Persahabatan yang kononnya atas dasar keikhlasan yang hakikatnya kosong dibuat-buat.
Persahabatan yang kononnya berkongsi suka duka, hakikatnya cuma masa riang ria,
Persahabatan yang kononya indah-indah belaka, yang hakikatnya dusta,
Persahabatan yang kononnya diletak pada janji "kawan susah senang'', yang hakikatnya "aku-aku-kau-kau''.
Persahabatan yang bila kau jatuh, datangnya dia untuk bangunkan kau dan dalam masa yang sama berdekah kegembiraan dalam kesedihanmu,
Persahabatan yang kononya, biar sama-sama maju, hakikatnya mahu lihat kau tertinggal jauh,
Persahabatan yang cuma layak kau buang di tong sampah.
"Kalau ada butang undur masa yang bisa ku tekan, sayangku padamu ku tarik balik. Brengsek.''
1 comment:
hahaha! Bregsek yea.. dasyat sungguh.. puasa ni cik kak.. sabarr..
tu lah kawan yg lupa kawan..
ada kawan makan kawan..
ada kwan tikam kawan..
macam2 ada..
Post a Comment