Saturday, November 21, 2015

PENEMPATAN SEM 5 DI HOSPITAL LAHAD DATU & SABAH DISASTER AND RESQUE EXERCISE 2015 (DIREX) ♥

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Assalamualaikum dan salam rindu-rinduan :). Bertemu kembali setelah 5 bulan berlalu.Lama tidak bertandang ke sini. Setiap kali pun ini pembukaan kata, sebab memang tiada determinasi mahu rajin update.

Btw, i'm doing fine. sihat walafiat. cuma tidak pandai gemuk-gemuk. hehe. ya lah, mana lah tahu ada yang datang sini mahu tahu perkembangan kan. muahaha. Semuanya baik-baik saja, cuma biasalah sibuk dengan kehidupan seharian. Kawan-kawan aku selalu cakap,
"kenapa bha kau tidak update blog masa kau di rumah, balik KSKB jugak baru kau update tu kan?".
betul juga~~Padahal 4 bulan aku duduk rumah sebab dapat praktikal di daerah sendiri. Tapi sehabuk pun aku malas mahu update. Ngehe, ilham tu mesti ada, mesti tiada stress, tidak rushing, tiada mahu buat apa, lugai-lugai jak. Haa, masa beginilah, lepas segalanya sudah berakhir. Ini minggu terakhir kami di kolej lepas baru balik dari praktikal 4 bulan. Balik kolej 31 hb, 2 hb final exam. kejam sungguh, tiada study week. Sudahlah jauh travel dari penempatan klinikal, balik-balik memamg struggle bha menghafal untuk exam. Tiadalah tu istilah study smart. Macam tidak biasa, setiap kali pun belajar malam sebelum exam. 1 malam la tu bersengkang mata menghafal segala subjek dari sem 1 hingga sem 5. Hebat tak hebat tu. 1 malam kowt. aduhhh, entah bila la mahu berubah. mahu masuk sem enam sudah tapi semua pun study last minute. Jangan ikut macam saya ya adik-adik! ngehehe. 

This is gonna be a very long one. Please bear to read :). Aku memang mahu cerita dari A to Z sepanjang 4 bulan praktikal di Lahad Datu ni hehe. Banyak gila suka duka di sana yang aku mahu kongsi. Btw, penempatan semester 5 ni memang yang aku tunggu-tunggu. Aku ingat lagi, masa semester 4, masa tu aku di Klinik Kesihatan Telipok sir keluarkan senarai nama penempatan sem 5, nama aku nama pertama dalam borang tu. Memang sir bagi aku di Lahad Datu. Kau bayangkanlah betapa gembiranya aku masa tu. Walaupuun aku tahu yang orang Lahad datu cuma beberapa orang, memang aku takut jugaklah kalau tiada budak kelas yang mahu isi penempatan di sana. Takkan aku sorang-sorang. haha. Tapi Alhamdulillah, penempatan di Lahad datu yang paling ramai. Majoriti ramai yang mahu pergi sana. sebabnya? dari cerita senior sebelum-sebelum ni, Hospital LD yang terbaik kalau mahu praktikal. Ketua program pun akui okay. so, ini bukan mahu cakap besar sebab daerah sendiri. hee, tapi sebab di sana, tiada Houseman, tiada budak praktikal dari kolej swasta. So, student MA memang kena bagi peluang kau jadi macam staff dan buat prosedur yang kau tidak akan mungkin dapat di Hospital daerah besar macam di KK, sebab kena berebut peluang dengan student medic, houseman, jururawat pelatih, student dari kolej swasta lagi. keberangkalian jadi drip stand tu memang tinggi la kan. hee. Itu yang senior-senior cakap. 

So, apa pulak yang aku cakap? hing, aku pun kira senior la kan, mana tahu boleh bagi inspirasi adik-adik. puahaha. belagak gilak. sorry bha. main jak pun. Tapi sebagai senior aku pun akan cakap benda yang sama dengan adik-adik. Memang sangat aku rekomenkan untuk pilih LD. Bila lagi, sem 5 jak ada penempatan di LD. Bagus rebut peluang tu, syiok bha tu jauh-jauh. timba pengalaman, bukan lama, 4 bulan jak punn. 

Di LD, kami semua 50 orang. Setiap group dibahagi 12 orang. Lepas tu bahagi lagi jadi 6 orang. Kerja di klinik ber-12-orang. Bila kerja wad. Guna group yang kecil 6 orang. lepas tu bahagi lagi 3 orang setiap shift. memandangkan cuma student perempuan yang ada rumah di LD jak diberi peluang klinikal sana, so, dalam ramai-ramai 50 orang, kami perempuan cuma 8 orang. 

So dalam group 6 orang, cuma aku sorang perempuan. Sumpah sebelum hari pertama pergi praktikal aku cuak teramat.memang aku tidak dapat tidur fikir macam mana aku mahu survive. Sebelum ni masa semester 4, semua 1 group perempuan. Tapi, kali ni aku sorang perempuan. Aku memang sudah sedia kekuatan mental sebab aku tau dorang budak lelaki group aku memang kuat pycho, kuat kasi kena-kena lagi. Naahh, menangis jak tidak. 

Tapi syukurlah penempatan pertama kami di Klinik Tibi dan Kusta.

So, di sana kami kerja ber-12-orang. Ada jugak kawan aku perempuan. Tiap hari aku tumpang akak sepupu aku, staff di sana. Klinik tibi ni bukannya besar mana, so, bila kami sampai 12 orang terkejut chief di sana. hehe. Sebab silibus ada kena ubah start batch kami. Jadi, kami kena bahagikan di unit tibi & kusta, kaunter fast-track,  makmal, jabatan pesakit luar dan unit Hpt&DM. So, kami pandai-pandailah buat rotation. So, kira kami di sini memang beruntung la sebab dapat rasa semua unit walaupun tidak ada dalam buku log. Paling seronok memanglah di JPL. Banyak prosedur dapat peluang buat. staff di sana pun bagi kepercayaan kami buat prosedur sendiri. Tapi mestilah dengan pemerhatian dan kebenaran. Walau macam mana pun kau hebat dengan skill kau tu, bila nama masih student, jangan sesekali buat kerja tanpa pantauan staff ya. Nanti kalau ada apa-apa, na siapa mahu tanggung. 
So, di sana la aku dapat peluang pertama buat T&S (toilet & suturing). Sebelum ni masa pra-klinikal aku tiada peluang buat. Lagipun ya lah sem 4 kan aku di KK, memang tiada peluang la. hing~~. Di sinilah first time aku jahit luka. first patient aku dengan 3 jahitan di kaki. Fuhh, masa kau belajar jahit atas span, senang jak kan, nahh, bila kulit orang sebenar, langsung tidak sama, licin lagi. Tapi, cara tu tetap sama. So, tiada masalah jugak tu kalau kau memang buat betul-betul masa exam OSCE dulu. :). 
Masa aku jahit tu, kakak tu balik-balik cakap
"adik jahit cantik-cantik, jangan kasi tinggal parut ah, tidak cantik la kaki kakak nanti" 
Tambah aku takut, lagi-lagi kakak tu siap gambar-gambar. Cuak gilak aku. Tapi sir, kasi tenang & bagi kata-kata semangat.
"kau boleh tu, yakin jak bha. Sudah jua kau belajar kan di kelas. Ok bha tu" 
Cehh sebab kena kasi semangat terus ploless la menjahit. hehe. Tq sir! :D . Kakak tu pun puas hati. Seronok bila kasi puas hati pelanggan. Niat tu kan mesti betul. kau bayangkanlah bha kakikmu kena jahit sembarang. tidak kau sakit hati situ. kan. So, bila bagi rawatan dengan pesakit, satu aku akan selalu ingat "apa perasaan kau bila kau ditempatnya". First time buat I&D (incision and drainage) pun pertama kali aku buat di sini. Budak lelaki umur 8 tahun. Memang kuat sampai aku kena penampar, kena tendang olehnya. Marah betul dia dengan aku. Siap kena maki lagi. 3 orang kawan lelaki + sir pegang dia. Aku buat prosedur . Sakitnya Tuhan jak tahu kena tendang di perut lagi tu. Tapi apa kau mampu, biasalah budak-budak, mestilah takut kan nampak jarum segala. Masa tu dia datang dengan telinga dia telampau bengak. penuh dengan nanah.Lepas dapat kasi keluar semua nanah,setiap hari dia datang buat dressing, aku juga yang buat. Memang sakit betul hatinya tengok aku. Terus nangis bila aku start sediakan barang. ngehehe. Terus aku pscho tu.
"eyh adik, bikin malu owh kalau kawan-kawan kelas kau tengok kau nangis teriak-teriak begini.  kalau kita tidak kasi bersih, bau ni sebab nanah. nanti dia perempuan mau dekat kau. Nanti telinga kau buruk, naaa, tiada orang mo kawan tu". 
terus dia berhenti nangis-nangis. Tapi masih lagi la dia teriak-teriak tanya sudah siap ka. hahaha. Lucu juak. Mesti mo pandai main pyscho sama budak2, kalu tidak memang kena tendangan berjurus-jurus. haha. Tapi masa penempatan di emergency, 3 bulan kemudian, budak tu datang di emergency sebab demam, masa tu hari ahad. Terus aku ingat betul mukanya. Aku cakap
"ai, inikan budak yang kita buat I&D tu?".
 Terus mamanya cakap.
"dia la ni, kau jugak tu dik yang buat hari tu. cantik sudah telinganya".
weee~~i'm feeling proud. Tidak sia-sia aku kena tendang. bersih dan kembali kepada asal sudah telinganya, tiada bekas luka pun. puas hati! :), Mama dia pun tidak lupa aku. aduiii, emosi lagiii~~

Di klinik tibi dan kusta pula, aku orang pertama yang rasa kerja di kaunter fast-track. Fast track ni tidak semua klinik ada buat.

Bak kata chief, klinik kesihatan Lahad Datu salah satu klinik terawal yang buat kaunter fast-track ni di Sabah. Fast-track ni fungsinya saringan awal tibi. Orang awam yang datang sebagai pesakit luar akan disaring di kaunter fast-track sebelum buat pendaftaran. Objektifnya, pastinya untuk kurangkankan transmisi penyakit berjangkit terutama tibi. Sebab bila pesakit tibi tidak disaring, dia datang untuk dapat rawatan sakit lain ( contohnya, dia datang sebab batuk demam selsema ), terus datang mendaftar. Bila duduk menunggu dia boleh jangkitkan orang lain. sebab tibi kan merebak melalui udara. 
So dengan adanya kaunter fast-track ni, kita boleh saring dari awal untuk elak jangkitan dengan orang lain. Kalau kamu ada simptom-simptom tibi, contohnya, batuk melebihi 2 minggu, kurang selera makan, berpeluh-peluh pada waktu malam, turun berat badan mendadak, batuk berdarah dll. kami  terus hantar pergi klinik tibi. Bagi mask dan buat saringan tibi. 

Kadang-kadang ada yang marah, biasalah tu (bukan semua, ada lagi 2 tiga orang yang mungkin tidak ada kesabaran) sebab kena jawab pertanyaan bagai di kaunter kan, sedih, padahal kita mahu tolong untuk rawat dan kurangkan jangkitan pada orang lain. So, kira ada pengasingan la untuk elak trasmisi dengan orang yang innocent. :). Memang tidak menang aku bercakap, kering air liur. Bayangkanlah, 1 hari beratus-ratus orang datang. Setiap orang kau tanya soalan yang sama pasal simptom. Kering liur beb gua cakap lu. haha.

Di klinik tibi kami berpeluang buat DOTS. Patient datang setiap hari makan ubat depan kita. Kena pastikan dia makan ubat dengan betul. Bagi temu janji, buat kiraan ubat untuk stok ubat pesakit, buat ujian mantoux, check keputusan mantoux, ambil sampel kahak, buat ujian calitan kulit untuk kusta dan buat pendaftaran pesakit baru. Syiok di sini, pastinya sebab boleh duduk la kan. tunggu pesakit datang sejak. selalunya kalau semua pt datang awal sebelah pagi, petang tu boleh rehat-rehat sudah.  hehe..

Lepas tu, di klinik tibi pula kami berpeluang keluar ke lapangan ikut inspektor kesihatan buat lawatan ke rumah. Untung, sebab IK incharged di klinik tu pun pakcik aku. Jadi kami tidak malu tanya-tanya mau ikut bila ada jalan pergi lapangan. Lawatan pertama pun aku orang pertama dengan Tonny yang pergi. Sebab dorang semua tidak mau pergi. Aku tu mula-mula diam jak masa staff nurse tanya siapa mau ikut. Masa tu aku di bilik prosedur dengar dorang berbincang di luar. Sekali tiada plak yang mau jalan sebab dekat jak. Terus dorang suruh aku yang pergi. Memang dorang ni kuat membuli. Dorang mau pergi yang tempat jauh-jauh jak. sebab memang dekat jak pun dari hospital. haha. Acik aku cakap, 1 rumah jak di perkampungan atas air laut (Kampung Bakau). Di rumah tu keluarga besar, masa kami sampai, siap bagi penerangan, tuan rumah minta kebenaran kalau boleh buat ujian mauntox dengan semua keluarga dorang yang lain walaupun asalnya cuma 6 orang. IK setuju, terus kami buat suntikan ujian mantoux dengan lebih 27 orang family member.Kami bagi pendidikan kesihatan tentang penyakit tibi. Seronok sebab 1 rumah tu bagi perhatian sepenuhnya. :). Tidak habis-habis dorang ucap terima kasih sebab sudi datang buat ujian untuk family dorang semua. free suntikan lagi tu. Kau bayangkanlah kalau kau datang, tiada IC mahu buat saringan kesihatan, mahu bayar dekat berpuluh-puluh ringgit bha tu untuk 1 suntikan. Siapa lagi kata, perkhidmatan kkm tidak bagus? Di pejabat kesihatan pun kami ada turun ke lapangan. Jauh chief bawa kami melawat klinik-klinik di LD. Masa tu raya ke5 kalau tidak silap. beraya di klinik la gamaknya. hehe.

Kenangan paling aku tidak boleh lupa masa klinikal di sini, pastinya kenangan kami pungut derma SABATA di seluruh pelusuk bandar LD. hahaha, gilak semua orang kenal kowt, 1 hari kami bejalan tawaf bandar LD minta derma ihklas . Syioknya, doktor pakar ikut sekali dengan chief. Chief siap kasi tumpang aku pergi sebab kami tinggal 1 perumahan. Aish, inilah aku suka di daerah sendiri, senang hidupku. hehe. Terima kasi warga LD atas semua sumbangan ihklas..Murah rezeki & mudah-mudahan digandakan pahala. :) 

Apapun, memang banyak prosedur yang aku dapat dan belajar di sini. Serius banyak 'my first time'. Staff baik-baik. alahai rindunya dengan kakak staff nurse, dengan sir lagi.

Thank you buat chief Chii, Sir Mel yang paling gilak sporting, Sir Lafaini, IK dan kakak-kakak staff nurse yang sangat peramah dan mesra. Thank you so much Klinik Kesihatan LD for all the great 1 months experiences.

Penempatan kedua, kami ke Hospital LD. 2 minggu penempatan di OT (Operation Theater). Di sini pun kerja office hour (8AM-5pm). Tapi di sini, kami start ber-6. Maknanya, cuma aq 1 jak la perempuan. Berpisah dengan si Kira. T-T. Hari pertama lagi aku mahu menangis. Hahaha. bukan sebab apa, tapi, bila masuk OT, kena tukar baju OT khas, tudung pun kena tudung baru. Nasib aku ada bawa tudung. Sekali kena suruh tukar baju, tiada saiz S. aku bukannya kisah pun kalau baju besar, tapi masalahnya, seluar di sana semuanya besar dan longgar. longgar gila-gila punya longgar sampai mahu terbuka seluar aku. Huaaaaa, nasib aku ada pin peniti. kau bayangkan aku secure seluar dengan cuma pin peniti. berabis aku gulung-gulung di piggang. Hilang mood bha aku 1 hari. haha. Kena kasi ketawa jak sebab tiada saiz seluar kecil.

Hari pertama lagi kena tanya soalan bertubi-tubi oleh pakar. Sebab di OT kami berpeluang masuk bilik pembedahan dan tengok secara dekat. First time tengok memang excited, naik jugak bulu roma sebab tengok kulit kena potong kan. Lepas tu, ok, biasa sudah. Tapi bayaran untuk kau tengok free-free tu memang kena tanya oleh MO dan pakar la. Tidak tahu jawab, nyia kau. haha, tidaklah bha, kami senyum-senyum jak tu kalau tidak tahu. haha. Bantu membantu kalau kena tanya 1 orang. Kena ajar-ajar. Banyak ilmu kami dapat dari pakar. Semua MO, Anest, dan pakar di sana semua baik, rajin mengajar, suka dengan student MA. :). Dan paling istimewa, walaupun masa penempatan di sana ada pelatih jururawat, tapi cuma kami student MA yang kena bagi peluang ikut scrubbing. 

Hari pertama-ketiga, kami cuma tengok & perhati sebab belum kena ajar macam mana scrubbing di OT. Yalah, sebelum ni kena ajar di kolej pun masa semester 1. Belajar teori jak, buat amali beberapa kali, exam osce. Mana ada praktikkan. So bila sudah kena ajar, kami boleh ikut scrubbing sudah. yipeeee~~. Dapat assist doctor buat surgery. Kau bayangkanlah, kau berdiri sebelah surgeon, assist dia. Macam dalam drama tau. tercapai impian lama berangan ala-ala dalam team medical dragon. feeling Asada Ryutaro lagi tu. kekeke. Serius, perasaan aku masa first time tu, memang bangga sebab berdiri sebelah surgeon, dapat pegang instrument. First kes aku, kes orthopedik. Pasang k-wire. Kes orthopedik memang geng keras ku tidak mahu buat. kejam kan dorang? suka betul dorang buli aku mentang-mentang aku sendiri perempuan. Sebabnya? Kes orthopedik ni memang main dengan x-ray. Dorang kata dorang tidak mau sperm dorang mati. LOL. bbengong. hahaa. Memang banyak kali kau akan kena radiation sebab dc akan suruh ulang-ulang shoot xray sebab mahu tengok kedudukan k-wire tu. Aku berkeras tidak mahu juga, tapi dorang pergi tolak jua aku yang pergi. Sudahlah baju khas kau kena pakai untuk elak radiasi tu beratnya mahu 10kg. Berat gilak. Aku sudah cakap aku  tidak mampu mau pakai tu baju, tetap dorang tolak aku masuk bilik scrubb. Sanggup dorang kasi pakai aku apron, kasi pakai aku baju tu bha. punyalah kejam dorang ni. keke 
first time scrubbing, operation dekat 1 jam, berkedut tanganku. kekeke. buat dari awal, kasi habis juga dengan kasi bersih instrument lepas habis surgery. Thank you sn sebab ajar semua nama-nama instrument.tu :D 
Surgeon masa tu pun memang baik dan peramah. Mula tu ada assistant surgeon. Tapi bila dia nampak aku lapor diri dengan dia, terus doctor tu bagi aku peluang yang jadi assistant surgeon. Aduii ya ampun, tq doc!. Aku ingat lagi dc. weng cakap 
"A good assistant can expect what his surgeon will do next"
So aku pun tanpa kena suruh, aku pandai-pandailah bagi apa dia perlu. Suction bila sudah nampak darah mula bertakung. Apa yang aku belajar, kena fokus. Baru kita tahu apa yg surgeon kita mahu buat. Seriously, surgeon bagi aku peluang pasang dan potong satu k-wire. Serius macam kau bor dinding rumah. begitulah rasanya buat di tulang manusia. Pengalaman pertama yang tidak mungkin aku lupa. tengok darah berlumuran, rasa sendiri tulang manusia, pegang itu ini. Everything is my first time. Lepas ni bila sudah kerja, mana ada peluang ikut scrubbing. Sebab kebiasaanya, scrubbing staff nurse yang buat. Kerja utama MA di OT adalah bahagian anesthesia. MA yang bagi bius dan control pesakit. Tiada lagi ikut scrubbing. So, sekali jak ni masa jadi student sem 5 ada peluang. jadi aku puas-puas ikut scrubbing di sana. Last day, aku ikut scrubbing kes LSCS. Peritnya beranak secara LSCS kau jangan tanya macam mana, sebab aku pun rasa mahu menangis. Hargailah ibu dan isteri anda. Cuma itu yang aku mampu ucap. Peritnya perut kau kena potong, ditarik bahagian lapisan dalamnya, boleh buat aku takut teramat mahu bersalin LSCS. 

Chief di sana dedahkan kami banyak tentang kerjaya MA bahagian anesthesia. Serius aku terpukau. Mungkin lepas ni aku mahu further study, ambil post-basic anest. Sebab memang mencabar. kau yang control keadaan pesakit sepanjang operation. Kau kerja pun dengan pakar, dan kau hampir setaraf dengan MO. kerja yang sama kau buat denga anest. Ubat-ubatan gred A semua kau ada lesen untuk bagi. Kagum aku bila chief cerita. Aku harap, tidak berubahlah fikiranku. Chief pun banyak bagi kata-kata semangat dan dorongan.Chief siap cakap, kalau betul aku berminat, dia mungkin boleh tolong realisasikan dan letak di LD kalau aku serius belajar. InsyaAllah. 



Apapun 2 minggu yang sangat bermakna walaupun terasa sangat gantung. Terima kasih Chief Yusuf, chief Johan, Chief Haji Taib dan sir Azlie atas segala perhatian dan inspirasi. Tq buat semua surgeons, MOs, pakar, sisters, staff nurses, jp dari kolej sandakan yang bersama praktikal dan paling tidak dilupakan buat abang dan uncle ppk yang sangat banyak pengalaman dan semestinya yang paling menceriakan OT.



Lepas ni datang LD, kalau ada pembedahan sesiapa, aku mungkin cuma dapat tengok, berdiri di luar macam orang awam yang lain. tidak pernah nampak dan tahu apa yang berlaku di dalam. Dan akan merindui, saat-saat kami melepak curi matahari sebab telampau sejuk di dalam OT. Cari cermin yang kena matahari, pegang ambil haba. haha. gilak sejuk dewan pembedahan tu. Kalau sudah c willyes cakap "apa kataaaa~~~", terus kami pergi paling belakang bilik mesyuarat lepak dan cari cahaya matahari. hahaha. auchh rindu kita tunggu kantin bergerak datang sebab di OT tidak boleh keluar kan. syiok owhhh. pisang goreng dulu sebelum pulang kerja. hehe. 

Penempatan ketiga, 2 minggu seterusnya kami di Labor room. Di sini penuh dengan bau-bauan syurga. Di sini la yang mengoncang semangat kewanitaanku. Pertama kali witness, aku yang rasa sakitnya, tidak sanggup aku tengok. sampai kawan lelaki yang suruh aku tengok, jangan tutup mata. Peritnya bersalin yang aku tidak mampu untuk alami sendiri. Sungguh aku takut. Aku tidak dapat bayangkan keadaan aku yang bersalin nanti. Sakitnya Tuhan jak yang tahu. Btw, di sini aku rasa  yang beruntung. sebab aku sorang jak perempuan. Semua kes aku tidak ketinggalan ikut. Kawan lelaki kadang ada pesakit yang tidak benarkan dorang masuk.hehe, kadang kena marah lagi oleh pt sebab ikut masuk, kesian bha, padahal dorang tiada la niat lain. niat untuk belajar jak semuanya.

Pengalaman hari pertama ku memang sangat unik. Hari pertama macam biasalah, hari orentasi. Siap orentasi masa tu, terus staff panggil aku
"Adik kau kawankan dulu ibu di sana tu. temankan dia, bagi semangat"
Aku ni jenis akward juga. Aku tidak pandai mahu comfort orang. seriusly. :(. Aku tanya apa aku mo buat. "aik adik, kau teman jak dia". Aku pun masuk bilik "kakak okay?". terus ibu tu tarik tanganku. 
"Adik, kasi teman kakak. jangan kau jalan ah. sakit dik". 
Aku pun usap2 belakangnya, kasi tenang. Lama-lama tambah kuat dia pegang tanganku. Pegang, picit sekuat hatinya. Serius aku cakap, hampir patah tanganku kena gengam dan picit sekuat hatinya. Aku kena peluk sebab dia baring menyiring, dia peluk dari tepi katilnya sekuat kudratnya. Ya Allah, betapa sakitnya dia peluk, dapat aku rasa kesakitan contractionnya mahu bersalin. Aku pun tenangkan dia. kakak mengucap. Jangan nangis. Tarik nafas hembus, tarik hembus dan 40 minit seterusnya. Akhirnya dia dapat bersalin dengan selamat. Tidak habis dia ucap terima kasih sebab temankan dia. Sebab dia primigravida, anak pertama, tiada pengalaman, takut lagi. So, aku nasihatkan, agar para suami pohon father-friendly bila isteri buat booking di KKIA. Bila memohon, suami akan dibagi penerangan, dan kursus yang tidak sampai pun beberapa jam. Jadi bolehlah masuk dan teman isteri yang bertarung nyawa. tengok sendiri depan mata macam mana peritnya bersalin. baru kau tahu tingginya langit dengan bumi. Baru kau tahu istimewa dan kuatnya wanita yang bergelar isterimu Baru kau tahu sayangmu mencecah langit ketujuh.

Btw, ramai yang bash nurse sebab marah-marah ibu bila bersalin. Kadang ada yang dorang marah bukan sebab suka-suka. tapi ada ibu yang give up mahu teran anak keluar. Aku sendiri saksi depan mata, ibu-ibu yang mengalah tengah jalan. Sampai biru baby. Kepala baby sudah keluar tapi sebab penat meneran, ada yang mahu give up. Memang aku tahu sakitnya, tapi memang hakikat proses kelahiran ni memang sakit, sudah tertulis, ibu yang melahirkan anak bagai dipatahkan tulang rusuknya. Memang semua orang tahu sakitnya yang separuh mati. Tapi, bila ibu tidak pandai meneran, banyak komplikasi dengan bayi. Kau bayangkan kalau baby tu mati. Itu ada nurse yang marah. Banyak lagi situasi yang membahayakan bayi dan ibu. semuanya ada sebab. Tapi Alhamdullilah, setakat 2 minggu aku di labor room, bila ada ibu yang dimarah semuanya bukan sebab suka-suka, tapi sebab ibu mahu give up bila kepala baby sudah keluar separuh!. Bila marah pun bukannya maki-maki, tapi kasi faham ibu tidak boleh mengalah begitu. Semua tu untuk keselamatan bayi. Banyak orang yang tidak faham. Okay, aku malas mahu berdebat, sebab semua orang yang kasi viral benda-benda begini, tidak fikir panjang. Tidak pernah mahu fikir logik akal. Bila dimarah pun, nurse akan comfort ibu lepas semuanya selamat.

Bila sudah witness kelahiran, JM bagi peluang untuk kami conduct kelahiran. Walaaupun di dalam buku log cuma memerhati kelahiran, tapi di LD, kami dibagi peluang buat kelahiran. Dari penjagaan ibu sampailah mandikan bayi, semua kena bagi peluang buat. Dari awal ibu datang kau urus ibu, ambil vital sign, periksa fundus, pasang ctg semua, sediakan delivery set, lahirkan bayi, keluarkan placenta, potong tali pusat dan sampailah penjagaan lepas ibu bersalin. Peluang yang sangat berharga. Mula-mula tu memang aku takut tarik baby keluar, sebab macam aku rasa patah jak lehernya. tapi bila buat sendiri, ok jugak. lagipun tulang bayi belum sempurna. tu kau boleh buat teknik pusingan untuk keluarkan. Part paling aku suka pastinya, angkat baby yang baru keluar tu, angkat, licit teramat tahu!, kena hati-hai. memang sangat licin sebab masih berlumuran dengan darah & cecair. Timbang, ukur, bagi suntikan. Kasih mandi dan bersihkan. mula-mula tu tidak berani lagi kasi mandi, kami guna minyak kelapa jak bersihkan. Bila esoknya berani sudah, anduk bha comel betul kasi mandi dorang. Kasi pakai baju lagi. cute!!. Paling aku tidak boleh lupa. First time aku suruh kena angkat baby yang baru lahir. Aku tu datang cuma mahu witness, jadi tidak pakai glove. Sekali JM tu suruh aku angkat baby. kasih pindah ke bed. Aku dengan reflex pantas terus pegang angkat tu baby. Aduii kena marah aku. hing~~walaupun cuma mau kasi pindah ke baby's court.
Adikkkk, kau lah orang pertama kakak jumpa tidak pakai glove pegang baby. Kotor bha tu baru keluar. Nanti ada jangkitan, hep B ka mana kau tahu. pakai glove dulu!!!
YA ampunnnn. bengong jugak aku ni. Telampau excited kan disuruh angkat baby. keke. sorry kakak!
Paling aku excited lagi tu, lepas kasi mandi baby, letak di bawah radiant warmer. kalau ada ramai baby yang baru lahir, kongsi 1 radiant warmer. terus kena kasi baring sebelah menyebelah. aduii. terus aku kasi doa supaya dorang berjodoh tu! hahaha. >_<

Dan perasaan paling warm aku rasa bila kawan-kawanku yang kuat membuli ni semua, sado lagi gagah perkasa ni bila part dorang urus bayi. Kalau kau tengok dorang berlima ni urus bayi, sejuk terus mata mu memandang. Aduii sweet terus dorang. Part dorang gendong bayi lepas dorang siap kasi mandi segala. aduii bha, past sudah jadi suami orang!. ahhaa. 

Peluang yang juga tidak mungkin ada lagi,sebab bila kerja, mungkin boleh buat kelahiran kalau ada kes emergency la. itu pun kalau ada peluang la kan sebab bukan tugas utama MA. Dihantar ke penempatan Labor room ni pun sebab mana la tahu kau kena buang di klinik kesihatan, di pedalaman ka, tiba-tiba ada kes besalin, masa tu cuma ada kau sorang, takkan kau mahu panggil JM lagi kasi lahir. So, student Ma wajib tahu skill buat kelahiran tau.  

Semoga semua bayi yang aku conduct kelahiran membesar jadi anak soleh dan solehah, berjaya dunia akhirat dan berbakti pada ibunya. Jumpa di berpuluh tahun akan datang!

thank you buat semua JM yang banyak bagi tunjuk ajar. sister yang periang selalu buat lawak. thank you everyone. Penempatan yang paling tiada stress, dapat rehat di sofa kalau tiada patient, kena kasi masak oleh staff, malah jadi terapi stress lagi sebab dikelilingi bayi wangi-wangi lagi comel! :) Bye-bye. Jumpa lagi! !

Penempatan ke-4, kami ke orthopedik. Sebulan di sini. 2 minggu di wad dan 2 minggu di klinik. Tapi di LD, hari klinik cuma 2 kali seminggu. so, kira sebulan jugak la kami di dalam wad. Di wad macam biasalah, penat berdiri dan banyak buat nursing care. Cuma istimewanya bila pergi klinik, kami diajar pasang pop dan pasang POP pada patient.
kena ajar buat pop oleh sir awang :) 
Btw, apa yang aku dapat simpulkan, aku terharu bila masuk wad di LD. Berbeza dengan hospital di bandar besar, setiap hari kami kasih mandi pesakit di sana. Majoriti pesakit. Tapi bila di LD, semua family yang buat. Kita mahu tolong pun, dorang kata tidak payah susah-susah, biar semua family yang buat. Ada 1 uncle ni memang sudah lama dalam wad. family dia pun orang senang. Setiap hari anak dia yang jaga dengan satu pembantu. walaupun dia ada pembantu, tapi anak-anak dia tetap gilir-gilir jaga bapa dorang. Kalau mahu kasi mandi, kadang kami mahu tolong angkat sebab anaknya perempuan, pembantu pun perempuan. Kawan-kawan lelaki mahu tolong, tapi dia kata, xpa, biar adik lelaki dia angkat pergi tandas.
Nampak di situ? mungkin sebab di bandar besar semua family bekerjaya. mungkin tiada masa mahu jaga ahli keluarga. Tapi bagi aku semuanya dari kita bha tu. Faham-faham la kan tanggungjawab kita terutama pada ibu bapa. Kalau kencing berak ibu pun kita tidak sanggup mau buat, suruh nurse semua yang buat. tapi, di media sosial, semua cakap buruk pasal nurse. Padahal, diri sendiri yang tidak mahu bertanggunjawab.

Btw,

Masa di orthopedik, ada event besar hospital. Staff nurse minta tolong aku melukis untuk buat photobooth dorang. Seronok sebab masa tu terus rapat dengan semua staff. kawan-kawan lelaki pulak semua setuju jadi model pertandingan peragaan baju, sanggup dorang terima permintaan staff untuk dorang jadi perempuan untuk persembahan fashion show. >_<

Malam mesra LD yang bagi aku special sebab hari yang sama birthday aku, 12/09. happy birthday dear self. Kawan-kawan buat surprise. Chief konon-konon suruh aku keluar ambil barang, rupanya dorang ready sudah di luar mahu bagi surprise. Tq kawan-kawan terutama mangoes yang menjayakan. Tq juga chief yusuf!

Ucapan tahun ini, Semoga aku sentiasa di dalam lindungan-Nya. Disihatkan tubuh badan dan dijauhkan penyakit.begitu juga aku harapkan untuk semua yang aku sayang. semoga aku sentiasa cekal menghadapi apa juga rintangan, suka dan duka. Semoga aku sentiasa kuat walau apa pun yang terjadi. Semoga hati aku sentiasa tabah walau macam mana sekali pun dilukai, semoga aku boleh bangun dari setiap kegagalan. Dan akhir sekali semoga aku bertemu jodoh yang baik dan cepat-cepat kahwin tahun depan. Dan juga, moga aku dapat penempatan posting di sabah! Aaminnn. 

Thanks for all your lovely wishes. Thank you pa sebab buat majlis makan-makan. thank you dear families and friends for coming! :)  Janganlah tahun depan sambut di semenanjung. bagi posting di sabah please!!!! wuaaa~~

And Thank you Chief patrick adom, sir awang and semua staff nurses di wad orthopedik!


Ok sambung cerita klinikal.
Tempat terakhir pastinya yang paling ditunggu-tunggu! Jabatan Kecemasan. Di sinilah macam kau rasa kau di rumah sendiri. Sebab kerja dengan senior-senior MA. Penempatan yang paling best!. Di sinilah kau dapat guna semua skill kau. Walaupun kami kerja seminggu. tiada hari rehat, cuma rehat malam. kira macam kau kerja 7 hari 1 minggu. Chief kata "1 bulan jak pun". Tapi syiok la sebab staff sini memang semua tidak kedekut ilmu, kebanyakan staff pun senior kami di kolej. MO pun suka student MA, rajin dorang ajar kami. Kerja night duty lagi. kena bagi peluang triage pesakit, ambulance call dan buat banyak prosedur. Memang sangat mencabar di emergency. Tapi aku tetap suka sebab kerja dikelilingi MA yang kau rasa macam berkumpul dengan keluarga bha, selalu di wad, mana ada staff ma kan. so bila di emergency, kau rasa senior Ma ni sangat cool, tidak bagi stress dengan kau. Tiada mahu marah-marah, semuanya cool. Yang penting kita buat kerja baik-baik, tiada masalah bha tu semua. hing~~
Tapi ramai paling tidak suka kalau aku yang duduk triage. terutama sir Leo dengan sir Larry. kekee.
"Ala si Liyana ka hari ni di triage""ya saya sir! haha""Aduii banyak la ni patient kita di red zone kalau kau yang jaga. tidak bagus aura mu ni. Pi ko masuk dalam la!"

Kekeke,asal aku jaga triage mesti tiba-tiba banyak kes red zone. kalau bukan di red zone. penuh tu yellow zone. huru-hara etd tu kalau telampau banyak kes. Kalau night shift lagi, aduii, tidak tertidur staff. Sorry bha sir, bukan saya yang mau acident berlaku. kebetulan jak bha tu. heee~~

First time juga ikut postmortem. Kena bagi peluang tengok macam mana potongan, tengok organ-organ dalaman. Masa tu kes body kena jumpa lemas. So, buat postmortem kalau ada unsur jenayah. Kena bagi juga peluang jahit. Mula tu berdebar, nasib tidak pengsan. boleh juga tidur malam. :)
First kes ambulance call aku, terus masuk paper. Masa tu aku night duty, tapi dari jam 10 malam sampai subuh tiada kes. Sunyi sepi emergency. Sekali dekat jam 7am, sedia-sedia mahu pulang, tiba-tiba ada ambulance call. Terus sir bawa aku. Kes kemalangan di kilometer 30. Tapi masa kami sampai, bomba sudah keluarkan mangsa, memang tidak dapat selamatkan lagi. So, kami cuma tunggu bomba keluarkan 1 lagi magsa tersepit, periksa dan memang tidak dapat selamatkan juga. Masa tengah respon kes tu, kami dapat panggilan lagi accident di kilometer depan. Terus kami bergegas ke sana. Esoknya, muka aku masuk paper metro. perghhh. nasib baik sipi-sipi jak. gambar menunggu bomba lagi tu yang di kasi masuk. namak aku sama daus berdiri-diri jak di situ. kecewaa~~hahaa. sampai di kolej bha tu gambar. tapi kena ketawa lagi oleh pengajar sebab gambar berdiri tidak buat apa. gahhhh.

event paling besar pastinya Sabah Disaster Exercise 2015 (DIREX). Event ni kira event terbesar emergency anjurkan. untung group kami sebab paling last di emergency, dapat ikut sekali. Seluruh hospital di sabah hantar 1 wakil MO, 1 wakil MA, 1 wakil SN dan 1 driver. Kami berkampung di tempat yang memang best, cantik, tepi pantai lagi (Kawasan konservasi persisir pantai Silam Lahad Datu). event ni 3 hari 2 malam. Tapi kami ke sana awal sehari, kami pasang khemah untuk peserta-peserta. Pro sudah aku pasang khemah ni, ahah! Malam tu mula chief bagitahu dorang tidak dapat sediakan makanan sebab event sepatutnya start esoknya. Jadi kami pun cadang buat BBQ.

Aku, willyes dengan Pvonne yang pergi belanja. Paling syiok, kami dapat 200ketul wings dengan cuma RM95. Lepas pasang khemah, aku, kira, willyes & tonny pergi rumah aku. Tonny dengan willyes yang jadi chef, Kira potong bawang segala, aku cuma cuci-cuci &sediakan peralatan pergi sana. Hing~~Malam tu kami BBQ dan makan puas-puas! itupun tidak habis. tengah malam budak lelaki sambung makan, tapi masih lagi tidak habis. Sambung lagi makan sarapan pagi~~
Esoknya, acara start. Sepanjang 3 hari di sana kami belakon jadi mangsa disaster. Kena puji lagi oleh pakar sebab telampau pandai belakon. haha. Sampai semua doktor2 yang jadi peserta sakit hati betul dengan aku sama kira. kalau kami terjumpa dorang pergi mana-mana, terus peserta tu cakap
"Na, inilah ni best actress. awas kamu ah, kalau kamu kacau kami lagi nanti masa lakonan". sebab telampau menjiwai watak. puahaha! >_< Doc suruh aku dengan Kira belakon jadi mangsa disaster yang emotionally unstable. Tiada kecederaan serius, triage pun tag green jak. Tapi sebab konon-kononya lepas disaster kami jadi confused, trauma, marah-marah, mahu dapat rawatan dan diselamatkan cepat. Pakar suruh kami ganggu peserta-peserta yang buat triage masa disaster. Hing~~seronok bha. Aish tidak sia-sia aku ikut english drama team dulu di sekolah. nampaknya masih bebakat lagi. muahahaha. aish, memang pengalaman paling best la.


Walaupun kami ni jadi model kursus, tapi masa pakar bagi penerangan dengan peserta kami pun ada jugak la dapat serba sedikit. Kata orang sambil menyelam minum air. dan sambil sambil bercuti jugak. hing~~Ya la, peserta datang semua bayar yuran. kami datang free-free jak kan. Memang cantik tempat tu. cuma memang legam la sebab tepi laut kan. berkeluaran semua jerawatku sebab panas. >_<


Hari terahkir kursus tu dibuat besar-besaran di kilang Genting Biodieasel. Memang macam real situasion, ada bomba, polis dan semuanyalah. MAsa tu pun, aku jugak orang pertama kena kasi selamat dari letupan tu. puahaha. tapi punyalah lama aku menunggu event tu siap sebab aku telampau awal kena kasi selamat. Video yang aku solo-solo kena selamat hujung-hujungnya. Thank you Genting Biodiesel LD :) Ada jua kenangan-kenangan. keke. Bak kata chief rahim di whatsapp group "Liyana beraksi!". aku ingat video apa, sebab masa tu mana aku ada beli quota internet. basic free internet jak. risau sudah aku baca caption si chief 'beraksi' begitu. >_<
Part 2 :


Dan begitulah berakhir penempatan kami di Lahad Datu. Petang event tu terus ramai kawan-kawan yang terus balik kolej. so, tidak sempat buat farewell party. Btw, pengalaman terindah selama 4 bulan. terima kasih buat geng kerasku willyes, tonny, dhenver, pvonne & bidi. thank you guys for being such a great team! Terima kasih sebab kamu tidak kasi pulau aku. hahaha. walaupun kamu kuat pshyo, kuat maki-maki tapi bila kerja, kamu jugak la paling terbaik! Next sem, berpisah sudah. Kamu la team paling best aku pernah jumpa. Best bha sebenarnya 1 team sama semua lelaki, tiadalah gosip murahan, tiada mengumpat-mengumpat. Kalau dorang cerita pun pasal mengurat bebeh jak. Tiada la sensitif-sensitif. tidak payah mahu jaga hati, memaki jak puas hati. kekeke. tiada pun terasa kan. cehhh padahal aku yang kuat terasa kalau dorang over men-pyscho. hing~~Kalau team dengan perempuan ni banyak hati kau mahu jaga. hehe, btw, i'll miss you guys. jangan kamu sombong-sombong lepas ni, awas kamu!
Thank you HLD for such a great memories. Doakan aku dapat posting di LD ya lepas PPW nanti! Chebal~~aku mahu betul kerja di LD jak..kalau jauh-jauh, bila la aku tekawin kalau begini. keke. Thank you buat semua staff! Hospital LD terbaik!!!!
Nanti boleh kopi-kopi lepas ni. Till we meet again! xoxo!

Semester depan aku request di sandakan. harap-harap sir approve la. hing~~Jumpa tahun depan hospital duchess of kent harap dapat ketemu ya! :D welcome name tag merah ^^



Sunday, July 05, 2015

FINALLY FINAL YEAR ♥

Salam manis, السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Salam Ramadhan :)

Polaris Memoirs melaporkan dari bumi Lahad Datu Sabah! wehee~~ Sebenarnya sekarang bukan mode bercuti-cuti. Sebabnya aku start cuti semester dari 13hb June sampai 30 June hari tu lagi. Cuti yang gantung. Sebabnya asal balik rumah mesti aku demam. Dicampur lagi batuk, selsema dan tonsilitis. T-T. Tup tup cuti tinggal 1 minggu. 1 minggu yang aku habiskan sepenuhnya di dalam rumah tengok drama korea yang aku tertinggal. ngehehe. 

So, sebelum aku biarkan blog ini berbulan-bulan bersawang dengan lebih lama patutlah kiranya aku menconteng sepatah dua kata. (kononnyaaa sepatah~~padahal terus jadi esei ) ^^

Fyi, aku sampai di bumi Lahad Datu semalam dengan kawan-kawan sekelas yang mostly first time pijak LD. :) Walaupun beli tiket asing-asing. Tidak sangka naik bas yang sama dengan dorang-dorang! syiok~~

Act, Penghujung semester 4 lalu adalah yang sangat mendebarkan, buat cuti tidak keruan. Sebabnya, result tidak diumumkan sebelum balik cuti. WHATTHEEE~~aku memang cuak gila kalau result kena postpone. Balik bercuti pun aku macam tiada mood mahu bercuti berjimba sebab balik-balik teingat tu result. 

1 Julai 2015 : Finally Final Year!! cepat betul masa berlalu, tinggal setahun lagi. Cepatlah, aku tidak sabar jadi staff. 1 hb Julai juga kemasukan junior-junior baru. Welcome to KSKB dear juniors!!
P/S: Kepada junior-junior, jangan jatuh hati sama abang dan kakak senior di kolej, sebab yang hensem/ cantik tengah praktikal. 
hahhaa, quotes yang sangat benar!! kahkahkah! 
Dan selain tu juga, 1 julai jugak menandakan sudah 2 tahun tepat kami di kolej kskb. Sem 5 sudah. Tidak terasa pun masa berlalu. Syukur Alhamdulillah, result semester 4 memuaskan. Walaupun aku kecewa dengan diri sendiri sebab tidak capai target. Tapi sebenarnya aku minta lebih-lebih, berangan 4 rata pun, kalau malam exam baru aku buka buku, memang setanding la dengan usaha seciput tu. Yang aku paling kecewa subjek pskiatrik yang dapat A-. Padahal subjek tu, tajuk schizophrenia yang keluar exam tu aku sudah bermatian hafal dan fahami tajuk  tu, tapi yang aku paling hafal la yang aku lupa masa exam. punyalah. Sia-sia aku menghayati semua drama korea pasal mental disorder terutama schizophrenia. kahkahkah.>_<


Btw, Congratulation buat 3 orang batch-mates yang mengungguli 4 flat. kyaaaaa. jelessssnya. keke. I'll work harder! Fighting! Congrates juga buat semua kawan-kawan sekelas sebab kita 140 orang lulus naik semester! :) 

Goodbye name tag hijau! 
Hello name tag biru~~weeee..

Dalam-dalam aku excited sebenarnya sakit jantung aku fikir macam mana praktikal semester 5 nanti. Beban pun makin tinggi. Makin disuruh berdikari sendiri. Untuk semester ni kami ditempat kan di klinik dada, dewan bedah, wad bersalin, klinik ortopedik, wad ortopedik dan jabatan kecemasan. 
So esok aku start di klinik dada. Harap semuanya berjalan dengan lancar. cuak teramat, terutama di jabatan kecemasan. Dulu masa junior-junior bulih lagi macam tau tidak tahu. Sekarang wajib tahu mahu buat apa. Nasiblah kecemasan tempat paling last bagi group aku. Lagi cuak bila dalam group kecil untuk setiap wad, cuma aku sorang gadis. sorang-sorang lagi tu perempuan. omgeeee. pandai-pandailah aku melekat dengan diaorang. Jangan jak dorang kasi tinggal aku kalau dorang escape. aku pun mau juga ikut escape. hahaa. LOL! 

Banyak benda seronok yang aku tidak sempat cerita. Terutama pengalaman klinikal semester 4 di klinik psikiatrik dan klinik kesihatan ibu dan anak. Betul-betul aku tiada masa dan malas untuk menulis. ngehehe. k la gtg~~Aku kena tidur sekarang. omgeeee. beginikah perasaan di rumah. Aku rasa macam cuti sahaja. Jangan jelah tidak terbangun esok pagi. Goodnite  ^^ 

Semoga hari pertama klinikal di daerah sendiri berjalan dengan lancarnya. 
Team Lahad Datu fighting!!! :D 

Till then. Take care :)

Sunday, March 29, 2015

YOU ARE MY LIFE♥

Sunday
29.March.2015

Alone and I'm spending the whole day reminiscence my youthful days over my psychiatric books. Gah, I end up reading only 6 pages. And yes, I end up coming to blogger for a heart to heart session. hee~~. Fyi, I'm not active like I used to be. I spent less time fan-girling over K-pop. Ne, I'm not updated with all the K-news and so on. I only manage exploring new songs or new album released during my long holiday. How I miss those back days where I spend hours at YouTube, fan-girling with fellow chin'gu, weekend's meet-up, spending hundred bucks over concert's tickets/albums/goodies, my super-crazy-obsession over Hoonie and my ultimate love for FT Island. 

Ikr, time does flies like an arrow, isn't? But deep, I still care. I never gave up on them, it's just I have my own mission towards my dreams though they are one of the things I sadly sacrificed. I feel sorry coz I'm a bad Pri. I cut contacts with all my closed chin'gu, I never bought any official album since Five Treasure Box, I missed all their concerts, I missed all their official MV release. I feel really bad. 

2 years elapsed, though I lost all those precious FTI&PRI  moments, their music will always be part of me through my thin and thick. My stress reliever when i'm struggling during studies, uplifting mood for bad days and for sure their love songs that never failed giving me butterflies :) And forever, they always be my ultimate number 1 favorite. Once a Pri, Forever a Pri. #PrayFTIslandcomeback #7yearsPrimadonna . 

Gosh, just why am I being sentimental over these 'childish' things. Gahh, only a k-popers will understand all these mixed up feeling. Ini sebab dengar lagu-lagu sentimental la ni dari petang. uhuk uhuk,,sedih gila layan lagu sedih sendiri-sendiri lagi. Bikin meleleh air mata gia. 
Take a listen to them. Though they are underrated, believe me, they are magically talented  :) 
These are my favorite among favorites. Peneman suka-duka-lara-sunyi ^^
Kalau boleh mahu kasi list semua >_<

The overflowing feeling when I happened to meet you, That i can't quiet convey to you, listen to my heart. Your shining eyes ever looking towards the future will be the light illuminating the road. In this world there is only you. You are the only one I want, You are my life. 'Irreplaceable' the meaning of that word, for the first time i understand. It was you who thought it to me, I love your smile-You are my life-
I try to comfort myself, telling myself to stop. But I can only forget you in my head. Because my heart still remembers you. I throw a fit but I keep thinking of you. I tell myself that I’m over you but it’s only you. I keep missing you. I only miss you. The longing words that come up to my throat~~I love you-Madly-







We don't have to part every day,We don't have to worry about cab fare.We don't have to watch out for our parents even when we drink late at night. Let's meet and talk about our love story that heated up the phone every night. Let's stop dating. I don't have to say good bye.I do n't have to worry about you sleeping. I don't have to eat latenight meal all by myself. I'll do all the hard things for you-Marry me-


If i could reverse time, I'll go back to those days I met you. It's a courage to be able to give happiness rather than depriving it-Theory of happiness-



No matter how much you try to find someone like me, There won't be anyone else-I wish-


I'm thankful you are my girl and I'm your man-Baby Love-

My feelings is like an endless sky, like carrying you somewhere else. As soon as I get down, I'm still looking for the light, those places where I can find only one person. Because I really want to say "Thank You"-Thank You-

You think you know but you don't. That is love. Even if you're hurt but you miss it. That is love. After they're gone, you realise it's love -You are Love-


Until you return, i'll wait. Until you return, I'll cry for just a bit. If it rains, wheather they're tears or raindrops, no one will know. Let's be forever like you promised                -Until you return-

Over the crowd, I see your back. I was reaching my hand unconsciously. Even it's too late, gotta tell you I'm sorry. Otherwise I can't move on . My heart hurt as I run. Because it was as I left you behind -Distance-

How was my fav songs? :) 
Gahhh~~ I just wanna say how much I miss Hoonie so much. LOL. Sorry sayang. Hari ni saja rindu membara ni. But, Jong Hoon will be your forever rival! kyahaha :D Mehrong! :p 
I miss you FTI boys.
I miss you CJH
I miss you all Primadonna! <3>





  

Friday, March 13, 2015

MY FIRST CLINICAL POSTING AT MEDICAL & SURGICAL WARD♥

Salam manis, السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Been so long on hiatus mode. Sudah dekat dua bulan tidak datang menjenguk. Btw, thanks for dropping by :) 

Polaris Memoirs melaporkan dari bumi Lahad Datu. Sudah 5 hari di sini. And I have to go back on Sunday T_T. Cuti satu minggu sempena mid sem. I don't usually went back home for mid semester break. Sebab selalunya mid semester adalah 1 minggu untuk berhempas pulas untuk exam. Tapi kali ni, sebab sudah jadi senior-senior , tidak ada exam mid lagi, tambahan pula ada majlis kawin kawan baik. So, yes, i decided to go back. Itu pun, malas-malas. Sebab paling tidak suka cuti gantung. Kawan-kawan lain yang office hour dapatlah cuti lebih sikit. aku yang kerja malam hari sabtu lagi. Terus hilang mood balik LD. Gantung. Dan paling aku benci adalah perasaan mesti balik KK lagi. Terus homesick lagi. Perasaan sedih-sedih tu. Paling aku benci. Pelik. Orang lain biar ada cuti pendek, semangat pulang. Tapi mungkin aku ada sifat alien sikit, aku benci ada perasaan sedih yang kau tahu "hard to le go" begitu. begitulah. susah aku mahu terang dengan kata-kata. Tapi, sampai-sampai rumah demam+batuk+tonsilitis. Sedar ta sedar sudah 4 hari terperap rehat di rumah. Ini pun masih disphagia. Kadang aku rasa SOB pun ada. Entahlah, kadang macam kena serangan angina pun ada. T_T. Sampai ada orang merajuk lambat diketemu. hehe :D 

Btw, ada banyak benda aku mahu kongsi dan simpan jadi kenangan di sini. Tapi macam selalu, masa selalu tidak mengizinkan, mahu cerita semua pun. nanti aku pandailah-pandailah ingat jak semuanya. haha. Dan macam biasanya, sebab aku jarang tingal jejak, panjang berjela la gamaknya entry ini :)
Iklan sekejap bersama si Lola gendut~>_<
Dua bulan berlalu. 
19 January - 15 February 2015 aku praktikal di Female Medical Extension Ward, Hospital Queen Elizabeth 1. Banyak benda yang aku belajar di sini yang bantu aku dalam pembelajaran dan paling penting banyak ajar aku erti kehidupan. I met lots of good peoples. Mungkin hari pertama dan kedua tu kekok sikit. Jadi drip stand pun ada. Ramai senior sebelumnya macam kasi takut-takut la yang bila dapat posting di Hospital Queen ni, kita tidak dibagi peluang sebab bersaing dengan ramai student lain, wad busy so kita tidak berpeluang belajar la. Jadi drip stand la. Tapi sebenarnya, bila kita belajar untuk approach staff, banyakkan bertnya, banyakkan volunteer diri untuk buat kerja, banyak benda yang dorang bagi kita peluang untuk buat. Banyak benda yang dorang akan ajar kalau kita rajin bertanya. Ikut MO (Medical Officer) ward round, assist HO (Housemen) clerk patient dan buat procedure, jadi chaperon untuk doctor, belajar dengan staffnurse nursing care dan sampai ikut PPK hantar specimen. Semuanya depends dengan diri kita sendiri bha tu. Kalau kau malas, diam-diam jak tunggu kena panggil, memang la kau tidak dapat apa-apa kan. Memang begitu lumrahnya. Pengajar pun ada pesan, kita ni datang untuk kita belajar dengan staff, bukannya staff kejar-kejar untuk ajar kita. Kenalah rendahkan ego kan. :)

 Kadang sampai banyak benda buat, ta sedar sudah kerja sampai 8 jam. Memang sangat busy, sangat penat, sakit tumit kaki, sakit pinggang, sakit satu badan sebab mostly di wad medical ni bed ridden's patient. Dorang tidak dapat ambulate, perlu bantuan untuk makan, mandi dan sebagainya. Kadang dalam 1 hari aku mandikan 4-5 patient. Mula pukul 7 pagi sampai 10 lebih jugak baru siap, Dari mandikan sampai tukar cadar. Sangat perlukan kekuatan fizikal yang maksimum. Walaupun kau buat berdua dengan kawan. Tapi dengan badan aku yang kecil ni, seluruh tenaga aku gunakan untuk bantu ADL (activity daily life) patient. But, it's all worth it when they say a magic words "thank you". Sumpah hilang penat kau dalam sesaat. :)

Walaupun benda-benda nursing care ni bukan dalam skop pekerjaan MA, tapi masa zaman student ni kenalah belajar buat semuanya. Dalam masa yang sama, di situlah kita belajar soft-skill. Macam mana interaksi dengan patient, keluarga patient. Orang kata, sambil menyelam minum air. begitu bha tu kan. :)

Antara prosedur-prosedur hebat yang aku dan kawan berpeluang buat bersama doctor adalah Lumber Puncture, Ascitic tapping, Intubation,  Endoscopy dan pengendalian kes yang paling selalu belajar masa dalam kelas emergency, pengurusan seizure (sawan). Walaupun, ada prosedur yang bukan buat di tangan sendiri, tapi Alhamdulillah, berpeluang tengok depan-depan mata sudah. Selama ni cuma belajar teori kan. So, bila dapat tengok dan assist doctor dengan mata dan tangan sendiri kau dapat imagine sudah benda yang sebenar. Banyak beza bila belajar teori dari tengok dan alami sendiri. Terus dapat tangkap dan ingat sampai bila-bila. Seronok bila kau dapat lebih dari apa yang kami patut capai. Di sini, kami kena capai target untuk lengkapkan buku log. Antara prosedur wajib yang patut kami buat dan achieve target di wad medical ni adalah prosedur Terapi oksigen, Peak Expiratory Flow Rate (PEFR), Hess test (Ujian denggi), ECG, DXT, Nebulizer, Apeks beat palpation, Chest spring test, Pemeriksaan jantung, Pemeriksaan paru-paru, Pitting edema palpation, pengendalian troli kecemasan, pengendalian pump infusion, pengendalian IV, Pemberian suntikan dan paling penting, buat case clerking dan case presentation. Mula-mula ingat tidak dapat achieve target, sebab macam banyak. Tapi Alhamdullilah, dapat archieve target dan lulus dengan jayanya di penempatan pertama ni.

I even make friends with lovely aunties and granny. I even sang for them. Haha. Kadang dorang terlebih manja pun ada. Sampai staff nurse pesan jangan telampau kasih manja nanti bila kami tiada, tiada orang mahu layan dorang sebab wad busy. hehe. 
Sumpah patient ni sangat manja macam baby. Ya lah, orang sakit kan. Kalau kau sakit even demam pun, sensitif sikit kan. Sikit-sikit panggil kau. Tapi paling aku geli hati, bila aunty-aunty panggil sebab bosan. Bawa bercerita. ahaks! The most unforgettable moment, bila aku pujuk satu aunty ni untuk makan..puas aku pujuk pelbagai cara sampai dia marah..hehe. Bila dia marah, aku cakaplah "aunty jangan bha marah. senyum dulu".
Terus dia senyummmmm. "^__________^".
Lepas habis senyum muncung balik sebab aku suruh makan lagi. haha. Then i was like.
"Aunty, kalau aunty tidak makan, nanti doktor datang lagi tu ambil darah aunty banyak-banyak kali"
Then dia pun cepat-cepat buka mulut. Bila dia sudah makan, aku pujukk lagi~~
"waaa. pandai ooo aunty. sikitt lagi..sikittt lagi aunty"
Terus dia naik belak. Terus dia cakap "Humphhh. Nda mau kawan~tadi cakap sikit jak"
Then aku pujuk balik.."Aunty bhaa,,tengok dulu saya. Cantik ka saya aunty?".
Dia jawab "Cantik!!". Tapi lepas tu dia masam muka lagi. kekekeke. Merajuk-merajuk pun nanti dia panggil jugak aku kalau ada apa-apa. hahha

Ada satu aunty lagi yang aku selalu temankan, she was like this cute little kitten kalau tengok aku. Aku pun terus cair layankan karenahnya..heks. Pernah sekali dia pujuk aku belikan kuih pau. Aku manalah ada bawa duit..hahaha. Aku bagitau dia nanti family dia datang aku suruh family dia beli. terus dia merajuk. hahaha. And she always say this quote to me before she went to sleep.
"The sky is too high". :) 

Aunty sorang lagi selalu panggil makan dengan dia. Mungkin sebab aku selalu mandikan dia pagi-pagi. Dia jadi rapat dengan aku. First time aku tolong dia mandi, dia ada cakap
"Malu aunty, macam baby sudah. Mama kamu pun kamu ta buat begini. segan aunty"
Terus aku rasa sebak. Dulu masa arwah mamy aku di ICU, aku tidak pernah buat semua ni. Semua staff nurse yang buat. Mungkin kalau aku lebih matang, mungkin aku boleh buat semua tu. Baru aku terfikir yang kenapa selama aku jaga arwah mamy aku dulu, aku tidak pernah buat semua tu. :(.
Btw, aunty ni selalu ajak aku makan sama :)
"sinilah kau makan sama aunty".
"Aunty mana boleh owh. nanti staff nampak, saya kena marah owh aunty makan di sini"  "tutuplah tu langsir, kita makan sama-sama". "Tak boleh aunty""boleh tuuuu. bukan dorang tau tuuuu"
Then aku terus lari tu cakap aku ada kerja Kadang minuman makanan family dia bawakan dia bagi aku. Aunty-aunty ni comel-comel. Selalu pujuk kau dengan mata-mata kucing. awww ^^

Kadang aku ta dapat kawal emosi sebak bila dorang cerita tentang sakit dorang. Kadang sebak kalau yang tiada family datang lawat..kadang kalau aku bagi suap makan pun aku sudah sebak. Kadang bila patient yang sudah sihat dapat keluar, sampai menangis jugak aku dibuatnya sebab yalah, bukan sehari dua dorang di wad, paling cepat pun seminggu. So, bila sudah berminggu rapat, selalu bawa bemain, cerita-cerita, kalau dorang sudah dapat keluar, panggil kau, peluk cium, cakap thank you tak henti-henti. meleleh-leleh jugak air mata aku. Dan paling aku sedih kalau ada yang pergi. Macam baru semalam kau jaga dia, tiba-tiba ajalnya tiba. Teringat-ingat setiap conversation kau dengan dia :(

Dan satu moment ni yang aku takkan lupa. Aku escort patient ni ke ceramah haemodialysis. Kau tahu kan, bila sudah buah pinggang rosak, pilihan terakhir adalah haemodialysis ataupun pemindahan buah pinggang. Sudah tidak ada ubat-ubatan untuk rawatan. Bila aku temankan dia di bilik ceramah, dia refuse untuk tidak mahu terima apa-apa rawatan haemo. Aku pujuk dia supaya teruskan habis dengar ceramah. Cuma dengar, nanti boleh buat keputusan.  Tapi dia tetap berkeras mahu pulang wad. Suruh aku hantar dia pulang. Puas aku pujuk. Sampai dia naik suara dan melenting dengan aku. Dia cakap aku tidak faham situasinya, situasi keluarganya mahu buat rawatan begini. All she was saying about death. I told her that life are precious. I do my best to comfort her. But still, she already give up on her life. At the end, It's just the two of us, crying at the corner of everyone else who still fight for their life :(.

Thank you buat aunty yang layan aku dan kawan-kawan macam anak sendiri. Sampai ada yang bagi duit angpau, hantar limau ke asrama kolej lepas discharged dari wad. :). Thank you juga buat semua doctor yang peramah, tidak pandang student PPP sebelah mata, yang banyak bagi tunjuk ajar, Thank you juga buat staff nurse yang peramah, yang banyak bantu untuk kami mantapkan skill dan juga buat Clinical Instructor kami yang paling sporting, thank you sister. You're the best! ^^
Thank you Female Medical Extension Ward, HQE for such a great experienced.
Kalau boleh mahu tambah sebulan lagi di sana. ;)

16 February-15 March 2015 pula aku klinikal di Female Surgical Ward, Hospital Queen Elizabeth 2.
Bila datang di sini macam culture shock. Sebab semuanya lain daripada Queen 1. Baru dapat alami apa yang pengajar pesan di dalam kelas dulu. Semua tempat akan berbeza dari segi pengurusannya.
Banyak benda yang kita kena adaptasi. Di sini sangat-sangat ramai student medical. So, macam berebut mahu archieve target pun ada. Tapi, bak kata sir, tidak salah bersaing dengan student medical. Kita pun sama-sama belajar bila masuk wad. Jangan pernah rasa rendah diri. If we have skill and knowledge, don't ever feel down towards them.

Di sini aku rasa sunyi sikit, banyak patient yang aku tidak kenal. Tidak dapat kenal dengan lebih rapat. Sebab mostly masuk wad untuk surgery. Sehari dua sudah boleh pulang. Apa yang aku dapati, paling banyak kes Breast cancer/Breast Lump/Breast Abses dan Appendicitis setiap hari dan paling banyak berlaku pada wanita lingkungan 17tahun -20an. So, please take care of your body's health dear friends!

Aku dan team berpeluang juga masuk wad neurosurgery. Di sana ada sir MA yang sudi ajar kami lebih dari apa yang kami patut archieved. Banyak benda yang kami tidak pernah diajar secara teori, sir terangkan dari segi skop pekerjaan. Walaupun aku selalu stress bila masuk wad ni, sebab sumpah aku rasa aku terlalu rendah. Bila sir tanya benda-benda basic yang sudah belajar masa semester 1, banyak juga yang aku ingat-ingat lupa. Bila dapat jawab apa yang sir tanya, jawapan yang aku bagi tu sir suruh terangkan lagi sampai lubang cacing. Di situlah, aku rasa betapa ceteknya ilmu tu. Lagipun, sir selalu aim aku jawab soalan-soalan berbisa. Mula tu bukan apa, kalau sir tanya aku selalu jawab bila semua orang ta mahu buka mulut. Then, dia cakap, dia xmau 1 orang jak menjawab, mesti semua pun berani bersuara. Then dia tanya pointer sorang satu. At the end, habis aku kena soalan bertubi-tubi.
"Kau, best student. sir tak mau tu ko jawab yang biasa-biasa". "kau best student, kau jawab soalan saya ni""haa, best student, jangan cakap kau tidak tahu ya" "kau best student, cuba kasi terang". "kau best student kalau ta boleh jawab, saya xtaulah macam mana ko boleh score" 
Terus aku trauma bila sir sudah pandang aku. Masuk wad tu pun aku macam ddalam ketakutan.
Aku ada terus terang cakap. "Sir saya ni pandai di kertas sejak sir. Masa exam jak saya ingat"
Terus bila sir cakap "Macam mana kau boleh dapat score exam owh. Kau tahu, itu sebabnya kau kurang membaca. Tiada guna kalau cuma tahu teori, tapi tidak dapat adaptasi di luar". Seriously macam aku mahu terjun dari tingkat 7 sebab ta dapat jawab apa yang sir expect. Bukan sebab sir tegur begitu. Tapi sebab aku memang macam ta tahu apa-apa. Baru la sedar yang betapa pemalasnya aku baca benda-benda tambahan. Terasa macam bodoh sekali pun ada. Harap yang belajar di kelas jak. Padahal buku medical harga beratus-ratus tidak pernah baca.
Hari tu pun ada doctor tegur aku.
"Adik, ini buku kau ka?".Ya doc, kenapa?"Ada lagi yang edition baru sekarang ni""Owh, ini lama sudah saya beli ni doc""owh iya? saya ingat kau baru beli owh"
Gulp,,,terasa pergi jantung. Itu nampak baru sebab baru beberapa kali aku baca dan hayati. Bikin malu owh. +_+

 Lepas tu, rajinlah aku baca buku, buat revision. Itu pun sehelai dua, terus aku tertidur. ngehehe. Entahlah. Bila la aku mahu sedar yang aku ni macam cuma tahu benda-benda basic jak. =_=. Tapi sebenarnya, bila kena tegur begitu, bukan kasi jatuh semangat aku. Aku rasa bagus lagi ada yang tegur. sebab kalau tidak kena tegur. macam kau ingat kau ni tahu jak semuaya. padahal kosong. So, sejak tu, aku bertekad, yang satu hari nanti pun, aku boleh jadi sebaris dengan sir tu. Kowt-kowt boleh jadi hebat di neurosurgery jugak. omgeee. mari bertekad cemerlang. No pain, no gain! fighting!

Btw, pengalaman paling banyak di wad surgical ni bagi aku, lebih banyak tolong aku dalam interpret penyakit based on region of abdominal pain. Terus tolong ingat dalam anatomi badan. Bila patient cakap "sakit di bahagian ni", terus kau boleh agak sudah tu, sakit apa berdasarkan anatomi badan. Untuk pengisian buku log, ni antara prosedur yang kami kena archieved sepanjang sebulan di wad ni, Glascow Coma Scale, Extubation, Underwater seal drainage, Pre & Post operative care, Off drainage tube, Catheterization, Indwelling Insitu care, Nasogastric tube insertion & penjagaan irigasi pundi kencing. Lepas tu macam biasa la, kena buat case clerking dan case presentation.

Though i can't make friends with the patient, tapi aku bergeng keras dengan staff nurse di situ. hehehe. Rasa warm di situ sebab semua staff nurse baik-baik, bawa bermain, kalau ada apa-apa panggil ko supaya dorang boleh ajar. Kadang boleh bergosip bersama juga. ahaks!. Awww, rindu sudah bermanja-manja dengan SN di sana >_<

So, lepas ni start 23hb Mac aku mula klinikal di Hospital Mesra Bukit Padang. Seriously, aku sangat-sangat excited masuk was psikiatrik ni sebab pernah juga aku bercita-cita mahu masuk bidang pskiatrik ni. Macam seronok sebab banyak main dengan psikologi kan. tengoklah macam mana. Kalau aku rasa aku boleh bawa, mungkin lepas kerja nanti aku ambil pengkususan psikiatrik. Kalau tidak, mungkin ada bidang yang lebih sesuai untuk aku. hehee. Btw, sebab aku semangat berkobar masuk wad, haruslah aku khatamkan semua drama-drama korea yang berkenan dengan psikiatrik.

Aku recommend-kan drama paling latest Kill me, Heal me. Ta taulah kalau di TV, Tapi sebab aku tengok online, di Korea drama tu baru habis. Omgeee, aku tengok sehari setengah habiskan 20 episode walaupun demam-demam.. Seriously drama yang haish, memang daebak! Walaupun Jo In Sung tu cinta pertama aku dari aku umur 13tahun, kahkahkah, Kill Me, Heal Me tetap awesome berbanding It's Okay, it's Love . Haish, tapi mungkin sebab Ji Sung telampau hot bha tu. High recommended psychiatric drama. Lebih baik kau layankan Kill Me, Heal Me daripada Hyde and Jackle. Aku baru tengok 1 episode sudah bosan owh. Sorry Hyun Bin! kekeke. Tengok ke laut sudah cerita aku ni. Kyaaaa. Shin Se Gil~~<3 p="">

Rasa mahu tengok lagi sekali.
Owh ya, drama tu pasal multiple disorder. Dissociative Identity Disorder (D.I.D) . Dia ada 7 character berubah-berubah. Paling aku jatuh cinta kalau dia bertukar jadi bad boy (Shin Se Gil) dan paling aku geli hati bila dia tiba-tiba jadi Ahn Yoo Na! hahaha..
Tengok jangan tidak tengokkk~~

Oklah, cukuplah sampai di sini aku merepek berjela-jela.
Till then~~
:)



Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon