Salam manis, السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Polaris Memoirs melaporkan dari bumi kota kinabalu. Hari terakhir di sini sebenarnya. Esok akan travel ke Sandakan dan lapor diri untuk klinikal di sana. Btw, selamat datang ke kolej sains kesihatan bersekutu kota kinabalu buat adik-adik junior. Macam-macam ragam tengok dorang, ada yang masih malu-malu, ada yang skema dan ada juga jalan dalam group bak girl group kpop, ingatkan senior, haha :D. BTW, selamat mengharungi suka-duka dan paling penting, simpan niat yang baik-baik. Good luck!
Polaris Memoirs melaporkan dari bumi kota kinabalu. Hari terakhir di sini sebenarnya. Esok akan travel ke Sandakan dan lapor diri untuk klinikal di sana. Btw, selamat datang ke kolej sains kesihatan bersekutu kota kinabalu buat adik-adik junior. Macam-macam ragam tengok dorang, ada yang masih malu-malu, ada yang skema dan ada juga jalan dalam group bak girl group kpop, ingatkan senior, haha :D. BTW, selamat mengharungi suka-duka dan paling penting, simpan niat yang baik-baik. Good luck!
BTW, Syukur Alhamdulillah, sudah hampir sampai ke
penghujung. Tahun akhir, semester akhir. Tidak terasa hampir 3 tahun. 1 tahun
setengah di kolej, 1 tahun setengah praktikal. Tinggal 1 semester. 4 bulan
praktikal dan sebulan di kolej. Lepas tu habis. Arghh tidak sabar jadi staff. Seriously
mahu bina hidup. Heee, aku bukannya muda lagi macam batchmates yang masuk2
proram ni fresh graduates spm. Umur tahun ni pun masuk 25 sudah. So, syukurlah
habis dan boleh bina kerjaya dalam tahun yang sama. Wish me luck!
Tidak seperti semester sebelumnya, first time aku datang
kolej tidak tahu result. Memang tidak tidur dibuatnya. Selalunya walaupun
lambat tahu result macam semester sebelum-sebelum ni, mesti orang sampaikan
berita. Tapi semester ni, langsung tiada khabar angin. 4HB Jan tu
kelas pertama kami. Memang cuak gila. Aku datang pun duduk jak diam-diam. Bila
batchmates tanya. Aku diamkan saja. Cuak gilak! Kalau dorang bercerita-cerita
pun aku buat-buat tidak dengar. Cehh, walaupun sebenarnya aku ada terdengar
carta top ten semester ni nombor 10, pointer 3.51. terus aku rasa mahu nangis.
Kau bayangkanlah, di kelas tu ramai gilak yang pandai-pandai. Kalau no 10,
3.51, bayangkanlah macam mana mahu mencelah-celah dalam 5-9. Sebab yang
pastinya 4flat ada 4 orang semester ni. Dan memang bukan aku antaranya. Lol! Kecewa
lagi. Haha. Berharap betul tu bha. Padahal belajar nyaaa, malam sebelum exam
baru buat revision. Ini please jangan ikut ya adik-adik. Aku macam biasalah,
bila klinikal, langsung tiada belajar. Bila sampai kolej mahu exam, malam exam
baru membaca. Sudahlah exam week pun tiada. Balik dari klinikal, esoknya sudah
exam. Punyalah sandi. t-t
Bila turn aku kena panggil ambil result. Aku sudah tidak
keruan. Bila dorang bagi, aku cakap “wuaaa takuttt!”. Dorang siap cakap “ok
bha, jangan la kau risau, sir salah print tu”. Aku pun tidak faham apa yang
salah. (sebenarnya hari kelas 4hb tu, sudah ada result kena pampang di kolej. tapi errr, hari tu aku datang cuma beberapa minit sebelum jam 8. memang berlari-lari la masuk kelas, takut kena tangkap pengarah. hee. jangan ikut macam hakak senior ni ya adik2! silalah datang awal pergi kelas! ). Btw, sebab tidak tahu menahu, bila terima, mahu juga aku nangis. Serius, aku terharu. Balik tu, aku
terus sujud syukur. Sebab dikabulkan doa. Walaupun usaha aku tidak setimpal,
tapi usaha last minute tu aku full blast-kan. Aku puasa & solat sunat sunat dan doa
banyak-banyak. (tips exam) Alhamdulillah Ya Allah atas rezeki-Mu. Walaupun tidak 4flat kan,
heee, naik sikit juga pointer. Dan dapat juga aku capai PNGK 3.5. Itu memang
sangat-sangat cukup. Dapat archieve target. BTW, Congrats juga buat semua
batchmates Julai 2013 sebab lulus 100%. Result gempak-gempak. 140 orang yang
meneruskan legasi dari semester tiga dapat 3 pointer ke atas. Congrats! We’ve
made it! Sem depan kita usaha lagi! Mana tahu dapat 4flat 140 orang kan!
Aaminn. Fighting! Fighting! Terharu juga dapat masuk carta top ten lagi
berturut-turut. Disebakan ramai yang dapat result gempak. Tidak dapat mahu susun kalau ikut PNGS.So, Sir masukkan ikut
pointer PNGK. Tapi sayangnya, di carta tu kena tulis PNGS. Heee, xapalah.
Btw, esok aku gerak ke Sandakan. Di kabulkan juga mahu
merasa klinikal di HDOK. Tidak sabar ni! Excited dan dalam masa yang sama
sangat takut sebab macam tidak cukup ilmu di dada. Bak kata pengajar. Jangan
bangga dengan tag merah! Sebab tag merah tu bawa tanggungjawab yang besar!. Tag
merah yang tunjukkan seniority kau. Yang sepatutnya kau tunjukkan dengan ilmu
dan skill kau. 6 bulan lagi ke alam pekerjaaan. Tiada lagi alasan kau tidak
tahu. Wuaaaa, seram. Aku harap kami semua dapat hadapi 4 bulan ni dengan
jayanya, tanpa ada sebarang masalah. Fighting team Sandakan!! Let’s do our
best! Bawa nama kolej, bawa nama profession dan paling penting, harumkan nama
batch kita.
Say Haiii to name tag merah!!!
Program MA sem 1 :Tag hitam, sem 2& sem 3: Tag putih. Sem 4 : Tag hijau Sem 5 : Tag biru
Subjek MAGS tu soalan esei dia pasal Appendicitis dan pre&post operation. Tapi benda yang common tu, yang aku sudah praktikal di OT tu la yang aku jawab ntah apa. :(.
CONGRATULATIONS BATCHMATES! ^^ |
Say Haiii to name tag merah!!!
Program MA sem 1 :Tag hitam, sem 2& sem 3: Tag putih. Sem 4 : Tag hijau Sem 5 : Tag biru
Semoga lagi banyak kenangan yang baik-baik, dijauhkan segala yang tidak baik. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.
Till then, jumpa lagi di lain cerita :D
Buat pembaca setia blog ni. Terima kasih sebab sudi singgah
dan baca coretan aku. Umur blog ni pun sudah masuk 5tahun. Cepat betul masa
berlalu. Macam baru semalam aku buat blog di di kolej lama dulu. Hing! Selamat
ulang tahun blog kesayangan ku. Buat pembaca yang singgah. Semoga tahun ini
lebih baik ari tahun sebelum ni. Semoga sihat selalu ! Let’s do our best in
everything we do. Doa dan tawakal. Take care !