Tuesday, January 31, 2017

AWESOME SABAH : OUR UNPLANNED TRIP. KOTA MARUDU TO KUDAT♥

Salam manis,السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
#Throwback post
p/s: please beware of excessive long post and pictures! :D

Lepas final exam, kami sambut farewell party di Maghelan Sutera Habour Resort, aku ada buat blog post dalam draft, tapi sebab ada beribu gambar dalam dslr, campur dari official photographer campur kamera hp aku pun jadi malas. haha. Btw, sambungan daripada cerita farewell party, keesokannya kami ada perjumpaan dengan penyelaras dan ketua program. Lepas tu kami ada cuti satu minggu sebelum kursus Program Transformasi Minda yang wajib bagi setiap bakal staff KKM.

Thanks God, cuti kali ini aku tidak berkurung di asrama sebab ada kawan ajak ikut balik rumah. Ini pertama kali aku tidur rumah kawan seumur hidupku. keke Aku memang tidak pernah ada pengalaman ikut kawan balik rumah sebab selalu asal cuti aku mesti terus balik rumah atau mana-mana rumah family yang panggil aku,hehe..Di kolej lama dulu pun, asal cuti aku mesti balik Pandan Indah, PJ atau Kuchai Lama (Awww I miss those place so much :D) walaupun kawan-kawan lain selalu ajak ikut balik sampai perlis. Trip kali ini pun sebab kakak kawan aku kahwin..

Trip kali ni terdiri dari gengsahabat. Haha, di KSKB ni aku ada 2 geng keras. Satu #manggoessister a.k.a manggamanis yakni kawan aku bergila-gila dan gengsabahat yang terdiri dari kitaran roomateku (roomateku yang sentiasa sama dari sem 1-6. Kalau bukan 1 bilik, antara kami ni mesti berjiran yang kongsi 1 toilet. sebab di asrama kolej KSKB, setiap dua bilik kongsi satu toilet, jadi kira kau toilet-mate la kami panggil.LOL) haha. Tapi gengsabahat ni ada abam sado sebab abam sado ni dari semester 1 hingga 6 dia duduk sebaris meja kami di kelas Tidak pernah terpisah (dia sendtiasa mau dekat kami..boleh kasi bangun dia kalau dia tidur.haha). Jadi kami pun tekad buat satu team luah perasaan gitu...

Cumanya tidak semua dapat ikut sebab ahli lain balik rumah masing-masing. Cuma aku-el-adam dan kawan kami sorang fara. :) . First time juga aku datang Kota Marudu. Pernah pun limpas, sebab aku pergi Keningau.Hee,,Excited jangan cakap. Aku paling tunggu kami lalu di gerai jagung bakar. Mahu pajak jagung bakar banyak-banyak. haha. Sampai rumah el, mak dia cakap "kenapa kau beli banyak-banyak jagung bakar ni b, kami jarang makan ni". Padahal kalau boleh semua aku mau makan sendiri. keke. sedap!! Di KK susah mau jumpa jagung bakar, dulu ada di Tanjung aru, tapi jarang lah dorang jual yang bakar, semuanya jagung rebus..T-T..Di Lahad Datu jangan cakap, aku tidak pernah jumpa..mohon orang LD buka bisnes jagung bakar. Tiap-tiap hari aku datang beli..hehe.
1 set 6-7 batang jagung. RM5 :) 
Malam tu majlis bebedak, aku pun tidak tau sangat..Selalu kalau adat kami, malam berbedak tu sebelum nikah. Yang ni malam lepas nikah :). Kami tolong-tolong apa yang patut dan bergambar-gambar merapatkan silaturrahim dengan family el. Family el sangat mesra. Mak bapa dia pun suruh panggil mama bapa. Terharu kami, dilayan macam anak sendiri. Selesa la kiranya walaupun belum sampai 1 malam. :D
Kecilnya dunia, photographer kahwin rupanya junior kami.

Bapa El suruh kami hias meja potong kek untuk esok. Aku rasa sepanjang aku hidup memang aku sentiasa ada kaitan dengan majlis kawin orang. Mesti jadi tukang gubah atau tukang hias terjun. Entah bila aku mau urus majlis sendiri. Mohon jodoh turun dari langit. haha!!

Esoknya majlis bersanding. Kami jadi penyambut tetamu dan bagi door gift. hehe..syiok tengok adat orang. Yang bestnya, pengantin lelaki tidak boleh pijak tanah. So, keluar dari kereta kena angkat oleh bapa saudara. hehe. cute! 
Lepas majlis sebelah pagi. Kami tiga orang pengsan sebab penat. Sampai kami lupa sudah sama si adam. Pandai-pandai la dia hidup di rumah orang. haha. 
Sebelah malam sambung lagi majlis bersanding, acara potong kek dan pesta tari menari family dorang.
Highlight of the day. isn't these adorable? 
Selamat pengantin lama kak long..haha!
arghhh ghindu !!

Selesai majlis tu, kami 4 orang cuci pinggan kuali semua sampai pukul 2.30 pagi. lepas tu bapa El bagi kami makan sup gearbox. Owh my, puas makan sampai guna straw lagi sedut daging-daging. 

Esoknya, kawan jauh dari Sipitang call, dia cakap dia ada di Kota Marudu. Dia jemput ke rumah family dia sebab abang sepupu dia kawin..Lepas dia call, kami tidur balik gara-gara lewat tidur. Sekali bangun balik pukul 10 sudah. Bila mau sampai rumah pengantin, majlis habis sudah.LOL. Yuni pun sudah balik Sipitang. Jadi kami pun teruskan perjalanan singgah mana-mana tempat best. :)
Kami singgah makan dessert (Ais Krim Gula Apong) yang paling famous di Kota marudu-Kota Belud. Banyak gerai-gerai sepanjang jalan jual dessert ni. So, pilihlah mana-mana gerai yang tidak penuh. hehe sebab selalu memang ramai orang tu. Kami singgah di gerai pertama yang kami jumpa. haha. 
Ais Krim Gula Apong ;) 
Rasa dia memang sedap. Refreshing gitu. Ada campuran sagu, crunched oreo biscuits, kacang dan ada laici. berbaloi la RM3.50 mu. :)

Lepas tu kami ke Tuaran sebab kira Tuaran paling dekat dari Kota Marudu.Plan mau jalan-jalan pergi Taman Buaya. yang ni aku memang tidak pernah pergi, sebab selalu pergi yang Taman Buaya Sandakan tu jak..So, aku ada excited sikit. Aku memang suka trip begini yang tema jalan-jalan sambil belajar. lol. 
Aku rasa memang mahal la tiket masuk RM15 untuk dewasa. Tapi, kesian juga buaya-buaya tu tiada beli makanan dorang nanti. keke. 
feeling yang sama dengan Taman Buaya Sandakan. Kau akan jumpa kolam ikan dulu :) 
Kau boleh beli ayam bagi makan buaya-buaya di situ. Kami beli tiga-tiga botol tu. Syiok, melompat-melopat buaya terkam ayam. :D 
Ada rumah panjang boleh naik. 
biarlah dia fefeling pandai main dulu. bagi can. haha
 Selain berjenis-jenis buaya, ada mini zoo, taman rabit dan taman rama-rama juga di sana. Paling dorang suka taman arnab tu. Semua arnab sihat gemok. comel..owh iya! kau boleh tangkap ikan-ikan kecil juga guna penapis air!.

Fara paling suka arnab..Look how cute she adore them. :D
And i love butterflies. Initial huruf 'K' tandatangan ku pun butterfly. Itulah tiada orang boleh tolong sign kan aku masa di kolej dan asrama dulu. T-T. sampai sem 5 baru aku ubah tandatangan sementara sebab aku mau juga merasa fly asrama. lol. 
kepompong and some fossil butterflies :) 
 We had so much fun. dekat dua jam jugalah kami pusing tempat tu. Kira besar juga. Adalah 2 kali ganda lebig besar dari Taman buaya di Sandakan :) Dan ada souvenior shop yang jual telur buaya. gosh *masih rasa muat kalau aku ingat* terbayang kasi pecah telur keluar anak buaya. haha. 
ada seekor panda sesat >_< 
Lakonan mu dam...haha..
Mual teramat kalau aku jumpa benda ni lagi. 
 Dan lepas masuk kedai souvenior yang memualkan ku..Kami pulang dan plan lepas tu mau lepak di Pantai Shahbandar..
Pemandangan sepanjang jalan ke pantai
shahbandar Leisure Rides. 6 bulan lepas belum buka untuk public sebab belum siap sepenuhnya. 
 Pantai ShahBandar (clickhere), One of my favorite place :)
you are always pretty like the first time I saw you. 
Dan berakhirlah unplanned trip kami yang septutnya ke rumah orang kawin. hehe. 

Dua hari lepas tu, kami melencong ke Kudat pula sebab lama tidak datang ke Simpang Mengayau. last aku datang masa rombongan sekolah St Dominic. Gosh, lama teramat.
Tips of borneo yang cantik macam orang-orang di sana juga. :). Banyak perubahan dan semakin cantik. Aku rasa macam di Jeju Island pulak da..haha. 
Lama gila mau tunggu giliran bergambar depan tugu ni
Dan untuk turun bawah masih sama curam macam dulu. tapi puas hati bila sampai bawah. Ouch teringat masa datang sini dulu, kamera digital yang saiz berapa mb jak, cuci pun tia jelas. haha!
 Sangat banyak tempat baru boleh ambil gambar. Arghh I love all the scenery. Mau tingal sana dekat pantai. haha. 

Lepas asar macam tu kami balik rumah..lepas tu mama bapa bawa ke rumah orang kawin.
Dapat juga merasa masakan orang-orang KM.
merah menyala pelamin pengantin :) sampai sportlight pun ke muka. macam hantu ju-on sudah aku berdiri di sana. kekeke

 Till my next throwback post :D Night. 

No comments:

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon