9 pagi. Nak gerak pergi KLIA subuh2. Assignment terakhir, baru siap pukul 4 pagi.
 Ambek ko. Nasib yang tu tutorial. Buat pun separuh2. Memang separuh2 juga la markah tambahan madam bagi. Nasib baik assignment lain sudah siap ni. Kalau tidak. Memang ke laut china selatan la semuanya.
Ruang tamu jadi tunggang langgang sebab kena tampal semua nota yang madam bagi T.T
Dan buat julung-julung kalinya, ke airport sendirian berhad. Selalunya, manja, tebiat minta hantar kan. Kali neyh merasa la susahnya. Kalau ikutkan naik teksi dari kolej ke KL Central. Nasib baik la ada teman yang boleh di panggil teman baik. Sudi juga hantar saya ke KL Central, teman beli tiket train. Awwwww, terharu,,meleleh-leleh air mata sebab terharu. Thanks once again zun, dean, apek n scem. Thank you so much, kalau tidak kawan kamu neyh naik teksi sorang-sorang, subuh-subuh lagi tuhhhh. Kang kena culik. Wuaaaa, palis2 jauh bala. >_<. Serammm kalau fikir.
 Sebab telampau excited juga, minta mereka orang hantar pukul 4 pagi. Takut lewat la katakan. Terlajak perahu boleh di undur, tertinggal bas boleh naik bas lain. Tertinggal flight, beli laaaaaaa tiket lain. Muahaha. Burn tahu. Burn~~~~~~. Tapi, nasib baik gerak dekat pukul 5.30 sebab pergi sahur dulu.
Sementara tunggu train, self cam. Sementara sampai KLIA, self cam. Hanya mengambil gambar sendiri dengan pose yang sama agaknya sepanjang perjalanan. Dalam train KLIA express yang panjang gedabak tu, hanya ada saya dan 4 orang yang lain. Rasa mahu bergelimpangan, sambil guling-guling dalam train sebab terlalu sunyi, bosan dan menyeramkan.

Selamat sampai di KLIA pukul 7 pagi. KLIA memang pebuh dengan mamat “BangL”. Tempat duduk pun teda bha. Serius sesak macam di station monorel. >_<. Tanpa berlegah, terus check in walaupun baru pukul 7 lebih. Saya punya flight di gate13. Gate hujung sekali tau. Serius suasa pagi tu memang indah. Subhanallah. Cantik. Dengan kabus, dengan embun di tingkap, dengan pemandangan litar kapal terbang. Dengan pemandangan pesawat2 MAS. Sungguh cantik.  Terus duduk di ruang legar, on9 sampai pukul 9. Lepas tuh, terus naik flight dengan selamatnya.
Dan first time juga seummur hidup neyh, naik flight, pasang seat belt, tidur bangun dan tiba-tiba saya sudah di SABAH. Muahaha. Betapa penatnya diriku ini, magic ooooo. Serius ta sedar langsung. Langsung~~~~~tapi, ada juga la tersedar, masa flight attendant Tanya nak order makanan ke tak?. Tapi tidak jawab pun. Terus sambung tidur. Mak aiii teruk betul!. Tapi yang super duper teruk. Bila dua lelaki melayu yang duduk di sebalah saya dengan bangganya order makanan. Memang menusuk ke jantung kewangian makanannya. 

Astagfirullah, Tuhan je yang tahu kalau kamu muslim atau tidak.
Saya pelik, kenapa ada juga manusia yang tanpa segan silu makan di tempat awam walaupun sah2 sari segi luarannya, dengan penampilannya kita tahu dia memang muslim. Tolonglah, wahai manusia, kalau iya pun lapar, kalau iya pun kamu tidak puasa, perlukah makan di restoran, makan ditempat awam, dan dengan bangganya mahu bagitau kamu tidak puasa. Saya sendiri tengok pun saya malu. Apatah kaum adam.
Ok cukup pasal itu, sambung cite. Masa saya tersedar dari tidur lena, mimpi indah tengah berenang-renang atas awan sambil makan cotton candy tu, co-pilot kata
“ tuan-tuan dan puan-puan sebentar lagi kita akan mendarat di lapangan terbang antarabangsa KKIA, sila kembali ke tempat duduk anda. Flight attendance,sila ambil tempat anda, bersedia untuk mendarat”.
Selaluuuuunya kan, bila daya kata begitu dalam 5 minit la, sudah mendarat. Kira dalam 5 minit tuh flight sudah dekat dengan aras laut la kan. Tapi hari tuh, dya ambil masa dalam 15 minit, dekat dengan aras laut. Serius dalam masa 15 minit tuh saya berada betul2 atas bumbung rumah orang. Mak aiiiii, mula2 saya buat relaks, tapi jantung sendiri ta dapat tahan keseramnnya, saya dapar rasakan, dya ta dapat kawal flight tu. Serius saya dapat rasakan flight tu akan jatuh bila2 masa, serius saya dapar rasakan dya tengah berusaha naikkan flight supaya x terhembas atas rumah2 orang. Flight tu kejap gerak ke atas, kejap gerak ke bawah, kejap ke atas, kejap ke bawah. Rasa maca kita tengah berdiri atas spring. Takutnya Tuhan je yang tahu. Mulut sudah terkumat kamit baca doa. Masa mendarat memang x kemas. Maksud saya, kalau pendaratan yang kemas, kita ta rasa apa2 masa mendarat, rasa macam lompat atas katil  je. Tapi hari tu tidak, serius rasa macam badan neyh terhempas ke batu. Wuaaaa. Serammmm~~~~Rasa hentakan kuat tuh. Jantung memang maca tertinggal jauh~~~. Kekkee. Tapi, nasib baik selamat.  Tu semua mesti sebab awan terlalu tebal.
Btw, yang penting selamat kan. Begitulah story morry flight kali neyh. Seram oooo. Saya yang rasa bah. Memang la seram. Kamu yang tidak rasa mana tahuuu~~~. Hehe.

No comments:

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon