Salam manis,
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
#throwback post.
p/s: this is a very long post. please bear to read ;)
Sebab ada seorang request, hehe. Aku pun berbesar hati mau throwback cerita semester 6 ku. Aku pun lupa lupa ingat sebenarnya sebab sudah dekat berbulan juga aku tinggalkan kolej tanam anggur di rumah. haha. Banyak teramat cerita best aku tidak sempat mahu sematkan sepanjang tahun lepas. Nanti aku pelan-pelan throwback..:)
Semester 6 aku sendiri pilih penempatan di Sandakan antara Tawau, Keningau, KK dan Kota Belud..Disebakan sebelum ni menurut cerita budak kelas aku, masa semester 4 dorang praktikal sandakan, asrama tiada role call. So, kami excited mahu pergi Sandakan. hehe.
|
KSKB KK to KKS with Along, my roomate ♥ |
Malangnya, bila hari sampai di sana di suruh lapor diri di asrama jururawat Kolej Kejururawatan Sandakan (KKS). Auchhh! ambil ko, merasa tinggal di asrama juga. keke. Dorang buat pembaharuan sebab asrama MA sebelum ni diguna oleh student nursing lelaki. First time kolej KKS tu ada student nursing lelaki. So, dorang ditempatkan di asrama MA berdekatan hospital. So, kami yang student MA perempuan terpaksa menumpang asrama kolej. Baru mau hidup bebas. Bak kata pepatah, keluar kandang harimau, masuk pula kandang buaya. hahhaa. Lucu gila kalau ingat hari pertama di sana. paling terkejut bila di bagitahu mesti masuk sebelum pukul 8malam. Sakit jantung okay. Sebab di asrama kami KSKB KK, yang penting masuk sebelum role call pukul 10pm.
Lagi-lagi ditempatkan di tingkat 4..dan paling menggerunkan diwajibkan bayar makanan asrama. Omgeeee, di kolej kami cuma semester 1-3 diwajibkan. So, terpaksa juga la kami bayar makanan asrama. kan menumpang. kena la ikut semua peraturan di sana.
Kolej KKS memang sangat cantik. dan student dia pun semua cantik-cantik, semua bebeh okay! Ni memang tidak tipu. Sir MA di hospital selalu bandingkan kami. Ini memang dari dulu pun kena kasi banding. lol.
"Kenapa Sir tengok student nurse cantik-cantik bermake-up, kamu MA ni serabai-serabai ja. make up la kamu bha. bedak-bedak sikit."..puahahha. Dari semester 1 itu jak soalan sama kena tanya. Entahlah, tapi student nursing semua memang pandai bermake-up banding student MA yang tengah hari kerja sudah berpeluh-peluh, tudung senget-senget. lol. Dan paling mengkagumkan, dorang di sana tidak kuat makan..mungkin sesetengah la. Kami student MA ni dengan muka tidak malu berkumpul malam-malam ramai-ramai sebab poke makanan last, minta tambah lagi dengan makcik caferia di sana..sampai dia cakap
"kuatkan kamu student MA ni makan. kamu tidak diet ka? Student perempuan sini diet"
Makcikkkkk..kami di kolej semua kena kasi makan banyak-banyak...ayam besar-besar. kena bagi extra lagi...bila sampai sandakan tekejut kami nasi cuma 1 sudu dibagi, bubur, mee hoon sup 1 mangkuk kecil. beberapa hirup sudah habis. ayam kecil jak, ikan jangan cakap, nangis kami. hahaha. Omgeee, patut pun dorang semua cantik-cantik. Paling mengkakumkan lagi, petang-petang mesti dorang semua jogging keliling kolej, yoga, badminton,zumba dan senamrobik tiap-tiap petang lepas kelas dan kerja. Kami di sana, balik kerja tidur, lepak makan maggie ramai-ramai depan tv. Sangat berbeza okay. Kawan lelaki mesti cakap
"kenapa kamu tidak ikut student nurrse sana ber-yoga. patut pun kamu gamuk-gamuk semua"
Hahahhaa. kami ikut juga, tapi ikut tengok dari tingkap bilik aras 4. Memang respect dengan dorang. Sebab dorang ada evaluation month. tiap-tiap bulan kena timbang dan kena kekalkan BMI. Omgeeeee..
|
Hari pertama lapor diri, Hospital Duchess Of Kent Sandakan :)
|
Hari kedua baru kami start kerja. Hari pertama di bagi pelepasan sebab cuma sesi orentasi. Untuk penempatan semester 6, kami di tempatkan 4 bulan. 1 bulan di Klinik Kesihatan, 1 bulan di Jabatan Kecemasan, 2 minggu di Medical Ward, 2 minggu di Peads ward, 2 minggu di Klinik pakar Mata dan 2 minggu terakhir di Klinik Pakar ENT.
|
♥Sandakan Team♥ |
Semester kali ni team kecilku di bahagi kepada 8 orang. Nombor genap, so, kalau kerja berdua-dua. :).Semua pun baru first time dalam satu team. Kami group pertama di Jabatan Pesakit Luar.
Memperkenalkan My team ♥ #grouptulangmata (nama group whatsapp) haha
Klinik Kesihatan Sandakan ni berhadapan dengan Hospital. So, kami cuma jalan kaki menyeberang jalan raya besar. Memang paling menakutkan part ni. Sebab highway..Kesian kami, kami tengok-tengok jak student nursing kena hantar naik bas. hahaha! Macam biasa, student MA mesti #pandaipandaisurvive. Tapi, best juga, sebab boleh singgah-singgah beli makanan. :D. Kadang kalau ada Sir MA atau Chief MA nampak kami jalan kaki, kena angkut juga la.hehe.
|
klinik kesihatan sandakan |
Penempatan yang paling bermakna bagi aku. Sebab paling banyak jalan. Masa tu bulan Januari. sangat banyak kes denggi. Setiap hari kes denggi admit. So, memang wabak masa tu. So, setiap hari kami bergilir-gilir keluar buat promosi kesihatan seluruh pelusuk sandakan terutama kawasan-kawasan wabak. Masa tu jak la dapat jalan-jalan tengok Sandakan. hehe..Sambil buat promosi kesihatan, sempat juga merasa jualan-jualan makanan di setiap tempat. Part tu aku paling suka, sebab kena belanja oleh Sir. hahaa memang 1 bulan di sana kerja kami berjalan jak.
Dan sepanjang penempatan ni la aku banyak belajar banyak benda. 1 minggu di tempatkan di bilik doctor. So, kau bersama doctor clerking patient. Kongsi meja dengan doktor okay. Kau sendiri kena periksa patient, buat pemeriksaan semua dan tentukan rawatan. Doctor akan tengok dan guide ko. Perghh..memang aku rasa macam neraka dalam tu, sebab aku dapat doctor yang garang. ahhaa.
"buat kerja mesti cepat! saya sudah siap 3 patient, kau baru 1 patient?ramai lagi patient di luar tu. jangan biar patient menunggu"
Ya Allah, kami start tepat pukul 8 am. Patient di luar sudah dekat 70 orang. Mau nangis kau rasa. 1 minggu kerja di situ, langsung aku tidak rasa masa berjalan. tup tup sudah pukul 1 rehat. Sambung lagi pukul 2 sampai 5. tapi sebelah petang kurang sikit patient.
Banyak yang aku belajar di sana. Lain bila kau belajar teori. Bila rasa sendiri pressure dalam bilik tu, baru la kau rasa macm mana. Patient setiap hari sampai beratus, lama menunggu. Kau mesti buat kerja cepat, tapi dalam masa yang sama kena buat berhati-hati. Bila tanya history, patient ada yang menipu. So, di situ kena pandai tanya yang betul. Macam-macam jenis patient kau akan jumpa, yang panas baran sebab tunggu lama, yang malas mau jawab soalan, yang datang sebab cuma mau cuti sakit. macam-macam ragam.
Tapi aku bersyukur juga jumpa doctor yang garang, tapi banyak kena ajar. I learn so much from her. Dia bagi peluang aku tulis apa rawatan dan ubat yang aku patut bagi, lepas tu baru dia check dan tambah kalau kurang. So, aku buat dari A-Z. Asal ada patient punya background history yang lain daripada yang lain, dia akan bagi aku yang attend patient. So, aku jumpa macam-macam penyakit sepanjang seminggu tu.
Kadang dia marah aku sebab aku lupa dose ubat. Kadang dia marah aku sebab bagi ubat yang sepatutnya bagi sebelah pagi aku pergi bagi sebelah malam sebab aku tidak tahu kesannya. Kadang aku kena marah sebab aku telampau banyak tanya history patient. Kadang aku kena marah sebab asal patient sakit dada, aku order ECG. haha. risau kan sebab takut MI. Kadang dia marah aku sebab aku telampau mau tulis cantik-cantik sempurna. Kadang dia marah aku sebab lupa apa yang dia sudah ajar. tapi end of the day, setiap lepas pukul 5, dia tidak terus pulang. dia mesti tanya apa yang aku belajar hari ni? apa yang aku dapat dari dia? Dia akan ajar pasal penyakit yang aku jumpa hari tu ajar dan terangkan dengan aku.
So, i have so much respect for her :). Aku dapat merasa tulis description ubat sendiri dapat bagi rawatan sendiri. So, semuanya akan berguna nanti. Thank you Dr. Goh! :)♥
Nasihatnya yang paling penting
"Jangan ikut jak dose ubat dalam buku patient macam yang doctor sebelum ni bagi. Walaupun kamu MA, you should know better. Jangan ikut bulat-bulat apa doctor sebelum ni prescribe. Mesti anngap dorang ni pesakit baru setiap kali datang, walaupun dorang cuma datang untuk temu janji".
Walaupun depan ku dia garang, tapi dia sampaikan juga pujian dengan kakak nurse di bilik tu. Dia cakap aku bagus sebab tidak lari dari dia. LOL! bangga sekejap. Sebab sebelum ni, ramai student mengelak masuk biliknya. Aku jak bertahan sampai seminggu sama dia. Yang lain tukar bilik. kekeke.
Aku tidak kisah pun kena marah. Biar kena marah masa student, jangan kena marah masa sudah kerja. hehe. Sir di kolej selalu pesan, "biar bodoh masa student, jangan bodoh bila sudah jadi staff ".
Ingat ya adik-adik. hahaha.
So sepanjang sebulan di sana selain dapat keluar promosi kesihatan, clerking patient di bilik doctor, kami dihantar ke unit klinik diabetes, unit-unit lain dan paling aku suka juga keluar ke rumah-rumah bagi rawatan. Syiok la, banyak jalan. hehe.
Thank you staff klinik kesihatan Sandakan yang baik-baik terutama chief, sir-sir MA yang peramah boleh jadi kawan-kawan, kakak MA yang sporting, staff nurses dan semuanya! hope to see you guys soon! Rinduuuuuu..Dan tidak dilupakan kepada makcik-makcik yang jual makanan di sana! aku sangat merindui. Omgee, masa last day di sana, rupanya berapa mingu lepas tu dorang tidak menjual sudah sebab kantin klinik tu sudah siap renovate. Makanan dorang sangat sedap. Kami makan mmg tidak ingat dunia kalau masa rehat. Berlari pergi keluar kalau jam 1, takut habis. wuaaaa. rinduuuu~~~
Penempatan kedua group kami di Klinik Mata (Oftalmologi) dan Klinik ENT (Otorinolaringologi). Di sini, tidak banyak yang kami dapat buat. Sebab semua di sana doktor pakar. So, kami cuma dapat tengok dan dapat buat apa yang dalam bidang kami. Cumanya, di sana ada case clerking dan case study untuk setiap klinik. contohnya di eye clinic kami boleh buat eye irrigation, bagi ubat titis, pasang eye pad dan pastinya kerja wajib setiap hari periksa akuiti mata.
Di klinik ENT pula, kena bagi peluang buat ujian rinne, weber,bagi ubat titis, buat auriskopi, buat nasal packing dan kalau ada kes benda asing, boleh la assist doctor. Paling banyak kes budak masukkan macam-macam benda dalam hidung. Allah, awasi anak-anak anda. paling banyak kes masukkan warna crayon tu dalam hidung. bnyak juga kes budak masukkan putik kapas..duit syiling dan macam-macam benda yang kau tak terfikir di fikiran macam mana benda tu boleh masuk.
Setiap khamis pula kami akan ikut ke dewan bedah. Aku paling lemah bab mata. banyak-banyak organ manusia, ini yang aku paling tidak kuat. Masa operation cataract, tengok mata kena cucuk jarum, kena potong itu ini, sikit lagi aku pengsan. Serius aku lemah betul.longlai kaki ku tengok depan-depan. baru doktor suruh ambik kerusi lagi tengok dekat-dekat. pitam aku rasa, haha. Gosh, mau nangis aku tengok semua operation berkaitan mata. Doktor pakar di sana sangat baik. Dorang sangat-sangat respect dengan chief dan sir MA. Jadi kami pun banyak kena ajar oleh pakar. Sambil dia buat operation, sambil dia tanya kau soalan, sambil dia terangkan. Sangat best!. Aku cuma berkesempatan assist masa operation ENT. sebab kami cuma sebulan di sana dan operation pun cuma hari khamis. So, tidak semua dapat peluang assist.
tapi aku ada pengalaman kena tengking depan semua orang di klinik tu. yang ni aku memang susah mau lupa. Mau nangis rasanya masa tu jugak. Tapi, aku buat-buat kuat. Ceritanya macam ni, kalau di klinik ni kan. Pesakit memang kena datang awal sebab mau ambil nombor awal. Pesakit bukannnya 1-10 orang. tapi sampai beratus bha satu hari lagi-lagi masa clinic day. sangat-sangat penuh.
Dan doctor cuma akan turun lepas ward round. Maknanya bukan start sharp pukul 8. Kadang pukul 9.30 baru doktor dapat turun sebab dorang akan masuk ward-ward di hospital dulu baru periksa patient di klinik.
So, alkisahnya, hari tu aku punya giliran 1 minggu di bilik doktor. Kiranya, kerja ku di sana, aku akan bagi ubat titis mata dengan semua patient yang perlu sebelum dorang jumpa doktor. Sebab ubat dilate ni untuk kembangkan anak mata dan kadang ada orang yang ambil masa setengah jam baru anak mata dia mengembang. Kadang mau titisa sampi dua tiga kali baru ada perubahan. Selagi mata dia tidak dilate, dia x boleh jumpa doktor sebab doktor perlu periksa mata dia guna alat machine khas. So, aku akan keluar masuk, keluar masuk, check kalau sudah dilate atau belum. selain tu, aku akan tolong staff nurse buat tarikh temu janji, terangkan ubat dengan patient dan assist doktor. Kau bayangkan dalam bilik tu ada 4 orang doktor. cuma 1 staff nurse dan aku seorang.
Dan hari tu clinic day, ada satu lelaki ni bawa mak dia yang sudah tua. Mula tu dia teriak panggil aku masa aku sibuk-sibuk titis ubat patient lain."nurse! lama ka lagi ni". aku terangkan lagi dengan dia suruh tunggu, mata mak dia belum dilate.
lepas tu doktor panggil nombor lain. So, dia marah teriakkan aku di luar depan semua orang
"kenapa kau kasi masuk orang lain dulu. kau ingat kami datang awal ni buat apa? lama sudah menunggu di sini sampai buruk, kau senang-senang panggil orang lain dulu"
Aku terangkan lagi, doktor tepaksa panggil orang lain dulu, sebab mata mak dia belum dilate. tapi macam mana pun dia tidak faham-faham. masih lagi marah-marah macam orang gila teriak-teriak.
memang aku mahu nangis sudah masa tu. Aku masuk bilik, terus staff nurse yang jumpa orang tu.
Aku sentiasa respect dengan staff nurse yang sentiasa tahan jak karenah manusia-manusia toxic begitu. Kena marah pun dorang boleh senyum. Tolong lah cuba memahami kadang-kadang. Bukan terus mau marah-marah begitu depan semua orang. Memalukan diri sendiri. Gosh, susah, kau kaya macam mana pun kalau tiada etika pun tiada makna juga. Kau teriak-teriak dapat apa? =_=
Selain di klinik kami bergilir-gilir juga ke bilik audio. Di sini, kita uji tahap pendegaran guna mesin khas. Ada banyak jenis ujian. Lepas tu result tu baru bawa ke doktor pakar. So, di sini kau akan jumpa banyak kes budak yang kena refer yang belum lancar becakap. Contoh umur dia sudah 4 tahun, tapi masih belum ada sebutan papa, mama macam tu. Boleh buat pemeriksaan awal. Takut bukan sebab lambat perkembangan, tapi mungkin sebab anak ada masalah pendegaran. Kami selalu melepak di bilik ni petang-petang kalau tiada patient, try semua jenis ujian di sana. Kakak pegawai audio yang jaga bilik audio tu pun peramah ajar kami macam-macam..Tau la student kan, semua mau try. Kami antara group beruntung juga sebab masa kami di sana ada kursus tracheotomy care workshop. yeah!!dapat sijil
Btw, Terima kasih buat semua doktor yang sentiasa peduli kami, sentiasa mau ajar kami, sampai ada kelas petang lagi dengan dorang.hehe. Setiap petang, kami kena bagi topik, lepas tu bentang. sebab selalunya hari-hari lain memang tiada patient sebelah petang. Terima kasih juga Chief yang paling baik hati bagi ilmu-ilmu bidang MA, bagi markah best :D. Salam sayang dan rindu juga buat semua staff nurse dan ibu-ibu ppk yang anggap kami macam anak sendiri selalu belanja kami pisang goreng legend. Sempat juga kami buat makan-makan masa last day di sana :)
lepas habis penempatan di sini, kami cuti mid semester 2 minggu. Dan bermula lah kisah hitamku macam aku cerita sebelum ni. So, lepas tu, aku tidak sehappy penempatan sebelum ni. Aku tiada bergambar. Aku tidak ada kisah-kisah manis dan lucu. Jerawat timbul sana sini penuh muka. Stress campur depress. Aku cuma habiskan sisa 2 bulan ku mengganti cuti setiap hujung minggu. So, aku tidak pernah ada hari rehat. Sebab kami kerja shift isnin-sabtu.So, aku terpaksa ganti untuk pastikan aku cukup kredit hour.
Penempatan ketiga di jabatan kecemasan. aku start kerja minggu kedua. Di sini kerja 3 shift. Ada shift malam. kalau semester 5 dulu kami cuma kerja 2 malam, di sini kami ikut staff, 3 malam shift pm. Banyak kes lebih hebat aku jumpa di sini berbanding semester 5 di LD. Banyak kes jatuh bangunan, pernah sampai dari pagi aku start masuk 7am sampai pukul 4pm baru dapat pulang keluar dari zone merah sebab terlalu banyak kes berat hari tu. Bayangkan macam mana disasternya semua katil zone merah penuh sampai kena ambil 2 extra bed, tidak campur dengan kes peads lagi. Mengucap banyak-banyak.
Paling melekat di ingatanku, ikut respon kes ibu terberanak dalam perjalanan ke hospital dan paling mencabar kami respon kes post bleeding dialysis. Nampak depan mata darah memancut-mancut masa kami sampai. Kereta orang tu semua berlumuran darah. Masa kami sampai pun memang pucat teramat sudah. Sangat mendebarkan okay. Aku ada Ikut juga respon kes MI di kawasan atas air. Sangat mencabar sebab tau la cuma 3 orang. Sir MA-Pemandu-Aku. Sir dengan pemandu angkut patient, aku kena angkut semua beg2 besar peralatan..weyhh risau aku kalau kerja nanti respon kes sendiri, macam mana la perasaan nya. aku dan pemandu. omgeeee, aku tidak dapat bayangkan lagi. Selama ni biar respon kes, sir yang bagi arahan, pasang branula, bagi ubat apa semua...Ini kalau sudah kerja sendiri-sendiri. Takut aku fikir...Mudah-mudahan pengalaman praktikal cukup jugak masa masuk alam pekerjaan nanti. Taubat aku kalau fikir. #terusmaubacabukusekarangjuga..haha. Sangat banyak kes baru kami jumpa. Dan paling best di penempatan kecemasan ni, pastinya part triage pesakit. Masa semester 6 ni, kami kena bagi peluang sudah duduk sendiri di kaunter triage, kau la yang triage pesakit. Sir MA di sana cuma perhati kau tengok apa kau buat. hehe. Syiok, dapat banyak pengalaman. Prosedur pun banyak yang kami berpeluang buat. Menjahit jangan cakap, puas kau jahit luka di sana. Paling aku tidak boleh lupa kes koyak telinga. tapi masa tu doktor dari ENT yang turun ke emergency. Aku cuma assist. doktor suruh aku ambil gambar sebab aku tidak pernah nampak kes begitu. :) Aku ada banyak lagi gambar menggerunkan. tapi tidak dapat mau share sebab ada yg nampak muka, ada yang menggerunkan. biarlah jadi rujukan ku sendiri jak :). Ingat kalau ambil gambar, mesti minta izin dengan pesakit!
Tapi kau pandai-pandai lah kalau part triage..macam mana pun, lepas triage, kau kena rujuk juga dengan sir MA di sana. Discuss. Jangan la memandai-mandai. Kalau salah, memang megamuk doktor cari siapa orang yang triage pesakit masuk biliknya. Tidak boleh salah, sebab kadang kau tengok dia deman biasa jak kau bagi la dia tunggu di zone hijau,, kalau kau triage salah, mungin sepatutnya dia di zone kuning..boleh mati pesakit..So, kena fikir rasional la di sana. Aku salute sir MA semua..dorang akan cakap.
"Kau berdiri di kaunter primary triage, bukan kau suka-suka tengk-tengok orang. Tapi kau mesti perhatikan pesakit tu masa dia turun kereta lagi. Kau mesti tahu sudah apa tanda-tanda nya"
So, kami selalu kena ajar berdiri depan cermin kaunter perhatikan tingkah laku pesakit-pesakit yang datang menuju emergency. kadang kami bertaruh lagi. siapa yang boleh teka betul dia datang sebab sakit apa. Dari cara jalan, fizikalnya, tangannya letak di mana, tengok kalau dia perpeluh-peluk, riak mukanya..semuanya kena baca. Di situlah kau kena buat keputusan sudah kau mau letak dia di zone mana. Kau silap percaturan. pesakit boleh collapsed dalam bila-bila masa.
Tapi jangan lah kau palui-palui pula, sudah ko nampak kes MVA, kau pergi peratikan lagi..kekeke. Kalau kes MVA terus kau lari ambil stretcher atau wheelchair la.
Aku pun mau jadi MA macam semua sir yang aku jumpa selama ni. Biar kau tengok dorang kuat main, gila-gila memang sangat gilak. hahaa.. Tapi semua tip top..bila kau minta ajar, kau pun terpukau. gituuuu~~Thank you buat semua Chief MA, sir-sir MA semua yang baik hati, belanja makan, ajar segalanya, bagi ilmu, bagi peluang kami buat macam-macam prosedur. Thank you sir! we won't forget you all! at least i won't :). Thank you juga buat doktors, housemen dan abang-abang ppk. jabatan kecemasan hdok terbaik! sangat rindu walaupun sabtu ahad pun aku kerja sendirian. keke.
Dan penempatan terakhir kami di medical ward dan peads ward. Macam biasa, kalau masuk ward, kau kerja dengan student nurse. So, kami pun jadi tunggul sebab bayangkan dalam 1 ward tu ada student nurse sem satu, dua, tiga, empat dan lima. termasuk kami semester 6, sampai 50 student. Sesak. Kami memang jujur jadi tunggul. Bila staff nurse suruh kami buat dressing yang susah sikit macam bed sore, baru kami berpeluang bekerja. kadang 1 patient, kami 4 orang student MA kasih urus. Sebab semua sudah ada kerja. Lagipun , kami office hour. masuk pukul 8am. Student nurse shift, so dorang lebih awal. Bed making pagi dorang sudah buat. part doktor minta tolong ambil darah baru kami ada kerja. Sebab student nurse tidak boleh ambil spesimen darah. Barulah kami rasa diperlukan. Bila kena suruh pasang branula barulah kami happy teramat, bila kena suruh assist doktor baru lah kami bercahaya. haha. bagi ubat barulah kami rasa berguna. LOL.
Paling azab la kalau masuk ward.
Peads ward lagilah. Jujur aku tiada dapat apa-apa di sana. Sebab kami di larang buat apa-apa prosedur sebab semua masih bayi dan budak. Paling-paling kami cuma buat bed making, ambil tekanan darah, check temperature semua dan jalan-jalan pusing ward bermain dengan baby dan iya baca kes note dan ikut doktor jadi ekor ke hulu ke hilir. lol. Jujur itu jak yang aku daapat. aku dapat la juga ilmu dari baca kes note dan ikut doktor. hhee. Sangat terseksa. Jujur aku memang banyak escape masa ni. kami balik-balik pergi belakang pantry sebab langsung tidak boleh buat apa-apa. Mau nangis rasanya dalam tu. Balik-balik kami tengok jam mau pulang. nasib la cuma 2 minggu office hour. Kalau shift nangis kau di sana sampai sabtu.
#pleasejanganikut. Rajin-rajin lah kamu cerita-cerita ikut student nurse. haha. student nurse ni pandai cari kerja. serius aku cakap. ada jak dorang sentuh. Kalau kami ni, na pemalas. baca kes note jak kami tau. ahaa.
Okaylah sampai di sini jak la cerita penempatan ku. Ambil yang postif jak ya. Aku malas mau hipokrit sebab realitinya macam tu la.hehe. Aku bukannya goodstudent pun. Kalau di ward memang aku escape sebab terlalu ramai student nurse. Kecemasan dan klinik jak kau akan rasa "feels like home". Mustahil kau dapat duduk. Minum air pergi tandas pun tidak sempat. sentiasa adrenaline rush. sentiasa mencabar gituuuu...hehe.
Apapun, cheers to Hilman kawan aku escape minum teh tarik...haha! aku ni jajal kawan dengan geng lelaki jak. Sebab aku lagi selesa, aku x pandai mau jaga-jaga hati kawan perempuan. Lagipun ratio dalam kelas 70;30 L:P. So, memang kau akan group berkawan dengan kawan lelaki jak yang tidak payah kau mau jaga hati, sebab dorang yang deluan akan sakitkan hatimu ejek-ejek maki-maki. So, cool jak la. ahaks! tengok rindu sudah aku group ku yang jajal-jajal semua. rindu sudah teh tarik btc sandakan. hahaha. #biarescapejangangagalexam. okay! hehe
|
hahaha. aku paling benci dia ni sebab kadang dia pandai buat alasan p masjid. tapi punya lama. Adui garau aku sendiri tinggal di ward..tapi aku kagum la kau haji, kau memang tekad. kadang kalau aku cakap "aku macam" mau escape. dia poke2 lagi "ala, ada berani ka?, marilah teh tarik". haha..bagus2 kita ragu-ragu terus tekad kita. haha. jumpa lagi ji! nnti kita teh tarik lagi ah! haha |
Sempena hari terakhir penempatan, kami 1 group besar buat makan-makan dengan semua department. Cumanya MA jak la..hehe. We had so much fun dengan sir dan chief semua!
Jumpa lagi HDOK! Thank you for everything!! Thank you for the memories ♥
Dan selamat tingal juga buat asrama KKS! Walaupun pahit, tetap juga di ingat-ingat. heee.
dan tidak mungkin jua ku lupakan. Aku sangat suka sandakan sebab ada pasar malam kim fung, nasi kuning the faces, coffee coffee yang sedap, makanan makanan berdekatan hospital dan makanan cafe kolej di sana juga!! hehe
Till then HDOK. :) ♥