Salam manis,
Sedih sebab tahun neyh saya tiada di rumah. kalau tidak boleh sambut sama-sama. Selalunya, kalau hari bapa kami adik beradik sibuk di dapur. Masak masakan favorite pa kami. Beli aiskrim dan semestinya coklat untuk pa kami. and yeah, pa saya sangat-sangat suka coklat. Believe it or not, dalam bilik dya ada peti ais yang kecil khas untuk stok coklat. hohoho bapa saya yang bawa pengaruh coklat ke atas anak-anaknya. kekeke. Tapi pa selalu pesan supaya kurangkan makan coklat pula..aik?macam mana tuh? and yeah! oleh sebab saya yang paling sulung, adik semua masih kecil lagi, so tade la bagi hadiah kereta mewah atau rumah banglo kan. tu nanti, bila dah kahwin anak dato', kekeke. garenti setiap tahun bapa saya dapat kereta. >_<.
Dan seperti kebanyakan remaja, saya juga tidak terkecuali. Segan bila dah besar ucapkan perasaan sayang dekat bapa kita kan. Tapi selalunya, saya akan guna ayat "Pa, kami semua sayang pa. terima kasih atas semuanya". hehehe. tadela segan sangat kan. so kalau kamu pun segan cubalah guna ayat begitu. at least dapat zahirkan rasa sayang kamu kan?.
Jangan malu untuk lafazkan, memanglah orang selalu cakap, "walaupun aku ta pernah cakap aku sayang kat ayah aku, ta semestinya aku ta sayang dya". yes! itu memang betul, tapi mesti setiap di antara kita pernah berniat nak ucapkan, tapi kerana wujudnya perasaan ego dan malu tu niat kita ta pernah kesampaian. Percayalah, setiap bapa di dunia neyh ingin juga dengar anak-anaknya ucapkan lafaz sayang biarkan sekali.
Percayalah, dya akan jadi orang yang paling bahagia di dunia saat kamu lafazkan sayang.
Kenapa sayang itu senang untuk kita lafazkan dengan bf/gf kita kan? kenapa bukan dengan bapa kita sendiri, yang tak terhingga pengorbanannya.
fikir-fikir kan :).
Kadang-kadang sebak rasanya bila ingat masa-masa lalu. Terlalu banyak yang saya buat. Tipu kalau saya kata saya tak pernah menyesal. dusta, kalau saya tidak pernah terfikir untuk kembali ke masa dulu dan betulkan balik semua keadaan. Mungkin saya bukan anak yang baik seperti orang lain. Tapi semua kisah lalu dijadikan pengajaran untuk hari ini dan akan datang. untuk menjadi anak perempuan terbaik di mata bapa saya. ;)
Dulu, lepas buat salah dan buat bapa saya marah, saya ta pernah minta maaf. haraplah. saya sendiri yang berapi-api nak marah juga. Tapi lama kelamaan, saya belajar untuk minta maaf. datang ketuk bilik bapa, salam dan cium tangannya. kadang-kadang masak sesuatu untuk dya sekali. Sejak tuh, rasa hati tenang. Dulu, setiap minggu minta wuang nak gi shopping, setiap minggu beronok-ronok guna duit bapa. Tapi, sekarang bila dah sambung belajar, segannya tahap dewa dewi nak minta bapa masuk duit dalam akaun. nasib baik Mara ada. heeee. Dulu, saya ta rapat dengan pa saya, maksud saya, ta pernah luahkan apa-apa masalah dekat dya, tapi lepas mamy saya pergi, semuanya berubah. setiap apa yang berlaku pergi report dengan pa. Dulu, masa zaman jahiliah dan zaman pemberontakan saya, saya lari dari rumah, lari pergi rumah nenek. Tapi, bapa ta marah pun, dengan baik dya msj "By, kalau sudah tenang, baliklah rumah. nanti nenek pun risau sebab kamu tiba-tiba datang tidur di situ". Petang tu jugak saya terus pulang sebab rasa bersalah. Dulu, lepas mamy saya pergi, kami terima kehadiran orang baru. Sejak tuh saya berubah, sejak tu saya rasa kan saya manusia yang paling kejam di dunia, sejak tuh saya rasa dunia neyh terlalu kejam, sejak tuh saya rasa hidup saya ta keruan, sejak tuh saya rasa saya 'it's the end of my life'. saya jadi memberontak, saya selalu marah, menjerit, dan jadikan adik-adik mangsa kemarahan saya. tu juga sebab saya lari dari rumah. (konnonya la lari, padahal rumah nenek setaman je dengan saya). Tapi, bila bapa selalu slaw talk dengan saya, bawa saya berbincang, selalu tenangkan saya dengan cara baik, cara lembut. Akhirnya, saya sendiri kalah dengan keegoan saya. Baru dapat buka hati dan fikiran saya. "yang pergi akan kekal pergi selamanya. yang baru bukan bermakna kita akan lupakan yang telah pergi.". =).
Buat bapa tersayang, coretan kali ini khas buatmu.
Dear Pa, terima kasih atas semuanya. walau berjuta kali ucapan terima kasih kami ucapkan, tetap juga ta dapat balas semua pengorabanan pa selama 20 tahun ney. By tahu, kadang-kadang kami sakitkan hati pa, buat pa marah, buat pa kecewa dan banyak lagi. Walaupun pa ta pernah cakap, tapi jauh di sudut hati mungkin pa sedih. Maafkan kami atas semuanya. Selain pa, lami tiada siapa-siapa lagi untuk jadi tempat bergantung, selain bapa, kami tiada siapa-siapa lagi untuk sayang kami macamna bapa sayang anak-anaknya. selain bapa, kami mungkin ta tau macam mana untuk tempuhi masa akan datang. Jadi, pa mesti hidup lama ya. Kami tak perlu lupa pesan pa untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk mamy setiap hari. Kami juga takkan pernah lupa untuk doakan kesihatan pa. Semoga Pa panjang umur, dijauhkan dari penyakit, sihat selalu, ceria selalu, bahagia selalu, dan dimurahkan rezeki melimpah ruah. Terima kasih Pa untuk semuanya. Terima kasih atas semua pengorbanan dan kasih sayang. Jujur, kadang-kadang By cemburu dengan adik baru, bukan apa takut kasih sayang untuk kami berkurang. tapi, pa ta pernah begitu kan. mungkin dya lebih perlukan perhatian sebab dya masih baby. Tapi, kami happy sebab dya jadi penyeri rumah kita. Apa pun terjadi, Pa adalah bapa terbaik dan takkan mungkin ada pengganti. Insyaallah kami akan jadi anak yang baik untuk bapa.
Selamat Hari Bapa pa.
^_^
Selamat Hari Bapa buat semua ayah di dunia. dan bagi yang bakal bergelar bapa. Jadilah ayah, teman dan pendengar setia terbaik.
p/s: coretan neyh bukan untuk membuka pekung di dada. Tapi bagi yang terbaca, jadikan ini sebagai pengajaran kita bersama. dan bagi saya, setiap coretan di blog ini bukan untuk pameran, tidak sama sekali untuk menjadi tarikan, apatah lagi untuk mencari simpati.Ini hanya luahan hati dan akan jadi kenangan di masa depan. ;)