seperti biasa lama sungguh aku biar blog ni berkhazanah..Maaf sebab tidak dapat reply berpuluh-puluh komen tanya tentang spa8 dan hal-hal yang berkaitan.
Ada yang PM aku di messenger, tapi aku tidak pernah buka. sebenarnya aku tidak tahu pun ada message masuk dan kena approve mssg yang bukan dari friend list. Maaf. Ada yang aku sudah reply. Sorry lambat. :)
I almost give up in blogging..There's so much things happen in just a few months. I lost my dad in March, yes, he passed away when I was in Sandakan..It was so sudden and I have to sorted my life from 0. It was really hard for me, and for my siblings. But Alhamdullilah, we managed to overcome our biggest fear.. Life is hard, idk, how should i express my current life. Tapi, sesusah-susah aku, aku tahu ada lagi yang lebih susah. Apa pun yang terjadi, life must go on. Aku redha dengan takdir dan ketentuan Allah..Allah lebih sayangkan papa aku..now, i lost both of my parents. Aku cuma ada adik-adik aku untuk teruskan hidup ni . :)
Aidilfitri, 2016. Bertiga :) |
"Liyana? bapa kau ka?"He took me inside..Syukur, masa aku praktikal di LD dulu ramai yang kenal. Aku terus masuk red zone.
"ya chief"..
Everything in a rush. Aku sudah biasa dengan keadaan red zone yang kelam kabut But, i'm not strong enough sebab itu papa aku. Aku tahan nangis, doctor dan sir MA usaha selamatkan my dad. It was really heartbreaking. Dengan kes lain sebelah katil. It was chaotic. Chief cakap dengan aku. "Liyana kau mesti kuat?". Aku nampak depan mata aku sendiri papa aku kena intubate. Masa tu aku tau, he was critical. Chief cakap, kalau kau kuat, you should help.
Masa tu memang kurang staff sebab banyak kes red zone. I grab my gloves, do ECG and help as much as I can.
Aku sendiri hantar papa aku pergi CT Scan. Tapi, we can't do anything. doctor panggil aku dan discuss dengan aku dari A-Z,
"Liyana, tahu baca CT kan?, nampak kan pendarahan besar"
. he explained more and I lost in my own world. Aku mengucap banyak-banyak. Aku cukup faham yang kami tidak dapat buat apa-apa. Doctor suruh aku terangkan dengan ahli keluarga. and I call them untuk jumpa papa aku buat kali terakhir.. It was so hard for me to tell them, aku tahan nangis masa bagitahu semua ahli keluarga.
Aku decide untuk tidak buat resust if anything happen to my dad. Aku tidak mau dia rasa terseksa,.Ahad tu sepatutnya aku balik Sandakan. tapi aku merayu minta cuti..My dad masih kuat bertahan dengan bantuan machine semua, aku masih harapkan miracle berlaku..Aku selalu cakap kan mcm mana susahnya kau mahu cuti walau kau sakit mcm mana pun, apatah lagi kalau keluarga yang sakit. Kau kena prepare awal-awal sebelum apply SPA8. Aku kena call suruh balik asrama. Serius aku mcm mahu berhenti masa tu juga. Aku x sanggup tinggalkan papa aku. Akhirnya, aku fikir baik-baik, kalau aku buat keputusan bodoh gara-gara ikutkan perasaan, mcm mana aku mahu jaga adik-adik aku lepas ni. Aku mengalah, aku ajar adik aku buat semua, cara bagi mandi, aku tidak mau nurse yang buat. bukan sebab apa, tapi itu tanggungjawab ahli keluarga, bila lagi kau mau berbakti pada orang tua mu kan,.aku ajar adik aku feeding dari ryles tube, baca bacaan machine semua dan report dengan aku sentiasa, positioning dan semualah, aku mahu adik aku sendiri yang buat.
Makcik pakcik paksa aku pulang Sandakan, mcm mana aku merayu, aku tetap tidak dapat extend cuti lagi. Selasa tu, aku balik Sandakan, Aku bagitahu masalah aku dengan chief di sana, dorang bagi aku kebenaran pulang bila-bila masa kalau ada apa-apa berlaku. It was so hard, aku tidak dapat fokus, lagi-lagi itu penempatan ketiga. penempatan baru di emergency department. Aku rasa mahu nangis setiap kali handle kes di kecemasan. remuk hati aku tengok kes-kes, aku terbayang papa aku.
Esoknya, aku dapat call dari adik aku masa kami handle kes di yellow zone, papa aku tenat, BP drop, spo2 drop. Aku minta pelepasan untuk pulang, aku merayu dengan kolej, tapi tidak dapat. Atas budi bicara hospital baru aku dapat pulang. Kau bayangkan perasaan aku masa tu.
Dengan baju uniform aku bergegas balik, bukan dekat Sandakan-LD, aku takut kalau tidak sempat jumpa papa aku sebelum nafas terakhirnya, aku dpt mesej dari adik, dalam perjalanan "doktor pakar sudah sahkan brain death"..Tapi aku sudah minta, jgn cabut apa-apa machine yang support. Aku x mau seolah-olah kami yang putuskan. aku mau papa aku pergi dengan tenang. Subuh pagi tu semua bacaan drop sampai 0 and we lost our dad forever. Dengan keadaan mcm tu, kolej telefon suruh aku balik juga lepas pengebumian, kau bayangkan perasaan aku masa tu? Aku merayu dengan hospital tolong aku. Siapa mau urus semuanya kalau bukan aku? kesian adik-adik aku. aku dapat pelepasan hari papa aku dikebumikan. tapi esok pagi aku kena pulang..aku rasa dunia ni kejam..memang aku rasa mau give up..sakit nya hati Tuhan yang tahu..
Esok pagi aku balik Sandakan, kolej suruh aku kerja sabtu ahad..ganti cuti yang aku guna dalam minggu tu. Aku nangis dalam hati, besarnya dugaan kali ni. Tapi bila aku lapor diri, chief dapat arahan pengarah hospital sendiri yang tidak suruh aku ganti kerja hari tu..dia sampaikan salam takziah. Dia suruh aku rehat. Aku terus balik LD, kawan-kawan aku bawa. Sebelum pukul 8.00 pm kami balik asrama. Begitu juga esoknya. terima kasih pihak hospital Sandakan yang layan aku macam manusia..Aku takkan lupa sampai mati.
Next weeknya, aku datang macam biasa. Aku tertinggal banyak benda. Aku catch up balik. Aku ganti semua cuti dalam 3 minggu tu sebelum penempatan baru. Aku kerja sabtu ahad berturut. Kawan-kawan cuti, aku kerja sorang-sorang dan ada juga aku kerja double shift..Kerja pagi pukul 7am-2pm. Malam tu aku sambung 9pm-7am esoknya. Syukur aku dapat lalui hari-hari yang memenatkan sepanjang 3 minggu. aku teruskan juga walau susah macam mana pun, walau sedih mcm mana pun, banyak nyawa lagi yang perlu diselamatkan setiap saat di emergency. Penatnya Tuhan yang tahu, tapi aku cukup bersyukur sebab aku ada di sisi papa aku. Itu sudah cukup.
Dan akhirnya, aku habiskan program pembantu perubatan aku dengan jaya. Terima kasih buat semua yang bagi aku sokongan at the lowest point in my life. Terima kasih yang bantu aku dalam masa kesedihan. Terima kasih kawan-kawan yang tolong aku ulang alik sandakan-lahad datu. Terima kasih buat MA, chief dan pengarah hospital sandakan yang banyak tolong aku. Terima kasih buat semua yang mendoakan yang baik-baik.
Alhamdulillah atas rezeki 4 flat di akhir semester. Aku tiada perasaan happy masa tahu aku dapat. Sebab masa tu aku ingat lagi, kami kursus PTM. Aku duduk termenung di kerusi paling atas auditorium masa rehat. Sir datang jumpa aku.
"kenapa kau diam?""owh, tiada la sir" "kau mau tengok sesuatu ka?, sir ada ambil gambar orang tidur masa ceramah tadi" "tengok bha sir, jahatnya sir ambil gambar curi-curi! ada muka saya ka sir?" "ada, berliur-liur lagi kau tidur masa ceramah, mengaga lagi, bikin malu eyh!"sekali lain yang dalam gambar. Aku tediam. sebab aku tidak tahu macam mana mau ungkap, Keputusan tu, aku tidak tahu mau bagitau dengan siapa. Selalu aku mesti cepat-cepat call papa aku..
"aik, kenapa tidak menangis? kau tidak terharu ka? tahniah!!""thank you sir".
Dapat juga aku capai impian dapat 4rata macam aku selalu cakap sebelum ni, tapi bila aku sudah dapat, idk whom i'm gonna tell. Congratulations juga buat kawan-kawan yang lain. 22 orang daripada 138 dapat 4 flat. Tahniah kawan-kawan!
*terima kasih yang tolong snap gambar papan kenyataan ni di kolej, rindu pula dengan kolej :)* |
hari terakhir, keluarga Julai 2013 |
selamat tinggal asrama, selamat tinggal kolej |
Bulan 10 ni konvokesyen, nanti aku share.
Walau apa pun jadi, sentiasa ingat Allah tidak akan uji umatnya di luar kemampuan kita. Aku redha dan doakan yang baik-baik ya. Moga aku terus kuat hadapi apa jua rintangan lepas ni. Aku percaya, semua ada hikmah.
Buat yang kenali papa aku, maafkan semua salah silapnya, halalkan makan minumnya.
Terima kasih yang masih sudi mendegar luahan, yang masih singgah datang jenguk blog. Nanti aku update lebih banyak lagi. Macam mana pun jadi, life must go on! sending my positive vibes to anyone who read this. Tolongnya jgn pula ada blog yang ambil kesempatan jaja cerita aku ni pula. Aku tidak halal dan benarkan. Cukup la cerita ni cuma di blog aku. Thanks.
p/s: Happy Birthday dear self. Moga kau terus kuat hadapi rintangan hidup. Moga kau tabah macam mana pun dugaan menimpa. Moga kau sentiasa dikelilingi oleh orang yang ikhlas dan baik-baik. Moga kau jumpa kebahagiaan. Fighting! ♥
2 comments:
first of all my deepest condolence for your family. Be strong. besar dugaan you. Tapi macam yang you cakap, Allah takkan uji diluar kemampuan hambaNya. dia Maha Mengetahui. be strong.
Tahniah dapat 4 flat. semoga beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
amin
As salam dik..tahniah di atas keputusan yang cemerlang. Walaupun berhadapan dengan ujian yg paling getir, adik berjaya harungi. Lakukan ini untuk adik beradik ya. Saya pun pernah berada di dalam situasi di mana ayah meninggal dunia semasa kami semua masih bersekolah dan kecil. Kakak saya hampir berhenti dr Universiti sebab nak bantu ibu saya membesarkan kami 7 beradik. Ibu pulak suri rumah. Tapi, alhamdulillah, ibu melarang kakak sy berhenti. Dia suruh kakak saya teruskan belajar dan alhamdulillah dia dapat kerja yang baik dan mampu membantu ibu menyara kami dengan gaji yg sesuai dengan kelulusan dia. Dan 6/7 adik beradik kami berjaya masuk universiti dan mendapat pekerjaan dalam kerajaan dan swasta. Jangan berputus asa dik, teruskan perjuangan. Akak doakan semoga roh Ayah adik ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Jangan putus ada, teruskan perjuangan dan teruskan dengan blog adik ya. Akak suka sangat baca cerita adik :)
Post a Comment