Sunday, April 20, 2014

MARCH-APRIL ♥

Salam manis, Hi April, err~~, hi penghujung April :)
Salam sayang buat pengunjung baru, selamat datang ke dunia polaris yang penuh drama. terima kasih sebab sudi datang ^^

Btw, pejam celik sudah mahu masuk bulan 5 kan, punyalah cepat, dua minggu lagi final exam, tapi lepas tu boleh berjimba-jimba di rumah sebab cuti panjang,wee~~~tapi sebelum berjimba, berfoya-foya, bertidur makan, kenalah berpulun-pulun untuk masa sepan yang cerah kan. Fighting! Good Luck untuk semua colleague MA 0713, Let's do our best and strive for an excellent result. Jia you!

So, there were so much things happen that I would love to share. Mana lagi mahu sharing kan selain di blog tercinta yang menjadi tatapan memori ni, hehe. Owh ya, sebut pasal blog ni, hari tu aku habiskan masa seharian, 1 hari 1 malam mengimbau kenangan silam. Punyalah~~tergelak, termalu pun ada baca blog sendiri. Tapi ok la, mengikut peralihan masa, semakin matang jugak la. yang part awal-awal dulu tu, memang aku rasa mahu letak muka dalam poket seluar. hing~~ mahu juga aku lupuskan saja entry-entry lepas, tapi sayang, biarlah yang lepas jadi pedoman. gitu~~ p/s: kalau aku yang sendiri baca rasa begitu begini, entahlah apa perasaan orang lain yang baca. >_< 

Sepanjang bulan march hingga april, seperti biasa, aku macam orang yang no life, cuma membusykan diri dengan kehidupan seharian. Keluar pukul 7, balik pukul 5, setiap hari benda yang sama, begitulah kehidupan. syukurlah nak, sekurang-kurangnya ada hidup lagi kan. hehek.
 Aku habiskan masa hujung minggu buat kerja-kerja pembersihan dengan ajk kelas. sem depan kalau sudah ajk bertukar, tidak dapat la merapatkan silaturrahim lagi, so, selagi belum habis sem ni, aku lagi suka habiskan petang-petang membersih bersama-sama. hehek.


Btw, bulan march hari tu ada majlis perhimpunan tahunan KSKB KK, tahun ni batch kami yang bertanggungjawab buat semua preparation. Bila sir minta AJK kelas uruskan. aku pun semangat membara-bara, sebab aku paling suka part hias menghias atau bahagian cenderahati segala. Actually, dari tahun baru cina lepas kami buat preparation, so aku sudah bershopping sakan beli perhiasan-perhiasan chinese new year, sekali,,punyalah,,ditunda sampai bulan march lepas. Hilang mood chinese new year. hul~~Sebab sudah terbeli guna duit kelas, terpaksa juga lah diguna..kesian ajk yang bersusah-susah buat gimik dengan elemen tahun baru cina, cancel plan. Tiba-tiba jak diumum "jumaat ni 28hb, kita buat perhimpunan". punyalah~~~
Kelam kabut gia. Pagi tu baru dibagitahu. geram jugak la. sebab kita kan mo tunjuk yang kita ada effort bha urus tu event. Apa boleh buat,,telur ayam bulat-bulat~~haha. 

So, tengah hari tu, saya, penghulu kelas dan mpp turun kk, skip kelas,hehek,  beli barang-barang yang bolehlah~~ dibuat perhiasan. Lagipun, AJK nursing ada call saya yang dorang akan hias dewan, kami urus bahagian pintu masuk dan iringan pengarah jak. ok la jugak, tidak jugak la terbeban dengan pengumuman tiba-tiba. 

Part shopping haruslah aku paling excited, beli bunga itu harus..hehek. Punya cute Simon memilih-milih bunga di Kaison,,berlari-lari dya mengejar saya tanya kalau bunga yang dia pilih tu okay,,hehe. owh, simon tu penghulu batch kami. Habis bershopping, kami balik cawangan pukul 4 lebih, semua orang sudah pulang ni,,sebab tiada kenderaan, simon berbesar hati sewa kereta untuk aku pergi menghias dewan. owh terima kasih simon. Kaulah ciri-ciri pemimpin masa depan. haha. Terima kasih juga buat teman-teman yang sudi temankan dan membantu berpenat lelah,,sherra babeh, my gayest Nani dan mr selfie,Rauf.  owh emosi, makaseh semuanya,,ni yang buat aku tambah sayang korang ni, xoxo~~

Bila sampai utama, budak-budak nursing busy hias dewan. punya cute. masuk-masuk jak, terus nampak belon-belon putih biru. terasa macam cerita frozen la pulak. let it go~~le it go~~>_< 
Meyh throwback gambar sikit~~hehek. hei, aku paling pantang kalau tidak letak gambar dalam entry. terus rasa diri ini skematitis. haha. 

Alhamdulillah, walaupun persiapan tidak sampai 1 hari, syukurlah semuanya baik-baik saja. Kalau ada yang terkurang tu, lain kali boleh perbaiki kan. heee~~

sir bagi aku dengan anis iring orang penting, eyh, ta sia-sia bersusah payah. haha. punyalah~~bangga jugak la..haha. 
Disamping dengar semua nasihat-nasihat pengarah kan, we having so much fun. bergambar itu harus~~wajib~~Sebabkan aku upload beratus gambar-gambar orang di fb tu, di blog ni haruslah aku pnya muka yang banyak..haha..errr dan disebabkan pengalaman ni, aku taubat mo mengiring lagi, sebab aku rasa jantung mahu  tecabut bila pasangkan apa nama benda alah tu, err~~ribbon ka apa di baju,,punyalah seram. berpeluh pasangkan. taubat aku. cukuplah~~aku lagi rela pasangkan tali leher suami..hahaha. gedik! 

Next, 
Kami ada event sempena Hari Pembantu Perubatan. Program kemasyarakatan kesedaran CPR di gaya street. Orang awam boleh belajar teknik CPR dan dapatkan sijil. Teka teki teka tekok? CPR stand for? Bingo~~Cardiac Pulmonary Resuscitation. Ingat tau~~melayunya. Kardio pulmonari resusitasi :) hehek. 
Errr, Aku dan teman-teman seroomate datang awal pagi lagi, tandatangan kehadiran, lepas tu pergi breakfast, pusing pusing gaya street tengok kucing demok lagi gedik dan selebihnya menghabiskan masa berjimba. punyalah~~sudah mahu habis event baru kami buat cpr, ambil sijil baru pulang. hehek. Tapi yang syoknya, ada Encik Joseph Kajangan, mungkin saya orang yang paling lame,tapi itu first time saya tau mana satu orangnya. Omgee~~kau tidak pernah dengar lagu darikita saja baitu? haaa, dialah. hehek. ok saya lame. bye. Mula-mula dorang semua punyalah haru mahu bergambar, masa aku sampai sana, dorang siap cakap lagi "naa, tengok ni, kami bergambar tadi, jangan jeles". aku punya respon : "haaa? siapakah tu?"..tapi sebab tidak mahu tertinggal, aku ikut je la dorang bergambar,,sudah google-google, baru aku rasa dunia ni cerah sebab aku baru tahu siapa orangnya..hehek. Sebelum event tu habis, Joseph Kajangan ada menyanyi jugak. live. aku pun beronok-ronok jugak la excited dengan dorang. haha. 

Sebelum balik tu, sempat juga menconteng sepatah dua di kain rentang untuk MH370. Sedih, sunyi sepi sudah pasal tu kan. Mungkin ada kuasa-kuasa yang boleh sembunyikan cerita sebenar, tapi ada yang di Atas yang lebih berkuasa yang tahu segala-galanya. 


err,,apa lagi yang berlaku eyh. aku terjatuh cinta kowt? opps~~secret,,tidak mau la cerita..punyalah kanji~~haha. Owh iya,,kami sambut birthday housemate,Jie, di Upperstar, Happy sweet 20 Jie. Lots of love, xoxo :) 
Syok, first time keluar dengan housemates beramai-ramai, selalunya hujung minggu mesti semua ada date masing-masing,,so bila buat official event, rasa sebak melampau-lampau,,awww, emosi lagi,,haha. lain kali kita berjimba bersama lagi ye. huhuk~me loves u all. 


Hampir terlupa, aku terima hadiah paling cute dari teman-teman. Hari tu, ada benda berlaku yang sensitif untuk diceritakan, aku memang down gila-gila, ber-emosi sampai preparation untuk exam formatif pun ke laut,,murung jangan la cakap. Entah kenapa, macam aku rasa susah mahu terima keadaan begitu hari tu..
Tetiba Along datang bilik bagi aku surprise. Apalagi, aku paling ta boleh orang buat surprise-surprise ni, part tu, aku memang terharu gila-gila sampai ta berhenti mengalir air mata ni. terus berdrama lagi di bilikku, bagus-bagus along happy-happy, teremosi jugak sekali dengan aku, sekali dengan roomates jugak. hehek. 
"By, jangan sedih-sedih, mesti kuat. ko mesti ingat, kau masih ada kami,jangan lupa tu".
Dear Along, El and DJ dan semua kawan-kawan yang ada masa aku rasa susah, masa aku rasa dunia ni kejam, masa aku rasa aku perlu tempat untuk luahkan semuanya, terima kasih sebab ada untuk aku. Aku ta ta tau macam mana mo cakap perasaan terima kasih, perasaan sayang tu, belah la hati, hati pun ta mampu cakap apa-apa. Thank you so much. Nama dya neenee kan? Thank You. I'll promise jaga neenee elok-elok. hehe. 
Punyalah cute neenee ni, gebu lagi,,gerigitan saya setiap hari,,hehek, Owh yang cik kitty belakang, geng kebun kesayangan saya yang bagi, yg belakang, dj bagi~~~makaceh semuanya,,,chuuuu~~
Tamau sedih-sedih lagi..hehek. 

Owh, hampir terlupa, Birthday geng KEBUN pulak, Birthday Khai, kami cumlagipun kelas habis lewat kan,,a habiskan masa di bilik karok, walau tiada makan-makan, hehe, tapi sangat bermakna. Sejak sem ni, geng KEBUN punyalah tiada aktiviti sudah, kalau sem lepas melekat jak, berjimba bersama jak, duduk di kelas pun melekat jak ramai-ramai, tapi mungkin sebab kedudukan meja sem ni berbeza, kami jarang habiskan masa sama-sama sudah. Selalu tu pandai sebak-sebak sendiri terutama budak lelaki
"bila bha geng Kebun mo jalan lagi ni, begitulah,kamu lupa sudah dengan geng Kebun kan~~"

..nduk bha,, AKhirnya, ada juga aktiviti kami. Bha lain kali lagi ya~~
Kebun tetap di hati.
Btw, Happy Birthday Khai. Kebun love you~~<3 nbsp="" p="">

Last punya cer, beberapa hari lepas adik bujang dgn adik sepupu yang ku sudah anggap adik jugak, datang KK, so we spend hours together. Punyalah romantik, di Tanjung Aru lagi tu, hahaha. Tidak sempat mo berjimba bersama lama-lama, tapi ok lah, terlepas jugak rindu-rindu ku. Boleh la tahan, aku paling suka dengar part adikku merepek-repek. Terlepas rindu di dada. Mahu pecah perut aku gelak sakan. Thanks encik sudi temankan dan hantar bujang-bujang tu pulang dengan selamat. Owh lamanya lagi cuti baru ketemu bujang-bujang di rumah. T.T ~~



Ok, cukup,,punyalah panjang~~actually banyak lagi yang mahu kuzahirkan. tapi di lain entry la,,biar berkulat-kulat dulu, baru aku perah otak cerita balik, macam tidak biasa, tulis cerita-cerita yang sudah tamat tarik luput,,hehek. 

daa~~

Sweet April time,

sometimes I feel so troubled,

that this old world seems hard to face.
but when I think,
of all the sweetness you bring,
that's when I sing, for your embrace.










Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon