Monday, January 19, 2015

NEW CHAPTER. THE BOOK OF LIFE ♥

Salam manis, السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Polaris memoirs melaporkan dari bumi Kota Kinabalu. Sudah genap seminggu balik ke KK, balik ke kehidupan normal. Back to the real life. ;). Baru satu minggu sudah rindu-rinduan. belum lagi enam bulan. hahhaa. itu pun, bulan 6 nanti cuti semester cuma dua minggu sebab cuti extended 12 hari yang diambil disebabkan cuti banjir tu .Apa boleh buat la, cepat jugak naik semester ;). Apa nih, belum pun mula praktikal, sudah fikir cuti. hehe.

Btw, haruslah aku dokumentasi sepanjang satu minggu di tempat baru. Fyi, aku masih tinggal di asrama kolej utama di Bukit Padang ni. Harapan yang kononya akan pindah balik ke quarters hospital queen hanyalah bayangan gurauan. 
Tapi kali ini aku, kami, terpaksa tinggalkan blok lama sebab tahun ini, kolej buat pembaharuan. Student lelaki pun tinggal di sini. So, blok 1 (blok lama aku) yang jauh dari blok lain kini dihuni student lelaki. Terpaksa kami keluar pindah ke blok lain. So, aku pindah ke blok 2. Bersebelahan dengan blok 1 jugak. Kali ni kawan yang tolong booked kan bilik untuk aku. So, aku dapat bilik di ground floor. cumanya, jauh sikit. Blok bahagian wing yang sunyi sepi. 

Syukurlah aku ta perlu mendaki tangga lagi macam dulu ke tinggat empat. Tapi, macam biasalah, masing-masing ada pro & con. Normallah tu. Manusia, mana pernah bersyukur. ada jak yang ta kena. Tapi aku memang sangat bersyukur la. Bilik pun bersih, tiada rosak-rosak. Walaupun ada kekurangan, benda tu boleh diatasi. Contohnya, kami tiada ampaian untuk jemuran. Kena jemur di tempat jemuran yang sangat jauh dari bilik aku. Tidur pun ta tenang sebab fikir hujan. So, aku belilah ampaian sendiri. senang cerita. 
Cumanya, kali ini, aku tidak dapat mahu tengok bintang bertaburan macam di tingkat empat dulu. Sekarang tingkap bilik aku sebelah hutan. seram gilak kalau malam-malam. tebayang-bayang kalau ada orang lompat masuk. buka tingkap. ya Allah, nauzubillah min zalik. takut aku,

Lagi susah di ground floor ni, cepat betul datang semut, lipas, belalang semua ada,,hahaa, kadang buka pintu pun bikin tekejut. ada sudah anjing duduk depan pintu. awww, sakit jantung. hahah. 

Semalam sebab tiada buat apa, aku berpeluang la decorate bilik. Barulah ceria bilik aku yang sebelum ni suram dengan warna putih. Eyh, siapalah budak lelaki yang dapat bilik lama aku tu, semuanya sudah jadi pink..kekeke. Btw, kalaulah budak ni terbaca blog aku, bulihkah kasi hantar sy punya baldi. hahaha. teda sudah baldi saya ni. kekeke >_< 

Jhan~this is how my room look like. Tema haruslahpink. hashtag yakinipink!

Oklah cukup dengan pameran bilik yang sangat selesa. membuatkan petang-petang indah tidur lepas balik kerja. haha.

Perubahan di tahun baru, aku sudah bijak dalam membawa barang-barang. pecah rekod bawa baju sikit. almari tidak full bha macam selalu. mungkin sebab aku ada kesedaran sebab nanti aku klinikal di klinik telipok bulan 4 nanti. so, takkan aku mahu angkut banyak-banyak barang kan. adalah sikit kesedaran di situ. hehe.
Tapi yang tidak dapat berubah. adalah stok makanan. hei, akulah penternak lembu-lembu dalam perut. pstt. bmi aku sudah normal. berat sudah naik pergi 45. gumbira okay. tapi takut jugak kalau terbuncit. lama sudah aku x amalkan sit up setiap hari. balik-balik bha mahu joging. tapi pemalasnya mahu bangun pagi..haha. sudahla sekarang tiada sudah makanan asrama, so, asal lapar terus masak. ngehehe. tapi macam muak aku makan makanan tin. habislah. tak sihat betul. T.T.. sudahlah cuti bekerja uma hari ahad. memang malas la aku mahu keluar cari makanan luar. makan jak la apa yang ada dalam kedai miniku. wakaka.

Mahu cerita pasal hari-hari terahir menjejaki kolej cawangan yang disayangi. Kolej cawangan yang simpan memori satu tahun setengah. Di sinilah semua graduan-graduan student MA belajar. Kami belajar dalam bangunan usang yang cuma tumpangan. Student lelaki tinggal di atas-atas kelas yang memang serba kekurangan. Tapi tempat yang serba kekurangan ni la yang banyak ajar erti suka duka. Biar serba kekurangan, tapi ilmu tu takkan pernah kurang dari tempat lain yang serba mewah.

Btw, kami kiranya batch terakhir yang duduk di situ. Junior yang sem 1, 2 dan 3 sekarang semua belajar di kolej utama yang serba mewah ;).
Akan merindui bangunan-bangunan ini. Tempat yang best sebab lepas habis kelas terus boleh turun KK. ATM dekat, dekat untuk mejamu selera di btc sambil cuci mata tengok MA, doktor, specialist.hahaha. boleh jalan kaki ke central plaza, ke muis, utc. hurmm. Entahlah apa  jadi dengan bangunan ni nanti. Mungkin kena roboh, mungkin jugak kena renovate. Mudahan-mudahan kena renovate jak la. sayang bha tu  kalau diroboh.

kelas dari semester dua sampai semester 3 kami :). tidak mau pindah bha kelas lain..hehek

Rumah mayat sebelah kelas yang sir cakap " kalau junior sem 1 yang baru masuk tanya : "mana library kskb cawangan?". bagitau junior ada sana dibawah kelas semester 3"...hahaha..
pemandangan indah bangunan baru hospital queen 1 :)

 15 Januari 2015. Hari terakhir di sana.Thank you kskb cawangan for all the memories ^^.

Esok praktikal pertama ku di female medical wad Hospital Queen Elizabeth 1.
moga semuanya baik-baik saja,
Selamat bakal membaca entry-entry dari senior ini, wakakak. perasan senior betul, padahal baru senior tahun 2...nervous gilak first time full klinikal. selalunya pra-klinikal jak.. kali ni semua depends dengan kita. takuttt~~cukupkah ilmu di dada ni. mudah-mudahan semua dipermudahkan. Amin.

Till then, take care ^^.


Friday, January 02, 2015

1/365 ♥

Salam manis,السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selamat tinggal 2014.
Selamat tinggal tahun yang banyak mengajar erti suka dan duka.
Yang mengajar untuk bangun dari setiap kejatuhan.
Yang mengajar untuk jadi lebih kuat dari sebelumnya.
Yang menyimpan 1001 macam ceritera.
Yang pastinya akan ku semat selamanya. 
Terima kasih atas semua memori.
Thank you dear family and friends for being part of it.
And Thank you Allah the Almighty for giving another precious chance to live life.

Selamat Datang 2015
Semoga semuanya baik-baik sahaja
Semoga aku dan kamu sentiasa dilindungan-Nya, sihat mental juga fizikal serta dimurahkan rezeki
Semoga semua yang aku sayang sentiasa di sisi. 
Semoga aku terus kuat menghadapi erti hidup
Semoga tiap detik ku jalani dengan positif dan tiap dugaan ku jalani dengan rasional
Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
Aku tidak berazam tinggi menggunung.
Cukuplah dengan niat yang setiap benda aku akan buat dengan bersungguh, yang akan beri ganjaran setanding dengan usahaku. Dan yang aku tidak akan pernah berundur dengan setiap kesusahan.
Moga aku akan terus jadi aku, dan lebih maju.
Dan tidak lupa buat cinta, mari kita sama-sama capai misi dua tahun kita ;) ILYtotheplutoandback ;)

"Allahumma yassir wala tu assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya arhamar rohimin-Ya Allah, permudahkanlah, jangan dipersulitkan dan kau akhirkanlah dengan kebaikan" . 

2015 fighting!
Thank You 2014!









Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon