Monday, November 24, 2014

SWEET DAILY CAFE ♥

Salam manis, السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sebab hari ni aku rasa bosan teramat, sunyi lagi sepi sebab berserongan. so, i decided to went out enjoying coffee at my fav coffee shop. So, adalah masa terluang untuk update blog kesayangan yang berhabuk ini ;) 

So today, saja mahu share satu cafe di KK yang awesome. Memandangkan kemarin gengkuatjalan berkumpul di KK, so aku cadang kami pergi cafe ni. Cafe ni pun aku tahu dari Kak nurul, famous anak KK yang berada nun jauh di KL..hehe. 

Actually tersesat jugaklah cari cafe ni, sebab aku mana tahu alamat kan. sampai di sana pun kami pusing-pusing sampai jumpa. hehe. So lain kali, sapa yang mahu ke sini. ni alamat cafe
Sweet Daily Cafe | Metro Town Kota Kinabalu| No 1 Block F, Ground Floor |Open on weekdays : 12-7pm | Close on : Friday

bagi sesiapa yang suka pampered diri di coffee shop macam aku kan,yang suka fefeling romantic sambil menghirup coffee gitu. memang sesuai datang sini. Cuma kalau kamu lapar tahap gaban, memang tidak sesuai la. Sebab di sini cuma ada beverages. minuman, cakes and sandwich begitu. 

Bak kata kawan aku la kan, orang yang baru kemaruk bercinta tu paling sesuai datang. Tapi kalau sudah 2-3 tahun tu, ta payahlah. bawa jak pergi makan di pasar filipin. wakakaka. 



Actually masa datang tu, kami memang lapar tahap gaban sebab penat dari convo kawan, sekali sampai rupanya tiada makanan berat. so, cuma order cakes. 
Ada banyak pilihan cake di sini. 
Harga cake : RM6/pcs
Aku pilih red valvet & cheese cake 




Rating : 4.5/5
Memang sedap. Tidak mengecewakan !

Yang menjadi tarikan di sini tentulah background dindingnya. Memang sesuai untuk kau berposing sakan ditambah lagi decoration cafe yang sangat cute. 




Lepas tengok background tu terus semangat mahu datang sini kan? kan? 
Jemputlah datang..hehek. bunyi macam iklan berbayar. Ini iklan tidak berbayar okay..hehehe.
okaylah.gtg. coffee aku pun sudah habis. segan pulak berlama-lama di sini guna wifi free. ahaks! 
and btw, disebabkan dalam tempoh cuti-cuti, semangat aku mahu penuhkan blog dengan cerita-cerita throwback. memang penuhlah dashboard orang dengan cerita throwback aku. heee~~
Till then, Take care ^^. 


5 comments:

Anonymous said...

hello. mau tanya bolehka buat medical checkup kalau belum dapat surat tawaran? saya baru saja lulus interview untuk MA tpi surat tawaran blm ada. and mau tanya tambang untuk tiket ditaja atau tanggung sendiri? tq. harap dpt balas ASAP

Unknown said...

@Anonymous congratulation! ^^. Btw, kena ada surat tawaran baru boleh buat medical check up di klinik kerajaan. setahu sayalah. sebab sebelum ni sy ada praktikal di unit medical check up, setiap student yg datang memamng kami akan minta surat tawaran. tapi kalau di klinik swasta ta tahu pula. lgipun kamu kena bawa 1 dokumen checklist yang lengkap untuk medical check up kkm. surat tawaran kamu belum sampai?kamu tiada dpt email suruh download checklist/dokumen2 termasuk medical check up? tapi kalau kamu nak cepat. kamu boleh call atau dtg terus klinik berdekatan. tanya yg kamu nak buat medical check, sebab tidak mahu lambat, tapi surat tawaran kamu belum sampai..mana tahu dorang benarkan. k :)

Anonymous said...

thank you. dokumen2 semua saya suda print tinggal tunggu surat tawaran sampai lagi. betul ka elaun selepas 3 bulan baru keluar?

Anonymous said...

thank you. saya suda print document2 tinggal tunggu surat tawaran sampai lagi. betul ka elaun selepas 3 bulan baru dapat?

Unknown said...

@Anonymous elaun bergantung dengan pengurusan penyelaras kamu nanti. kami dpt dalam sebulan. junior lain dlm 3 bulan. depends la.

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon