Straight to the point, hari ini sy berbesar hati mahu kongsi pengalaman interview SPA8 saya. Sharing is caring right?. Nak dijadikan cerita, masa saya dapat tawaran interview hari tu, punyalah bersusah payah cari maklumat dan persediaan interview, bila taip keyword menggunakan perkhidmatan pakcik google, kebanyakan tips standard yang sama diberikan. So, memandangkan sy sendiri sudah rasa pengalaman interview ni, rasanya tidak salah kiranya sy berkongsi. Untuk pengetahuan kamu, sudah dua kali sy pergi interview spa8, dan kali kedua baru sy berjaya. Alhamdullilah :)
So pertama kali sy dapat panggilan interview masa bulan 10 tahun 2012 untuk kemasukan Jan 2013.
Tawaran yg saya dapat: Latihan penolong pegawai perubatan , penolong pegawai farmasi, makmal perubatan dan penolong pegawai kesihatan persekitaran.Disebabkan itu pengalaman pertama interview, sy fokus dengan tips-tips dari internet. Contohnya, soalan-soalan standard ; "nama menteri, konsep1 malaysia, KKM, SPR, SPA..etc". Tapi bila datang interview satu soalan pun tidak ada ditnya tahu. grrr~~
Ini situasi masa interview yang pertama saya :Bila tiba giliran sy, jantung ni rasa macam mahu meletup. Sudah baca doa penenang hati sebelum masuk pun masih lagi rasa cuak teramat. Di dalam bilik interview ada dua orang penemuduga, yang perempuan pegawai SPA dan sorang lelaki tu penolong pegawai perubatan pangkat u32 (MA). Duduk ja terus dapat soalan bertubi-tubi.
MA: Ok, tengok dari borang kamu ni, kamu letak pilihan pertama Medical Assistant. Kenapa pilih Medical Assistant. Kenapa ta letak Pegawai Persekitaran atau Makmal Perubatan.
(disebakan soalan yang tiba-tiba tanpa perkenalkan diri, tetiba lidah ni rasa kelu. Lepas tarik nafas dalam-dalam baru jawab soalan dia)Me: Disebabkan sya diberi pilihan untuk memilih, saya letak MA pilihan pertama sebab minat saya lebih kepada MA dan saya yakin dengan kebolehan saya. Tapi, sekiranya jawatan lain yang diberi, sy tetap terima sebab semua jawatan ni masih dalam bidang yang sama.
MA: Ke kamu nak jadi doktor,tu yang pilih MA.
(omg ini soalan maut, terkesima sy. makan dalam sangat ayatnya. heks)Me: Tipu kalau sy kata tidak. Memang dari dulu mahu jadi doktor, tapi tidak cukup kelayakan, ta ada rezeki, kalau MA ni beri peluang untuk sy capai cita-cita, apa salahnya kalau sy mencuba.
MA: Kamu rasa kamu boleh?. Tuk pengetahuan kamu, kerja MA ni kerja berat, kebanyakan lelaki saja yang layak untuk MA.
Me: Saya boleh. (ok, jawapan x boleh bla, sebab terlalu blur). Pegawai SPA: Baiklah, boleh ceritakan latar belakang kamu.
Me: sy pun ceritalah latar belakang pendidikan..bla..bla.bla.
Pegawai SPA: OK, kalau kami hantar kamu kerja di pedalaman kamu rela?
Me: rela, lagipun sy lebih suka kalau dapat kerja di pedalaman, sebelum ni pun selalu datang pulau-pulau, pernah tinggal di kawasan kampung.
Pegawai SPA: Itu lain, bila dah kerja lain. Nanti kamu rasalah sendiri macamna.
MA: Cuba ceritakan pada saya tentang penyakit kolera.
Me: (OMG! kolera. otak blank setelah di pyscho habis-habisan). Sy pun ceritalah symptom-sympton dan cara prevent penyakit tu.
MA: Kalau kamu sudah jadi MA, lepas tu kamu di tugakan di klinik. Tiba-tiba satu hari ni, terlalu ramai pesakit datang mengadu sakit yang sama seperti muntah-muntah. Apa tindakan kamu.
Me: Sebagai MA, saya akan beri diagnosis awal, dan sekiranya symptom pesakit menunjukkan sakit ringan, saya akan rawat dan beri ubat. Tapi sekiranya kes berat, saya akan rujuk pesakit ke hospital besar kerana ia di luar bidang kuasa MA.
Pegawai SPA: Bagus, sekarang ceritakan saya tugas-tugas seorang MA.
Me: saya pun jawab menggunakan jawapan yang sudah dihafal dari laman web spa.(tugas-tugas setiap pekerjaan boleh cari di laman web spa8. boleh tekan link ni : http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas )
MA: so, kalau saya tnya sekali lagi, kamu yakinkah kamu boleh jadi MA. Kalau kamu jadi MA ni, sampai bila-bila nama jawatan kamu Penolong Pegawai Perubatan. Naik pangkat macammana pun tetap juga tidak boleh jadi pegawai, sebab pegawai perubatan tu doktor. Tapi kalau kamu pilih jawatan pegawai persekitaran ni, kan nama tu 'pegawai'. Tak rasa rugi?
Me: (Tak tahu mahu jawab macamana lagi, sebab tiba-tiba rasa confius dan rasa down sebab di-pyscho oleh MA. Sy pun jawab pendek)" tidak kisah."
Pegawai SPA: Kerja MA ni kena kuat fizikal dan mental. Orang di luar sana kebanyakan ingat MA tu doktor sebab MA ni boleh rawat pesakit dan bagi ubat. Bila-bila masa kamu boleh kena maki, dimarah-marah oleh pesakit, kena tahan mental. Kamu rasa kamu boleh?
Me: Walaupun saya perempuan dan tidak sekuat kudrat lelaki, tapi saya yakin dengan kebolehan diri. saya boleh. (jawapan entah apa-apa).
MA: Baiklah, kita tengok macam mana ok. Kalau bukan MA, kami pertimbangkan untuk jawatan lain. terima kasih.
Saya keluar dari bilik temuduga tu rasa badan ni longlai semacam sebab kena pyscho habis-habis disebabkan diriku ini wanita yang mahu jadi MA. Dan malangnya, saya tidak dapat ketiga-tiga jawatan yang ditawarkan. sedih. Terus rasa down. Tidak ada semangat lagi mahu memohon balik.
Tiba-tiba bulan April lepas, saya dapat email panggilan temuduga. Padahal saya ta ada memohon lagi atau kemas kini borang di portal SPA. Kali ini sy dapat hanya untuk satu jawatan, iaitu jawatan pebolong pegawai perubatan (MA). terus diri ni bersemangat semula. Rasa lebih confident sebab cuma dapat satu jawatan. So bila di temuduga tidak perlu susah-susah di pyscho sebab pilih jawatan itu ini.
Satu benda penting yang kena alert ialah pemakaian. bila kali kedua datang interview ni baru saya tahu tentang etika pakaian interview. Masa interview kali pertama saya pakai baju kurung kuning, shawl dan flat shoes. Itu kesalahan awal saya. Awal-awal lagi kena tolak markah.
Seeloknya pakai baju kurung yang ta terlalu menyerlah warnya. Bagi lelaki, pakai kemeja, tali leher, seluar slck hitam.kemas. jangan sesekali datang pakai jeans dengan t-shirt pula tau. Kali kedua saya datang interview saya pakai baju kurung putih kelabu dan tudung bawal. Ingat jangan sesekali pakai shawl/pashmina segala.! itu bukan tudung formal. Dan kasut... pakai kasut tertutup yang bertumit setengah inci,kalau boleh warna hitam.
Pakaian kita beri first impression sama ada baik/buruk tau. So, hati-hati pilih pakaian untuk temuduga spa/kerajaan. :)
Malam tu juga saya buat persediaan awal sebab ada 15 hari lagi sebelum temuduga. semangat kan? kekeke. Kali ni saya guna instict sendiri untuk meramal soalan interview. Satu tips, jangan jadi macam sy yang berharap dengan tips-tips soalan standard di internet. Sebabnya, mostly, penemuduga sudah agak kita akan hafal jawapan-jawapan untuk soalan standard macam nama-nama menteri, slogan dan semua-semua tu. Tu yang dorang akan pyscho kita dan tanya soalan random ikut suka hati dorang. hek!
So ini tajuk-tajuk yang saya beri tumpuan untuk jawatan Penolong Pegawai Perubatan ( Medical Assistant)
- Jenis-jenis penyakit berjangkit (penyebab, contoh-contoh penyakit, cara mengatasi dan ubat)
- 10 penyakit utama di Malaysia (Sakit jantung,obesiti, Influenza A, Talesemia, kencing manis, Batuk kering, HIV/Aids, Kanser, Demam denggi, hypertensi). Cubalah hafal penyebab penyakit, faktor bawaan dan cara mengatasi.
Selebihnya sy sediakan diri dengan soalan-soalan standard
- Organ-organ manusia
- Latar belakang
- Buat apa sebelum ni
- Tugas-tugas MA
- Risiko bekerja sebagai MA
- Tempat kerja MA
- Pakaian seragam MA untuk lelaki dan perempuan
- Slogan KKM
- Nama-nama menteri
- Cara mencuci tangan dengan betul
- Pola pemakanan
- Kadar normal darah, nadi dan tekanan jantung
So dijadikan cerita 10 April saya interview di pusat interview SPA di Tawau. Pa saya hantar ke sana sehari sebelumnya dan menginap di hotel. Sambil-sambil sendirian di hotel tulah sy gunakan sebaiknya untuk berlatih lisan depan cermin supaya esok pagi saya tak rasa takut macam interview kali pertama. Sy buat berulang kali. Bagi yang islam, buat lah solat sunat.
Esok paginya sy naik teksi ke pusat temuduga sekitar jam 7.15am. Berdiri di luar pintu dalam 5 minit begitu. Ingatkan masih awal. Tetiba ada pegawai SPA suruh masuk, bila masuk, bilik peperiksaaan sudah penuh dengan calon-calon temuduga. Ish, rasa mahu gugur jantung ni, sebab dorang dah start jawab soalan bertulis.
Pegawai SPA tu bagi tips supaya jawab bahagian sahsiah sebanyak 227 soalan tu dengan baik. Walaupun cuma soalan ya atau tidak. Soalan bahagian sahsiah ni yang melayakkan kita lulus atau tidak temuduga ni. So jangan main hentam jawab soalan sahsiah diri. tricknya, setiap soalan tu akan diulang dalam bentuk soalan yang berlainan. Contohnya, soalan 5 "anda boleh menyanyi?", kamu jawab 'ya'. lepas tu soalan 25 " anda minat menyanyi?". kamu jawab 'tidak'. kan dah pelik. So, jawablah dengan sebaiknya. Ingat setiap soalan yang berulang, pastikan jawapan kamu sama.
Tapi sebenarnya, bila saya analisis la kan, heee, satu jak sebenarnya trick jawab soalan objektif 227 soalan sahsiah diri tu.
Tapi sebenarnya, bila saya analisis la kan, heee, satu jak sebenarnya trick jawab soalan objektif 227 soalan sahsiah diri tu.
Yang paling penting, cuma jawab 'ya' untuk soalan berkaitan sains. Janganlah jawab 'ya' untuk soalan yang berkaitan seni.Sebab dorang mahu tengok minat kamu lebih kearah sains dan perubatan. :)
Bila sudah urus dokumen semua, kami pun tunggu giliran dipanggil. saya orang keenam. Sambil menunggu tu, dengarlah cerita-cerita pengalaman orang yang pernah datang interview. Ada yang result straight A, 9/10 A. tapi sudah kali keempat datang interview. Saya habiskan masa menunggu baca nota kecil yang sy sediakan. tidak kisahlah orang mahu cakap belagak membaca ka, yang penting diri sendiri. jangan pedulikan pandangan orang. Bacalah selagi boleh. bila tiba giliran, cuba bertenang. Sambil saya baca-baca nota, ada dua orang adik yang muda setahun dari saya tegur, minta berkongsi nota sebab dorang dua first time datang interview n ta prepare apa-apa. so saya bagi mereka berdua baca nota dari buku dan sy teruskan baca nota kecil di tangan. Jangalah kedekut untuk berkongsi kalau ada yang minta untuk berkongsi, mana tahu bila kita tolong dorang Allah tolong kita pula kan.
Bila tiba giliran saya, sy mulakan dengan kaki kanan dan ketuk pintu, bila tengok penemuduga, dua-dua lelaki, dua-dua Medical Assitant pangkat U32/U41 seragam hijau, sorang cina dan sorang india. Terus sy ucap "good morning". Ingat, Bila mereka benarkan duduk, baru duduk.
MA 1: Good morning,mind to introduce yourself.
Me: sy speaking dengan lancarnya sebab sudah agak mesti dorang akan suruh speaking sebab dua-dua bukan melayu.
MA 2: Nice! So kita teruskan dengan bahasa melayu pula, boleh? (sambil senyum-senyum). So, kamu memohon untuk medical assistant, boleh terangkan siapa sebenarnya MA, tugas-tugas MA dan bidang kuasa MA?
me: jawab dengan jayanya sebab sebelum ni pernah ditnya soalan yang sama. Hafal siap-siap tau. deskrepsi tugas tu ada dalam lama web spa.
MA1: Pada pendapat kamu, apa yang boleh dikatakan tentang badan sihat? orang kata, bila bersenam selalu, badan sihat. bagi kamu?
Me: (terus teringat yang saya ada simpan nota tentang nutrisi dan pemakanan) Bagi saya, badan yang sihat dimulakan dengan pola pemakanan yang sihat. Pola pemakanan inilah yang menjadi faktor utama kesihatan seseorang. Sebabnya, kebanyakan penyakit bermula dengan pemakanan. (sya pun cerita pasal obesiti..bla.bla.bla) kadang-kadang ada juga yang menjaga pola pemakan, tetapi dengan cara yang salah yang akan menyebakan penyakit. contohnya cara diet yang salah. (cerita pula pasal breakfast, makan malam diet semuanya tu). Senaman pun penting, macam saya, saya selalu amalkan sit-up sebab saya takut perut buncit.
MA1: Alamak! ini macam memerli ni. tengok kami dua ni, dua-dua perut buncit. (dua-dua gelak habis-habis)Me: Maaf tuan. sy ta sengaja, bukan mahu memerli, cuma saya kan perempuan, so agak berjaga.
MA2: tak apa, kami faham. boleh gurau-gurau.
MA1: Ok, tadi dah tanya soalan yang ringan-ringan sekarang kalau sy tanya soalan yang lebih spesifik dan susah sikit boleh?
me: Boleh tuan.
MA1: ceritakan saya tentang jantung dan proses yang dijalankan jantung,
Me: ceritakan dengan bersungguh-sungguh sebab sudah hafal.
MA2: bagus, nampak kamu bersedia ni. Boleh ceritakan organ lain manusia
Me: (rasa mahu menangis sebab sudah prepare awal-awal). Sy pun senarai semua organ-organ dalaman.
MA1: Ok, tadi ada sebut kidney kan? Ceritakan pula apa proses yang dijalankan oleh kidney.
Me: Tercengang seketika sebab otak sudah kepu. Bila ingat-ingat balik, sy pun ceritakan la pasal kidney.
MA2: eyh salah tu. terbalik sudah proses kamu ni.
Me: maaf tuan, dulu sy belajar semua dalam bahasa inggeris, bila cerita dalam bahasa melayu, susah sikit. saya cerita balik boleh?
MA1: (gelak lagi) . faham-faham. kami dulu belajar Bahasa melayu. kalau susah boleh cerita dalam bahasa inggeris.
Me: sy pun explain term-term dalam bahasa inggeris sebab xmahu tersalah-salah lagi.
MA2: Ok soalan seterusnya, kamu pernah nampak MA? boleh bagitahu pakaian seragam MA.
Me: Pakaian MA berlainan warna mengikut pangkat. Kalau U29 (macam ni~~~macam ni, saya pun cerita semuanya), perempuan macam ni....lelaki macam ni. [Ok, untuk yang tidak tahu, pakaian seragam untuk student perempuan ma : baju uniform putih lengan panjang|seluar slack hitam|tudung putih|kasut kulit hitam|. Untuk student lelaki MA: |baju uniform putih lengan pendek| seluar slck hitam|kasut kulit hitam.| Untuk MA pangkat u29 : perempuan dan lelaki sama baju uniform macam student MA. Bagi MA pangkat u32: |baju uniform warna hijau|seluar slack hitam|.
MA1: Macam selalu nampak saja ni. So, di mana MA ni bertugas.
Me: unit kecemasan....othopedik...male surgical wad, female surgical wad.,errr....errr...
MA2: lagi?
Me: (sumpah saya xingat nama-nama unit lain di hospital, terus senyum tersengih-sengih)MA1: Ok, cukuplah dua tu. (gelak lagi) MA2: Baiklah, cukuplah sampai di sini, ada apa-apa kamu mahu tanya?
Me: terima kasih tuan. Saya tidak ada soalan, tapi saya ada sesuatu yang mahu cakap.
MA1: boleh..boleh..
Me: Saya harap, sebab saya perempuan saya tidak dipandang rendah. Sebab walaupun saya perempuan saya yakin saya boleh beri tenaga yang sama dan kerja setanding lelaki.
MA2: eyh...tidak~~tidak~~kami tidak beza-bezakan lelaki perempuan. Semua pun ada peluang. jangan risau.
So, begitulah keadaan sebenar sesi temuduga saya. Seronok sebab semua berjalan lancar. walau ada yang sy tergagap-gagap,lupa-lupa ingat, tapi semuanya baik-baik berbanding interview pertama. Konklusinya, sebelum datang interview kena yakin diri dan prepare 100%. Jangan ingat di dalam tu macam makan kacang. Kalau kita betul-betul mahu, insyaallah kalau diizinkan, pasti dapat. Banyakkan berdoa.
Alhamdullillah Julai ni saya lapor diri.bermula-lah kisah sebagai pelatih MA. Walaupun sy tidak sambung degree macam kawan-kawan yang lain. Sy percaya rezeki. Walaupun saya mula dari bawah, insyaallah, tamat latihan terus dapat jawatan tetap dan berkhidmat sebagai MA yang bertauliah. Lagipun, bila dapat spa8 ni rasa masa depan tu sudah terjamin. Tidak perlu risau pasal pinjaman. Semuanya kerajaan tanggung. Semuanya free. Kalau sy sambung degree, belum tentu dapat kerja tingi-tinggi. So, saya prefer untuk jadi Medical Asistant. Lepas tamat latihan, kerja setahun dengan kerajaan, lepas tu boleh sambung degree. Bila-bila masa pun boleh. Yang penting peluang pekerjaan tu sudah ditangan untuk masa depan yang terjamin. InsyaAllah. :)
Good Luck bagi yang akan menghadiri interview MA. Buat elok-elok! Fighting!
p/s: Ini entry paling panjang tanpa gambar sy pernah publish. ini sungguh skema!! hul~~ >_<