Salam manis,
Assalamualaikum w.b.t, salam rindu-rinduan.
Sangat tidak berkesempatan untuk menjenguk cik blog
kesayangan. Banyak cerita indah yang mahu aku kongsi. Tapi, tidak berkesempatan
sebab hidup yang sungguh tidak punya masa yang lebih untuk di luang di
sini.
Btw, sebab hari semalam hari yang paling aku sukai dalam 365
hari, aku bersungguh juga mahu update seawal yang boleh. ya seeeeawaaalll..bukan sudah lepas berkurun lamanya. ngehehe ^_^
12 September 2014. 23 tahun hidup di muka bumi ini. Aku cuma doakan dan harap yang baik-baik untuk diri ini. Semoga dipanjangkan usia, dijauhkan dari penyakit, disihatkan mental dan fizikal, dimurahkan rezeki melimpah ruah, dipermudahkan dalam segala urusan, berjaya dalam hidup, jadi kakitangan kesihatan yang ikhlas berkhidmat, di temukan jodoh yang baik, hidup bahagia dan walau apa jua rintangan dalam hidup ini, moga aku dapat tempuhi dengan rasional. Dan aku cuma minta agar aku sentiasa di dampingi keluarga dan kawan-kawan yang aku sayang sampai mati. :)
So~~wajarlah aku coretkan moment-moments penting masa birthday aku kan. hehe.
Actually masa birthday aku, kami ada exam prosedur amali (OSCE). So, kami semua sangat-sangat busy berlatih itu ini sambil tunggu giliran. memandangkan kawan-kawan aku ber-alphabet-kan A-Z. haha. Aku tidak dapat sambut bersama-sama ramai-ramai,
Tengah hari aku keluar dengan roomate aku dan geng semeja ku yang aku sayangi. Sebab giliran kami lepas pukul 1.30pm. Kami ke tempat kegemaranku, Kenny's Roger.
Thank you my dear lovelies Yuni, Along, DJ & El. xoxo.
Sambil-sambil tunggu order sampai, aku terima mesej dari papa. Sebenarnya dari awal pagi lagi aku tunggu pa mesej aku. Aku memang emosi tersebak-sebak dari pagi lagi sebab menunggu mesej. hahaha. So, bila pa mesej aku habis berguguran air mata ni. Taulah, pa aku kalau mesej birthday mesti buat aku penuh emosi. Kalau dulu-dulu masa aku tinggal KL, memang pa akan mesej karangan STPM, tapi bila aku selalu balik rumah sudah. Mesejnya jadi pendek, tapi tetap buat aku emosi bila terima mesej birthday. hahaha.
Thank you so much pa! Thank you for everything, i love you to the pluto and back!
Btw, Kami habis makan pukul 1.15pm. Nasib baik Queen 1 dekat, haha. kelam kabut aku berkemas-kemas lepas tu terus ready untuk masuk bilik exam. Syukurlah semua prosedur aku boleh buat dengan baik. Walaupun bergegar -gegar buat prosedur Toilet&Suturing tu, boleh jugalah aku jahit luka dengan kemas. Yakin sudah bila jahit luka manusia sebenar. Insya Allah. :)
Lepas habis giliran aku, aku lepak di dewan makan. Partner in crime aku, si Juni bagi yoyo kegemaranku. haha. Thank you Juni! Semoga kita berdua tetap tabah urus ISO sampai semester 6 nanti. ngehehe.
Memandingkan Juni pun sudah habis giliran, dia ajak keluar. So aku ikut Juni dengan Cyrill ke KK jalan-jalan. hahaha. ya, jalan-jalan. pergi Digi centre, pergi Celcom centre. hahaha.
Lepas siap urusan dorang, sambil-sambil tunggu kawan-kawan aku yang lain, Cyrill belanja aku Starbucks kegemarannya. Walaupun aku cuma minum Coffee, Coffee Bean, aku redhakan aja. Sudah orang belanja kan. hahaha. Thank You Abg Cyrill!
Pukul 5.30pm begitu, aku keluar pula dengan geng photobooth. Jalan-jalan beli barang untuk pertandingan photobooth sempena sambutan kemerdekaan peringkat kolej nanti.
Wee~~
Belah malam pula, malam yang aku tidak sangka-sangka. Belah malam tu aku memang penat tahap gaban. Lepas roll call, aku singgah bilik kawan dengan roomate aku untuk bincang pasal design photobooth. Dekat sejam di sana, bila balik bilik, Fare cakap, dia mau ikut sekali sebab mo singgah bilik sebelah mo minta movie. So, bila sampai pintu sebelah, aku cakaplah
"Fare, ni bilik Shila, kami di sebelah sini".
Sebab Fare ikut jak di belakangku.Macam biasa aku yang selalu buka pintu kalau masuk bilik.
Bila masuk jak~~
surpriseeeeeeee~~~!!!!!! *bday song*
Sungguh aku tergamam sebab terkejut mahu mampus. Kalau masa tu aku kena serangan cardiac arrest, tahu lah! hahaha. Actually masa naik tangga aku sudah sebut-sebut pasal hantu. sebab bilik aku tingkat 4, memang seram kalau sudah pukul 11 begitu. sunyi.
So, bila aku buka pintu, dikejutkan begitu, punyalah aku rasa mahu pengsan! dengan kena serangan bedak ke muka. hahaha.
That was totally daebak!
Sampai aku tak terkata-kata. Macam-macam perasaan. 70% terkejut mahu mampus +20% terharu+10% ketakutan sebab ingat hantu mana. hahaha.
Dapat juga aku tiup lilin malam tu. Actually tiada sorang pun bestfriend geng mangoes aku yang wish birthday. Aku memang buat-buat tidak terasa. padahal~~tau lah kan..hahaa. berlaku jugalah adegen emosi menangis-nangis. tau lah aku kan cepat betul emosi. T.T
Kami lepak di bilikku smpai pukul 4pagi. Kami main truth or dare, luahan hati ke hati dan bergosip sakan sampai subuh. Tidur sama-sama di bilik. That was totally sweet.
And part paling gila. Aku kena simbah 1 baldi air sejuk tengah-tengah malam. Sudah la diangkat, diheret pergi bilik mandi. sandi betul rasanya. hahaha.
Thank you Mangoes kecintaanku! Thank you so much! Walaupun geng kita ni gila tahap gila, tapi kita tetap manis semanis mangga wani, mangga bagus la katakan~~wahahaha. walaupun kadang ada tergurau terlebih, ada yang berselisih, itu sebab kita sayang-menyayangi.
Thank you juga buat ex-roomate ku di asrama AJM..thank you for the cute little porch and case!. Thank you Carmen..muahhh,,xoxo.
Moga persahabatan ini kekal selamanya.
Pagi 13 september, kami escape ceramah sesi ketiga,hehehe, lari pergi cp tengok movie, karok dan berjimba. We had so much fun. dengan movie yang cute-cute lagi. seronok sakan. haha.
Akhir sekali, aku dapat rasakan hari jadi seterusnya akan ku nikmati dengan pakaian uniform ku macam sekarang. hehehe. Harap-harap selepas balik kerja boleh sambut dengan suami sudah.. ok. cepat-cepat doakan aku cepat kawin ya..hahaha. Btw,
Pagi 13 september, kami escape ceramah sesi ketiga,hehehe, lari pergi cp tengok movie, karok dan berjimba. We had so much fun. dengan movie yang cute-cute lagi. seronok sakan. haha.
Akhir sekali, aku dapat rasakan hari jadi seterusnya akan ku nikmati dengan pakaian uniform ku macam sekarang. hehehe. Harap-harap selepas balik kerja boleh sambut dengan suami sudah.. ok. cepat-cepat doakan aku cepat kawin ya..hahaha. Btw,
Moga tahun seterusnya akan lebih baik dari tahun ini. Moga aku juga semakin matang jalani liku-liku hidup. Thank You Allah, Alhamdullilah diberi nikmat yang tidak ternilai bagi aku. Thank you everyone.Thank you for the memories~~
Till then~^^,