Thursday, April 24, 2014

KAU PERNAH RASA? ♥



Kau pernah rasa begini, kau terfikir dari celah dunia mana dia datang dalam hidup kau sebab dia buat kau rasa macam ada yang serba serbi tidak kena?
Kau pernah rasa macam magic, puff~~kau hidup normal, no life, tapi tiba-tiba dunia kau jadi berseri-seri?
Kau pernah rasa kau ta tahu mana mahu sorok hati sebab kau takut kau telalu cepat untuk mencintai dan kau takut untuk dilukai?
Kau pernah rasa macam orang gundah gulana sebab kau tidak tahu gelodak dalam hati, apa yang jadi?
 kau pernah rasa kau tiba-tiba sayangkan orang tu macam kau tiba-tiba terpeleot walaupun kau jalan dengan penuh keyakinan dengan stiletto kau?
kau pernah rasa kau macam budak kecil yang panik bila maknya hilang dari pandangan di shopping complex sama macam bila dia hilang dari radar dan tiba-tiba tidak hubung kau seharian?
kau pernah rasa jantung macam mahu tercabut keluar bila dia tiba-tiba masuk dalam kotak fikiran kau?
kau pernah rasa kau macam bayi sebulan dua yang boleh tersenyum tergelak dengan innocent tanpa sebab bila kau terima mesej dari dia?
kau pernah rasa kau macam daun semalu yang tiba-tiba menguncup bila anak matanya tatap kau?
kau pernah rasa kau macam kamera sebab kau senyum sampai telinga everytime kau pandang dia?
Kau pernah rasa kau tidak mahu alih pandangan sebab kau rasa terpaku bila dia berbicara depan kau?
kau pernah rasa macam kau keluar dengan tujuan window shopping, tapi tiba-tiba kau mahu beli satu benda ni, tapi kau lawan nafsu kau untuk membeli, tapi bila balik rumah kau rasa perasaan kau meronta-ronta, sama macam bila kau jumpa dia dan kau harus akhiri pertemuan dengan perpisahan sementara,
Kau pernah rasa macam ada taufan dalam dada bila kau konon-kononnya kuat jadi kau pergi stalk kisah lalunya?
Kau pernah rasa kau macam orang yang cemburu buta sebab kau suka zahirkan kata-kata yang sememangnya macam si pencemburu buta "sayang, jangan pergi menyinggah dating pula",
Kau pernah rasa geli hati sampai kau rasa macam ada semut-semut dalam aliran sirkulasi sebab dia buat lawak selamba yang actually bukanlah selawak lawak insan seni,
Kau pernah rasa kau mahu hentikan waktu macam yang kau selalu dengar dalam skrip-skrip movie sebab kau cuma mahu habiskan waktu kau dengan dia?
Kau pernah rasa bila kau dengar lagu-lagu cinta, itu semua tentang kau dan dia?
Kau pernah rasa yang cinta tu tiada sempadannya usia itu hanyalah angka?
Kau pernah rasa yang kau belagak selamba tapi dalam hati macam ada pertunjukan bunga api bila kau jalan beriringan dengan dia?
Kau pernah rasa kau tidak peduli mata-mata yang mengekori sebab kau cuma fikir waktu tu hanya da kau dan dia?
Kau pernah rasa kau mahu bagi tahu satu dunia yang dia yang kau punya sebab kau tidak mahu ada yang mahu rampas kuasa?
Kau pernah rasa kau sudah trauma dengan insan bergelar lelaki tapi kau boleh senyum kembali sebab kau teringat kata-kata ni "I stopped liking fairy tales and happy endings a long time ago, but you, you're making me believe in them again"
Kau pernah rasa kau
Kau pernah rasa kau macam si pujangga sebab kau suka berbait-bait kata tentang dia?
Dan~~
Kau pernah rasa kau tiba-tiba sedih sebab kau terfikir kalau hatinya tiba-tiba berubah, sebab kau tidak pasti liku-liku yang bakal tiba?
Kau pernah rasa ?
Kau pernah rasa ?
Kau pernah rasa ?
Mungkin pernah,,kalau iya pernah,,aku rasa kau memang sah dilamun cinta :)

"Banyak orang memuja kekasih dengan masanya, Aku mungkin tidak punya waktu denganmu,tetapi aku punya waktu untuk menulis tentangmu :) "




2 comments:

Anonymous said...

<3

Anonymous said...

Yeaa. Rasa2nya sy mcm ko lh.. heee~

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon