Sunday, February 23, 2014

P/s ,,♥


Dalam seribu kekalutan, ku cinta dalam sejuta resah,ku cinta juga dalam mimpi ngeri, aku lihat cinta dalam rasa yang paling rendah, ku angkat cinta rinduku bukanlah murahan jika mahu dianggapkan mainan,kau tanya bilangan namamu,ku sebut dalam sekali lafaz,tak terputus cintaku,yang ku maksudkan seperti buih-buih di milik lautan, seperti lafaz meresapi badan, seperti kenangan yang tak pernah luput selamaya. 
.♡

Monday, February 03, 2014

SHORT CNY HOLIDAYHOHO ♥

Salam manis,
So we have 4 days holiday on 29 till 2nd Feb. Bila cuti ni rasa excited tu membuak-buak, terus pulang LD. Nasib la dekat, ta payah menyeberang laut cina selatan lagi. Lagi excited bila semua gengkuatjalan ada di LD sebab dorang cuti sem. So bolehlah melepak melepas rindu terbuku. rindu,,rindu,,rindu mahu bergosip sakan, lepak sampai lewat malam, buat kerja gila. Semua pun busy dengan study, busy dengan kerja, susah mahu ketemu. 
Macam biasa, balik jak, malam tu terus ketemu di tempat biasa, The Cafe. 
Adeh ada orang tu guna note3, berliur ni tengok. ahaks~~terus try selca reramai. 
Bincang punya bincang, kata sepakat mahu ke Taliwas buat kali kedua. Ya la, hari tu pergi, 10 minit mandi terus hujan. Gantung tahu? So, dengan rancangan rapi + pengalaman mengajar, sampai jugak di Taliwas.

Bila hari yang ditunggu-tunggu tiba, peristiwa berulang bila aku lupa yang kami mahu gerak pagi tu, boleh-boleh aku terlupa. Bila bangun pukul 7.59. Kononnnya mahu gerak pukul 9. Terus cepat-cepat mesej bagitahu yang aq baru bangun. Cepat-cepat mandi, baru sediakan semua barang-barang keperluan. 10 minit jugak Syazwan tunggu depan rumah, sebab utensils semua aku yang sediakan. Huh, habis dapur rumahku tunggang langgang. Paling menang, bila sampai di Taliwas, aku lupa yang aku yang bertanggungjawab masak nasi. ahaks!, nasib baik malam tu Achen kata mak dia masak mee. Syukurlah nak, ada jugak makanan di sana. Kalau tidak, sia-sia hidup. haha. 

Kononnya belajar dari pengalaman, propa semata. Sampai sana, stuck jugak di entry Taliwas sebab belum urus pas masuk di pejabat daerah. Adedeh, memang ta pernah belajar dari kesilapan betul oooo~~Suka betul buat kerja gila, Pujuk punya pujuk sampai si Saipullah guna kecomelannya, barulah di bagi masuk. puhahaha. Nasib si Pullah berkorban buat aksi comel, di bagi jugak kami masuk. kekeke. Kalau tidak, memang rancang mahu pergi Sahabat atau pergi Semporna. Saipullah jugak la, tak sia-sia ko selalu belatih aksi comel-comel kan. hahaha.  


Sampai jak terus ambil port kesukaan kami.
 Port di hujung sungai, tempat batu besar. Thumbs up! port tu sudah di upgrade tau, ada tangga sudah mo turun sungai. Ta perlu berdrama lagi kalau mahu turun ambil air. hehek. Letak barang-barang jak, terus siap-siap untuk memanggang. Kali ni special sebab Achen bawa ayam yang diperap oleh orang pro. Thank you jiran Achen aka tauke sayap ayam sebab tolong perapkan ayam kami! Aseihh, tambah-tambah dengan Husain yang bawa berguni-guni buntot ayam beserta ikan gergasinya lagi, ahaks! memang lengkap dan sempurna o. Walaupun ta ramai yang join, muka yang sama jak, tetap jugak bermakna sebab kali ni ada tambahan ahli baru, oops! ehem, saipullah, ehem~~ehem~>_< 
Thanks to adik manis yang tolong jagakan barang,tolong memanggang dan tolong ambilkan gambar masa kami semua berenang lupa dunia. hehek. Lain kali join kami lagi eyh~~_< 



Lepas siap makan semua ayam panggang trip 1, terus terjun.
 Ambil basketball di kereta pullah, kami main monyet-monyet. Ce teka siapa monyetnya? pullah lah. bila pullah dapat bola, terus kami ta mau main. hahaha. jahat betul kami. kekeke. 
Paling syok dan kelakar-mau-mampus bila kami main tahan nafas dalam air. Rulenya, masukkan air separuh muka ja, biar sampai hidung jak masuk air, lepas tu mesti tenung kawan-kawan di depan. Tahu, ta sampai 1 saat, terus kami ketawa terbahak-bahak sebab lucu betul rasanya bila tengok muka orang depan. lucu ni. kekeke, bunyi ketawa dalam air pun punya lucu, mo pecah perut ketawa ditambah dengan kesejukan air sungai yang buat menggigil lagi, memang kelakar o muka semua orang dalam air. >_< 
Seperti biasa mesti ada moment penting yang boleh jadi sejarah. Macam di mabul dulu, ada orang tu sampai mo bersumpah "aku rela lagi naik gunung, daripada menyelam-menyelam ni". Kali ni, c husain buat sejarah lagi bila dia mahu buat lompatan dari aras 3 tingkat. Walaupun ta pandai berenang, tetap jugak dia mau buat aksi lagak ngeri.Endingnya, lagak ngerinya berjaya dibuat dari aras tebing sungai sejak. Lucu gia bila dya berdiri tercenggang di tepi tebing sungai mahu buat lagak ngeri. kekeke. 
Berjaya jugaklah. Tahniah Husaian, berjaya jugak ko lawan ketakutanmu. hehek. Moment saipullah wajib ada lah, kali ni lagak ngeri cempedak jatuh. hahaha. >_<. Moment ku pula, hampir lemas 2 kali berturut-turut. tu lah, telampau pendek jugak. Jalan-jalan tetiba temasuk kaki di bahagian yang telampau dalam. Nasib dorang tangkas selamat diriku, tarik cepat-cepat. kalau tidak, bye~~lah, memang tenggelam. pandai berenang pun xda guna kalau sudah panik. Thank you Chen, thank you syazwan! I owe you guys. xoxo. 

Dan kali ni paling manang sebab kami cuma ambil gambar tiga kali. Sekarang kan sudah maju, 1 kali pose terus ambil burst shot. Tangan jak yang begerak-gerak. kekek. Tapi bagus jugak la, jimat masa, jimat tenaga. >_<.  



That is how we spent our day at Taliwas. Syok gilak. Syok dari yang trip ke Taliwas sebelum ni. hehek. 
Malam tu disambung lagi dengan acara melepak-bergosip. Disebabkan rumahku yang selalu jadi port malam, ada pengubahsuaian, rumah pullah jadi mangsa sebab rumahnya rumah bujang, parents dia pergi KK.kekeke. So, apalagi, dengan badan yang penat+mengantuk gila-gila, tetap jugak kami ke sana. Sana main masak-masak, malam tu aku dengan farzana jadi chef. Tengok kami ni bakal-bakal isteri mithali. Pandai memasak lagi tu. ahaks!..

Part beduaan dengan farzana di dapur, part paling aku suka, sebab boleh cerita gossip terhangat, haha.
Argh, rindu u farzana!! nnt kita sambung cerita kita ye~~uhuk~~uhuk~~.
Malam tu juga kami makan-makan sempena raikan Husain yang sudah mulakan kehidupan bekerjayanya. Naa,,bolehlah kawin sudah lepas ni. hehek. Good luck Sain, do your best! Nanti kita mahu buat grand event ko ambil cuti yaa...hehek. 

Sebelum pulang, haruslah ada gambar keluarga, *(part budak lelaki paling ta suka)* ngee~~


Btw, walaupun cuti 4 hari, i had so much fun. Bnyak benda yang gila-awesome-ta terfikir dek akal berlaku dalam masa beberapa hari. I should write bout it later :). Ta sia-sia pulang cuti. 

Owh! sempat jugak lepak dengan aunty and along for 3hours :) at least ada kan <3 nbsp="" p="">
most of all, terubat rindu dengan rumah, family and my two brother. 

Thank you~~ Me love you all! 
Take Care. Sampai ketemu lagi..
Rinduuuu~~
Heart pyong~~pyong~~chuuuuu


Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon