Saturday, May 31, 2014

MAY ♥ MOVING ON

N/P: I don't love you-MCR
Salam manis,

Hi penghujung may. :)
Polaris Memoirs bersiaran langsung dari bumi Lahad Datu, owh rumah manis rumah ^^
Sambil-sambil upload gambar di fb yang beratus-ratus sempena minggu kokum hari tu, jari-jemari ni ligat pula mahu menari-nari di atas keyboard. So, izinkan beta men-curhat >,<.  Btw, aku sampai subuh tadi, dalam pukul 3 begitu. Hujan renyai-renyai sepanjang jalan. Sejuk. Macam sejuk dalam hati aku. heee~~

Seronok bila sampai rumah, hati pun terus berbunga-bunga macam kena baja sebab kau rasa 'warm'. begitu~~Kau boleh begelak sakan dengar adik bujang kau merepek-repek, tengok aksi adik bongsu kau yang telampau sweet kalah-kalah budak perempuan main dengan anak-anak kucingnya, melepak depan tv tengok sinetron ntah apa-apa kegemaran adik kau sambil tunggu papa kau masak sempena kau pulang. heaven. sangat heaven. bak kata milul : 
 "aaaa~~begitu pula rasa orang sudah lama nda pulang rumah ni, syok~"

Btw, cuti semester ni sebulan. Bulan 7 masuk balik. Sem baru. Life baru. Semuanya akan baru. :). Alhamdulillah. Congrats untuk diri sendiri sebab lepas dengan jayanya sem ni. Congrats jugak buat kawan-kawan AMO 07/13 semua..weee~~Jumpa next sem! .Apa pun, aku puasa nazar seminggu untuk result. Aku pun ta sangka. ingatkan aku ta dapat maintain kan kepala 3.

Sebab serius aku rasa aku macam mahu gantung diri di pokok kacang peas setiap kali lepas jawab paper. Aku rasa susah, macam ta boleh jawab. ngehehe. Tapi syukur, dapat jugak kepala tiga-tiga. Sem depan usaha lebih lagi. err~~walaupun subjek maut. boleh tu..err.boleh! fighting!. Paling penting aku kena kurangkan tidur. Tidur jak tau. aiyaa~~sikit-sikit mengantuk. macam mana mo jadi top student. cakap bolehlah. buatnya tiada. usahanya tiada. memang ta ke mana la kan. ngee~ Apapun aku paling gembira sebab paper surgery, subjek kesayangan, lecture kesayangan, dapat A. rasa mahu cari sir roro masa tu jugak. LOL. nasib dia di KL masa result diumum. ngehehe. Tapi yang aku paling bersyukur, ada hikmah sakit yang aku rasa, air-air mata yang aku ta dapat kawal subuh tu. Kira pagi result diumum tu aku macam dapat matahari dan pelangi lepas hujan serta guruh di subuh hari. Dapat jugak aku tersenyum girang. Thank You Allah. 
"When Allah tests you, it is never to destroy you. Whenever He removes something from your possession, it is only to empty your hands for an even better gift :)" 
Baiklah, cerita yang aku paling ta sabar coret di blog ni, pastinya cerita klinikal. Semester ni aku rasa jadi manusia paling bertuah sebab dapat bertugas di unit kecemasan. Dandan di bangunan baru HQE1 lagi kan. Memanglah semua kawan-kawan jelezzzz..hehe. Thank you la pada yang bertanggungjawab bagi aku bertugas di situ. Rasa mahu peluk sekuat hati. XOXO. 

Emergency baru HQE1 ni memang awesome.cool.dan high tech. Baru buka sebulan. Perasaan kau bila dapat tahu kau bertugas di situ kan, terus kau feeling-feeling macam dalam cerita Code Blue, Medical Top Team, Iryu medical team dragon dan pastinya kau berangan ada adegan-adegan cute dalam Emergency Couple. haha. 

Dijadikan cerita, aku dengan kengkawan berlima (group yang sama bertugas di wad mata dulu), PM duty, start pukul 12pm. Bila masuk, tiada Clinical Instructor atau Sister yang in-charged untuk kami. So pandai-pandai la hidup. Kami cari Chief (Medical Assistant pangkat U32, yang pakai baju hijau)
Kami di bagi briefing, di bawa pusing satu A&E, dari triage, green zone, yellow zone, red zone, procedure room, plaster room, minor operation room dan farmasi. Lepas tu kami di bawa di observation room& call center. Di situ semua MA yang bertugas. Lepas tu kami di attack dengan soalan-soalan diagnosis peyakit, manesfestasi klinikal dan nama-nama ubat yang selalu di guna di emergency. Gulp. Nasib baru habis exam. Masih fresh lagi otak. Chief cakap. Habis klinikal nanti. Dia mahu kami achieve target. Semua penyakit yang kami berlima sebut tu, kami mesti observe, cari dan baca case note pesakit yang ada di situ. Habis jak briefing. Kena cuci telinga jugak la sebab kami tidak bawa stethoscope. Sir cakap, esok2 kalau tidak bawa Stethoscope, dya memang akan halau dari A&E. Gulp~~hehehe. 


Lepas briefing, sir bahagikan kami berlima di setiap zone. Aku kena di Green zone, second triage. Bahagia. Itu yang aku memang mahu. Seronok rasanya. Sebab MA ni kerjaya utama, banyak di perlukan di triage. MA adalah front liner. Sebelum kau jumpa HO, MO, kau akan diperiksa, ditolong, diselamatkan oleh MA dulu. Bila kau sudah stabil, baru kau jumpa doctor untuk rawatan selanjutnya. 
So aku memang seronok , bangga dan banyak benda yang aku belajar di second triage. 
Thanks kepada MA Syafiq yang banyak tolong dan bagi tunjuk ajar dengan aku.
 Hari pertama lagi MA Syafiq bagi aku peluang buat prosedur ECG. Ngam-ngam hari tu tiada MA perempuan yang bertugas, aku satu-satunya student MA perempuan di situ, kawan aku ada, Miza, tapi dia di red zone, so aku yang kena buat. 
Berpeluh-peluh aku ketakutakan bila disuruh. Tetiba jak aku dibagi arahan begitu. menggeletar satu badan.Tuhan jak yang tahu. 
Liyana~~. Ada patient perempuan. pregnant. Buat ECG. Sudah belajar kan? buat sekarang. Kunci pintu. Kalau ada apa-apa panggil.
Bang, saya pernah buat amali di kelas dan sekali jak masa exam OSCE. Ta pernah lagi buat untuk patient perempuan.Macam mana ni.
Kau  mesti yakin. Sama juga kiraan intercostal tu. Cuma beza perempuan kau kena adjust sikit di bahagian dada. Boleh tu. Cepat-cepat. 
Ok, saya yakin jak ni, satu lagi~masa di kelas, kami di ajar pasang ECG jak, sy x tau macam mana mahu print bacaan nanti. Ta pernah lagi kasi hidup tu mesin ECG.
Senang jak tu. Kau tekan jak button hijau kalau sudah ok bacaannya. Ok. kau boleh tu. Kunci pintu ya. 

Aku pun masuk bilik doctor. kunci pintu. buat ECG. Omgeeee~~Tuhan jak tahu. Aku dapat bayangkan sudah muka Sir Segaran yang akan marah aku di kelas kalau dia tahu aku buat ECG salah. hehe. Tapi berkat usaha gigih buat amali di kelas, dapat jugak aku buat dengan jayanya. Nasib aku ta main-main masa amali di kelas hari tu. padahal~~ngeeeee..

Then, lepas aku buat dengan jayanya, bacaan ECG aku smooth, terus aku dibagi kebenaran buat ECG untuk semua patient perempuan hari tu, Aku berpeluang buat 7 prosedur ECG untuk perempuan dan dapat buat 2 untuk patient lelaki. Sendiri-sendiri. hee~
Sepanjang aku buat, ada 3 patient perempuan yang di bawa ke yellow zone dan 1 ke red zone sebab bacaan ECG irregular. 

Hari Ketiga, aku di second triage jugak. AM duty. 

MA yang bertugas di situ MA Bernard. Pagi tu memang kurang orang. Aku dengan Chung di situ. Mula-mula tu memang bosan sikit, sebab awal pagi lagi tiada patient. Kerja aku, aku cuma ambil case note di kaunter, sambil tu bercerita-cerita sambil aku belek-belek semua ubat-ubat, benda-benda yang ada di situ. 
Tetiba Chung cakap dia mo gi toilet dulu.
So tinggal aku sendiri dengan MA Bernard. Lepas tu ada patient berumur masuk, complain of tonsillitis, disphagia dan dia cakap leher dia macam bengkak. 
So aku berpeluang tengok macam mana MA buat IPPA (Inspection, Palpation, Percussion & Auscultation) . Syok-syok aku observe.
Tetiba masuk patient lelaki dengan darah yang menitik-nitik sampai ke lantai di iring oleh staff nurse. Sangat banyak darah yang mengalir. Dia cakap dengan aku, dia terjatuh dari tangga. Dia rasa jari dia macam putus. Aku apa lagi, aku terus panik. Bukan apa, aku mana cukup ilmu di dada. Tau teori, mana ada skill lagi. 
Sir, macam mana ni, apa yang saya perlu buat?
Buat compression, pakai glove cepat. 
Menggelabah aku pakai glove. Dah tu sebelah jak aku sempat pakai. Patient sudah mengerang kesakitan. Kau pegang, support dulu tangan dia.
Aduh, macam mana ni, glove pun aku x terpakai lagi sebelah tangan.
Nasib ada Chief datang masuk ke second triage, terus datang tolong aku, MA Bernard cepat-cepat siapkan diagnos pt perempuan tadi, dan terus bertindak cepat pasang BP ambil vital sign dia.
Liyana, ambil gauze! Melompat aku kelam kabut cari gauze. heee
Kami buat compression. Chung datang, dia tolong aku pakai sebelah glove dan tolong isi case note, bacaan vital pt. Habis glove aku sampai lengan kena darah pt. Lepas tu aku bawa patient ke procedur room. Di sana ada MA Shafiq, sendiri. 
So aku assist dia buat prosedur dressing. Memang sangat banyak darah patient. Sebab trauma pada arteri. Doctor cuma tgk dan nasihat supaya teruskan compress, dia akan refer kes pergi H.Queen 2. Masa buka gauze tu, memancut-mancut darah keluar. Kulit Pt pun koyak besar. First time aku nampak dengan mata kepala aku darah memancut-mancut. Memang sangat tinggi tekanan artery. Nasib aku bukan yang takut darah. kalau tidak, pengsan kali ya, err~~aku cuma ta tahan muntah. ngeee
MA Syafiq suruh aku bagi pt LA (Local Anesthesia), ubat bius. Pasang IV drip, run fast sebab pt alami active bleeding. Masa tu la baru aku rasa penting sangat aku kena score dan belajar betul-betul subjek MAEM, subjek Emergency. Kalau setakat aku hafal untuk lulus exam. Memang aku ta layak kerja untuk selamatkan nyawa orang.

Lepas tu, aku terus stay di procedur room dengan chung. Sebab best dapat banyak ilmu dari MA Syafiq. Dia siap bersoal jawab lagi. Ambil, ternganga dengan soalan-soalan dia. hehe. Dia bawa masuk tengok bilik stor jugak, kami kira dan susun stok.  wee~:) 
Pokoknya, banyak benda yang aku belajar di Emergency. Baru aku tahu betapa pentingnya tugas-tugas MA di Emergency. Semua MA yang buat. Doctor ada, cuma lebih kepada bagi pendapat, bagi arahan itu ini, prescribe ubat, prosedur yang lain, mostly MA yang buat. MA yang akan saring pesakit, sama ada kritikal atau tidak, mahu letak di Green zone, yellow zone atau red zone. MA jugak yang ke hulu ke hilir naik ambulance selamatkan patient untuk kes pre-hospital (kes di luar), MA jugak yang akan bagi diagnos awal, periksa keadaan pesakit sebelum pesakit jumpa doctor. So memang banyak tugas-tugas MA yang boleh aku banggakan. 
So, lepas ni, aku bertekad cemerlang, tingkatkan ilmu di dada, tajamkan lagi skill amali. Biar seimbang. 
Fighting! Fighting! Kalau niat betul, InsyaAllah Allah akan tolong. Amin. 

So, begitulah cerita klinikal aku di emergency. Berlari ke hulu ke hilir. Tanya itu ini ta habis-habis. hehehe. Boleh tambah slim aku kalau kerja di sini. Tapi apapun, satu pengalaman yang berharga yang terlalu bermakna untuk aku. Sem depan memang kena di wad lain. So, pengalaman di Emergency HQE1 ni aku akan ingat sampai mati. 
Thank You so much untuk semua staff, semua sir MA, semua Chief dan staff nurse. 
Ta lupa buat kawan-kawan aku yang juga bersemangat waja habiskan klinikal kami dengan jayanya. 
hehehe. macam ucapan perpisahan la pulak..ngeee~~
Hope satu hari nanti aku boleh jadi macam abang-abang MA yang tidak lokek ilmu, yang tangkas buat kerja dan layan patient dengan baik serta penyayang :) . Sapa kata MA perempuan tidak boleh kerja di emergency kan. Boleh tu..boleh tuuuuu~~fighting! 
Tengok, semangat kan. kalau satu hari aku jatuh semangat, cepat-cepat aku baca entry ni balik. biar kasi sedar diri sikit..hehe >_<

Eyh, gambar dulu, wajib,,ngehehe,,asal tiada patient, terus busy berselfie, biar mata kuyu-kuyu sudah kepenatan. o-o

 Jerawat oh jerawat, suka kau hinggap besar-besar di muka. =_=''

Errrr, apa lagi ya yang berlaku sepanjang May yang aku belum curhat di blog kesayangan ni ya, errr~~Ohoo~~tiba-tiba aku hilang ingatan. Tu jak kali ya. 

Cerita lain kami ada minggu kokum di kolej utama sempena penutup semester. 
Seronok~~Semangat membara aku menyokong sakan. ngehehe. Sebagai setiausaha kelas, aku ke hulu ke hilir bawa banner, buat pom-pom, tengok kalau dorang perlu air, gambar dorang sana sini, haha, syok eyh.


Dan paling x boleh bla, aku pun join sekaki ikut badminton. x semena-mena. terpaksa sebab ganti kawan yang clash dengan game lain. tapi ok la x jugak kalah memalukan. kalah bergaya jugak la..wakakakakaka. Balik tu, habis sengal-sengal badan aku. main tiada warming up. ngeee~. Sem depan aku dengan miza yang digandingkan secara tiba-tiba bertekad jadi 1 team beregu sem depan. kami ada chemistry ok. kau pernah dengar lagu Kimia. begitulaituuu~~haha

Terasa ada kimia di antara kita~~
Apa pun aku memang bangga dengan budak-budak kelas lelaki kami yang tough-tough lagi hensem bergaya. Bukan sejak hebat di otak, hebat jugak bersukan. hahaha. Semua game dorang menang. 
Kami yang perempuan ni, errr, nanti kami berguru dengan budak lelaki kelas kami la. baru ada fight nanti.ngehehe.

Gambar-gambar dulu~~Disebabkan aku sudah post gambar mereka-mereka di febee~~So, di blog ni biar tuan tanah kedaung punya muka memenuhi, biar sampai mau muntah orang scroll entry ini,,ngahaha. 
selcaaaa~~selfiee~~~*wink~~*


 Punya panjang entry ini,,ambill,sumbat semuanya,,hehek
End of the may, berjimba berdua dengan El. Along x jadi ikut. Yun dengan abe nya. hee~~keluar cari hadiah ,hadiah yang tidak dapat diberi at the end of the day. hul~~
Dan lagi,,sir minta aku tolong jadi jurugambar ta bertauliah untuk kad matrik baru kami. Giler kentang. Macam pro, lol. Mudahan-mudahan semua muka orang bebeh-bebeh dalam gambar di kad matrik nanti. Menangis aku kalau ta menjadi. Memang kena gigit oleh 137 orang nanti. hahaha. Thanks juga buat encik punya kamera. Lama aku guna kamera dia. Terima kasi banyak-banyak. Walaupun aku macam tergoda dengan canon. AKu tetap setia dengan Nikon. hehek. IAMNIKON plak. haha. Hana kau jangan merajuk pula. kau pun hasil kerja pun cantik juga. Kau tetap di hati jugak. ching~~

Oklah, cukuplah, penat perah otak mengiat hal-hal lepas. 

Dear May, Thanks for all the memories. The sweet and the bad. I'll treasure all those moments forever. 
But May, it's time to say Goodbye, and my goodbye means forever. I won't look back and i'll moving on even it's hard. Dear May, remember that somehow, u will remain in memory. 

Never regret anything that has happened in your life, it cannot be changed, undone or forgotten, so take it as a lesson learned and move on. 
And we know that
Memories stay, people don't~
Take care. 
Goodbye May



7 comments:

Anonymous said...

syoknye dpt keje dkat emergency, kite pun dah tgk cite emergency couple tu ;p

Anonymous said...

I like it~~ <3

Unknown said...

@Anonymous hehe, xkeje pun lagi, masih trainee lagi. ^^. sudah tgk jugak? bestkan!!

Unknown said...

@Anonymous huhu,,makaceh,,p/s:jgn la berstatus anon..hehek

Anonymous said...

Biar lah berstatus anon. Mystery. Hehee~

Ayuni Sara said...

Alooo..rindu pulak masa student duluu..sll tapau ubat..ekeke. paling xblah bila doktor d AnE tu suru terangkn stu persatu ubt d emrgncy trolly...nda ko menggeletar! haha. result cmerlang tuu...wish u luck ya kely

Ayuni Sara said...

Paling best posting d AnE kan...thniah result cmerlang tuu...wish u luck ya kely

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon