Monday, July 14, 2014

KONONNYA SAHABAT♥

Persahabatan yang kononnya atas dasar keikhlasan yang hakikatnya kosong dibuat-buat.
Persahabatan yang kononnya berkongsi suka duka, hakikatnya cuma masa riang ria,
Persahabatan yang kononya indah-indah belaka, yang hakikatnya dusta,
Persahabatan yang kononnya diletak pada janji "kawan susah senang'', yang hakikatnya "aku-aku-kau-kau''.
Persahabatan yang bila kau jatuh, datangnya dia untuk bangunkan kau dan dalam masa yang sama berdekah kegembiraan dalam kesedihanmu,
Persahabatan yang kononya, biar sama-sama maju, hakikatnya mahu lihat kau tertinggal jauh,
Persahabatan yang cuma layak kau buang di tong sampah.

"Kalau ada butang undur masa yang bisa ku tekan, sayangku padamu ku tarik balik. Brengsek.''

Thursday, July 03, 2014

MEMORI♥

Benda yang kau tidak boleh hilang dalam diri kau ialah memori. Bila kau sudah hilang sebahagian atau semua memori kau, kau bukan lagi diri kau yang dulu, kau orang baru yang tidak punya apa-apa.

Postscript: Quotes dari kuliah Medical hari ini, subjek Dementia-S.R-♡:)

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon