Paling seronok bila tinggal di KK ni, kau dikelilingi pantai dan laut.
Pusing mana-mana pun kau memang akan jumpa laut.Shopping mall pun menghadap laut. Sambil kau makan di food court pun kau boleh tengok sunset. Awesome.
Benda yang aku paling rindu dan selalu cari masa di KL dulu.
Seingat aku, paling dekat pun Pantai di Sepang. Paling cantik Pantai PD. err, xtau la.pokoknya, berkilometer berjam-jam baru kau jumpa pantai. meredah kampung dan felda. err~~kowt.
Balik Sabah terus cari pantai.
Bila sudah di sini, lagi-lagi area KK, pilih jak pantai mana yang kau mahu pergi petang-petang.
Bahagia.
Seronok dapat lepas stress kau di pantai. duduk-duduk menghadap pantai pun, kau sudah rasa ketenangan tu. Subhanallah, indah kan ciptaan-Nya.
sambil kau menghadap laut terbentang, sambil kau jalan-jalan tenggelamkan kaki kau dalam pasir putih, sambil kau bayangkan awan pelbagai bentuk yang macam gula-gula kapas yang kau suka, sambil kau makan jagung, jeruk, sambil kau tatap mata orang yang buat nadi dan jantung kau Tachycardia.
Cerita beberapa hari lepas di Pantai Shahbandar, Tuaran :)
“There's a sunrise and a sunset every single day, and they're absolutely free. Don't miss so many of them.”
No comments:
Post a Comment